Grab The Promo

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017

Eat, Play & Win :)

Anda berpeluang menangi sehingga RM22,900  dalam  “Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017”

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017


Utk pengetahuan, KLFFH 2017  merupakan
program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia W.P Kuala Lumpur/Putrajaya (PKPKM WP KL/Putrajaya) dan Biro
Pelancongan Kuala Lumpur.

Acara ini diadakan bagi menyokong
kempen Citarasa dan “Fabulous Food 1Malaysia” yang dilancarkan
semenjak tahun 2009.


Objektif penganjuran acara ini bertujuan untuk mempromosi dan
mempergiat industri pelancongan melalui “Food Tourism” khususnya W.P.
Kuala Lumpur; membangunkan industri kecil-kecilan dalam sektor
makanan termasuk gerai, warung, restoran dan food truck; serta
memperkenal dan memupuk minat masyarakat dan pelancong
mengenai keunikan makanan-makanan tempatan.

Acara ini juga
diadakan bagi mempromosikan #sayangmalaysia dan #visitkl bagi
menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Lumpur.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar
berkata, “Acara berbentuk “food hunt” ini telah menerima sambutan
yang menggalakkan daripada para penggemar-penggemar makanan
berikutan keunikan acara ini. Sambutan yang diterima setiap tahun amat
menggalakkan di mana penyertaan bukan sahaja di kalangan
masyarakat tempatan malahan terdapat juga penyertaan daripada luar
negara termasuk pihak-pihak media”.


Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017


Acara yang bakal diadakan untuk tahun ke-enam ini akan menyaksikan
penyertaan seramai 1120 peserta mewakili 280 pasukan yang akan
berlumba di sekitar W.P. Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam
seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel dan MRT.

Mereka mestilah
melengkapkan tugasan di semua 10 hentian atau “check points” dan
mendapatkan cop selesai (“completed”) sebelum menamatkan cabaran.
Antara cabaran yang perlu di lakukan termasuk makan makanan popular
yang disediakan, menjawab soalan berkaitan pelancongan di Malaysia
dan Kuala Lumpur selain mencari klue lokasi restoran dan gerai yang
terpilih dalam waktu yang terpantas.


KLFFH pada kali ini akan mengetengahkan dan mempromosikan
makanan-makanan “signature” dan popular di sekitar Kuala Lumpur
mencakupi makanan tempatan yang mewakili pelbagai bangsa dan
juga makanan antarabangsa.

 Antara makanan yang dipilih termasuk nasi
campur, mi sup (Chinese style), roti canai istimewa, nasi Arab, gourmet
sandwich, pecel lele, dan lain-lain lagi. Selain dapat menikmati makanan
yang disediakan, peserta juga berpeluang menjelajah ke seluruh pelusuk
Kuala Lumpur dan mengenali lokasi-lokasi gerai dan restoran yang baru.


Kebanyakan peserta turut berkunjung ke lokasi-lokasi yang diperkenalkan
selepas acara ini tamat terutama pada hujung minggu, hari cuti am
mahupun hari-hari bekerja.


Pelbagai hadiah menarik juga bakal dimenangi para peserta termasuk
wang tunai dan cabutan bertuah. Sebanyak 45 pasukan terawal sampai
untuk kategori terbuka, tertutup dan expat/pelancong akan membawa
pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM 22,900.00.


Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah juga bakal dimenangi peserta
termasuk tiket penerbangan, gajet-gajet terkini, barangan elektrik,
barangan outdoor, voucher makanan, voucher hotel dan lain-lain lagi.


Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar juga berharap kerjasama strategik
dengan semua pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL
Fun Expats (KLFE), IPTA/IPTS, Syarikat-syarikat swasta, NGOs, penaja-penaja,
restoran-restoran dan pihak media dapat dijalin dan diteruskan pada
masa hadapan. Ini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan
efektif dalam membangunkan industri pelancongan dan kebudayaan
negara seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National
Blue Ocean Strategy (NBOS)

Untuk maklumat lanjut layari

Www.redadventure.com.my




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve