Johor Bahru Tourist Attractions


 Johor adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Ia bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. 

Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.


Johor Bahru Tourist Attractions


Ia merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan kepelbagaiannya dalam makanan . Johor dinamakan sempena perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud permata berharga. 


Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia.  Dengan keluasannya yang besar terdapat banyak tempat menarik di Johor Bahru untuk anda lawati . 


Johor merupakan salah satu destinasi yang perlu anda senaraikan dalam senarai percutian anda  kerana terdapat pelbagai tempat menarik di Johor terutamanya di Johor bahru .Antaranya adalah seperti berikut.



Johor Bahru Tourist Attractions | Tarikan Pelancong di Johor Bahru

  1. Legoland Malaysia
  2. Puteri Harbour
  3. Sanrio Hello Kitty Town
  4. Angry Bird Theme Park Johor
  5. Johor Premium Outlet (JPO)
  6. Danga Bay
  7. Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple
  8. Tanjung Piai National Park
  9. Sultan Abu Bakar Mosque
  10. Chinese Heritage Museum

Terdapat lebih kurang 10 tempat menarik di Johor Bahru sahaja tidak termasuk daerah lain di Johor. Baeklah Cik iena terangkan secara ringkas mengenai kesepuluh tempat yang Cik iena senaraikan di atas yang mana ianya merupakan destinasi yang menarik untuk anda kunjungi di Johor Bahru.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia



Legoland Malaysia merupakan Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru.  Terdapat banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan best-best. 

Ia dikatakan Syurga bagi kanak-kanak. Jadi amatlah sesuai buat anda yang bekeluarga untuk bercuti di Legoland Malaysia. Ianya pasti meninggalkan memori yang indah buat anda sekeluarga.


Puteri Harbour Indoor Theme Park

Puteri Harbour Indoor Theme Park
Puteri Harbour Indoor Theme Park



Puteri Harbour Indoor Theme Park  Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit sahaja dari Legoland Resort. Ia merupakan taman tema indoor  khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place

Ia dikatakan salah satu tempat yang  menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk anda menghabiskan masabersama  dengan anak-anak sambil menikmati hidangan makanan.  Percutian anda disini juga pasti menjadi memori indah buat anda sekeluarga. Anak-anak pasti akan menggemari tempat ini.




Sanrio Hello Kitty Town

Sanrio Hello Kitty Town
Sanrio Hello Kitty Town


Sanrio Hello Kitty Town adalah Salah satu tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty

Jika anak anda menggemari watak animasi Hello Kitty ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda membawa mereka bercuti dan  menikmati keindahan suasana di Sanria Hello Kitty Town ini.  Percutian indah di sini pasti akan menjadi buah mulut anak anda kepada rakan-rakan .



Angry Bird Theme Park Johor

Angry Bird Theme Park Johor
Angry Bird Theme Park Johor



Angry Bird Indoor Theme Park  merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang berada di aras shopping mall komtar JBCC. Antara permainanyanag ada di sana ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya .Satu tempat yang manarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak. 


Johor Premium Outlet (JPO)


Johor Premium Outlet
Johor Premium Outlet


Johor Premium Outlet (JPO)  merupakan Satu tempat yang  menarik untuk membeli belah di Kulai Johor dan bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya . Sering dipenuhi pengunjung terutamanya ketika ada terdapat Sales. 

JPO sangat sesuai buat anda yang gemar membeli belah barangan berjenama . Di sini anda boleh membeli pada harga yang lebih murah daripada Mall biasa.




Danga Bay

Danga Bay
Danga Bay



Danga Bay merupakan Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberanf Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman teman yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. 


Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple


IA merupakan Kuil yang mempunyai struktur gelas lengkap dan sering dianggap sebagai salah satu karya seni bina yang paling menakjubkan bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Ia adalah kuil Hindu yang merupakan salah satu yang tertua di Johor Bahru.

 
Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple
Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple

Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple mempunyai Struktur seni yang unik ini dihiasi dengan sebanyak 300000 kepingan gelas putih, kuning, merah, hijau, ungu, dan biru yang merangkumi tiang, dinding, dan lantai. Sejumlah candelier yang terbuat dari kristal tergantung dari siling kuil. Kesan surreal yang dicipta oleh refection dari candelier kristal di lantai kaca adalah sesuatu yang luar biasa.

Kuil ini adalah tempat perlindungan kaca yang berpusat di udara dan mempunyai kapasiti 1500 penganut. Pelancong dibenarkan masuk ke kuil.

 
Tanjung Piai National Park

Tanjung Piai National Park
Tanjung Piai National Park



Tanjung Piai National Park merupakan tempat paya bakau yanag kaya dengan dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Disini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghujung platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia 

Sangat sesuai untuk pencinta alam sekitar. Disini anda dapat menikmati pemandangan yang cukup indah yang pasti menenangkan fikiran anda ketika berada di sini.




Sultan Abu Bakar Mosque

Sultan Abu Bakar Mosque
Sultan Abu Bakar Mosque


Masjid Negeri Sultan Abu Bakar merupakan Masjid yang berusia lebih satu dekad yang terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina yang bercirikan masjid dari Mesir. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sesuai untuk mereka yang sukakan sei dan sejarah di Johor.


Chinese Heritage Museum

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar



Chinese Heritage Museum merupakan ntara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru. Ia merupakan Muzium Warisan Tionghua yang lebih di kenali dengan nama Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru.


Selain daripada tempat-tempat menarik di Johor Bahru . terdapat juga  Restoran yang  menarik yang perlu anda cuba iaitu antaranya:-

  1. Roti Canai Bukit Cagar
  2. Hua Mui Kopitiam
  3. Restoran Tua Thow
  4. Restoran Ya Wang
  5. 7 Spice Restaurant
  6. Restaurant Kam Long

Antara Hotel menarik Di Johor Bahru yang menarik pula adalah

  1. Le Grandeur Palm Resort
  2. Thistle Johor Bahru Hotel
  3. Hotel Sentral Johor Bahru



Menarik bukan   Johor Bahru .  Untuk mengetahui pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Johor Bahru mahupun di kawasan lain anda boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog