Grab The Promo

Escape Penang Review

Pada Cuti Deepavali yang lepas, Cik iena dan rakan-rakan pergi bercuti di Pulau Pinang dimana rancangan utama kami adalah untuk pergi ke Escape Theme Park Penang.

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




Escape Theme Park Penang


Seperti yang semua tahu, Escape Theme Park Penang merupakan sebuah taman tema yang mempunyai beberapa bahagian iaitu Adventure Play, Water Play dan yang terbaru Gravity Play. Semasa kehadiran kami Graviti Play masih belum dibuka untuk umum jadi kami tak sempat nak merasa. Beberapa hari selepas kehadiran kami baru lah ianya di buka.

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang


Escape Theme Park Penang ini terletak di Teluk Bahang , Pulau Pinang. Waktu operasi mereka adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 6 Petang.Untuk mendapatkan harga istimewa anda perlu membuat tempahan secara online selama 6 bulan awal untuk mendapatkan harga diskaun yang menarik.


Harga Tiket Escape Theme Park Penang


Untuk pengetahuan pembelian awal secara online lebih murah. Lagi awal kita belilagi murah. Kalau boleh beli seawal 6 bulan untuk dapatkan harga yang murah. Untuk rate harga terbaru dalam website dia dah takde. Anda perlu cek sendiri mengikut tarikh. Belia awal lagi murah. Walaubagaimanapun harga akan berbeza sedikit untuk peak season seperti cuti sekolah dan cuti umum.

Kalau Cik iena search untuk hari esok harga dewasa adalah RM 150.30, kanak-kanak dan wargaemas RM99.90 .

Carian untuk  (dari tarikh 2019-12-06 - Cik iena tak tengok peak season atau tidak ya-just random cek)
  • Sebulan Berikutnya  Dewasa RM108.60 Kanak2 dan wargaemas RM72.20
  • 2 Bulan  Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 3 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 4 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 5 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 6 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 7 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 8 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 9 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 10 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50

Okay ini yang cik iena search semasa artikel ini ditulis. Hanya sebagai rujukan. Yang paling tepat anda boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/Individuals

Harga Tiket Escape Theme Park Penang

Sekiranya anda membeli tiket secara online jangan lupa tambah sekali duit dalam E-wallet kerana jika anda nak isi duit dalam e-wallet disana agak lambat kerana ramai orang beratur untuk menggunakan mesin topup e-wallet. Jadi adalah lebih bagus anda topup e-wallet awal-awal semasa membeli tiket secara online. Purata budget perbelanjaan seorang adalah RM20 untuk makan.

Sekiranya anda ingin menyewa locker, baju runang, kasut mahupun membeli cenderamata anda perlu topup lebih untuk e-wallet. Jangan risau sekiranya E-wallet tidak habis digunakan anda boleh redeem semula duit yang tidak digunakan di kaunter semasa balik.


Untuk pengetahuan Escape Penang tutup pada hari isnin untuk tujuan maintenance.

Untuk harga Base camp boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/ComboPackage

Atau anda juga boleh buat pembelian online di http://bit.ly/escapepenang

Escape Theme Park Penang E-Wallet


Untuk pengetahuan sebarang transaksi disini tidak memerlukan duit, anda boleh menggunakan W-Wallet yang telah disediakan. Anda cuma perlu menambah nilai pada E-Wallet anda sebelum memulakan aktiviti.aksudnya sebelum anda menyimpan barang-barang penting didalam locker anda boleh menambah nilai pada E-Wallet terlebih dahulu diamana E-Wallet ini akan digunakan untuk sebarang transaksi diantaranya pembelian makanan, sewa locker, sewa kasut, sewa baju renang dan pelbagai lagi transaksi urus niaga.

Anda hanya perlu mengingat  5 digit passcode yang diberikan untuk sebarang transaksi pembelian dan penyewaan.  Sekiranya anda hadir dalam kumpulan yang ramai dan memerlukan locker yang banyak anda perlu mendapatkan passcode berasingan mengikut jumlah locker.

1 Passcode 1 Locker



Sebagai contoh kami cuma memerlukan 2 locker jadi kami perlu tambah nilai pada dua passcode berasingan dimana salah satu passcode hanya digunakan untuk locker dan manakala salah satu passcode lagi digunakan untuk locker dan juga transaksi pembeliaan dan penyewaan lain. Jadi kami cuma perlu menambah nilai untuk pembeliaan makanan dan penyewaan kasut serta baju renang di salah satu passcode sahaja. Satu lagi passcode kami cuma tambah nilai RM10 untuk penyewaan locker.

Escape Theme Park Penang E-Wallet



Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak mahu berkongsi passcode didalam satu akaun anda boleh guna passcode anda sendiri. Mana tau takot terguna duit lebih dalam e-wallet tukan sebab kita kongsi akaun. Macam Cik iena dan kawan-kawan kami kongsi satu passcode. Salah seorang akan tambah nilai terlebih dahulu guna duit sendiri dan kemudian kami catit penggunaan duit dalam tu macam mana.

Escape Theme Park Penang E-Wallet


Sebagai contoh ada yang sewa kasut ada yang tidak. Selepas habis trip kami akan kira kos perbelanjaan dan masing-masing perlu bayar amaun yang digunakan. Untuk makanan pula kami berkongsi 8 orang untuk semua menu yang kami pesan bagi memudahkan pengiraan.


Rahsiakan Passcode anda


Disini dengan tegasnya Cik iena nak nyatakan anda harus rahsiakan passcode anda kerana jika orang lain tau passcode anda mereka boleh gunakan untuk pembelian makanan mahupun barangan lain . Semasa memasukkan passcode untuk penyewaan locker pastikan anda tidak menyebut passcode tersebut kerana orang disekeliling anda mungkin akan ingat passcode anda dan menyalahgunakannya.

Pastikan juga semasa anda memasukkan nombor passcode tiada orang lain berdekatan yang boleh mencuri lihat nombor yang anda masukkan kerana skrin passcode sangat besar dan orang bersebelahan boleh nampak nombor yang anda masukkan.


Kelebihan sistem passcode ni anda tidak perlu membawa duit semasa berada didalam Escape theme parak , jadi senang anda untuk bermain semua aktiviti. Hanya perlu bawa diri dan ingat passcode. Walaubagaimanapun tetap ada keburukannya iaitu sekiranya nombor passcode anda telah diketahui oleh orang lain dan mereka pula menyalahgunakannya dengan membeli atau menyewa apa-apa perkhidmatan di dalam Escape Theme Park.

Jadi sila simpan dan pastikan suara anda tidak kuat menyebut passcode sehingga orang lain boleh dengar. Hati-hati okay. Cik iena berkongsi berdasarkan pengalaman Cik iena dan juga pengalaman orang-orang yang pernah ke Escape. Sharing Is Caring.


Baiklah seterusnya Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena semasa berada di Escape Theme Park Penang.



Escape Waterplay



 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang


Etika Pemakaian di Escape Waterplay


Untuk pengetahuan anda perlu memakai pakaian renang yang sesuai terutama jika anda ingin main kesemua permainan yang t erdapat di escape waterplay ini. Penggunaan tudung cotton adalah tidak dibenarkan untuk sebahagian permainan seperti inflatable challenge, attans jump,banana flip,mega drop, speed racer dan super looper. Jadi adalah lebih baik jika anda mematuhi peraturan etika pemakaian yang telah di tetapkan supaya anda dapat main semua permainan di sini.

Macam Cik iena iena pakai dua lapis tudung, satu tudung renang satu bawal cotton. Bila ada permainan yang tak boleh pakai tudung cotton, iena akan tanggalkan tudung tersebut.


Escape Adventureplay



 Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang



Secara keseluruhannya Cik iena dan rakan-rakan sangat enjoy berada di Escape Theme Park Penang. Walaupun kami tak dapat menghabiskan kesemua permainan kerana hari hujan dan juga semasa kehadiran kami merupakan hari cuti umum Malaysia iaitu hari Deepavali. Jadi keadaan disini terlalu rama\i pengunjung.

Tidak kira waterplay mahupun adventureplay kedua-duanya dilimpahi pengunjung dan anda perlu menunggu queue yang agak lama untuk bermain terutamanya di bahagian Adventureplay kerana tarikan utama Escape Theme Park adalah Adventureplay jadi ramai pengunjung yang berkunjung ke Adventureplay.


Insya Allah jika diberi kesempatan dan panjang umur Cik iena dan rakan-rakan akan datang lagi tapi mungkin kali ni akan ambil Camp Site 2 hari 1 malam.


Untuk Maklumat Lanjut Layari

Website : https://www.escape.my/
FAcebook : https://www.facebook.com/escapemy/
INstagram :https://www.instagram.com/escapemy/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCD05wL1QXfhTMzfejN0JI0A
Email : info@escape.my
Tel : +604-881 1106 

Alamat :  828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Waktu Urusan : 10 pagi Hingga 6 Petang
Isnin TUTUP









0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve