6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta

Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, malah lebih kepada keperluan oleh pemilik kenderaan terutama buat kaum wanita.

Mengapa cik iena katakan begini kerana adakalanya cik iena tidak berasa selamat apabila cik iena dapat di lihat dari luar oleh orang yang kelihatan meragukan dan memerhati kereta cik iena terutama di kawasan gelap atau di lampu Isyarat.

Winshield Window Tinting Specialist
Winshield Window Tinting Specialist


Pada ketika itu cik iena hanya mampu berdoa agar tidak ada kejadian buruk yang berlaku dan dalam masa yang sama cik iena akan bersiap sedia memegang Stearing Lock . Mungkin pada anda yang membaca akan rasa kelakar.

Tapi  Kenapa cik iena jadi begini kerana Cik iena sendiri pernah melihat kejadian Ragut di depan mata dimana Sebuah motosikal memecahkan cermin depan kereta di hadapan dan membawa lari beg tangan penumpang. Kejadian ini sangat memberi kesan pada cik iena tambahan lagi Kereta Cik iena juga pernah di Baling Tin air minumam oleh pekerja LAZADA LEX.

Kejadian ini memang buat cik iena rasa sangat takut dengan gengster jalanan. Pada ketika ini  beliau marah akan cik iena kerana menghalang laluannya sedangkan cik iena berada di laluan yang betul dan beliau berada di laluan yang salah memasuki bulatan dari laluan orang exit bulatan yang terang terang salah tapi mungkin kerana Lazada Express perlu hantar barang dengan cepat maka dengan itu mereka boleh melanggar peraturan jalan raya :)

Jauh di sudut hati cik iena merasakan , beliau berani membuat tindakan membaling tin seperti itu kerana beliau nampak pemandu adalah Wanita. Sekiranya lelaki cik iena yakin beliau takut untuk berkelakuan begitu. Justeru itu cik iena merasakan pemasangan cermin gelap atau tinted sangat perlu untuk keseamatan pemandu .


Panduan Pemasangan Cermin Gelap (Tinted)
Kadar peratusan cermin gelap - tinted yang di benarkan JPJ






Seperti yang kita sedia maklum JPJ menetapkan kenderaan bercermin gelap adalah salah di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Kadar peratusan yang dibenarkan masih kekal buat masa ini iaitu 70 peratus untuk cermin belakang, 50 peratus bagi 4 cermin sisi dan 30 peratus bagi cermin hadapan.




Bagi pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300. Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.

Jika di ikut pada peraturan sememangnya kita akan di denda tapi semua ini terpulang pada individu. Bagi Cik iena pemasangan cermin gelap atau tinted adalah bertujuan mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta selain bertujuan melindungi barangan peribadi seterusnya melindungi keselamatan pemandu.

Jika ikutkan spesifikasi, memang tidak ikut spesifikasi sebenar, sebab agak gelap. Kalau anda  memasang cermin gelap yang diiktiraf oleh JPJ, anda masih boleh nampak barang dan pemandu di dalam dan pada cik iena ianya tidak selamat untuk cik iena yang bujang dan kerap menghadiri event di waktu malam.

Okay berikut cik iena kongsikan 6 Sebab kenapa perlu memasang tinted pada cermin kereta :)



6 Sebab kenapa perlu memasang tinted pada cermin kereta


  • Pemanduan yang lebih baik
  • Perlindungan privasi
  • Mencegah dari sinaran UV
  • Ketahanan cermin lebih baik
  • Suasana redup dalam kereta
  • Mengekalkan kesihatan pemandu


6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta
6 Sebab kenapa perlu memasang cermin gelap (tinted) pada cermin kereta

1. Pemanduan yang lebih baik

Dengan pemasangan Tinted pada cermin kereta akan dapat melindungi dari silau sinaran cahaya matahari yang amat merbahaya kepada pemanduan anda. Ianya amat penting buat anda yang mempunyai masalah rabun silau terutamanya.

2. Perlindungan privasi

Pemasangan tinted juga dikatakan untuk perlindungan privasi,Sekiranya anda mempunyai barang berharga yang tanpa anda sedari telah tertinggal di dalam kereta, orang ramai tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan anda kerana keadaan cermin gelap yang agak sukar dilihat.

Ia juga sangat penting buat kaum Wanita khususnya terutama ketika memandu di waktu malam. Risiko untuk di ganggu oleh samseng jalanan yang kebiasaannya akan menyasarkan kaum wanita sebagai mangsa berkurang  kerana mereka tidak dapat melihat pemandu di dalam adalah lelaki mahupun perempuan.

3. Mencegah dari sinaran UV

Di dalam beberapa tahun penggunaan kereta, cat kereta akan menjadi pudar dan retak, ini disebabkan oleh tindak balas sinaran cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat merbahaya kepada anda dan sinaran ini mampu masuk ke dalam kereta yang tidak pasang tinted.

Pada anda yang menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja pastinya sinaran UV yang tembus ke kereta anda akan membuat kulit anda rosak dan juga akan memudarkan tona warna kulit anda yang terkena sinaran UV. Bagi kaum wanita cik iena yakin mereka amat menitikberatkan soal ini.

Namun anda juga perlu tahu pemasangan tinted gelap tidak dapat menghalang sinaran UV, tinted gelap hanya untuk aksesori kecantikan dan untuk keselamatan. Anda perlu menambah fungsi yang bertujuan bagi menghalang sinaran UV bagi pemasangan tinted. Cik iena akan kongsikan dengan anda semua. Teruskan membaca okay :)

4. Ketahanan cermin lebih baik

Sekiranya kereta yang terlibat dengan kemalangan itu melakukan pemasangan tinted yang baik pada cermin hadapan keretanya, cermin tersebut tidak akan pecah berkecai tetapi cermin hanya keretakan dan ia akan minimumkan kecederaan pemandu dan penumpang. Jadi amat penting untuk anda memasang tinted beserta fungsi keselamatan bagi meminimumkan kecederaan.

5. Suasana redup dalam kereta

Pemasangan tinted mampu mengurangkan haba yang masuk ke dalam kereta seterusnya ianya tidak akan membuat anda berasa sangat panas .

6. Mengekalkan kesihatan pemandu

Pemasangan tinted yang berkualiti juga akan mampu menangkis sinaran UV daripada masuk terus ke dalam kereta yang mana sinaran ini amat merbahaya kepada kesihatan .


Jadi disini ingin cik iena berkongsi tentang pemasangan tinted yang berkualiti dan baik untuk keselamatan dan kesihatan anda . Janganlah kita hanya memasang tinted bagi tujuan kecantikan semata yang menginginkan warna yang gelap akan tetapi tidak memikirkan soal kesihatan dan keselamatan.

Dari segi kesihatan anda perlu menambahkan fungsi yang menghalang sinaran UV manakala untuk fungsi keselamatan anda perlu menambahkan fungsi yang membuatkan cermin anda sukar retak atau lambat pecah jika berlaku kecelakaan.

Memperbaharui Tinted  kereta



Dua minggu yang lepas Cik iena telah memperbaharui Tinted pada kereta Cik iena . Jika sebelum ini cik iena memasang tinted yang sekadar untuk tinted gelap sahaja kini cik iena membuat penambahbaikan dari segi untuk penghalang haba dan sinaran UV serta untuk keselamatan.

Hati-Hati Dengan Penjual Kereta


Almaklumlah perempuan agak kurang arif mengenai kereta , dengar murah terus nak buat tanpa memikirkan spesifikasi yang perlu. Sebelum ini kos cik iena memasang tinted tak sampai RM300 katanya pakej istimewa dari penjual kereta (dapat kereta baru siap tinted) . Jika diikutkan mahal melebihi RM500 dan cik iena terpedaya.

Kedai Tinted Kereta


Jadi kali ini Cik iena sendiri pergi ke kedai tinted untuk lihat apakah pakej yang di tawarkan. Anda amat di sarankan untuk ke kedai tinted sendiri supaya anda tidak tertipu dengan pakej yang ditawarkan dengan membayar harga mahal sedangkan apa yang anda dapat cuma tinted biasa iaitu tinted gelap sekadar untuk kecantikan dan bukan untuk keselamatan.

Alat Pengukur Haba
Di bahagian atas adalah suhu menggunakan cermin biasa(tanpa tinted- bacaan 879 ) Manakali di bahagian bawah  menggunakan ASWF's Dimension XVX70 dengan bacaan 97 . Kadar haba lebih rendah :)


Dengan melihat sendiri pemasangan tinted anda boleh bertanya serta merasakan perbezaan haba untuk tinted yang anda pilih dengan menggunakan mesin khas untuk mengesan tahap kepanasan haba. Anda boleh mengetahui lebih lengkap tentang tinted yang di pasang.




Kebanyakan penjual kereta  menawarkan pakej tinted buat pembeli kereta , namun ada diantara mereka yang mengambil kesempatan. Cik iena tidak katakan semua. Hanya segelintir. Jadi Cik sarankan lebih baik kita pergi ke kedai tinted sendiri untuk memasang tinted.

 


Winshield Window Tinting Specialist 


Baru-baru ini iaitu dua minggu yang lepas cik iena telah ke  Winshield Window Tinting Specialist  untuk membuka tinted kereta yang lama dan memasang yang baru dengan spesifikasi tambahan iaitu penghalang haba dan sinaran UV serta ciri keselamatan supaya cermin lambat pecah atau sukar pecah  jika berlaku kemalangan dan sebagainya.


Winshield Window Tinting Specialist
Winshield Window Tinting Specialist


Untuk kali ini cik iena memasang tinted yang menggunakan American Standard Window Film iaitu  ASWF's Dimension XVX70 yang menggunakan teknologi Seramik . Di mana ianya mempunyai spesifikasi seperti di bawah dengan tambahan ciri keselamatan.



Window Film Performance Data 


  • Light Transmission 35%
  • Solar Energy Rejected 53%
  • Infra Rejection 85%
  • U/V Rejected 99%
  • Visible Light Reflectance
  • Interior 13%
  • Exterior 13%

Selain daripada itu ianya juga mempunyai 5 Tahun Jaminan jika berlaku kerosakan pada tinted tersebut.


Untuk pengetahuan  anda terdapat  pelbagai  Pakej menarik bermula serendah RM 350 di Winshield Window Tinting Specialist   .





Sebelum memasang tinted yang baru, terlebih dahulu tinted lama cik iena di buang . Ianya memakan masa lebih kurang setengah jam ke satu jam . Kemudian barulah tinted mengikut spesifikasi baru di pasang.

Winshield Window Tinting Specialist
Proses membuka tinted lama


Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted


Untuk pengetahuan selepas memasang tinted, dalam tempoh seminggu anda tidak di benarkan untuk membuka tingkap agar tinted dapat melekat dengan cantik pada kereta anda. Dan untuk belakang kereta anda tidak dibenarkan membuka Demister selama dua minggu.

Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted
Penjagaan Kereta Selepas Baru di Tinted



Review Pemasangan Tinted di Winshield Window Tinting Specialist  



Selepas Pemasangan Tinted perubahan ketara adalah haba , keadaan kereta kurang panas berbanding sebelum ini. Pemasangan tinted juga sangat kemas tanpa gelembung-gelembung. Semasa memandu cik iena sering lihat kereta yang terdapat gelembung-gelembung pada tinted kereta mereka.

Ini adalah berpunca dari pemasangan yang tidak betul. Jadi amat penting untuk memilih kedai tinted yang baik untuk mendapatkan hasil yang bagus. Di Winshield Window Tinting Specialist mereka semangnya pakar dalam pemasangan Tinted.

Winshield Window Tinting Specialist
pemasangan yang penuh teliti dan kemas


Pemasangan yang begitu kemas tanpa gelembung mahupun calar. Cik iena sangat berpuas hati dengan pemasangan yang kemas ini. Selain pemasangan yang kemas, pekerja mereka juga sangat baik dan peramah serta boeh menjawab pertanyaan cik iena mengenai tinted.

Almaklumlah cik iena sememangnya tidak berapa arif mengenai kereta. Cik iena hadir pun seorang jadi cik iena perlu banyak bertanya . Dan cik iena sendiri cuba rasa perbezaan suhu haba dengan menggunakan beberapa jenis tinted kereta yang lain.

Pada anda yang terus mengatakan pemasangan tinted Mahal. Anda perlu tau tinted apa yang anda pilih dan fungsi serta kelebihannya . Cik iena ada cuba satu tinted ni memang tak rasa panas lansung. Tapi di fahamkan  harganya lebih kurang 4k . Baiklah cik iena perlu cari suami orang kenamaan ni kalau nak pakai tinted mahal :)


Gambar Sebelum dan Selepas


Winshield Window Tinting Specialist


Gambar sebelum merupakan tinted yang cik iena bayar kepada penjual kereta semasa membeli kereta. Ianya siap di pasang ketika cik iena terima kereta tanpa cik iena uji tahap kepanasan haba sebelum dan selepas memasang tinted menggunakan mesin khas.

Tinted sebelum lebih cerah berbanding yang selepas kerana cik iena sendiri memilih yang lebih gelap atas faktor keselamatan kerena cik iena sering memenuhi jemputan event di waktu malam dan pulang lewat. Adalah merbahaya bagi wanita memandu ketika waktu malam. 

Salah satu cara untuk meminimakan dari di kacau oleh gengster jalanan adalah dengan memasang tinted atau cermin gelap.






 Kepada anda di luar sana yang ingin memasang tinted tetapi masih ragu-ragu atau tidak tau dimana untuk pasang. Cik iena cadangkan anda datang ke Winshield Window Tinting Specialist .




Untuk Maklumat Lanjut :

Website : https://winshield.com.my
Facebbok : https://www.facebook.com/winshieldtrading/
Instagram : winshield-window-tinting-specialist
Alamat : No.139, Ground Floor, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Malaysia
Nombor talifon : 03-7877 1433
Waktu Operasi : 9:30AM - 7:00PM


===== BRANCHES =====
Winshield SS2 ▶ 03-78771433
Winshield Glenmarie ▶ 010-288 0831
Winshield Cheras ▶ 03-9133 8866
Bangi ▶ 010-288 0833
Subang Jaya ▶ 03-5634 4252


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog