Grab The Promo

Cost Of Living - MRT


Apabila sebut mengenai Cost Of Living atau Kos Sara Hidup,  lazimnya, ramai yang merungut apabila berlaku pe­ningkatan kos sara hidup. SEDAR atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa. Harga barang-barang yang tidak terkawal mengalami peningkatan sedikit demi sedikit.

Bagi mereka yang gemar berbelanja, sudah pasti mereka akan terasa bahang kesan peningkatan kos sara hidup ini. Dari semasa ke semasa, kenaikan harga barang dan perkhidmatan menjadi isu yang sering dibangkitkan di pelbagai media.

Biasanya, apabila kos sara hidup semakin meningkat, ini akan memberi bebanan kepada pelbagai pihak, apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.  Untuk itu di sini cik iena ingin berkongsi sedikit Tips yang mungkin akan meringankan kos sara hidup anda yang tinggal di Ibu Kota.


Cost Of Living - MRT


Buat anda yang tinggal dan bekerja di ibu kota mahupun yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di ibu kota atau sebaliknya, bagi meringankan kos perbelanjaan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan MRT untuk perjalanan pergi dan pulang bekerja.


Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.


Dengan menggunakan MRT, pastinya anda akan mendapat Penjimatan Dan Lebih Nilai Bagi Wang Anda


Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.
Jimat Belanja Poket Dengan Menggunakan Pengangkutan Awam.

Kenapa MRT dikatakan dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan adalah

  1. Harga yang berpatutan
  2. Kemudahan Diskaun
  3. Dapat Anggar Kos Destinasi Yang di Tuju
  4. Dapat Kawal Petrol

Harga yang berpatutan

Harga tambang bagi MRT adalah berpatutan dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan disamping keselesaan yang anda nikmati



Kemudahan Diskaun

Selain daripada itu terdapat juga kemudahan diskaun bagi para pengguna pada musim-musim tertentu serta kemudahan diskaun bagi pelajar serta orang kurang upaya dan warga tua dengan penggunaan My Rapid.


Dapat Anggar Kos Destinasi Yang di Tuju

Dalam membuat perancangan perbelanjaan kita seharusnya tahu kos anggaran, dengan menggunakan MRT sudah pastinya kita dapat tau kos bagi destinasi yang di tuju. Jadi disini kita dapat membuat anggaran kos perbelanjaan yang tepat.


Dapat Kawal Petrol

Apabila anda menggunakan perkhidmatan MRT sudah pastinya anda akan menjimatkan penggunaan petrol kerana anda tidak memandu untuk ke sesuatu destinasi terutama ke tempat kerja yang mana setiap hari anda perlu mengeluarkan kos utuk pergi dan pulang kerja.



Transformasi Pengangkutan Awam



Nikmati Transformasi Pengangkutan Awam


Terdapat banyak kebaikan daripada penggunaan pengangkutan awal seperti MRT antaranya :

  • Mengurangkan penggunaan bahan api
  • Meningkatkan pendapatan dan pembanggunan di kawasan sekitar
  • Menjimatkan masa
  • Mengurangkan kesesakan Trafik
  • Memperbaiki sistem Jaringan pengangkutan awam




Pendapat Orang Ramai Mengenai Sistem Pengangkutan MRT.






Kepada anda di luar sana yang tinggal berhampiran station MRT mahupun LRT, KTM serta Monorail mari kita sama-sama berjimat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengangkutan utama untuk anda ke tempat kerja.

Sekiranya Rumah cik iena berada berhampiran kesemua pengangkutan awam yang di nyatakan sudah pasti cik iena akan memilih pengangkutan awam tetapi malangya tempat tinggal cik iena terletak di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti yang anda sedia maklum tiada kemudahan pengangkutan awam seperti MRT di sini.

Jadi cik iena tidak mempunyai pilihan untuk ke tempat kerja selain membawa kereta. Namun dalam meneruskan penjimatan kos sara hidup cik iena "CARPOOL" bersama rakan pejabat untuk ke tempat kerja. Jadi kos minyak , tol seta parking cik iena akan bahagi tiga. Jadi di sini cik iena dapat berjimat.

Sekiranya ada MRT di bangunkan di sini sudah pasti cik iena akan memilih menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengeankutan utama cik iena ke tempat kerja :)





Facebook : KPDNKK-Laman RasmiInstagram : @mykpdnkk


3 comments:

  1. One day nak belajar naik MRT. Tak pernah cuba naik. Selalu naik kereta je kalau jalan-jalan kat KL nun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak pernah naik MRT dua kali je
      lepas abes keje konon nak g event naik MRT kt damansara utama, tapi bila balik tu hahah sampai lewat sebab rumah jauh dari MRT atau LRT...kene naik uber..
      huhu kan best kalau ade MRT kt bukit antarabangsa ni
      sebelum ni duduk bandar tun razak akak naik LRT je g kerja :)

      Delete
  2. Jalan yg terbaik naik MRT. JImat masa dan kos.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve