Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, April 4, 2017

Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare


Pasti ramai yang tidak mengetahui khasiat kayu cendana untuk kecantikan kulit. Ianya jarang didengari namun ianya merupakan bahan semulajadi yang berkesan untuk penjagaan kecantikan kulit terutama buat kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Di Indonesia ianya sudah biasa digunakan di dalam kandungan produk kecantikan. Tidak hairanlah kulit mereka cantik.


Merolz Beauty Skincare
Merolz Beauty Skincare
Kini di Malaysia anda boleh dapatkan produk kecantikan berasaskan kayu cendana dengan rangkaian produk kecantikan dari Merolz Beauty Skincare. Sebelum cik iena bercerita lebih lanjut tentang Merolz Beauty Skincare, mari cik iena ceritakan tentang fungsi kayu cendana dalam industri kecantikan.
 

Manfaat Kayu Cendana Untuk Kulit

Manfaat utama Kayu Cendana adalah Untuk Kulit Bebas Jerawat . Pohon cendana berasal dari India dan ia merupakan sejenis kayu dengan harga yang cukup tinggi. Kayu cendana mempunyai aroma yang harum maka tidak hairan jika kayu cendana diaplikasikan sebagai bahan campuran dari pembuatan kosmetik hingga parfum. 




Manfaat Kayu Cendana Untuk Kulit
Di  negara Indonesia khususnya, kayu cendana diguna sebagai media ukiran yang sangat bernilai tinggi.  Kayu cendana juga merupakan bahan semulajadi yang mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Kayu cendana sudah mula di gunakan sebagai penjagaan kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Ia digunakan oleh putri dan ratu sebagai bahan  rawatan  semulajadi kecantikan kulit.

 Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare
Kayu cendana tidak hanya hadir dengan bentuk serbuk saja tetapi ianya juga hadir dalam bentuk minyak malahan kini ianya telah di hasilkan dalam bentuk krim, penyegar dan pencuci untuk industri kecantikan.

Buat anda yang ingin mendapatkan kulit cantik bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak , anda boleh mencuba penjagaan kulit menggunakan skincare yang mempunyai kandungan kayu cendana .


Kayu cendana merupakan bahan semulajadiyang sangat popular dalam pelbagai produk kecantikan. Mempunyai beberapa manfaat istimewa dalam penjagaan kulit. Kayu cendana sendiri banyak di dapati pada pelbagai produk seperti sabun, krim, pakej rawatan wajah, hingga pencuci tangan. 
Keistimewaan lain kayu cendana mempunyai aroma harum yang menenangkan maka tidak hairan jika kayu cendana juga banyak di aplikasikan sebagai bahan alami dari pembuatan aromaterapi sampai parfum.

Menggunakan kayu cendana sebagai rawatan kulit secara semula jadi lebih disyorkan untuk mendapatkan manfaat yang lebih maksimum. Penjagaan kulit dengan menggunakan kayu cendana yang di buat sendiri dinilai akan lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan campuran kimia . Kayu cendana mempunyai sifat antimikrobial yang berkhasiat untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kayu cendana juga boleh merawat gatal, luka bakar, bekas luka, juga biang keringat.




Beberapa manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit


  • Mengatasi kulit berminyak
  • Mengatasi Masalah Penuaan
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit

Okay Untuk pengetahuan semua, sudah sebulan lebih cik iena menggunakan produk kecantikan berasaskan kayu cendana ini. Hasil yang memuaskan kerana kulit cik iena menjadi semakin licin dan flawless.



manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit


Kebiasaannya di bahagian hidung walaupun nampak bersih teapi akan ada blackhead dan whitehead. Dengan mata kasar nampak rata tapi apabila di rasa dengan sentuhan akan terasa permukaan kulit yang keras kerana blackhead dan whitehead tersebut. Dengan mengamalkan Merolz skincare kini cik iena tiada lagi masalah tersebut.



Kulit flawless dan glowing dengan Produk Kecantikan berasaskan Kayu Cendana | Merolz Beauty Skincare


Okay baiklah mari cik iena kongsikan serba sedikit mengenai produk kecantikan berasaskan kayu cendana yang telah cik iena cuba ini yang manay ianya dikenali dengan nama Merolz Beauty Skincare.


Merolz Beauty SkinCare


Merolz Beauty SkinCare

Merolz Beauty SkinCare


Di asaskan oleh Puan Nor Syariza Othman berusia 42 tahun yang merupakan seorang usahawan wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan . Beliau berpengalaman  dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika mengikut suami bertugas di luar negara dan dengan itu beliau memanfaatkan pengalaman tersebut ssebaik mungkin dengan  menghasilkan produk kecantikan keluaran sendiri. 

Langkah-Langkah Penggunaan Merolz Skin Care



Langkah 1: Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka) 



Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka)
Cleanser Merolz SkinCare (Pencuci Muka)
Langkah pertama adalah dengan menggunakan Cleanser. Apa yang menarik hati cik iena adalah cleanser ini berbau seperti coconut shake. Keharumannya membuat cik iena terasa seperti nak makan je pencuci muka ni. Bau-bau harum manis cocunut shake. Struktur warna Cleanser ini berwarna  jernih dan ianya tidak mempunyai banyak buih .


Ianya sangat mudah dicuci dan tiada rasa melekit yang biasanya akan mendatangkan ketidakselesaan pada si pemakai. Biasanya cik iena akan menggunakan cleanser ini 2 kali sehari iaitu  pada sebelah  pagi dan malam.

Untuk pengetahuan semua cleanser ini juga boleh di jadikan sebagai masker . Selepas mencuci muka bersama cleanser ini. Keringkan wajah anda dan aplikasikan cleanser ini pada keadaan kulit lembap dan biarkan selama dua puluh minit dan bilas. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan tegang seperti kulit bayi.


Keistimewaan:

  •     Membersih dengan lembut walau di sekitar mata.
  •     Tidak menyebabkan kulit kering atau pedih selepas mencuci.
  •     Bagi lelaki, boleh digunakan sebagai shaving foam semasa bercukur.

Langkah 2: Toner Merolz Skin Care


Toner Merolz SkinCare
Toner Merolz SkinCare

Selepas menggunakan cleanser, langkah kedua pula adalah menggunakan  Walaubagaimanapun untuk  untuk peringkat awal Toner Merolz Skin Care ini tidak perlu digunakan setiap hari. Anda cuma perlu  guna dua kali dalam seminggu (sinag dan malam).


Apa yang menariknya toner ini tidak memerlukan kapas kerana rekabentuknya yang sangat memudahkan pengguna iaitu dalam bentuk spray.Anda hanya perlu spray dan  dab dab pada  wajah anda.  Menariknya toner ini anda akan berasa segar berangin selepas spray di wajah anda kerana kandungan peppermint yang ada dalam toner ni. Rasa kesegaran ini akan membuat anda rasa lebih tenang dan segar.

Toner Merolz Skin Care ni sangat bagus untuk mengecutkan liang-liang kulit dan mencegah kulit muka kendur serta kesan penuaan. Kesan penggunaan gaharu dalam toner ni boleh merapatkan tisu kulit supaya kulit wajah kita nampak lebih lembut dan muda.

Cik iena sangat suka toner ini rasa sangat perbezaan apabila menggunakan toner dan tidak. Pada cik iena cik iena suka amalkan setiap hari walaupun dicadangkan 2 kali seminggu kerana apabila memakai toner ini kulit cik iena menjadi lebih flawless, lembut dan terasa sangat segar.



KeistImewaan:

  •     Kesan gaharu membantu dalam mengecutkan
  •     liang-liang kulit serta mencegah kendur dan penuaan kulit. Ianya merapatkan tisu kulit untuk memberikan penampilan yang lembut dan muda kepada kulit wajah.


Langkah 3: Moisturizer Merolz Skin Care

Moisturizer Merolz SkinCare

Langkah terakhir iaitu langkah tiga,  calitkan sedikit Moisturizer Merolz Skin Care pada wajah dan ratakan. Tekstur warna krim moisturizer ini berwarna putih dan baunya pula harum lembut yang menenagkan jiwa. Tekstur krim pula sangat cepat meresap dan tak melekit. Moisturizer ini dipakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ianya sangat jimat dan memudahkan kerana anda tidak perlu membeli dua krim berasingan iaitu krim siang dan krim mala.

Moisturizer Merolz Skin Care ini sangat bagus untuk kesan anti penuaan dan juga untuk menghaluskan wajah. Sangat sesuai untuk cik iena yang berusia 32 tahun kerana ianya akan melambat kan proses penuaan kulit.


Selain berfungsi untuk kecantikan Ianya juga di jadikan sebagai 'sunblock' untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, debu dan kekotoran. Pada yang mengalami masalah  kulit muka yang cepat kering  anda sangat sesuaiuntuk menggunakan moisturizer ini kerana  ianya akan mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.


KeistImewaan:

  •     Anti penuaan.
  •     Melindungi kulit wajah dari sinar UV.
  •     Mencegah kulit wajah menjadi kering.
  •     Mengekalkan kelembapan kulit wajah.
  •     Melindungi kulit wajah dari debu dan kotoran.
  •     Menghaluskan kulit wajah.

Review Merolz Beauty Skincare



Review Merolz Beauty Skincare
Secara keseluruhannya cik iena berpuas hati menggunakan set penjagaan wajah Merolz Skincare ini kerana ianya membuatkan kulit cik iena bertambah licin dan flawless. Difahamkan juga skincare ini mampu mencerahkan wajah. Agak menarik tetapi kulit cik iena sememangnya sangat susah untuk kesan pencerahan. 


Walaubagaimanapun terdapat testimoni-testimoni lain yang mendapat kulit yang cerah selepas menggunakan Merolz Skincare. Untuk melihat testimoni lain sila klik  http://www.merolzbeauty.com/testimonial.html .
Pada anda  diluar sana yang masih tercari-cari set penjagaan wajah untuk mencantik, melicin, menganjal dan mencerahkan anda boleh mencuba Merolz skincare. Kesan pada setiap orang mungkin berbeza.

Jadi cik iena cadangkan anda mencuba produk kecantikan Merolz Skincare ini terlebih dahulu terutama buat mereka yang mengalami masalah jerawat dan jeragat kerana kandungan kayu cendana ini mampu mengatasi masalah tersebut.





Video Review Merolz Beauty Skincare






Untuk maklumat lanjut sila layari

Website : http://www.merolzbeauty.com
Facebook : Merolz Beauty
Instagram : @merolzbeauty
Email : info@merolzbeauty.com | merolzresources@gmail.com
No. Telefon :+60193397036
Alamat Butik : 13-1-2 BLOCK 13, 71800 Nilai RPM Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan 71800
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment