Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Thursday, April 6, 2017

Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC


Beberapa minggu yang lepas iaitu pada hari sabtu 18 Mac 2017  cik iena berkesempatan menyertai Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Aktiviti seperti ini sememangnya cik iena sangat gemari . Alhamdulillah cik iena di beri kesempatan sekali lagi untuk menyertai aktiviti charity seperti ini.


KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Sebelum ini cik iena juga merupakan sukarelawan 1charity yang terlibat dalam pengagihan makanan buat gelandangan yang diadakan pada setiap hari khamis dan jumaar bertempat di Bank Muamalat Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Disebabkan faktor kekangan masa cik iena jarang menyertai aktiviti charity mingguan tersebut. Jika di ikutkan kebanyakan follower Instagram cik iena datangnya dari mereka-mereka yang gemar melihat perkembangan cik iena mengenai aktiviti charity cik iena pada setiap minggu.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Jadi cik iena tidak melepaskan peluang untuk menyertai kerja amal ini apabila di jemput oleh rakan blogger .Di sini gelandangan di beri sedikit sumbangan oleh pihak penaja dan mereka juga di berikan pakaian-pakaian serta terdapat perkhidmatan barber bagi mereka yang ingin memotong rambut.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
sesi luahan hehe

Selain dari aktiviti tersebut apa yang menarik adalah di sini cik iena di benarkan untuk menemuramah penghuni-penghuni di sebut . Kebiasaannya cik iena bercharity untuk gelandangan cik iena sangat takut untuk bertanyakan mengenai salah silah gelandangan kerana cik iena risau akan mengguris hati mereka melainkan dengan rela hati mereka menceritakan sendiri.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
terima kasih pakcik sudi bercerita tentang kisah pakcik. Semoga Allah sentiasa melindungi pakcik

Tetapi pada hari tersebut cik iena dan rakan-rakan digalakkan untuk beramah-mesra dengan gelandangan dengan bertanya kabar dan bersembang. Cik iena mengambil kesempatan ini bersembang dengan beberapa penghuni yang menetap sementara disini . Cik iena cuma berborak kosong dan bertanya khabar, namun mereka sendiri tidak berat mulut untuk menceritakan tentang kisah hidup mereka.

Untuk Lebih lanjut mengenai luahan hati cik iena mengenai apa yang cik iena temubual sila tonton video yang cik iena rakam semasa aktiviti kerja amal tersebut.





Agensi Pelbagai Industri Tampil Bantu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur

Program Khidmat Sosial Masyarakat ini di anjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia bersama-sama portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) dan kelab Bolasepak Pantai Timur FC. Ianya diadakan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

Program khidmat masyarakat ini julung kalinya menggabungkan penganjur berbilang industri dimana ianya juga turut mendapat sokongan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin . Program ini berjaya menarik hampir 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur.


Pelbagai bantuan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan, khidmat gunting rambut percuma, pengagihan makanan tengahari dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai (free market) serta kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain lagi. Program Bersama Gelandangan ini turut disertai kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.


“Program ini akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Kelab Rakan Malaysia mahu mengungguli dalam tawaran bantuan terhadap mereka yang memerlukan selaras dengan misi pertubuhan ini diwujudkan,” menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia.


“Roopawan tampil sebagai hub untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim, justeru pembabitan dalam khidmat sosial masyarakat ini dilihat sebagai cara terbaik dalam menabur bakti balas buat masyarakat,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor.



“Pantai Timur FC tampil menganjurkan program sebegini sebagai salah satu cabang kebajikan buat ahli kami di seluruh negara terutamanya yang menetap di Kuala Lumpur. Ini salah satu cara kami dalam membalas jasa negara, selain mendekatkan ahli kami dengan masyarakat,” ujar Mohamad Fadli Ishak, Presiden Pantai Timur FC


Difahamkan Program ini akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun . Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan. 
Kepada anda di luar sana yang ingin menghulur sumbangan peribadi ke Kelab Rakan Malaysia anda boleh menghubungi Cik Ezette selaku Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel ezette.kram@gmail.com


Gambar Program Khidmat Sosial Masyarakat anjuran Kelab Rakan  Malaysia, ROOPAWAN & Pantai Timur FC



KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
bersama artis yang terlibat sama dalam aktiviti charity ini iaitu pelakon dan juga business man iaitu Mustaqim Bahadon yang juga merupakan founder Shortea Barbershop





KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Rakan blogger yang  turut terlibat

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Momi bergambar berasma paklong salah seorang penghuni disini

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Cik iena meluangkan masa bermain carrom bersama penghuni disini

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR

KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC  BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR
Selfie bersama rakan blogger dan founder Roopawan

Baiklah disini cik iena ingin menceritakan serba sedikit mengenai agensi-agensi yang terlibat dalam projek kebajikan ini. Diharapkan ianya dapat diteruskan dan dijadikan aktiviti wajib setiap bulan atau tahun :) . Tahniah di ucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat . Semoga usaha murni ini menjadi contoh kepada agensi-agensi yang lain.

Tentang Kelab Rakan Malaysia


Kelab Rakan Malaysia (KRAM) adalah pertubuhan yang bertujuan:

a.      Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli
b.      Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan
c.      Menggalakkan dan memudahkan rakyat malaysia dan penduduk setempat mengamalkan gaya hidup sihat
d.      Menggalakkan perpaduan dikalangan rakyat malaysia dengan menggunakan platform sukan dan rekreasi
e.      Menggalakkan semangat cintakan sukan di kalangan rakyat malaysia
f.       Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal untuk masyarakat umumnya



Untuk maklumat lanjut, hubungi Kelab Rakan Malaysia di:


Zettira Ezette Farhanna     | +0179746520 |   ezette.kram@gmail.com
Mohd Izzul Izzuddin           | +0195433934 |   izzul.kram@gmail.com


Tentang Roopawan


Portal membeli-belah atas talian (www.roopawan.com) yang dimiliki sepenuhnya oleh Roopawan Marketing Sdn Bhd mula beroperasi secara rasmi pada Ogos 2016 menawarkan produk fesyen dan kecantikan Muslim dengan lebih 50 jenama tempatan dan antarabangsa. Roopawan yang diasaskan oleh 2 anak muda, Mohd Fuad Mohd Noor dan Siti Amalina Ariffin mencatatkan perolehan sehingga RM300,000 hanya selepas 6 bulan dilancarkan. Roopawan turut merancang untuk menembusi pasaran luar Malaysia menjelang akhir 2017.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Roopawan Marketing Sdn Bhd di 03-91744771 atau:


Mohd Fuad Mohd Noor      | +60193933529   | mohdfuad@roopawan.com
Siti Amalina Ariffin              | +60177540687   | amalinariffin@roopawan.com


Tentang Pantai Timur FC


Pantai Timur FC atau dikenali sebagai PTFC adalah satu pasukan bola sepak yang ditubuhkan sejak 2009 lagi. Kelab Bola Sepak Pantai Timur akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Liga Sosial Shah Alam V3 bermula 19 Mac 2017. Pemain Pantai Timur FC adalah terdiri daripada anak-anak Pahang, Terengganu dan Kelantan, selaras dengan nama kelab. Untuk mendaftar sebagi ahli kelab, sila hubungi Mohd Fadli Bin Ishak, Pengurus pasukan Pantai Timur FC, di talian +0108907477








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA