Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Hadramawt Palace merupakan restoran berkonsepkan makanan Arab dan timur tengah dengan dekorasi menarik yang  mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari negara Arab yang pasti akan membuatkan para tetamu dapat merasakan suasana berbeza dan unik sebaik melangkah masuk ke dalam restoran ini.



Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Terdapat juga ruang yang lebih luas ditambah dengan penyediaan bilik golongan kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej yang lebih privasi. Pada masa yang sama, ruang untuk keluarga dan rakan-rakan beristirehat santai turut disediakan sambil diiringi alunan lagu-lagu Arab yang pasti menimbulkan lagi suasana arabic.


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

 



Istimewa buat anda penggemar makanan Arab terutama hidangan Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah ayam atau kambing, Hadramawt Palace adalah lokasi yang paling tepat untuk anda kunjungi kerana keenakan masakan Arabnya serta dekorasi restoran yang cukup indah yang pasti membuatkan anda seolah olah berada di negara timur tengah ini.


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine



Hadramawt Palace telah beroperasi sejak tahun 2011 dan kini terus mencuri tumpuan kerana merupakan restoran menjadi pilihan utama pelancong Timur Tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.



Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

 


Menu popular yang disediakan yang terletak di Bukit Bintang inu semuanya adalah menu asli dari Lebanon, Syria dan Yemen dengan menggunakan chef khas dan rempah ratus yang turut diimport dari negara berkenaan bagi menampilkan kelainan dan pengalaman baharu kepada pengunjung yang hadir ke restoran ini.



Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Untuk pengetahuan, Restoran Hadramawt Palace ini diusahakan bersama tiga rakan kongsi dan restoran ini  juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan katering secara pek kepada pelanggan. Disamping itu restoran ini mempunyai keluasan yang boleh menampung sehingga 300 orang pelanggan dalam satu masa, restoran ini juga turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine



Bagi anda yang menggemari makanan Arab terutamanya Nasi Arab, Hadramawt Palace pastinya tidak akan mengecewakan anda. Suasana dekorasi dan juga hiburan di sini pasti membuatkan anda teruja dan akan sentiasa mengingati detik makan malam mahupun apa jua waktu disini. 

Hadramawt Palace patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine


Anda yang hadir tidak perlu kuatir kerana restoran ini telah mengambil langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace turut mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP).


Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.



 


“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.


“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.


“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,” katanya.


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

 


Mengulas lanjut, Faris menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi selama tiga bulan dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.

 


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

 


Namun  jelas beliau, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan luar biasa kerana mendapat pilihan banyak syarikat-syarikat korporat bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.


“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.


“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,” katanya konsep pek itu disediakan untuk 20 tempahan ke atas.


Hadramawt Palace jadi pilihan warga kota | Arabic Cuisine

Wah menarik pula Cik iena tengok gambar gambar dari  Hadramawt Palace ni. Puan ibunda pun sangta suka masakan Arab. Insya Allah ada masa nanti boleh lah Cik iena bawa Puan Ibunda ke Hadramawt Palace untuk menikmati masakan arab kegemaran beliau.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan

Website : http://www.hadramawtpalace.com/

Instagram: Hadramawt.palace.restaurant

 
Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur

No talifon :   03-21433333 

Email : almadinahcity@yahoo.com

Alamat : Lot No, 251, Bukit Bintang Street, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Restoran Hadramawt Palace Melaka 

No Talifon :  062866662 

Email : hadramawatpalace@gmail.com 

Alamat : No.15,jalan pnbb 2,pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru,Seksyen IV, 75150 Melaka


Restoran Hadramawt Palace Jakarta

No. Talifon : +62 21 7181633

Email : awtarshishalounge@gmail.com

Alamat : Jalan Kemang Raya

No.24 Jakarta Selatan


Sumber : MalaysiaGazette 








19 comments:

  1. Selalu duk tgk kt tv.. bila blh p rasa ni

    ReplyDelete
  2. Terliur nya ika tengok gambar makanan tu :) thanks share. hehe nanti ika boleh cuba

    ReplyDelete
  3. cantiknya lukisan seni dekat restoran dia, memang sesuai dengan konsep palace tu. Menu dia pun ada yang tak pernah nmpak dekat restoran makanan arab biasa

    ReplyDelete
  4. Fuhh gempak betul nampak deco dalaman dia, cantiknyaa mmg kena dgn tempat & nama hehe! Makanan kat situ pun semuanya nampak sedap2 belaka. Kat area rumah Qeela ada juga Hawdramawt ni baru jugak lg dibuka outletnya kat sini, nnt nk try la 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan deco dia..mak iena da ajak pergi sini da :D

      Delete
  5. Terkesima tgk dekorasi. Nampak mewah n eksklusif btol. Nasi arab tu favourite lama tak makan

    ReplyDelete
  6. Cantik juga deco dia. X pernah masuk lagi sebab family kurang gemar makanan arab nie...tapi sekali sekala tukar selera boleh jer

    ReplyDelete
  7. Menariknya restauran Hadramawt Palace ni.. Rasa akan spend equal time of eating untuk ambik gambar kat restaurant ni jer nanti.. Thanks for sharing.. Selalu lalu depan jer, this time sure akan singgah untuk merasa juga..

    ReplyDelete
  8. Kalau gaya konsep kedai gini, teringat laa kat Johor Sis makan restoran Istanbul tu...memang bukan kata dekonya, makanannya pun sedap semua..

    ReplyDelete
  9. Restoran ni memang best. Akak suka pi sini. Deko cun, makan sedap dan selesa. Nanti nak pi masa besday akak. Hehhe

    ReplyDelete
  10. Serius memang cantik dekorasi restoran dia. Sesuai nak buat function dengan family and friends.

    ReplyDelete
  11. cantik yer restoren ni, rasa macam makan kat restoren timur tengah , menarik sangat. nak makan sini lah nanti

    ReplyDelete
  12. Memang cantik tempat ni bagaikan istana gayanya... suka deko bilik kenamaannya tu... cantik!

    ReplyDelete
  13. Cantik betul hiasan restoran ni menu makanan pun nampak sedap sangat boleh cuba yang outlet kat area KL tu nanti

    ReplyDelete
  14. cantiknya dalam restorn dia. Dah macam kat arab .

    ReplyDelete
  15. Cantik gila interior design dia. Terasa macam makan kat Arab pulak.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve