EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong


Sesuatu yang lebih mencabar dan futuristik akan diperkenalkan oleh EXA Global kepada penggemar game VR (Virtual Reality) yang inginkan satu pengalaman yang berbeza dan mencabar. Jika sebelum ini, anda mungkin biasa mendengar mengenai game VR (Virtual Reality) dimana anda seperti berada didalam permainan itu sendiri.
 

 
Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
Mr Richard Lee (third from left), Chief Executive Officer of EXA Global Sdn Bhd launching the first ever Hyper-Reality Entertainment in Southeast Asia, EXA Outpost in SetiaWalk. With him are (from left), Mr Kee Saik Meng, Founding Partner of Havson Group; Mr Daniel Tan Keng Hui, Director of Next Unicorn Venture Berhad; Dato’ Rayson, Founder and Director of Havson Group; Mr Havene Liew, Founder and Managing Director of Havson Group and Mr Altair Ng Jien Chil, Director, posing together with the EXA trooper.
 


Kali ini, EXA Global iaitu  syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.
 

Teknologi Hyper-Reality membawa teknologi VR (Virtual Reality) lebih kehadapan.


Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam dimensi yang berbeza dimana memerlukan permain bergerak (aktiviti fizikal) untuk memastikan perjalanan permainan lebih mengujakan.
 

 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality

Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality merupakan permainan terbaru dimana anda berpeluang merasai sendiri pengalaman diserang dan menembak seperti anda betul-betul berada dalam dunia sebenar. Aksi tembak menembak ini sudah pastinya membuatkan anda seperti berada di dunia nyata. Ianya lebih mencabar minda dan stamina anda. Disampig itu anda sendiri boleh berkomunikasi dengan rakan kumpulan semasa sesi pengembaraan ini.
 
Dalam permainan ini, anda boleh upgrade senjata sama ada ketika bermain ataupun ketika anda berjaya menamatkan misi (tapi masih pakai senapang yang sama dalam dunia nyata ).
 
 
 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality



Pegawai juga disediakan untuk memberi arahan keselamatan sewaktu bermain. Supaya permainan ini selamat dimain dan tidak membahayakan pemain mahupun pemain lain .


 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
Antara peralatan atau gajet yang perlu dipakai oleh pemain sekiranya ingin bermain permainan ini.





EXA Setiawalk Outpost Pertama di Rantau Asia Tenggara


EXA Setiawalk Outpost merupakan yang pertama di Rantau Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan menyeluruh pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.


EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong


Tujuan  bagi setiap projek yang dibangunkan dalam permainan ini adalah supaya pemain dapat merasai teknologi terkini dimana mereka dapat  terlibat sama dalam perjalanan cerita dan bermain permainan ini dalam bentuk satu kumpulan.
 
 
 Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality
“SetiaWalk Outpost merupakan projek pengembaraan, dimana kami menjemput kawan dan keluarga untuk menjelajah, kuasai, bertahan dan pulang ke rumah dengan pengalman yang boleh dikongsikan bersama. Dari saat anda menempah tiket, kami mahu anda merasai pengalaman bersama-sama sebagai satu kumpulan”Mr. Richard Lee, CEO EXA Global
 
Komunikasi dan Team Building merupakan aspek penting yang ditekankan dalam projek Hyper-Reality dari EXA Global. Ia membolahkan orang ramai berkumpul dan merasai sendiri peluang untuk bekerjasama dalam mencapai kejayaan bersama dalam pengembaraan yang cukup mencabar itu
 
Menarikkan permainan pengembaraan ni, cik iena pun rasa tertarik. Boleh lah cik iena ajak rakan-rakan pejabat ke sini. Kami sememangnya gemar aktiviti seperti ini. Sibuk bekerja di pejabat sekali sekala main permainan pengembaraan seperti ini pasti menyeronokkan di samping dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesama rakan pejabat.
 

EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong
 
 
Tapi kan yang sebenarnya masa ni lah yang best kalau nak tembak boss ke project manager ke atau kawan-kawan yang annoyinh hahaha.. Okay bocor rahsia cik iena (^_~)
 
Aktiviti last sebelum puasa dengan rakan pejabat tempohari Laser Tag . Kali ni nak pergi yang lebih mencabar gitu. Kalau macam ni cik iena suka tapi paint ball tak mau hahahaha.. Sakit okay. Comot pulak tu cik iena. Yang macam ni suka sangat sangat.
 
 
Haa anda pun sama okay, Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pemainan terbaru abad ini pada harga PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 – RM65.
 

EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong
EXA Setiawalk Outpost akan mula beroperasi secara rasmi pada 3 Jun 2017.

Untuk Maklumat Lanjut Layari

EXA SetiaWalk Outpost


B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333

Facebook: www.facebook.com/EXAGlobal
Instagram : www.instagram.com/exaglobal
Website: www.exa-global.com
 



 



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve