Grab The Promo
Grab The Promo

Less Is More | Althea The Bare Essentials Skincare

Setiap Insan pasti menginginkan kulit wajah yang cantik namun adakalanya kita kesuntukan masa untuk memanjakan wajah terutamanya buat kaum wanita yang sudah bekeluarga mahupun yang sibuk bekerja.


Althea The Bare Essentials Skincare

Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di pasaran dan adakalanya bagi sesuatu jenama sehingga memerlukan 5 produk berlainan untuk di pakai setiap hari. Adalah lebih mudah sekiranya ianya adalah kurang daripada itu.


Kini anda tidak perlu risau kerana dengan kehadiran Produk baru Althea iaitu The Bare Essential , anda boleh mengekalkan kecantikan kulit wajah malahan menambah baik pulih kulit wajah anda dengan produk kecantikan ini .

Althea The Bare Essentials Skincare


Hanya dengan 3 produk sahaja anda boleh kekal kelihatan cantik. Anda boleh menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Malahan terdapat fungsi untuk membentuk wajah atau mengecilkan wajah dengan menggunakan Contour Cleanser di dalam set skincare ini.



Althea The Bare Essential


Rangkaian The Bare Essentials skincare terdiri daripada tiga produk hypoallergenic yang sesuai untuk semua jenis kulit .  Rangkaian skincare ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang telah dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang paling menghidratkan untuk kulit anda.

Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Kelihatan Cantik  -  Less is More



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

  1. Contour Cleanser  -  Detox For V-Shape
  2. Primer Water - Prep For Silky Skin
  3. Fixer Cream - Fix Moisture




Contour Cleanser 


Mengandungi soothing Ice Plant yang menenangkan dan ekstrak Lemon Myrtle untuk detox.
Pembersih ini padat dipenuhi dengan kapsul mikro yang pecah apabila bersentuhan dengan air untuk membersihkan, mengelupas, dan menyegarkan kulit dengan lembut.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Pembersih Contour Cleanser ini membantu untuk menggalakkan peredaran darah, dan seterusnya berfungsi mengurangkan size pada wajah dengan menjadikan bentuk wajah lebih lansing atau kecil.


Kandungan 


Water,Propanediol,Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone,Alcohol,1,2-Hexanediol,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer,Tromethamine,Betaine,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Xanthan Gum,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Butylene Glycol,Dipropylene Glycol,Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Saussurea Involucrata Extract,Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract,Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Origanum Vulgare Extract,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract,Thymus Vulgaris (Thyme) Flower/Leaf/Stem Extract, Sclerotium Gum,Agar,Polysorbate 20,PEG-60 Hydrogenated Castor Oil,Fragrance


Kelebihan Contour Cleanser 


  • Ice plant - Menghidrat dan mengurangkan kemerahan pada wajah 
  • Lemon myrtle - Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit Pembersih yang kaya dengan busa yang membersih wajah dengan mendalam. 
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut 
  • Mengurangkan bengkak untuk bentuk wajah yang jelas

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Cara Penggunaan Contour Cleanser


Picitkan pada jari kemudian Urut dalam gerakan membulat di wajah sehingga berbusa  dan kemudian bilas sehingga bersih dengan air bersih. 


Review Contour Cleanser 


Contour Cleanser ini mempunyai tekstur yang halus dengan gelembung mikro . Ianya mampu membersih kekotoran pada kulit wajah secara mendalam . Hanya sekali cucian ianya mampu membuang sisa-siksa solekan Cik iena walaupun Cik iena tidak menggunakam make up remover sebelum mencuci wajah.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser


Selain itu ianya mempunyai bau yang harum . Haruman lemon yang sememangnya menyegarkan minda dan akan membuat jiwa berasa tenang dan nyaman. Selepas mencuci wajah kulit berasa sangat lembab , lembut dan anjal.


Rating Contour Cleanser 

9/10


Harga Contour Cleanser  : 150 g RM  23




Primer Water


Mempunyai dua fungsi toner didalam satu item iaitu toner penghidratan dan toner primer.
Primer Water ini mengandungi newdrop teknologi yang dipatenkan (Macro Fluidic Dispersion technology) yang perlahan-lahan mengisi jurang antara liang-liang dan membolehkan proses penghidratan menembusi jauh di dalam lapisan kulit.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water


Dibuat dengan ekstrak snow Lotus, water primer ini mempunyai tekstur yang sangat licin dan mempunyai tekstur sutera yang meningkatkan cahaya semulajadi kulit, menjadikan kulit anda lebih cantik , lembab, licin dan anjal.

Kandungan 


Glycerin,Water,Myristic Acid,Stearic Acid,Potassium Hydroxide,Palmitic Acid,Lauric Acid,PEG-32,Glyceryl Stearate,PEG-100 Stearate, Cocamidopropyl Betaine,Glyceryl Stearate SE,Microcrystalline Cellulose,Zea Mays (Corn) Starch,Lactose,Potassium Cocoyl Glycinate, Polyquaternium-67,Sodium Chloride,Disodium EDTA,Menthol,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyquaternium-7,Fructooligosaccharides,Saccharide Hydrolysate,Pullulan,1,2-Hexanediol,Tocopheryl Acetate, Mesembryanthemum Crystallinum Extract,Sodium Benzoate,Sodium Acetate,Butylene Glycol, Lippia Citriodora Leaf Extract,Ethylhexylglycerin,Fragrance

Kelebihan Primer Water

  • Snow lotus -  Melicinkan dan mencerahkan kulit . 
  • Patented "dewdrop" formulation - Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera serta berkesan.
  • Menghidrat dan prep lapisan kulit
  • "Dewdrop" melembutkan dan meningkatkan kelembutan kulit wajah
  • Primer yang melembutkan dan melicinkan keadaan kulit yang tidak sekata

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Cara Penggunaan Primer Water:


Tuangkan sedikit dan sapukan secara merata ke muka, urut secara  perlahan-lahan untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya digunakan selepas anda menggunakan Contour Cleanser.

Review Primer Water


Cik iena suka Primer Water ini kerana ianya sangat melembabkan kulit Cik iena yang kering . Teksturnya  mudah meresap serta berbau harum yang sangat menenangkan minda. Kulit terasa sangat lembab serta segar selepas mengaplikasikan Primer Water ini.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Rating Primer Water

9/10

Harga Primer Water : 200 ml RM  43





Fixer Cream


Formula yang tidak berminyak dan pantas menyerap dengan kuasa Trehalose. Ianya mengandungi Ramuan yang terdapat di kaktus yang bertindak menghalang kehilangan kelembapan bermaksud ianya  seperti kaktus mampu mengekalkan kelembapan seterusnya memberi kulit dengan penghidratan 24 jam.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Krim hebat yang berkhasiat ini juga kaya dengan antioksidan yang diperoleh daripada minyak benih Camellia Sinensis (teh hijau), dimana ianya juga membantu untuk menggalakkan pertumbuhan semula kolagen menggunakan ekstrak Baobab Tree. Selepas diaplikasi kan pada kulit , anda akan dapat merasai perbezaannya dengan kulit yang lembab, lembut serta anjal.

Kandungan 


Water,Glycerin,Methylpropanediol,Dimethicone,Olea Europaea (Olive) Fruit Oil,Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin),Cyclopentasiloxane,Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol,Cetearyl Alcohol,Polysorbate 60,PEG-100 Stearate,Cyclohexasiloxane,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Carbomer,Tromethamine,Polyacrylate-13,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Polyisobutene,Propanediol,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Disodium EDTA,Polysorbate 20,Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate,Trehalose,Sodium Hyaluronate,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower/Leaf/Stem Extract,Camellia Sinensis Leaf Extract, Imperata Cylindrica Root Extract,Opuntia Ficus-Indica Stem Extract,Adansonia Digitata Seed Extract,Fragrance

Kelebihan Fixer Cream

  • Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dan pek dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract - Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen.
  • Menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memnyerap nutrisinya
  • Penghidratan 24 jam
  • Tidak melekit dan mudah diserap
Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream

Cara Penggunaan Fixer Cream:

Sapukan secara merata ke  wajah dan urut perlahan hingga meresap. Ianya di gunakan selepas anda menggunakan Water Primer.

Review Fixer Cream


Fixer Cream ini merupakan krim pelembab yang sangat melembabkan sehingga 24 jam. Kelembapan yang berpanjangan membuatkan kulit sentiasa glowing . Ianya tidak melekit dan mudah meresap . BAunya juga sangat harum dan menenangkan minda.

Kelembapan yang diberikan dari krim ini membuatkan solakan cik iena lebih mudah di mana Cik iena tidak perlu lagi membasahkan span make up supaya foundation cik iena melekat pada wajah dengan mudah . Utuk pengetahuan kulit cik iena kering. Cik iena perlu basahkan span supa mudah untuk mengaplikasikan foundation pada wajah untuk bersolek.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Dengan adanya Fixer cream ini mudah bagi cik iena untuk mengaplikasi foundation pada wajah cik iena. Kelembapan sehingga 24 jam ini juga membuatkan solekan lebih glowing dan flawless.


Rating Fixer Cream

 10/10

Harga Fixer Cream: 50 g RM  50



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Secara keseluruhannya 3 produk The Bare essential ini sangat Cik iena suka kerana ianya sangat sesuai untuk kulit Cik iena yang berjenis kulit kering . Jika sebelum ini Cik iena perlu memakai face mask atau mask yang mengandungi Hyluranic asid untuk mengatasi masalah kulit kering Cik iena, kini dengan mengamalkan The Bare Essential skincare ini Cik iena boleh skip rutin harian tersebut.



Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/














0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve