Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Sunday, January 29, 2017

Raees Filem Terbaru Shah Rukh Khan Yang Tidak Menghampakan


Secara jujurnya cik iena bukanlah peminat tegar cerita Hindustan mahupun Tamil  kerana Kebanyakan cerita tau pun filem mereka memakan masa yang lama dan cik iena akan bosan. Berbeza dengan Filem Terbaru Shah Rukh Khan yang cik iena tonton baru-baru ini, cik iena tidak rasa sedikit pun rasa bosan kerana filem ini penuh dengan jalan penceritaan yang bagus dan menarik perhatian penonton. Bagi cik iena cerita ini tidak menghampakan dan juga tidak membosankan.



FILEM RAEES


Raees Bhai yang di lakonkan oleh Shah Rukh Khan  telah memulakan aktiviti menjual arak sejak kecil lagi sehinggalah beliau sendiri menjadi pengusaha arak yang berjaya dan setelah berlaku konflik antara beliau dan juga peniaga arak lain serta ahli politik beliau melalui pelbagai rintangan getir sehingga membuatkan beliau telah mengorak langkah masuk ke dunia Politik demi untuk mempertahan kan dan meneruskan perniagaan Arak beliau.

 
Raess Filem Terbaru Shah Rukh Khan Yang Tidak Menghampakan
Cik iena bergambar bersama rakan blogger dan media semasa Press Screening RAEES baru-baru ini









SINOPSIS FILEM RAEES


Filem ini diarahkan oleh Rahul Dholakia, dan turut diterbitkan oleh isteri dari aktor ternama itu sendiri, yakni Gauri Khan, bersama Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar. Filem ber genre action thriller ini mengisahkan tentang drama kejahatan dari seorang pengusaha pembuat minuman keras di Gujarat, India pada tahun 1980-an.

Ada seseorang bernama Raees Bhai (dilakonkan oleh Shah Rukh Khan), yang menjalankan perniagaan pembuatan minuman keras, dan sekaligus sebagai penyelundupnya. Selama ini, perniagaan yang dijalankan tersebut sangat mencabar dan sangat sukar untuk dipatahkan oleh pihak polis, sehingga bertahun-tahun. Raees Bhai sendiri memang sangat cerdas, cerdik, dan cekap dalam menjalankan perniagaan tersebut.


FILEM RAEES



Kadang-kadang dia juga tak takut untuk berlaku kejam demi melicinkan  perniagaan haramnya itu. Tidak hairan jika selama ini semua aksinya berjalan lancar. Selain itu, dia juga disokong oleh  istrinya, Aasiya Khan (dilakonkan oleh Mahira Khan).


FILEM RAEES


Namun, aksi Raees Bhai ternyata tak selamanya berjalan tanpa halangan dan konflik. Pada suatu ketika, dia juga harus menghadapi masalah besar apabila bertemu polis yang lebih cerdik daripadanya yang bernama ACP Ghulam Patel (dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui).

Pihak Polis berjaya memerangkap Raees Bhai dalam sebuah operasi di Mumbai, India. Mulai saat itu, jalan cerita dalam filem ini pun berubah menjadi drama aksi berbau ngeri yang dipenuhi dengan pelbagai tipu muslihat. Salah seorang produser filem ini, yakni Farhan Akhtar, juga ikut berperanan sebagai seorang pegawai polis. 


Menariknya lagi, pelakon seksi Bollywood Sunny Leone juga turut tampil dengan goyangannya dalam lagu yang berjudul 'Laila O Laila'. Filem "Raees" ini telah mula di tayangkan  di pawagam sekitar Malaysia bermula 25 Januari 2017.



Kepada peminat SRK di luar sana jangan lupa saksikan filem terbaru beliau yang pasti tidak akan membuat anda kecewa  dengan hasil lakonannya .

Tapi  sebenarnya cik iena kecewa tapi bukan sebab lakonan tapi sebab  kenapa Raess Mati, kebiasaannya Hero tak mati . Sedih tau mengalir air mata cik iena bila Raess kene tembak tiga kali di mana beliau sendiri yang menyerah diri kepada polis untuk di tembak mati . Kalau nak tau kenapa, jangan lupa tonton tau.

Lokasi Tayangan Filem Raees

Lokasi Tayangan Filem Raees
Lokasi Tayangan Filem Raees
 
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Filem ini sila rujuk

Facebook : https://www.facebook.com/antennaentertainments/
Instagram : https://www.instagram.com/antennaentertainments/






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Mini Lazada