Grab The Promo

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 Artikel ini Cik iena kongsikan untuk pengetahuan anda anda yang salah faham tentang keakraban Cik iena dengan adik ipar. Cik iena tidak pernah membanding banding banding kan keluarga. Cuma disebabkan kerap melihat insta story Cik iena tentang anak buah, ada lah hamba Allah yang terasa hati mengatakan Cik iena berat sebelah. 

Cik iena bukan jenis nak meroyan hari hari di status facebook mahupun whatsapp nak perli perli orang. Hide status dan perli keep perli. Lepastu ada yang screenshot. ini perkara biasa. Cik iena maafkan. Cik iena takde nak perli banyak banyak kali di facebook mahupun whatsapp. Cik iena cuma luahkan dalam blog Cik iena je  :) Ini Blog iena suka hati iena lah nak luah kan.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?


1 Week Work From Home And  1 Week From Office

 

Sangat sukar untuk buat orang faham. Mengapa banyak story anak buah adalah kerana ketika Cik iena punya jadual work from home. Cik iena akan ke rumah adik di Kajang. Kenapa Cik iena kesana kerana buat masa ini Cik iena tinggal berseorangan di KL sebab deqnor pun tinggal di rumah adik Cik iena di Kajang sebab iena tak boleh hantar dia kerja sebab faktor lokasi kerja yang bertentangan jauh. Tidak sejalan dengan jalan Cik iena ke tempat kerja.


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Peah selalu memenuhi story instagram iena bila work from home

Jika Cik iena hantar adik ke tempat keje, tempoh masa Cik iena sangkut dalam jem dari rumah ke tempat kerja adik dan dari tempat kerja adek ke tempat kerja iena adalah dari dua jam sehingga 3 jam. Ianya sangat memakan masa dan Cik iena selalu sampai lewat di pejabat. maka dengan itu kami membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih mudah adik untuk pergi kerja memandangkan Cik iena kerja di Q sentral dekat dengan pengangkutan awam jadi kami cari lokasi rumah yang dekat dengan pengangkutan awam dan dekat dengan adik. kakak perlu mengalah itu sudah pasti. tak boleh nak pilih lokasi dekat dengan tempat kerja iena.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
kadang2 malam penat nak masak kami keluar  makan

Disebabkan Kes Cik iena kerap post story anak buah jadi Cik iena rasa sebelah pihak lain salah sangka Cik iena selalu ke rumah adik dan balik rumah KL. Salah tu Cik iena bila work from home seminggu memang Cik iena menumpang di rumah adik. Sebab bosan tau duduk seorang dekat rumah. 

Kalau awak mungkin awak tak bosan awak ade anak dan suami. Saya ni seorang je di rumah. Jadi jika work from home memang akan ke kajang rumah adik. bila jadual work from office baru Cik iena stay rumah KL. Itupun Cik iena akan balik lewat. Bila sampai rumah, mandi rehat dan tidur. Esok terus pergi kerja.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Kalau kita ni dah menumpang rumah orang tentunya bila masa yang sesuai kita akan berbual, meluangkan masa bersama, bukan menghadap handphone atau memerap dalm bilik atau tidur selalu. Bila kita berbual jadi nampak rapat. Kita ni perlu bersosial dengan orang, lagi lagi kita menumpang rumah orang tu. Jangan diterap dalam diri kalu kemana-mana..ke rumah orang atau bercuti. Duduk layan handphone dan memerap dalm bilik sahaja. Keluarlah bergaul. Sikap kita yang anti sosial ni yang buat kita rasa kita kurang rapat dengan orang. Pendek kata jangan anti sosial. Bila dengan keluarga luangkan masa berborak bukan menghadap handphone 24 jam.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Susah sebenarnya nak bagi faham orang yang tak faham dan pentingkan diri yang nak perhatian diberikan pada dia 100 % . Kenapa Cik iena ke rumah adik kerana hanya kami sahaja yang duduk berjauhan dari keluarga dan lokasi kami berdekatan. Takkan pula Cik iena time work from home nak pergi rumah adik atau kakak yang dekat dekat rumah Mak. Dekat kampung pendek kata.


Seriously iena memang fade up dah nak jaga hati orang yang tak faham kondisi kita duduk merantau jauh dari keluarga. Menjadi kesalahan ke kita pergi rumah adek sendiri ? kita ni bukan sejenis yang walau keluarga sendiri dekat tapi tak jenguk keluarga. Jarang jarang balik walau jarak sekankang kera.


Iena memang tak boleh duduk rumah seorang di KL. lagipun bahaya perempuan duduk seorang. Sebab tu iena ke rumah adek di Kajang. Tapi Cik iena tak faham kenapa perlu timbul rasa cemburu dan iri hati. Dan merasakan kasih sayang dia dirampas. Kalau macam tu cuba jadi seperti kami duduk jauh merantau dari keluarga dan duduk berdekatan kami. Tentu lah Cik iena juga akan pergi rumah korang.

 


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Adik iena yang lelaki tu

Bila iena keluar sama adik, ada yang berbunyi. Kadang kadang iena dapat job food review memang iena bawa la semua da kebetulan time tu iena menumpang rumah adik. Takkan pula nak ajak keluarga yang jauh di kampung ? Logik masuk akal tak? Bila buat review memang style iena banyak post story dekat instagram. Kalau sikap cemburu ni menebal dalam hati awak tu sasah la iena nak buat kerja ni. Atau munkin awak lupaa iena ni Blogger . Orang panggil untuk buat food review.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 

FAHAM TAK SITUAS STRESS TAHAP DEWA IENA MELAYAN KARENAH KELUARGA. KALAU IKUTKAN TAKNAK CERITA KAT BLOG TAPI CIK IENA DAH SAMPAI TAHAP RIMAS KENAPA CIK IENA TAK BOLEH NAK PERGI RUMAH ADIK DI KAJANG. KENAPA PERLU CEMBURU. KENAPA SAMPAI UNFRIEND FACEBOOK. NAMPAK SANGAT AWAK TU TAK BERSIKAP PROFESIONAL. 


KALAU AWAK NAK TAU BILA AWAK BUAT PERANGAI MACAM NI BUAT ORANG RASA ANNOYING DAN FADE UP DAN LETIH NAK JAGA HATI AWAK.  LEPAS NI IENA JAGA HATI IENA JE. SINCE AWAK DAH MULAKAN PEPERANGAN HAHA


Okay sekian luahan. Nasihat pada awak yang sentap tu. Tolong kaji balik tolong fikirkan kenapa saya kerumah adik di Kajang dan kenapa tak kerumah awak... Saya yakin awak ade otak untuk berfikir. Jangan diterapkan sikap penting diri dan sikap mintak semua apa benda mesti  dapat tu dalam diri awak. 

 

Lagi satu saya tak pernah lupa awak fitnah saya. Segala perbualan di whatsapp saya simpan tak pernah delete. Saya bukan macam awak jenis delete whatsapp lepastu lupa apa yang kita message lepastu tersalah cerita sebab message da delete  dan seterusnya menjadikan nya fitnah sebab ianya tidak benar. 

Walau apapun BUKTI telah ditunjuk pada keluarga terdekat dan semua pun tau perangai awak. Jadi kami terpaksa redha lah dengan perangai awak. Kami cuma mampu berdoa awak berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Tiada siapa yang mampu merubah diri awak kecuali awak sendiri dan berhentilah kondem hidup orang, komen  kehidupan orang dan membanding bandingkan kehidupan orang lain dengan awak.

Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Jangan tanamkan rasa cemburu iri hati dengki dalam diri kelak ianya memakan diri. Pepatah ada mengatakan ukur baju di badan sendiri..agituwwwwwwwww


Ahaa lepas nie iena pindah lagi dekat dengan adik sebab lokasi tu dekat tempat keje deknor. Hurmm akan lagi sentap lah mungkin. Pilih rumah dekat dekat dengan keluarga ni senang sebenarnya bila bosan pergi rumah dia. Bila ada masalah boleh minta tolong.  JADI IENA MINTA SANGAT TOLONG FAHAM DAN TOLONG BUANGKAN SIKAP CEMBURU TU. KALAU RASA RASA NAK IENA SENTIASA DEKAT DENGAN KORANG  JE DAN SENTIASA BERI PERHATIAN 100% DEKAT KORANG JE. MAI LAH PINDAH RUMAH DUDUK DEKAT DEKAT IENA, MESTI IENA MENYINGAH RUMAH KORANG KALAU IENA BOSAN.

 

 

 
 

 

 







9 comments:

  1. Cemburu selalu pergi rumah adik lelaki?
    Harap orang yang salah sangka itu sudah faham apabila diterangkan.

    ReplyDelete
  2. Biar dia sentap. Kita buat je apa yang membahagiakan kita. kadang kalau asyik nak fikir orang je memang susah la kita nak bergerak. nak buat apa pun tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, betul tu kalau nak fikir orang kita tak boleh nak bergerak kemana mana sebab nak jaga hati orang. yang paling sedih keluarga sendiri. Dia tak boleh nampak kita ke sana kesini.. iena memang blogger selalu dapat undangan review..kadang2 bawa keluarga yang terdekat dengan iena.. yang lain cemburu sebab tak bawa dia..susah betul.. kalau iena da kawen, iena bawa suami iena je..takde keluarga lain cemburu.. ni tak kawen lagi kan hehe

      Delete
  3. Pada Eina, jangan peduli apa orang cakap. Yang penting kita tau apa kita buat, kita tak kacau hidup orang. Buat sesuatu untuk Allah pandang, bukan untuk orang pandang. Allah tau niat kita kan, so pedulikan apa orang nak cakap. Orang kalau ada perasaan hasad dengki ni, dia akan selalu nampak salah kita. So, let it be ok. Biarkan jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kita tak kacau hidup orang cuma pelik kenapa orang perlu sibuk sibuk hal kita nak kemana buat apa dengan siapa..Mungkin sebab dia tak bekerja takde kerja nak di buat takde kerja nak difikirkan so dia sibuk mengkaji kehidupan orang lain dan membanding bandingkan.. dah terbanyak sangat masa terluang :D
      kita ni bekerja takde masa fikir benda remeh..
      da bekerja mesti stress bila stress kita keluar jalan2..itu pun nak jadi hal juga bila keluar jalan tak bawa dia..bawa adik yang dekat..sedangkan dia jauh merentas negeri (^_~)

      Delete
  4. Biasalah tu mulut yang berkata kata tu. Mereka tak tahu hal sebenar dan mereka tak berada di tempat kita. Janji apa yang kita buat tak salah atau tak mengganggu hidup mereka yang dengki tu. sabar ye iena.

    ReplyDelete
  5. Tak pe la iena. Kte je tahu apa yang kita lalui. Masalah cemburu tu penyakit hati. Abaikan. Moga iena terus kuat & positif 😊

    ReplyDelete
  6. aiyoooo kenapa laaa ada manusia sebegini... semua tak boleh baik dia jgn hidup laa hahahah

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve