Ketahui Cara Beristeri 9 dalam Filem Enjin No.9

Baru-baru ini Cik iena telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pra-tonton Enjin No 9 . Enjin No 9 merupakan Filem sulung terbitan Rangkaian Melati Production Sdn Bhd,  Ia merupakan filem  bergenre komedi ringan  yang sedang mula ditayangkan diseluruh Malaysia mulai  hari ini 29 Mac 2018.

Rangkaian Melati Production Sdn Bhd merupakan Syarikat yang baru sahaja menapak dalam bidang penerbitan filem tempatanyang mana ianya  dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Tengku Azalli Tengku Sulaiman dan juga Muliati Ratna Kasuma.

Filem Enjin No.9


Walaupun usia penubuhannya masih muda, ianya bukanlah satu penghalang bagi mereka menerbitkan sesebuah filem. Sebaliknya, Rangkaian Melati sentiasa mencari peluang dan ruang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada.

Untuk pengetahuan Filem Enjin No. 9 ini diarahkan oleh Raja Azmi. Ia merupakan karya Tengku Azalli dibantu oleh Muliati Ratna, memfokuskan kepada nilai seni dan muzik yang popular sekitar tahun 50an sehingga 60an.

Manakala skrip, jalan cerita, lokasi pengambaran, lagu-lagu lama dibuat dan dipilih khusus oleh Tengku Azalli, suami isteri. Filem ini Membariskan pelakon berpengalaman seperti Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Qazim Nor, Ayuni Haris dan juga Hafiz Baharl.

Ianya turut menampilkan buat pertama kalinya di layar perak iaitu Tajul Arif dan juga Bila AF yang sebe|um ini dikenali sebagai penyanyi. Lokasi pengambaran telah dijalankan sekitar Pahang & Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.

Trailer Filem Enjin No 9


Sinopsis Filem Enjin No. 9


Filem Enjin No. 9 ini mengisahkan tentang Pak Leman (Kazar) seorang yang sudah berumur tetapi miang keladi.

Pengalaman beliau yang pernah berkahwin sebanyak 8 kali tidak membuatkan beliau serik untuk berkahwin buat kaIi yang ke-9.


Filem Enjin No.9

Untuk merealisasikan hasratnya itu, Ujang (Tajul) dan juga isteri Ujang, Nora (Ayumi) ditugaskan untuk merisik Wan Limah (Datin Fadhilah Mansor).

Wan Limah merupakan seorang janda yang masih lawa. Hasrat Pak Leman itu tidak dipersetujui oleh Kak Leha (Sharifah Shahira) yang merupakan Ketua Pembebasan Wanita (Women Liberation) yang memperjuangkan anak-anak dara terlajak di kampung mereka.

Filem Enjin No.9


Kak Leha dan kuncu-kuncunya berusaha bersungguh-sungguh dalam menggagalkan hasrat Pak Leman itu.

Tujuan utuma Kak Leha berbuat demikian kerana beliau beranggapan tindakan Pak Leman berkahwin buat kali ke-9 itu memalukan orang kampung. Namun yang demikian, Kak Leha mempunyai agendanya yang tersenduri.

Filem Enjin No.9


Apakah agenda tersembunyi yang dirancang oleh Kak Leha? Adakah rancangan tersebut ditujukan kepada Pak Leman atau Wan Limah? Dan bagaimana pula hasrat Pak Leman yang ingin memperisterikan Wan Limah?

Sama-sama kita saksikan filem ini.

Filem Enjin No. 9 ini merupakan edaran MIG Pictures Sdn Bhd dan akan berada di pawagam tempatan bermula hari ini 29 Mac 2018.



Review Filem Enjin No. 9


Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga kerana ianya merupakan filem komedi yang berunsur kekeluargaan juga . Bagaimana hubungan datuk dan cucunya . Bagaimana telatah cucu melayan datuk nya yang agak menggatal walaupun sudah lanjut usia.

Filem Enjin No.9


Pada mereka yang berhasrat untuk mempunyai ister lebih dari satu, dua ,tiga, malahan 9 boleh menonton filem ini untuk belajar tips atau cara menggoda untuk golongan lanjut usia. haha . Kalau anda semua nak tahu Enjin No 9 bermaksud Isteri yang ke sembilan.

Dasyat sungguh Atuk ni isteri sampai 9 kan. Walaubagaimanapun ada kisahnya mengapa isteri sampai nombor sembilan. Untuk mengetahui al kisahnya jangan lupa tonton filem ini ok.

A post shared by Malaysian BloggerπŸ’„πŸ‘ πŸ‘—πŸ‘œπŸ΄πŸΉ (@ienaeliena) on


Dari apa yang cik iena tonton Filem ini memang lawak tapi adakalanya lawaknya tidak menjadi kerana lakonan yang kurang memberi impak lawak dari pelakon baru . Cik iena tak boleh nyatakan nama pelakon. Anda sendiri tonton okay. Ini review jujur dari cik iena. kerana adakalanya Cik iena sendiri tak faham.  kenapa salah satu watak dalam cerita ini gelak terbahak-bahak padahal Cik iena tak gelak.

Lantas cik iena bertanya pada diri sendiri adakah dia sedang buat lawak. dan cik iena ajukan soalan pada rakan sebelah, adakah pelaon itu sedang buat lawak. dan hasilnya masing-masing pandang sesama sendiri dan tergelak ."Yang Lawak itu adalah soalan Cik iena".   Pendek kata ada bahagian yang lawak tak sampai. Panjang kata kene tonton sendiri. Walaubagaimanapun pandangan setiap orang pasti berbeza. Ini cuma pandangan Cik iena.


Untuk FIlem ini Raja Azmi semangnya sangat berani menampilkan pelakon baru dalam FIlem sulungnya. Langkah ini dikatakan sangat berani. Tahniah kerana beliau berani mencabar diri untuk memberi peluang pada pelakon baru. Tanpa peluang mana mungkin dapat jadi pelakon berjaya kan. Diharap pelakon-pelakon baru ini dapat memperbaiki mutu lakonan mereka dan menepis tanggapan umum tentang lakonan mereka.

Filem Enjin No.9


Walaubagaimanapun untuk filem ini Cik iena sangat suka Syarifah syahirah dan doty yang sememangnya lawak bagi cik iena . Walaupun watak mereka agak jahat tetapi lawak yang mereka sampaikan menjadi.

Untuk review kali ini Cik iena review separuh daripada filem tau bukan keseluruhan sebab Cik iena terpaksa pulang awal kerana CIk iena naik public transport jadi lebih kurang jam 11 Cik iena terpaksa keluar kerana rushing mengejar KTM. Cik iena tak bawa kerta. Maaf sangat .Nak dijadikan cerita majlis bermula lewat jadi lewat lah habis. Jadi Cik iena review untuk setakat yang Cik iena tonton sahaja. .


Wokay setakat ini Review Cik iena ya. Jangan lupa tonton tau. Bawa atuk je tau. jangan bawa nenek. nanti nenek marah atuk nak kawen lagi :)

Rating

5/10






4 comments:

  1. Thank you for your nicely comment. Pak engku really appreciate that.
    Thank you again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Pak Engku, Maaf tak dapat stay lama tempohari..terpaksa balik sebab tak bawak kereta. Naik public transport je sebab slalu pergi mid valley jalan jammed teruk..takut lewat sampai :)

      Delete
  2. Thank you for your nicely comment. Pak engku really appreciate that.
    Thank you again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Pak Engku, Maaf tak dapat stay lama tempohari..terpaksa balik sebab tak bawak kereta. Naik public transport je sebab slalu pergi mid valley jalan jammed teruk..takut lewat sampai :)

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog