Grab The Promo
Grab The Promo

Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom

Menjadi perkara biasa bagi seorang wanita memanjakan diri mereka dengan menghadiri rawatan kecantikan dan kesihatan diri di spa, apatah lagi individu yang bergelar selebriti seperti penyanyi dan pelakon mahupun wanita-wanita bekerjaya yang mementingkan perawatan diri dan wajah.

Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom




Namun pada kita yang hanya insan biasa mungkin agak keberatan untuk kerap ke SPA kerana kosnya agak tinggi.  Cik iena sendiri secara jujurnya jarang ke SPA melainkan memenuhi undangan Review . Tetapi adakalanya Cik iena juga akan pergi ke SPA untuk membawa Puan Ibunda . Hadiah buat Puan ibunda untuk merelakskan dan memanjakan tubuh badan. Kalau bawa orang tua sangat banyak manfaat dan pahalanya .

Kepada anda di luar sana yang mungkin ingin ke SPA tetapi agak berkira-kira untuk mengeluarkan wang ringgit, Kini anda tidak perlu khuatir lagi. Anda boleh merasai sendiri pengalaman SPA Lima Bintang dengan menggunakan Produk Dari Asianic di rumah sendiri.




RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI 


Asianic merupakan jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Terdapat rangkaian produk krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura (cherry Blossom).



RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI
 Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom  RM40


Untuk krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Ianya di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Selain itu ia juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Bagi wanita yang selalu mengimpikan untuk mendapat pengalaman spa lima bintang dirumah sendiri, Asianic adalah pilihan terbaik. Sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa. Kualitinya setanding dengan produk antarabangsa yang terdapat dipasaran dan boleh digunakan seisi keluarga.

Kini anda boleh menentukan masa anda sendiri untuk merasai pengalaman spa lima bintang di rumah sendiri. Bauan yang harum dan mempersona pasti akan lebih menyegarkan dan membantu anda kekal yakin sepanjang hari.

Selain pengalaman yang mempersonakan ini, anda juga boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga anda untuk menunggu di spa untuk mencantikkan diri. Kini di rumah sendiri adalah pilihan yang terbaik selain lebih praktikal dan ekonomikal.

Rasai sendiri pasti anda akan terpesona dengan rangkain produk Asianic. Rangkaian produk mandian dan penjagaan diri Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM12.90 hingga RM18.90 setiap satu.



Rasai Pengalaman SPA di Rumah dengan Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom


Apa yang lebih penting lagi adalah produk Asianic merupakan produk yang  HALAL dan mendapat kelulusan KKM. Anda boleh menggunakan produk Asianic tanpa ragu kerana Asianic  adalah rangkain produk Halal yang pertama seumpanya di Malaysia.

Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my,  Facebook Asianic Halal dan juga melalui website mereka di www.wonderlandprimary.com .



Review Asianic Set 3 In 1 Cherry Blossom   




Asianic Cherry Blossom Body Scrub



Bahan utama yang ada dalam Asianic Japanese Cherry Blossom Body Scrub adalah Extract Japanese Cherry Blossom dan Extract Aloe Vera yang sangat bagus untuk membuang sel kulit mati yang  terdapat  pada tubuh badan anda. Kombinasi dua  bahan ini juga sangat baik untuk melembutkan dan memutihkan kulit.


Asianic Cherry Blossom Body Scrub
ASIANIC Japanese Cherry Blossom Body Scrub (250ml) 
RM 11.90
Untuk Pebelian online di Lazada Klik



Kandungan: Aqua, Caprylic. Capric Triglyceride, Polyethylene, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Vaccinium Myrytillus Fruit/ Leaf Extract, Saccharum Officinarum Extract, Acer Saccharum Extract, Citrus Aurantium Dulcis Peel Extract, Citrus Medica Limonum Extract, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasoloaxane, Ceteareth-20, Cera Alba (Beeswax), Phenoxyethanol, Fragrance, Sodium Polyacrylate, C18-21 Alkane, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Prunus Serrulata Flower Extract, Sodium EDTA, Allantoin, Trideceth-6, Methylisothiazolinone.




Review Asianic Cherry Blossom Body Scrub



Review Asianic Cherry Blossom Body Scrub


Cik iena sememangnya telah menggunakan  Asianic Cherry Blossom Body Scrub beberapa bulan yang lepas  dan cik iena sangat menggemari tekstur dan hasil scrub ini yang menjadikan kulit terasa sangat halus seperti bayi . Ianya tidak terlalu kasar dan sangat lembut serta baik untuk kulit. Harumannya juga sangat lembut dan wangi sehingga mampu menenangkan fikiran anda ketikan mandi.

Kebiasaannya skrub sebegini adalah mahal tetapi berbeza dengan Asianic ianya di jual pada harga yanng boleh dikatakan harga mampu milik iaitu RM 11.90.

Selepas menggunakan Asianic Cherry Blossom Body Scrub dan suka akan hasilnya cik iena mula mencuba dua produk dalam rangkaian yang sama iaitu Asianic Cherry Blossom Shower Cream dan Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion.

Rating :
10/10


Asianic Cherry Blossom Shower Cream



Asianic Japanese Cherry Blossom Shower Cream ini dikatakan boleh membantu memutihkan kulit kerana di dalam shower cream ini terdapat bunga Japanese Cherry Blossom yang terkenal dengan kandungan bahannya yang mampu membantu untuk melicinkan dan memutihkan kulit . Selain daripada membersihkan badan dari kotoran , debu dan bekteria, krim mandian ini juga akan mengekalkan memutihkan dan melembapan kulit.


Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion
ASIANIC Japanese Cherry Blossom Shower Cream (750ml) 
RM 18.90


Untuk Pembelian Secara Online di Lazada Sila Klik


Kandungan: Aqua, Disodium Cocoamphodiacetate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Cocoyl Glycinate, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Glycerine, Aloe Barbadensis Leaf Juice, PEG-150 Distearate, Fragrance, Glycol Distearate, PEG-40 Hydrogenate Castor Oil, Polyquaternium 7, Disodium EDTA, Prunus Serrulata Flower Extract, Acrylates/ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Citric Acid, Cocamide Mea, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone.


Review Asianic Cherry Blossom Shower Cream



Review Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion



Tekstur krim yang pekat dan harum serta tidak melekit. Ianya juga menghasilkan buih yang banyak. Tidak perlu memakai dalam kandungan yang banyak untuk menghasilkan buih. Selepas memakai krim mandian ini kulit akan terasa lembut dan lembab serta segar di tambah dengan haruman yang menenagkan minda.


Rating  : 
9/10


Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion


Asianic Japanese Cherry Blossom Hand and Body Lotion kaya dengan Vitamin E dan AHA yang membantu untuk melembapkan kulit. Selain daripada kandungan Japanese Cherry Blossom Extract, ada juga dicampur dengan Lemon Fruit Extract untuk membantu memutihkan kulit.


Asianic Cherry Blossom Shower Cream
 ASIANIC Japanese Cherry Blossom Hand & Body Lotion (150ml)
RM 11.90

Untuk pembelian secara online di Lazada Sila Klik



Kandungan: Aqua, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Cetearyl Alcohol, Cetyl Alcohol, Ceteareth-20, Vaccinium Myrytillus Fruit/ Leaf Extract, Panthenol, Saccharide Isomerate, Cocos Nucifera Oil, Tocopheryl Acetate, Stearic Acid, Saccharum Officinarum Extract, Fragrance, Phenoxyethanol, Cyclopentasiloxane, Sodium Polyacrylate, Cyclohexasoloaxane, Citrus Aurantium Dulcis Peel Extract, Citrus Medica Limonum Extract, C18-21 Alkane, Prunus Serrulata Flower Extract, Acer Saccharum Extract, Trideceth-6, Methylisothiazolinone.






Review Asianic Cherry Blossom Hand and body lotion




Review Asianic Cherry Blossom Shower Cream

Tekstur lotion yang tidak terlalu berminyak dan melekit.. Selain daripada itu ianya sangat mudah meresap pada kulit dengan sekata dan menghasilkan kulit yang lembab dan halus. Penggunaan yang berterusan boleh membantu mencerahkan kulit anda . Ianya juga sangat jimat kerana anda tidak memerlukan jumlah yang besar untuk mengaplikasikan lotion ini. Hanya sedikit memadai . Sebotol boleh lotion ini mampu  bertahan 3 hingga 4 bulan bergantung pada penggunaan.


Rating :
9/10


Secara keseluruhan set ini memang sangat bagus dan anda perlu cuba untuk mengekalkan kelembapan kulit anda disamping mencerah dan melembutkan kulit anda. Produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my,  Facebook Asianic Halal dan juga melalui website mereka di www.wonderlandprimary.com .


Pembelian Secara Online di Lazada Sila Klik link di bawah mengikut Produk



 Untuk maklumat lanjut tentang produk daripada ASIANIC:
 #AsianicHalal #AsianicProdukHalal











1 comments:

  1. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve