Grab The Promo
Grab The Promo

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga

Pengambilan makanan tambahan penting bagi meningkatkan imunisasi badan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, spriluna,makanan organik dan susu dapat memberikan antibodi kepada badan. Contohnya, makanan tambahan yang dapat meningkatkan imunisasi badan kita ialah SeraiMas Kurma Hidayah.

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga


Pengambilan makanan tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik. Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan juga penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara sihat oleh masyarakat.

Pada masa kini, kebanyakan masyarakat  sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Kebanyakan  masyarakat kini mempunyai masa rehat mereka kurang daripada 5 jam sehari. Oleh itu,pengambilan makanan tambahan dapat membantu mereka menjaga kesihatan dalaman.




SeraiMas Kurma Hidayah


Antara makanan tambahan yang Cik iena pernah cuba adalah SeraiMas Kurma Hidayah . ia merupakan produk keluaran SeraiMas Herbs Sdn. Bhd.  SeraiMas merupakan Syarikat yang terkenal dengan pengeluaran produk berasaskan herba alam semulajadi yang dapat memberi kesempurnaan dalam kehidupan seharian

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga



SeraiMas Kurma Hidayah boleh dikatakan jus mampu milik yang menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi Iaitu Madu, Kurma, Buah TiĂ­n, Kismis, Goji dan Delima.
 Ianya dihasilkan dengan formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan.

Bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah juga adalah bebas daripada gula sintetik,tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi. Untuk pengetahuan jus ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia.

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga

Nutrisi lengkap Bahan Semulajadi Gabungan 6 dalam 1 


  1. Madu
  2. Buah Tin
  3. Kurma
  4. Kismis
  5. Goji berry
  6. Delima

Keistimewaan SeraiMas Kurma Hidayah


  • Bahan semulajadi 
  • Selamat dengan sijil Halal dan sijil KKM
  • Bebas gula • Pemanis semulajadi
  • Meningkatkan tenaga
  • Bebas kolestrol 
  • Melindungi bakteria baik 
  • Penyelenggaraan kesihatan Keseluruhan untuk organ anda
  • Mudah untuk mengambil dan larut dalam bentuk cecair
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk 

Siapa yang patut amalkan SeraiMas Kurma Hidayah?

  • Ibu Mengandung 
  • Kanak-kanak seawal usia 2 tahun 
  • Lelaki dan Wanita 


SeraiMas Kurma Hidayah telah diiktiraf mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan & keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga


SeraiMas Kurma Hidayah Jus Nutrisi lengkap


  • Tiada gula sintetik 
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang lebih cekap 
  • Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahanbahan yang terlarang 
  • Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan product yg mesra pengguna

SeraiMas Kurma Hidayah Diiktiraf selamat oleh

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Halal JAKIM
  3. Amalan Perkilangan Baik
  4. Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020 
  5. Pensijilan MAL: MAL18076086TC

Panduan dan Cara pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah


SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga


1. Diambil 1jam sebelum makan atau ketika perut kosong
2. Dewasa: 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
    a)Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
    b)Sebelum makan malam

3. Kanak-kanak: 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
    a)Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
    b)Sebelum makan malam

4. Goncang dahulu sebelum minum
5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius
6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam
7.Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga

 Harga SeraiMas Kurma Hidayah


Ianyamerupakan jus makanan tambahan pada harga mampu milik iaitu RM25.90 sahaja untuk Isipadu 270ml .




Review SeraiMas Kurma Hidayah


Disini Cik iena ingin kongsikan sedikit review Cik iena dari pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah ini. Selepas mengamalkan SeraiMas Kurma Hidayah ini Cik iena dapat merasakan badan lebih bertenaga dan tidak mengantuk. Jika kebiasaannya Cik iena cepat penat dan sering mengan tuk, selepas pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah badan akan berasa segar.

SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga


Rasa SeraiMas Kurma Hidayah juga tidak terlalu pekat, dan tidak manis serta terdapat rasa mint yang membuatkan badan berasa segar sejurus selepas pengambilan. Fikiran pun rasa tenang.  BErcakap mengenai SeraiMas Kurma Hidayah mampu memberikan tenaga buat Cik iena, pasti ada sebab mengapa Cik iena atau mungkin juga anda mengalami masalah kurang tenaga dan cepat letih seperti Cik iena.


Antara faktor-faktor penyebab kepada kekurangan tenaga adalah

1.  Dehidrasi

Dehidrasi dapat membuatkan anda merasa lesu dan letih untuk konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar.

2. Gadget

Cik iena yakin zaman sekarang sangat ramai yang menggunakan gadjet termasuklah Cik iena sendiri. Penggunaan gadget sehingga larut malam seperti Memeriksa telefon bimbit sebelum tidur sangat berpengaruh terhadap aktiviti otak dan membuatkan anda susah untuk tidur. Selain itu, pencahayaan dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan anda keletihan keesokan harinya.

3. Kurang Zat Besi

Mineral zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh anda. Jika Anda kekurangan zat besi iaitu kurang dari 18 miligram sehari, tubuh akan merasa keletihan.Kadar zat besi yang terlalu rendah juga dapat menyebabkan anemia, kekurangan zat besi.


SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga

Solusi Kurma Hidayah Plus mengandungi  Bahan berikut Untuk mengatasi masalah  kekurangan tenaga ini.


1. Kurma

Kurma dikatakan mampu mengatasi masalah kurang tenaga kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semula jadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin. 

2. Madu

Untuk pengetahuan satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.

3. Goji 

Vitamin B Komplex amat diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.


SeraiMas Kurma Hidayah Bantu TIngkatkan Tenaga

Menarikkan SeraiMas Kurma Hidayah ni. Makanan tambahan mampu milik untuk anda. Ianya mampu memberikan tenaga serta membekalkan nutrisi yang mencukupi. Jus Hidayah sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental di samping membantu memulihkan pelbagai jenis penyakit yang menjejaskan kesihatan. Ianya sesuai untuk diamalkan seisi keluarga bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optima.


Kepada anda yang berminat, anda boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring dan took-toko jamu berdekatan anda.


Untuk Maklumat lanjut

Phone/Whatsapp : +60 13 782 5282 ( Seraimas)
Facebook : https://web.facebook.com/seraimasHQ/
Instagram :  https://www.instagram.com/seraimasHQ/
Email : info@seraimas.my
Website :https://kurmahidayahplus.seraimas.my
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCsF5_oUDCasxKNYheAZNu7g 















Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Lihat pada raut wajahnya dan susuk tubuhyang cantik tinggi lampai persis model pasti anda tidak menyangka bahawa beliau merupakan seorang Doktor Gigi . Merupakan anak Jati Johor yang mula bergiat aktif dalam industri kecantikan tanah air sejka tahun 2016 lagi

Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare



Memiliki kecantikan dan memiliki daya intelektual yang tinggi merupakan kelebihan Dr.Irma..Menurut beliau kebaikan yang dikurniakan kedua-duanya ia diibaratkan bonus untuk menyerlahkan kekuatan diri. Ini diakui Dr Irma Shida Abu Samah, 40, apabila berpendapat kecantikan itu sesuatu yang subjektif dan perlu digunakan ke arah kebaikan.


“Mungkin pada kita nampak cantik pada orang lain tidak. Apa-apa pun saya sangat bersyukur jika ada mengatakan saya memiliki paras yang cantik. Ia kurniaan Allah, alhamdulillah,” 

katanya yang bertugas sebagai doktor gigi dan membuka klinik pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin, Johor Bahru.



Mengenai Dr.Irma Shida bt Abu Samah


Beliau  merupakan pengarah Irma Ariandi Global Sdn Bhd , Dr.Irma Shida bt Abu Samah  juga  merupakan seorang doktor pergigian. Beliau telah memulakan pemasaran produknya secara online sejak awal 2016 dan  kini jenama ini telah berkembang kepada penjualan secara retail dengan perasmian Butik kecantikan DR.IRMA SKINCARE & COSMETICS pada 4 Disember 2016 yang lepas.

Mengenai Dr.Irma Shida bt Abu Samah

Beliau merupakan seorang doktor gigi  yang berasal dari Johor Bahru, lulusan UKM. Mengusahakan klinik gigi sendiri iaitu Klinik Pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin .


Dibesarkan oleh nenda tercinta. Anak sulung daripada  lima beradik ini banyak mewarisi keperibadian arwah nenda yang gemar berdandan. Tambah pula semasa zaman muda nendanya yang juga seorang guru turut berkebolehan mengandam pengantin. Dr Irma menjadi bahan uji kaji nendanya dalam solekan. Sifat suka berdandan dan bersolek ini terbawa-bawa dalam kehidupan sehingga dia dewasa.

Mengenai Dr.Irma Shida bt Abu Samah



LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare


Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare


Kini, produk DR. IRMA Skincare telah meluaskan rangkaian produk dengan memperkenalkan set LUNAGLOW yang akan dilancarkan suku pertama 2020. Dalam pada itu,  rangkaian penjagaan kulit DR. IRMA dikhususkan untuk jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi termasuk


Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare



  1. Set RADIANT WHITE untuk keremajaan kulit dan antipenuaan (dalam proses eksport ke China)
  2. Set MIRACLE WHITE untuk antijeragat dan mengelakkan penggelapan kulit (dalam proses eksport ke China)
  3. Set RADIANT CLEAR untuk kulit berjerawat, whitehead & blackhead
  4. Set ANGEL WHITE utk kulit remaja , menutup pori-pori besar , dan berminyak. Sudah berjaya dieksport ke Indonesia dengan PT Sehat Cantik Djelita dan mempunyai izin edar BPOM Indonesia
Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare


Bercerita lebih lanjut tentang produk baharu, LUNAGLOW, Dr. Irma memberitahu,  produk ini terdiri daripada set pencerahan kulit yang sangat efektif, menggunakan ekstrak manggis. LUNAGLOW.



Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare





Terdiri daripada FACIAL WASH (pencuci muka), ESSENCE (intipati) dan TINTED LOTION (losen) yang memberikan efek pencerahan kulit serta merta hingga tiga tona dengan sekali sapuan dan menegangkan kulit agar nampak 10 tahun lebih muda.

Tampil berseri dengan LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare



Istimewanya, harga produk ini sangat mampu milik  dan dijual pada harga bawah RM 45 sebagai hadiah DR. IRMA kepada pengguna setia produknya. Produk tetap pada kualiti paling tinggi, boleh digunakan oleh kulit sensitif.

“Sasaran saya agar LUNAGLOW dapat memasuki pasaran retail dan rak-rak farmasi dan kedai kecantikan ternama. Agar jenama DR. IRMA lebih berdaya saing dengan jenama popular di Malaysia,” katanya berkongsi sasaran produk sepanjang 2020.



Tambah Dr. Irma, penggunaan produk ini sangat mudah. 

Berikut merupakan cara penggunaan produk ini.


LUNAGLOW FACIAL WASH 

picitkan ke telapak tangan, busakan denga air dan sapukan ke wajah secara membulat agar buih lembutnya membersihkan kulit tanpa mengeringkan. Senang dibilas dengan air


 LUNAGLOW FACIAL WASH

LUNAGLOW FACIAL WASH


LUNAGLOW ESSENCE


 sapukan dan tepukkan pada wajah selepas mencuci muka


LUNAGLOW TINTED LOTION

LUNAGLOW ESSENCE


LUNAGLOW TINTED LOTION 

sapukan pada wajah secara menyeluruh setiap pagi untuk mendapat kulit 3 tona lebih cerah dengan serta merta

 LUNAGLOW TINTED LOTION

LUNAGLOW TINTED LOTION






Untuk pengetahuan, LUNAGLOW hanya boleh didapati di kedai fizikal DR. IRMA SKINCARE di Plaza Larkin dan Galleria@kotaraya Johor Bahru, ataupun di atas talian dengan menghubungi 0189867511/ 0183865100.












DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan

Kesihatan yang baik bermula dari sistem penghadaman yang baik. MUNGKIN ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat. Amalan pemakanan tidak seimbang boleh menjadi antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seterusnya seseorang itu boleh mengalami penyakit termasuk sembelit, kembung atau cirit-birit.



DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan



Sistem penghadaman juga berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem imun badan yang membentuk sehingga 80 peratus pertahanan tubuh terhadap penyakit. Dengan fungsi penghadaman atau usus yang sememangnya sangat penting terhadap tubuh manusia, kesihatan usus sangat perlu diambil berat.

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Justeru, prinsip asas dalam menjaga kesihatan usus cukup ringkas. Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam, minum lapan gelas air sehari dan dapatkan tidur yang berkualiti. Walaubagaimanapun ada diantara kita yang mungkin mengalami masalah pencernaan. Disini Cik iena ingin berkongsi tentang satu produk yang bagus untuk masalah pencernaan tersebut.

Produk yang Cik iena maksudkan adalah DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber.  Ianya merupakan produk keluaran DeSlim Malaysia (DeSlim). Berikut Cik iena kongsikan tentang produk ini dan juga video semasa Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.


 Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.


Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Sesi Media & Blogger bersama DeSlim. di Pejabat  DeSlim Healthfood Malaysia Sdn Bhd yang terletak diSeri Gembira Avenue.  DeSlim Malaysia (DeSlim) selaku pembekal produk DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber yakin dapat mencapai jualan produk kesihatan itu sebanyak RM5 juta sepanjang tahun ini.

 Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.








Ketua Wakil Perniagaannya, Lee Hui Ling berkata, pihaknya membuat sasaran itu berasaskan sambutan hebat yang bakal diterima seperti di negara-negara luar sebelum ini.

Menurut beliau, ini adalah kerana DeSlim merupakan produk yang unik serta ianya juga merupakan produk yang pertama menggunakan formula 3 In 1 dalam menyelesaikan masalah penghadaman manusia.

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


“DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber merupakan satu-satu produk yang memiliki tiga kandungan utama iaitu probiotik, prebiotik dan fiber dengan paten teknologi microkapsul.
DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan
“Sebelum ini di pasaran, kita hanya boleh mendapatkan produk  penjagaan usus yang mengandungi paling banyak dua bahan utama sama ada prebiotic dan fiber dan sebaliknya.

“Ianya produk yang unik dan baharu dalam pasaran di negara ini namun popular di negara luar. Malah produk ini juga sesuai untuk semua lapisan umur dan mudah dibawa ke mana mana sahaja dan memiliki ramai testimoni yang mengakui keberkesannya,” katanya.

DeSlim mengambil langkah berani untuk memasarkan DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber ke negara ini selepas melihat sambutan hebat yang diterima di negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Korea, Indonesia, Myamar, Filipina dan Thailand.

 Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.


Produk yang dipatenkan di Singapura dan dihasilkan di Malaysia itu dicipta untuk membantu melindungi sistem penghadaman, melawaskan usus, menggurangkan simptom sembelit dan cirit-birit serta menguatkan sistem imun badan

Lebih menarik lagi, produk ini memiliki Sijil Halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta pensijilan lain seperti GMP, HACCP, Mesti dan SGS selain mendapat pengiktirafan pelbagai anugerah di luar negara.


 Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.


Mengulas lanjut, Hui Ling memberitahu DeSlim akan bergerak secara agresif sepanjang tahun ini dalam mempromosi dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan penjenamaan di media sosial, cetak dan televisyen, dengan aktiviti jelajah dalam usaha memberi kefahaman tentang penjagaan usus yang betul. Usus yang bersih dan sihat dapat mencegah daripada kanser, masalah kulit kusam, masalah berat badan dan jerawat.

“Hari ini kita tidak boleh menafikan ramai yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar namun malu untuk ke depan berkongsi masalah dan membiarkan ianya berlarutan.

“Justeru DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber dapat membantu mencuci dan mengembalikan usus seperti bayi untuk melancarkan sistem penghadaman secara teratur dan semula jadi” katanya.


DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan

Untuk pengetahuan harga sekotak DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber adalah  RM118 namun pengguna disarankan mengambil pakej selama sebulan yang berharga RM328 bagi mendapat kesan yang lebih efektif.



DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan




DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Review DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber


DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Cik iena juga telah mencuba produk DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber ini. Dari segi rasa ianya sedap dan boleh ditelan lah. Kebanyakan produk fiber rasanya tak berapa sedap. Cik iena pernah cuba jenama lain tapi rasa agak pekat fibernya. Rasa macam makan daun inai. Berbeza dengan DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber. Ianya enak untuk di minum.


 Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.

Sesi Media & Blogger bersama DeSlim.


DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber mempunyai rasa buah Passion Fruit. Jadi tidak menjadi masalah untuk anda amalkan produk ini. Kesannya pula untuk Cik iena selepas tiga hari pengambilan baru Cik iena membuang dengan lawas. Ouh ya sebelum itu Cik iena lupa maklumkan Cik iena memang mengalami masalah sembelit yang teruk.

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Agak sukar untuk Cik iena jumpa produk yang sesuai yang mana produk tersebut tidak terlalu menyiksakan Cik iena dari segi menahan sakit perut untuk membuang. Pada yang mengalami masalah seperti ini pasti akan faham apa yang Cik iena maksudkan..

Dengan DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber anda tidak akan rasa sakit perut teramat untuk membuang. Anda akan membuang air besar secara mudah dan perut tidak sakit. Cuma untuk produk ini ianya mengambil masa 3 hari untuk memberi kesan membuang air besar pada cik iena.

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Pada pengambilan hari pertama dan kedua cik iena cuma membuang angin sahaja. Membuang angin luar biasa dari kebiasaan. Pada hari ketiga baru menampakkan hasil pembuangan air besar. Mungkin sebab masalah sembelit yang teruk ia agak makan masa untuk berkesan.


DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman,Pelihara usus dan Menguatkan Sistem Imun Badan


Walaubagaimanapun kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Jadi tak salah anda mencuba bukan.


Kepada anda diluar sana yang berminat untuk mencuba produk ini anda boleh membuat pembelian terus di pejabat mereka iaitu di Seri Gembira Avenue, menerusi agen-agen berdaftar dan anda juga boleh membuat pembelian secara online di http://bit.ly/deSlim




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 012-292 3161.

DeSlim Healthfood Malaysia Sdn Bhd
Unit A G 7, Seri Gembira Avenue,
Jalan Senang Ria, Taman Gembira,
58200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
03-7972 8226












Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan

Perubatan estetik adalah satu cabang perubatan memberi tumpuan kepada memenuhi kehendak estetik dan matlamat pelanggan. Bidang khas ini memberi tumpuan kepada pembaikan rupabentuk wajah, kulit dan badan yang berasaskan kaedah dan produk saintifik. Dalam erti kata lain , perubatan estetik adalah mengenai membantu individu untuk mencapai rupa wajah yang terbaik dan bentuk badan yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan harga diri mereka dalam cara yang berkesan , berasaskan bukti dan yang paling penting ia adalah selamat untuk kesihatan mereka.



Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan



Dewasa kini terdapat banyak Klinik Estetik dan pusat kecantikan estetik yang tumbuh bagai cendawan dek kerana permintaan yang tinggi. Dalam masyarakat moden hari ini,  kecantikan dan kesempurnaan bukan lagi hak semulajadi tetapi adalah satu pilihan yang boleh di ambil selagi ada kemampuan kewangan.


Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan


Jadi dengan itu muncullah banyak klinik estetik mahupun pusat kecantikan estetik.Baru-baru ini Cik iena dijemput oleh rakan untuk membuat review mengenai perkhidmatan estetik yang beliau tawarkan. Kebiasaannya Cik iena ke klinik-klinik estetik. Berbeza pada kali ini cik iena ke tempat yang menggabungkan perkhidmatan estetik dan juga butik baju.

Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan



Kedengaran agak pelik tapi ya betul. Pada mulanya ada rasa ragu-ragu kerana kebiasaannya Cik iena ke klinik estetik yang seperti di klinik, berbeza disini ianya bdi buat dirumah. Disebabkan rakan  Cik iena memberanikan diri juga utuk cuba satu rawatan yang Cik iena rasa tidak menakutkan dan tidak menyakitan diri. Dalam banyak-banyak rawatan Cik iena pilih Vitamin C Drip sahaja. Cik iena takut nak buat yang merubah rupa bentuk wajah Cik iena.

Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan


Memang sudah menjadi trend untuk membuat estetik pada wajah tapi Cik iena masih belum terfikir nak mancungkan hidung, besarkan bibir dan besarkan aset-aset. Cukuplah sekadar amek vitamin C. Menurut kata Puan Mariani beliau sendiri telah mengamalkan drip vitamin C selama 8 tahun. Patutlah kulit Puan Mariani sangat cantik.

Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan


Menurut beliau lagi beliau membuka Bellissima2u kerana sebelum ini beliau membuat rawatan-rawatan estetik di klinik dan harganya agak mahal. Maka beliau mengambil keputusan untuk mempelajari bidang ini dan kemudian beliau bekerjasama bersama rakan yang berpengalaman dalam bidang estetik dengan menawarkan perkhidmatan estetik di Bellissima2u


Senarai Rawatan Estetik di Bellissima2u


Antara servis yang terdapat disini seperti berikut. 

Face Filler (Taiwan)

  • Cheek /Pipi RM 150 per 1ml
  • Chin/Dagu RM 300
  • Forehead /Dahi RM 150 per 1 ml
  • Nose/Hidung RM300
  • Lips/Bibir RM300

Face filler (Korea)

  • 3 type. Hard /Medium/soft
  • Lips/nose/cheek /chin RM 700 per box of 1.1ml

Breast Filler/Butt Filler

  • 500 ml RM 1700
  • 1 liter RM 2500

Threads/tanam Benang

  • Nose threads HIKO RM200 per threads (19g 60mm/38mm)
  • Nose threads Misko RM250 per thread for high nose tips

Youthful skin and texture /awet muda

  • PDO MONO threads
  • 10 pcs RM 400
  • 50 pcs RM 1500

Eye Filler Threads

  • 1 pcs RM120
  • 10 pcs RM950

Cogged threads/Benang Lifting

  • 1 pcs RM200
  • 10 pcs RM1800

Sadface threads / benang Duo Ten

  • 1 pcs RM250

PRP treatment /Rich Plasma Pallet

  • Hair Growth PRP RM 250
  • YOUNG Skin Face PRP RM 350
  • Breast rejuvenate PRP RM 500
  • Tummy/Stretch Mark RM 500

SKIN BOOSTER/Kulit Glow

  • Restylane USA RM 1200
  • 1.1ml perbox-every 6 mths
  • Ingredient : High Dose HA

❤Rejuren i (for eyes problem)
Rejuren HB (for flawless Skin)
Rejuren S (for scar)
RM 700 per box 1ml Korea
Ingredient: PDRN (salmon dna+HA)

Teva Pink from Japan

  • RM 400. Per tiub of 2.5ml
         Ingredient: HA

Hyaron Moist skin Korea

RM 400 Per tiub of 2.5ml
Ingredient: pure sodium hyaluronate

Stemcell Switzerland (sheep)

RM 200 per ampoule of 2ml

Placenta Switzerland (Human/Sheep)

RM 250 per ampoule of 2ml

NC24 Salmon DNA Korea

RM 200 per 1ml

Ascorbic Acid Injection

RM 180 per 1ml

ACNE injection /Jerawat

RM 180 of Bisotin Taiwan anti fungus/acne bacteria of 2ml

Subcision / kawah Kulit

RM 350 per session treatment

Lipo lemak degil

  • Face V line Korea 3 ml RM 250
  • Sliming face Korea 2ml RM 250
  • Double Chin only RM 180
  • Tummy / Arm / Tight
  • Lipo RM 200 per 10ml
  • (Cocktails of lipo and liporase)
  • KOREA. Need 20 ml above.

Muscle Inhibitor/kecilkan OTOT

  • Lengan RM 350
  • Perut RM 500
  • Belakang badan RM 500
  • Peha RM 450
  • Betis RM 350

Buang Filler Lama / Remove filler

RM 180 per 1 dose of filler disolver

Botox 200i.u KOREA

  • Eyes area RM 200
  • Forehead RM 300
  • Jawline reduction  RM 400
  • Full face 26 points RM 700

®Hormone /young injection

  • Gerovital RM 250 per 5ml
  • DnA salmon RM 200 per 5ml

Carboxytheraphy / CO2 treatment

  • For eyes/panda eyes RM 150
  • For Skin (Stimulate) RM 250

Mis V filler RM 1000 40 to 50cc

Drip

  • Vitamin C RM 150
    C6 white RM 650
    Glutax young and white RM 300
    DETOX/Slim AMC Japan RM 380
    PINK skin Korea RM 200
    Evergenis Slim N Flawless RM 350


Kalau tengok pada harga memang murah kan. Kalau kita pergi Klinik estetik harganya lebih mahal. Namun ade risikonya jika buat prosuder estetik di bukan klinik estetik. Mereka mungkin tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu. Cik iena tidak kata tak akan bertanggung jawab. Cik iena kata mungkin. Kebarangkalian tu ada. YAng penting tepuk dada tanya selera. Anda yakin atau tidak dengan pilihan anda.
 
Masa kehadiran Cik iena, Cik iena tidak sempat bertanya isu-isu sensitif seperti ini sebab apa yang Cik iena tau estetik memang dipantau oleh KKM. Mereka hanya membenarkan doktor yang bertauliah sahaja melakukan prosuder estetik kerana mereka lebih tahu tentang komplikasi-komplikasi yang bakal terjadi.

Oleh kerana estetik dah menjadi trend, banyak klinik estetik, pusat kecantikan yang menawarkan estetik mahupun individu yang menawarkan estetik tumbuh bagai cendawan. Pilihan terletak pada anda. Jika anda ingin harga yang murah anda boleh pilih estetik-estetik yang bukan di klinik.

Lagipun wujudnya perkhidmatan estetik seperti ini kerana ramai yang ingin kelihatan cantik tapi tidak mhu orang tau mereka membuat prsuder-prosuder estetik. Malahan ada yang minta pengamal estetik melakukannya di rumah mereka bagi mengelakkan umum mengetahui mereka membuat rawatan estetik. Tak perlu cerita panjang rasanya anda faham apa yang Cik iena maksudkan.

Pilihan ditangan anda, asalkan anda yakin dengan pilihan anda.

Review Vitamin C Drip di  Bellissima2u


Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan

Ini merupakan pertama kali Cik iena ambil vitamin C drip. Serius Cik iena takut pada asalnya.Selalu dengar mengenai vitamin C Drip tapi tak pernah terfikir nak buat. Cuma bila datang Bellissima2u ni iena pilih buat rawatan ni sebab yang lain-lain tu Cik iena lagi seram. NAnti Cik iena buat Nose Filler, mak tak kenal pula balik kampung nanti :)

Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan


REview semasa nak suntik jarum untuk masukkan vitamin C lansung tak sakit, cuma masa cucuk jarum rasa gigit semut siket je. Tempoh untuk tunggu semua vitamin C masuk tu untuk Cik iena lebih kurang 30 minit sahaja. Menurut Puan MAriani jika orang yang baru pertama kali buat biasanya dalam 45 minit baru habis.

Ouh ya semasa kehadiran Cik iena, masih tiada lagi signboard nama kedai untuk Cik iena ambil gambar. Esok 16 FEb 2020 baru ada katanya sebab esok mereka mengadakan soft launching  Bellissima2u .

Pelbagai Rawatan Estetik di Bellissima2u pada Harga Berpatutan




Pantang Larang Selepas Vitamin C Drip


1. MINUM air putih min 1.5 LITER  atau 2 LITER sehari..
2. Jangan minum air kelapa 7 Hari selepas injection..
3. NO SEAFOOD, NO CAFFEINE, NO BICARBONATE DRINK 7 Hari selepas injection
4.Jangan minum air limau/lemon 7 hari selepas injection
5.NO INJECTION time PERIOD!



Selepas mengambil Vitamin C Drip, Puan Mariani berkongsi gambar pelanggan-pelanggan yang telah membuat rawatan nose filler. Memang Cantik hasilnya. Tapi bila cik iena lihat video di laman instagram yang di kongsi Cik iena ada rasa takut bila dia cucuk hidung dan berdarah. Cik iena takut sakit. Tapi lihat pada pelanggan rileks sahaja. RUpanya sebelum proses ni kita akan di bius.

Iena masih tidak arif mengenaik estetik face filler ni, menurut Puan MAriani dalam proses ini mereka memasukkan Hyaluronic asid . Iana mempu bertahan sehingga 3 tahun. Haluronic acid ini dengan sendirinya akan menyerap dalam badan . Maksudnnya jika anda nak hidung mancung lagi selepas 3 tahun perlu buat lagi la. Patutlah sekarang ni Cik iena tengok banyak artis yang dulunya hidung tak mancung sekarang hidung cantik terletak.



Untuk pengetahuan Bellissima2u terletak di  33A-8 Binjai 8 KLCC Premium Soho KLCC. Untuk sebarang pertanyaan dan temujanji sila hubungi 601133359835.

Jika anda berminat sila buat temujanji terlebih dahulu okay. Sekian untuk perkongsian



Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah

Nasi kuning merupakan makanan tradisi Sabah. Jika di Semenanjung menu sarapan yang biasa dijumpa adalah Nasi Lemak manakala di Sabah Nasi Kuning. Selain sarapan pagi menu nasi kuning ini juga sesuai di buat makanan tengah hari mahupun malam.


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah



Nasi Kuning Banjar


Nasi Kuning Banjar terletak di Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimana Cik iena jumpa restoran ni bukanlah dari google tapi dari kawan Cik iena. Semasa percutian kami di sabah, Cik iena pergi bersama rakan baik yang tinggal di Tawau, Sabah manakala Abang kepada rakan baik Cik iena tinggal di Kota Kinabalu. Jadi Lokasi Restoran Nasi Kuning Banjar ini adalah cadangan Abang Ben iaitu abang kepada Riana (Best Friend Cik iena).

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Cik iena, mak, deqnor bersama bff Riana

Ternyata masakan di Restoran Nasi Kuning Banjar ini enak dan menepati Citarasa Cik iena. Masakan yang dimasak memang berasa dan enak di makan. Sesuai sangat buat pelancong yang ingin mencuba masakan tradisi sabah.

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar Ayam


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar Ikan

Antara menu Yang Cik iena cuba adalah Nasi Kuning lauk ayam, Mee Tauhu dan Mee Banjar. Ketiga-tiga menu yang Cik iena cuba sedap. Antara tiga menu yang Cik iena cuba Cik iena lebih suka Mee Tauhu. Mee seakan maggie yang kelihatan digoreng bersama kicap dan mempunyai kuah khas yang istimewa. Kuah ni rasa taucu dan ada tauhu.



Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu



Pada awalnya adik Cik iena makan seperti makan mee kicap dan sup. Mujurlah ada orang sabah sendiri yang perbetulkan. Mee Tauhu ni cara makannya campurkan kuah tersebut dengan mee. Bukan makan seperti makan mee kicap dan sup. Bila dah digabungkan mee tersebut dan kuah , memang rasa nikmat sangat makan Mee Tauhu. Super duper Sedap.



Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu





Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu
 

Cik eina cadangkan anda Cuba Mee Tauhu di Restoran Nasi Kuning Banjar. Untuk Nasi Kuning Banjar terdapat dua pilihan lauk iaitu ayam sambal dan ikan sambal. Dihidangkan bersama sambal istimewa, telur rebus dan kerisik kelapa.

Mee Banjar pula seakan bakso namun kuahnya tidak sepekat bakso. Jika bakso kuat rasa daging lembunya. MEe banjar disini lite-lite sup nya tapi sedap. Berbeza dengan mee sup lain yang Cik iena pernah makan, Mee banjar menggunakan mee sohon.

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Banjar






VLog Nasi Kuning Banjar


Jemput tonton Vlog Cik iena semasa berada di Restoran Nasi Kuning Banjar.


Untuk Maklumat Lanjut


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah


Alamat: Lorong Inanam Kapital 4, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 8am–5:30pm
Sabtu :8am–3:30pm
Ahad : 8am–3pm
Phone: 016-561 3035





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve