Birthday Celebration di Sakura Cabin Batang Kali



Sakura Cabin Batang Kali




Pada hari ahad yang lepas Cik iena bersama keluarga meraikan Ulang tahun kelahiran dua orang adik Cik iena di Sakura Cabin Batang Kali . Ini merupakan kali kedua Cik iena makan di Sini di mana kali pertama hadir Cik iena jatuh Cinta dengan masakan Tom Yam Seafood Di Sakura Cabin.


Sakura Cabin Batang Kali
Love katanya


Jadi Untuk kali kedua Cik iena makan menu yang sama iaitu Tom Yam Seafood dan beberapa menu tambahan lain seperti Kalilan Ikan Masin, telur dadar, sambal Puyuh ,nasi bakar dan ayam bakar. Akan tetapi Ayam Bakar yang di pesan tidak sampai sehingga kami habis makan.


Sakura Cabin Batang Kali
wah berselera mak makan


Jadi tolak menu dari resit okay. Mungkin kerana terlalu sibuk sampai lupa. Di Sakura Cabin ini agak ramai pengunjung jadi Cik iena maafkan kerana mereka meminta maaf . Tom Yam Seafood pun ada yang tercicir. Order tiga sampau dua sahaja.

Tom Yam Seafood Sakura Cabin  Sedap !


Sakura Cabin Batang Kali
Tom Yam Seafoods sedap


Di sebabkan Cik iena suka tomyam dia, Cik iena sanggup tunggu dia masak. Ayam bakar cancel sebab dah takde selera. Selera tomyam je ada. haha . Tapi Ayam bakar dia Cik iena pernah makan masa pertama kali datang dan memang sedap. Menu yang lain yang cik iena cuba semasa kunjungan kali kedua ini selain yang di nyatakan cik iena klasifikasikan  biasa-biasa je :)


Tomyam Seafoods dan ayam bakar menu yang cik iena cadangkan untuk anda cuba kerana antara menu yang cik iena cuba tekak Cik iena berselera dua ni . Tapi Cik iena tak cuba menu yang lain . Kalau nak cuba semua menu  kene tunggu owner Sakura Cabin Invite buat review lah kan lalallalalala.

Sakura Cabin Batang Kali
Bersama puan ibunda di hadapan Sakura Cabin Batang Kali


Walaubagaimanapun cik iena yakin setiap yang berkunjung ke sini pasti teruja dengan keadaan sekeliling yang cantik dan mmendamaikan . Cuma gak sedikit bising apabila bunyi kenderaan yang memacu dengan laju kerana kedudukan restoran di tepi jalan besar batu 30 batang kali.

Sakura Cabin Batang Kali Mahal ke Murah ?


Melihat keadaan dekorasi kedai ada yang mengatakan ianya mahal. Tapi dari segi harga Untuk makanan yang kami order boleh di katakan murah . Untuk 11 orang makan  lebih kurang RM137  dengan air buah jus apple asam boi untuk 11 orang.


Sakura Cabin Batang Kali
adik dan anak buah makan kemain selera

Baiklah berbalik kepada tajuk Artikel . Birthday Celebration . Seperti biasa memang menjadi kewajipan keluarga kami untuk menyambut hari lahir setiap orang dalam keluarga . Ianya adalah untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama keluarga.

Dalam kesibukan anak-anak bekerja , perlu luangkan masa bersama keluarga untuk meraikan ulang tahun kelahiran yang tersayang walaupun ianya tidak di sambut tepat pada hari kelahiran. Boleh jadi lewat atau awal . Asalkan kami ingat akan hari-hari penting bagi keluarga kami.

Sakura Cabin Batang Kali
mak, abah dan adik lelaki


Jarang Cik iena tulis dalam blog walaupun setiap tahun sambut. Cik iena tulis ikut mood. Memandangkan sambutan kali ini ada kaitan dengan Cat & The Fiddle CheeseCake jadi Cik iena tulis haha .

Untuk sambutan kali ini kami sebagai peminat tegar Cheese memilih kek Cat & The Fiddle CheeseCake.  Haa Nak tau macam mana dapatkan  jemput baca di Beli Cat & The Fiddle Cheesecake Secara Online

Okay dengan itu Cik iena belanja gambar ya . Biarlah gambar berbicara :)




Gambar Birthday Celebration di Sakura Cabin Batang Kali




Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake


Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake


Sakura Cabin Batang Kali
Telur dadar, standard.. sama rasa macam kedai lain dan yang cik iena goreng hehe

sambal puyuh
Menurut abah sambal puyuh sedap. tapi cik iena memang tak makan puyuh jadi tak tau nak describe rasa

Sakura Cabin Batang Kali
kailan ikan masin. Biasa-biasa je. Cik iena pernah makan kailan ikan masin lagi sedap (maaf tekak kite kalau pernah makan yang lagi sedap automatik kalau tak sama sedap dia jadi biasa-biasa je)



Sakura Cabin Batang Kali
Nasi bakar, menarik dan nasinya sedap




Sakura Cabin Batang Kali
Cik iena, mak n abah

Sakura Cabin Batang Kali
yang di raikan deqnor dan apul

Sakura Cabin Batang Kali


Sakura Cabin Batang Kali
keluarga cik iena


Sakura Cabin Batang Kali
yang di raikan bergambar bersama mak dan abah


Sakura Cabin Batang Kali
Cik iena bergambar bersama yang di raikan :)

Sakura Cabin Batang Kali
Adik dan tunangnya, norma :)

Sakura Cabin Batang Kali
Birthday girl and birthday boy

Sakura Cabin Batang Kali
nak tumpang potong kek katanya..birthday dia da lepas da 22 ogos haha

Sakura Cabin Batang Kali
dua orang adek lelaki yang dah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini :)


Wokay sekian nukilan cik iena tentang keluarga Cik iena (^_~)



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog