Majlis pelancaran Tulis Cantik | Kedai Alat Permainan Pembelajaran (Educational Toys) Kanak-Kanak

Baru baru ini Cik iena berkesempatan ke Majlis pelancaran Tulis Cantik yang diadakan di  Taman Saujana Puchong. Untuk pengetahuan Tulis Cantik merupakan Kedai Alat Permainan Pembelajaran (Educational Toys) Kanak-Kanak. Diasas oleh Seorang ibu kepada tiga anak iaitu Puan Dazrina Che Din . 3 tahun yang lalu Tulis Cantik bermula dari perniagaan online sahaja dan kini  telah pun  mempunyai kedai fizikal  di Taman Saujana Puchong.

 


Majlis pelancaran Tulis Cantik | Kedai Alat Permainan Pembelajaran (Educational Toys) Kanak-Kanak
Majlis Turut dihadiri oleh penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia iaitu  PU Azman

 


penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia
Cik iena ketika di Majlis pelancaran Tulis Cantik

penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia
Tuan Blog sempat bergambar dengan PU Azman, Idola Puan Ibunda. Suka sangat Puan ibunda bila tengok Cik iena update story di instagram bergambar dengan PU Azman

 

 

 

Anak istimewa jadi ilham buka perniagaan

 


penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia
Puan Dazrina Che Din pengasan Tulis Cantik

 

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka tidak kiralah samada anak mereka merupakan kanak kanak Istimewa.  Tercetusnya Idea dari Puan Dazrina  untuk membuka perniagaan memasarkan bahan bacaan dan permainan buat kanak-kanak istimewa adalah kerana beliau mempunyai sorang anak menghidap autisme.

 


penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia

 

Kecenderungan memahami dan mencari penyelesaian bagi membantu ibu bapa dan kanak-kanak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) wujud selepas anak sulungnya, Nurdiana Allisya Mizan Normizan, 9, disahkan menghidap autisme.Wanita berusia 40 tahun ini ingin membantu ibu bapa yang mempunyai anak istimewa mendapatkan bahan bacaan dan permainan untuk pembelajaran memberi ilham kepadanya menjalankan perniagaan.



 
 
 
penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia
Puan Dazrina Che Din dan PU Azman


Kini, Puan Dazrina sudah memiliki kedai sendiri iaitu Kedai Barangan Permainan Kanak-Kanak Tulis Cantik yang baru dibuka di Taman Saujana Puchong. Menurut Puan Dazrina, anak sulung beliau Nurdiana Allisya Mizan Normizan, 9 tahun disahkan menghidap autisme ketika berusia 23 bulan. Menurut beliau lagi beliau sendiri tidak menyedari bahawa anaknya menghidap autisme kerana anaknya kelihatan normal.

Tambah beliau lagi, beliau menyedari keadaan ini  selepas seorang rakan datang ke rumah beliau  dan beliau melihat anak rakannya itu boleh mengikut arahan tetapi Nurdiana pula sebaliknya. Keadaan itu membuatkan beliau panik kerana tidak tahu menahu mengenai autisme ketika itu.


"Dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak kedua, saya bawa Nurdiana bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan penjelasan dan baru tahu dia rupanya menghidap autisme," 

katanya pada sesi bersama media dan blogger sempena pelancaran kedainya itu baru-baru ini.

Puan Dazrina mengakui dia banyak membaca bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai autisme selain bertanya dengan pakar.Jelasnya, pengetahuan itu digunakan untuk menghasilkan buku berkaitan teknik membaca dan menulis bagi membantu anaknya dan kanak-kanak istimewa lain.


"Kemudian, saya kumpul modal untuk mengeluarkan produk Pensil Claw iaitu alat bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memegang pensil dengan cara yang betul, kanak-kanak yang lemah dalam menulis atau baru mula belajar menulis.


"Alhamdulillah, penggunaan bacaan bacaan khusus dan Pensil Claw terbukti berkesan apabila saya nampak perubahan bukan hanya kepada anak saya yang menghidap autisme tetapi dua anak lain yang normal serta kanak-kanak OKU kategori lain seperti Sindrom Down dan Cerebral Palsy.


"Pendekatan lain digunakan untuk membantu Nurdiana termasuk dengan cara bercerita dan menyanyi. Usaha saya berhasil apabila dia mula memanggil saya ibu pada umur lima tahun. Walaupun agak lewat, ia cukup menggembirakan saya sebagai seorang ibu," katanya.


Menurutnya, suami, Normizan Ibrahim, 40, dan keluarga banyak memberinya semangat untuk terus cekal dalam membesarkan Nurdiana.

"Saya pernah menyalahkan diri atas apa yang berlaku terhadap Nurdiana pada mulanya kerana menyangka ia berpunca daripada kesilapan saya tidak memberi perhatian terhadapnya.



"Namun, saya tidak pernah berputus asa kerana mempunyai suami yang positif dan keluarga sebagai tulang belakang selama ini.



 

"Apa yang terjadi ada hikmahnya dan salah satunya adalah memberi peluang untuk saya membantu ibu bapa lain di luar sana," katanya.

penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia
Puan Dazrina Che Din pengasan Tulis Cantik



Dalam pada itu Puan Dazrina merancang menjadikan perniagaannya ini sebagai satu platform untuk memudahkan orang ramai memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan.Menerusi projek sedekah yang membolehkan pelanggan membeli sambil menderma dengan cara menyumbang mainan itu pada kotak disediakan di kedai Tulis Cantik.

 



Jadi, mainan yang anda mahupun pelanggan lain beli tidak semestinya diberi kepada anak-anak mahupun keluarga lain tetapi ianya juga boleh didermakan untuk keperluan kanak-kanak istimewa lain,.

 



 

Diharapkan usaha murni dari Puan Dazrina akan mendapat sambutan dari para pelanggan Tulis Cantik. Inisiatif seperti ini sewajarnya diteruskan bagi membantu golongan kanak kanak istimewa yang sangat memerlukan bantuan terutama buat mereka yang hadir dari keluarga yang susah.




Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.tuliscantik.com.my
Instagram : @tuliscantik
Faceebook : https://www.facebook.com/tuliscantik

Whatsapp : 601126261656
Alamat : No 13G, Jalan SP 3/1, Taman Saujana Puchong, 47110 Puchong, Selangor






19 comments:

  1. bagus educational toys ni. selain bermain dalam masa sama boleh belajar. anak anak rehat dari tgk tv dan ipad

    ReplyDelete
  2. bagusnya..at least boleh menggembirakan anak2 istimewa ni kan. siapa lagi nak bantu mereka kalau bukan kita

    ReplyDelete
  3. wahhh hebat Puan Dazrina ni, dari berniaga online dekat rumah sekarang dah ada kedai fizikal dah. Semoga perniagaan dia berkembang dan dapat bantu ibu bapa lain pula

    ReplyDelete
  4. wow the educational toys are good for parent to buy for the kids. Can play with them at home and have fun together

    ReplyDelete
  5. Menarik konsep kedai ni.. semoga yg memerlukan mendapat manfaat

    ReplyDelete
  6. Tahniah Puan Dazrina & Tulis Cantik. Rasa rare pulak dengar nama kedai macam ni. Kreatif betul. Senang ingat

    ReplyDelete
  7. Bagusla kedai ni. Dapat membantu pembelajaran istimewa khas untuk anak2 yg memerlukan

    ReplyDelete
  8. Bagus inisiatif ini. Lepas ni lg seronok anak-anak menulis dengan cantik.

    ReplyDelete
  9. wah dah ada physcial store. bagusnya :) hee. seronok sgt baca

    ReplyDelete
  10. Bukan mudah nak bukak perniagaan sambil membantu macam ni kan, harap dapat sokongan semua orang maka hebahan tu sampai kepada mereka yang memerlukan...

    ReplyDelete
  11. Menarik kedai ini,boleh suggest kat kawan-kawan yang mempunyai anak istimewa dan mereka yang ingin menderma kepada anak-anak istimewa ni.

    ReplyDelete
  12. Barang kanak2 lagi2 jenis pembeljrn ni memg sgt bagus.. Tahniah puan dzrina.. Buka kedai seperti ini.. Jauh juga kedai kat puchong, kalau tak boleh usha

    ReplyDelete
  13. Boleh support kedai ni nanti sebab anak buah ramai boleh belikan dorang educational toys ni. Qiss pun ada anak buah yang autisme. Kakak memang jaga betul-betul. Sekarang masuk sekolah khas.

    ReplyDelete
  14. Kita ingat ini tadika sebab nama Tulis cantik rupanya kedai alat rulit hehehehhe nama bukan main lagi..

    ReplyDelete
  15. Tahniah Tulis Cantik atas pembukaan kedai fizikal. Satu kejayaan yg patut dicontohi ibu bapa yang ada anak autisme di luar sana.

    ReplyDelete
  16. Nie kalau bawa budak2 datang sini, mesti semu benda nak dibeliny nanti. Banyak betul permainan kat sini. Mcm2 boleh dapati

    ReplyDelete
  17. bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant

    ReplyDelete
  18. bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve