Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

Lou Shu Fun  merupakan masakan Cina yang berasal dari Taiwan. ‘Loh si fan’ atau Mi Tikus pastinya akan menimbulkan tanda tanya buat sesiapa yang pertama kali mendengarnya.


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek


“’Loh Si’ dalam Bahasa Cina bermaksud tikus manakala ‘fan’ pula bermaksud mi. Dalam makna sebenarnya ialah ‘laksa pendek’, namun orang lebih mengenalinya sebagai mi tikus.

Lou Shu Fun boleh dimasak sama ada dengan kuah kicap, kuah kari ataupun sup. Kali ini Cik iena ingin kongsikan resepi Lou Shu Fun Soup dari Deqnor iaitu adik Cik iena. Dalam keluarga iena, Deqnor dan mak menggemari gaya masakan Cina jadi dirumah kami selain gaya masakan melayu mak juga memasak masakan mengikut gaya masyarakat cina.

Jika soup dari masyarakat melayu kaya dengan rempah berbeza dengan soup dari masyarakat cina. Ianya agak plain namun tetap sedap dengan hadirnya bahan-bahan sampingan lain yang menaikkan rasa soup mereka. 

Berikut Cik iena kongsikan Resepi Lou Shu Fun Soup atau dalam Bahasa melayu nya Sup Laksa Pendek.

Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek Oleh Deqnor


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

 

Untuk resepi, disini Cik iena kongsikan mengenai bahan bahan untuk memasak Lou Shu Fun soup sahaja. Untuk cara-cara memasak anda boleh tonton video dari Cik iena di penghujung artikel. Cik iena kongsikan resepi ini kerana setiap kali hari raya saudara mara pasti akan tanya resepi Lou Shu Fun soup ini. Untuk pengetahuan Lou Shu Fun Soup adalah antara menu hari raya kami. Berbeza dengan rumah rumah lain yang kebanyakannya menyajikan hidangan berat. 

Kami memilih untuk menyajikan menu yang lain daripada lain. Jadi menu hari raya kami mengikut gaya masakan cina Lou Shu Fun Soup. Kuah soup seakan air masak namun cukup berasa. Jika tonton video Cik iena memang nampak kuah sup jernih berbeza dengan sup gaya masakan melayu.


Memandangkan semasa raya memang tak sempat untuk buat video masakan jadi hari ini Cik iena decide untuk rakam video masakan resepi Lou Shu Fun Soup dari deqnor supaya nanti bila saudara mara datang beraya dan bertanya boleh tunjuk video ini. Tapi masihkan ada raya buat kita? huhu sedih mengenangkan wabak covid-19 yang semakin berleluasa sekarang ni.


Bahan-bahan Lou shu fun soup

 

Bahan untuk Sup 


  •  2 paket laksa pendek
  • 150 gm Lobak putih di potong dadu
  • 1 biji bawah besar dipotong dadu besar 
  • 2 1/5 bahagian dada ayam (tak perlu potong) - iena beli ayam ikut bahagian (^_~)
  • garam secukup rasa
  • 15 cawan cawan air

Bahan - bahan yang perlu di celur


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Bahan-bahan celur
 
  • 1 paket fish ball
  • 1 paket fish cat
  • 1 genggam taugeh
  • 1 paket enoki mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 1 paket white crab mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 5 batang sawi (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 2 paket Laksa Pendek
    Laksa Pendek
    Laksa Pendek atau Mee Tikus atau Lou Shu Fun
     

Bahan-bahan Goreng


sayur ikan pucuk
sayur ikan pucukyang telah digunting dan goreng
  • lobak masin hancur
  • 1 paket sayur ikan pucuk

Bahan-bahan lain

  • Cili banjir merah
  • kicap cair 
  • cili jeruk (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
lobak asin goreng, cili kicap, cili jeruk homemade

 

 

Untuk sukatan cawan air. Cik iena gunakan cawan teh atau kopi. Standard size. Kalau nak letak lebih air pun boleh tapi kalau nak lagi sedap letak ayam lebih. Lagi banyak ayam yang digunakan lagi sedap kuah sup kita. Kemudian apa yang perlu ada ingat semasa memasak ayam, lobak putih dan bawang jangan sesekali kacau ramuan tersebut. Biarkan sahaja ianya mendidih kerana jika kita kacau ayam dan lobak putih mungkin akan hancur dan akan menyebabkan perubahan warna pada kuah.

 

Sup Berkhasiat untuk kesihatan

 


Sup Berkhasiat untuk kesihatan
Sup Berkhasiat untuk kesihatan

Untuk resepi Lou Shu Fun soup ini, kami memerlukan sup yang jernih namun berasa. Untuk  makluman anda lagi ini juga merupakan menu sihat yang mana ianya menggunakan lobak putih yang sangat banyak khasiat dan dikatakan  mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.

Video Cara memasak Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek




 



26 comments:

  1. Unik la mee ni. Belum pernah rasa lagi. Mee dia yang pendek2 tu pun tak pernah jumpam

    ReplyDelete
  2. Believing These 7 Myths About Email Marketing Tools Keeps You From Growing - https://www.reviewengin.com/category/email-marketing/

    ReplyDelete
  3. akak belum pernah lagi makan ni..macam mana la rasanya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mee tu rasa lebih kurang laksa..soup yg ni lite je..yg sedapkan dia bahan2 sampingan yg bnyk tu..Biasanya kat luar lau shu fun ni yang friend iena biasa jumpa..soup tak pernah jmp lg..

      Delete
  4. tengok mee laksa ni petang2 terliurla pulak, makan waktu pasan2 ni best ini ... boleh bertambah aih.

    ReplyDelete
  5. menariknya resipi ni. tak pernah makan lagi. Boleh try buat nanti mana tahu raamai berkenan boleh buat juadah hari raya jugak hehe

    ReplyDelete
  6. Kalsu berpandu pada namanya Mer Tikus memang tak sanggup nak buat haha tapi sup begini memang bagus utk kesihatan..oh rasa mcm laksa? Blm pernah cuba huhu

    ReplyDelete
  7. Waaa pandai Ina makan yaa menu ni.. nak sedapkan Ina, letak minyak bijan yang di masak, yumsss gile nanti rasa supnyaa...

    ReplyDelete
  8. First time kenal laksa pendek ye. Rupanya chinese pun makan laksa laksa ni. Hehe. Nampak menyelerakan; especially soup!

    ReplyDelete
  9. Pertama kali tahu tentang mee ni. Nampak cute comel jer.. Nak cuba masak gini jugak laa.. Nak rasa mee comel ni

    ReplyDelete
  10. Dulu masa saya first time try mi ni pun sebab tertarik dgn nama mi tikus tu. Saya mmg suka benda yg pelik2. Apa pun, terima kasih berkongsi resepi. Asyik mkn mknn berempah je, sesekali tukar selera, best juga.

    ReplyDelete
  11. wahhh nampak sedap walaupun first time dengar. baca time2 macma ni jadi lapar la pulak.. nanti nakt ry buat la mee ni :)

    ReplyDelete
  12. First time dengar menu ni. Tak pernah merasa. Laksa dia comel je

    ReplyDelete
  13. Fav kak liez mee ni tapi selalu buat goreng. Xpernah cuba buat sup lagi. Boleh cuba nnt ni

    ReplyDelete
  14. aida tahu pasal mee pendek @ mee tikus ni.
    terbaca di blog org lain, iena.
    nampak sedap aje. tak silapnya, blogger tu buat laksa penang kot dgn mee ni.
    tak pernah beli sebab tak pernah terjumpa kot.
    nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  15. Wow the food does look scrumptious and I like that the ingredients are prepared readily for everyone to easily enjoy the food.

    ReplyDelete
  16. Looks so easy! I think I am gonna try this! I bet my daughter will love this too!

    ReplyDelete
  17. Baik lagi dipanggil laksa pendek. Kalau sebut mi tikus nanti orang ingat ada tikus. 😆

    ReplyDelete
  18. First time dengar. Laksa pendek tu ada jual kat supermarket ke? Banyak jugak bahannya. Rare jugakla jdi menu raya.

    ReplyDelete
  19. Pertama kali dengar nama mi tikus. Tapi nampak sedap sangat dengan sup jernih tu 😊

    ReplyDelete
  20. ouhh adake org panggil mee tikus ? hahaha first time dengar. pernah je jumpaorg hidang jenis mee nie utk laksa. tp lebih prefer jenis yang panjang tu.

    ReplyDelete
  21. Sup dia menariklah. Suka sup2 jernih mcm ni. Tapi, mee tu 1st time dengar. Hehe

    ReplyDelete
  22. Wahhh, this is my favorite Lou Shu Fun!! If goreng ala2 Kueh Teow Goreng pun sedap ni.. Sgt menyelerakan...

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve