Grab The Promo

Konsert Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour di Malaysia 17 Mac 2018


Armada Band merupakan artis yang tidak asing lagi di Indonesia malahan juga di Malaysia . Lagu-lagu Armada Band sering di buat Cover oleh peminat-peminat seni muzik dan  tidak terlepas juga ramai artis yang turut terlibat membuat cover lagu Armada Band .

Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour”


Lagu-lagu Armada Band sememangnya sangat merdu dan menarik untuk di dengari . Alunan melodi dan bibit-bibit lirik yang menyentuh hati membuatkan pendengar leka dan khusyuk mendengan lagu-lagu dari Armada Band.



Sejarah Armada Band


Sebelum ini Armada Band di kenali dengan nama Kertas pada tahun 2007. Band ini dianggotai oleh  lima orang yaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass). Mereka sempat melancarkan satu album ketika masih bernama Kertas, iaitu 'Kekasih Yang Tak Dianggap'.

Pada tahun 2008 Kertas bertukar  nama menjadi Armada, dan telah melancarkan album perdananya yang bertajuk 'Balas Dendam', album ini merupakan album yang membuat nama mereka makin dikenal ramai orang.

Setelah Berjaya dengan album pertamanya, Armada pun melancarkan album kedua mereka iaitu  'Hal Terbesar' pada tahun 2009. Album ini sangat terkenal dan disukai ramai penggemarnya, terutama dua single utama yang terdapat didalamnya yaitu "Mau Dibawa Kemana" dan "Buka Hatimu".

Dua dari empat album mereka iaitu 'Satu Hati Sejuta Cinta' (2012) dan 'Pagi Pulang Pagi' (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk 'Satu Hati Sejuta Cinta' dan lebih 250 ribu unit untuk 'Pagi Pulang Pagi').

Untuk pengetahuan anda ,  Armada merupakan salah satu dari lima besar band di Indonesia dengan jumlah fans terbanyak.



Armada Band kini semakin terkenal dengan single “Asal Kau Bahagia” . Mereka telah pun melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia dan kini ianya di Lancarkan pula di Malaysia pada  Januari 2018 .

Video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia 



Video lirik Armada “Asal Kau Bahagia” merupakan video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia dalam durasi waktu satu bulan setelah tayang. Video lirik “Asal Kau Bahagia” meraih jumlah penonton dari Indonesia dan Malaysia sebanyak 16 juta dalam waktu satu bulan, dan mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan pertumbuhan views tercepat di sepanjang sejarah musik Indonesia.


Ia merupakan Sebuah pencapaian yang belum pernah diraih sebelumnya oleh pemuzik di Indonesia, sehingga video lirik ini   mendapat penghargaan dari Youtube.

Armada Band Asal Kau Bahagia Most Viewed Lyric Video in A Month on YouTube


Saat Artikel di publish : 204,604,438 views

Indonesian All Time Record Breaking:

Most Viewed Lyric Video in A Month
on YouTube

Song: Asal Kau Bahagia
Format: Lyric Video
Upload: February 2nd 2017
16 Millions++ views in a month


Lagu Asal Kau Bahagia Mengisahkan keikhlasan seseorang terhadap pasangannya


Lagu Asal Kau Bahagia  dicipta oleh Radha, Mai dan Rizal , yang mana ianya mengisahkan  tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, apabila dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Tetapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Menurut Radha tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”. "Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia", adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri.

"Mengalah dan ikhlas juga merupakan sebahagian dari cinta.”, ujar Radha



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Cik iena di Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Alhamdulillah baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Sesi Meet and Greet Bersama Armada Band . Walaupun Armada Band tiba lewat dari yang di rancang atas sebab yang tidak dapat di elakkan , namun peminat-peminat mereka setia menunggu  mereka di ruang legar Quill City MAll KL.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Antara peminat setia Armada Band


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur




Kehadiran Armada Band di Malaysia adalah untuk melancarkan Album “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia  dan seterusnya untuk Promo Konsert mereka yang bakal diadakan pada bulan March 2018.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Armada Band Tidak Kisah Peminat Lebih Mengetahui Lagu dari Penyanyi


Cik iena sendiri merupakan peminat lagu-lagu Armada Band, sejujurnya Cik iena tidak mengenali siapakah anggota kumpulan Armada Band . Cik iena cuma kenal nama dan lagu sahaja . Sehinggalah Cik iena di jemput untuk menghadiri Sesi Meet And Greet Bersama Armada Band.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger


Selepas mendengar Armada band perkataan pertama yang keluar di Mulut CIk iena adalah "ASAL KAU BAHAGIA" .  Penangan lagu ini sangat hebat sehinggakan ianya melekat di ingatan Cik iena walaupun Cik iena sendiri tidak mengenal penyanyi nya .

Pihak media dan blogger sempat bertanya kepada Armada Band apa kata mereka mengenai Armada Band di kenali melalui lagu bukan band itu sendiri . Mereka menjawab penuh tenang . Mereka lebih suka mereka di kenali dengan muzik dan lagu mereka kerana yang di perjuangkan oleh mereka adalah karya Seni.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger



Cik iena juga setuju dengan Armada Band, karya mereka memang dapat menyentuh hati pendengar. Seterusnya dari karya muzik tersebut lah baru pendengar akan mengkaji dan mengambil tau siapakah gerangan pemilik dan penyanyi lagu tersebut.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger


Pelancaran album Armada “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia 

Sehari selepas  Meet And Greet bersama Armada Band di Quill City Mall KL, mereka telah melancarkan Album Armada MAJU TERUS PANTANG MUNDUR  dan pelancaran MTV karaoke mereka di Redbox Karaoke Malaysia Pavilion Kuala Lumpur.


Armada Band Asal Kau Bahagia


Album kelima mereka yang diberi judul “Maju Terus Pantang Mundur” ini  sudah boleh  mula di dapati di kedai Cd/Dvd seluruh Malaysia dan di PMP/Tropicjaya Entertainment .

Album ini mempunyai 11 Lagu ini Termasuk lagu Asal Kau Bahagia dan 2 Lagu Bonus VCD karaoke .

Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour” 


Sepuluh tahun usia Armada, kumpulan band ini akhirnya bakal melangsungkan konsert yang pertama di Malaysia pada 17 Mac 2018 .


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Untuk pengetahuan Mengapa sekarang baru Konsert diadakan setelah 10 tahun dalam industri ini, Ujar Rizal Sebelum ini lebih 10 kali merancang mengadakan  konsert di Malaysia namun tiada masa yang sesuai dan secara kebetulan pada masa itu mereka  ada perkara lain perlu di utamakan.


Armada Band Asal Kau Bahagia


Rizal memaklumkan Armada akan mendendangkan 20 buah lagu daripada lima album termasuk yang dilancarkan di Malaysia hari ini.

Konsert ini bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center . Untuk pengetahuan, lagu versi karaoke “Asal Kau Bahagia”  boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke Malaysia.

Pihak Armada Band berharap  dengan tersebarnya single “Asal kau Bahagia ’ ini, Semoga album Armada Band dapat diterima baik di Malaysia.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Harga Tiket Konsert Armada Band



RM 109 (tiada cd)
RM126 (beserta CD)
VIP berharga RM194 (beserta CD)

Tiket konsert boleh di beli di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour


Armada Band Indonesia pertama kali perform lagu Asal Kau Bahagia di MeleTOP





Untuk Mengetahui perkembangan semasa mereka sila layari :-

Facebook Page: https://www.facebook.com/armada.musik
Twitter: @band_Armada
Instagram:@armadaband
YouTube: Armada Band



UPDATE TERKINI 2 March 2018


KONSERT 'EMPIRE LIVE PRESENT ARMADA ASAL KAU BAHAGIA TOUR






Untuk pengetahuan semua pihak penganjur telah menangguhkan KONSERT 'EMPIRE LIVE PRESENT ARMADA ASAL KAU BAHAGIA TOUR'.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac ini di KL Live @ Live Centre terpaksa ditangguhkan bagi menghormati Pilihan Raya Umum yang bakal dijalankan tidal lama lagi.

Dengan rasa rendah diri, pihak meminta maaf atas segala kesulitan dan sangat berterima kasih dengan sokongan padu semua pihak terutama media terhadap promosi Konsert ini.

Bagi pembeli ticket, anda boleh melawati laman web https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour untuk tindakan lanjutan.


Terima Kasih :)






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve