Grab The Promo

KL WANGAN FILEM KEDUA ARAHAN PEKIN IBRAHIM

Beberapa minggu yang lepas Cik iena telah pun menonton Filem KL Wangan semasa Tayangan Perdana KL Wangan yang berlansung di GSC Pavillion . Difahamkan dalam Filem ini Faizal Hussein melakukan sendiri stunt untuk filem ini bermakna beliau memandu sendiri semasa perlumbaan tersebut.

 ARAHAN PEKIN IBRAHIM


Kepada peminat Lumba kereta anda seharusnya tonton Filem ini kerana ianya pasti menghiburkan anda. Jika ditanya pada Cik iena yang bukan peminat Lumba kereta pastinya komen nya biasa-biasa. Tapi apa yang dapat cik iena bagi tau Cik iena suka lakonan Faizal Hussein dan juga Pekin Ibrahim.

Istimewanya lagi Filem ini bagi cik iena adalah ianya dibintangi oleh Donny Alamshah pelakon dari Indonesia yang kacak . hahaha secara jujurnya Cik iena kalau tengok Movie yang bukan nichie Cik iena perlu ada seseorang yang Hensem untuk buat Cik iena tengok hahaha.

Eh Selain Donny , Faizal Hussein juga pelakon yang Cik iena suka . Pelakon Legend dari Zaman Filem Gila Gila Remaja . Sentiasa nampak muda je. Menurut Faizal Hussein tips beliau sentiasa kelihatan muda adalah makan nasi tanpa tambah. :)

Tayangan Perdana KL Wangan



Untuk pengetahuan KL Wangan bermaksud KL Midnight Race (Perlumbaan Malam). Okay berikut cik iena tulis mengenai sinopsis filem ini.



SINOPSIS KL WANGAN


Mengisahkan HONG (Kazuto)  dan YUDI (Faizal Hussein) yang mempunyai sejarah dendam dalam perlumbaan kereta. Cerita ini bermula apabila HONG dan YUDI bertemu kembali di jalanraya dan berlumba. HONG mengalami kemalangan dan di selamatkan oleh seorang pemandu teksi bernama EJAY (Pekin). Ejay ditawarkan oleh Hong untuk mendapatkan kembali wang yang diambil oleh Yudi pada malam kemalangan tersebut.

KL WANGAN FILEM KEDUA ARAHAN PEKIN IBRAHIM


EJAY berjaya menjejaki YUDI, dan meminta wang tersebut. YUDI meletakkan syarat sekiranya Hong inginkan wangnya kembali mereka harus turun ke jalanan untuk kembali berlumba.

Jika HONG memenangi perlumbaan tersebut,  wang akan dipulangkan. Malangnya HONG tidak boleh memandu akibat kemalangan tempoh hari dan meminta EJAY mengantikan tempatnya untuk berlumba.

Pada awalnya. EJAY  menolak permintaan HONG kerana dia sedang diburu Gangster Indonesia yang ingin membalas dendam berpunca dari pergolakan terdahulu dengan ayah EJAY.

Dalam waktu yang sama, HONG mempunyai seorang anak perempuan bernama OLIVIA. OLIVIA menyalahkan Hong ekoran kematian ibunya dan menentang ayahnya untuk kembali berlumba.

Pada perlumbaan akhir, berlaku pergaduhan di antara geng HONG dan YUDI. OLIVIA pergi ke tempat pergaduhan dan cuba menghalangnya  terjadi. Namun setelah sampai di tempat kejadian, OLIVIA terkejut melihat YUDI. Mengapa Olivia terkejut melihat YUDI ? Dan dapatkah EJAY menyelesaikan masalah HONG? Apakah punca sebenar konflik di antara YUDI , HONG , OLIVIA dan EJAY?


KL WANGAN – Perlumbaan Malam



 ARAHAN PEKIN IBRAHIM

Genre          : Aksi
Format        : 2D
Durasi         : 90 Minit
Bahasa        : Bahasa Malaysia
Klafikasi        : P 13
Pengarah         : Pekin Ibrahim
Tarikh Tayang    : 21 Disember 2017
Penerbit        : CENTRO PICTURES SDN. BHD.
Pengedar        : SKOP PRODUCTION SDN BHD
Pelakon     : Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim,  
  Jasmine Suraya, Xu Ping, Kodi Rasheed, Kamarul Hj       
  Yusoff, Donny Alamshah, Datuk Yusof Haslam
Tagline        : #Bikingempak



OST KL WANGAN


OST KL Wangan Oleh Altimet Menampilkan Faizal Hussein Dan Pekin Ibrahim . Soundtrack rasmi KL Wangan dihasilkan oleh Alimet bersama sama dengan video muzik yang menampilkan Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim. Dalam video muzik ini anda dapat dilihat Faizal Hussein rap dan lirik lagunya memang menarik dan kena dengan tema lumba kereta.




Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
BArisan pelakon KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Cik iena sewaktu di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Altimet  semasa di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Faizal Hussein semasa Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Pekin Ibrahim semasa Tayangan Perdana KL Wangan




Tayangan Perdana KL Wangan
Cik iena bersama pelakon utama faizal hussein


Cik iena sewaktu di Tayangan Perdana KL Wangan

Tayangan Perdana KL Wangan
Cik PA :)

 Wokay jangan lupa saksikan KL Wangan pada 21 Disember 2017  :)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve