Grab The Promo

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang sihat, cantik berseri. Namun adakalanya kita mempunyai kekangan masa untuk memakai pelbagai krim dalam masa yang sama terutama buat wanita yang sudah bekeluarga dan juga wanita bekerjaya yang adakalanya kesuntukan masa untuk diri sendiri.
 
 
Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence

 

Disini Cik iena ingin berkongsi tentang satu produk penjagaan wajah yang yang mempunyai fungsi dua dalam satu  iaitu AKARI Galactomyces Treatment Essence.  Jadi disini anda dapat menjimatkan masa untuk skincare routine anda dengan hannya menggunakan essense ini untuk toner dan pelembab. Tambahan lagi Essense merupakan tekstur paling ringan yang boleh meresap kedalam kulit dengan lebih cepat dan efektif.

AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence


AKARI Galactomyces Treatment Essence

AKARI adalah jenama produk nombor satu di Malaysia yang berasaskan 96% Galactomyces yang mana ia mampu mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit wajah. Kulit yang cukup hidrasi dikatakan mampu melambatkan proses penuaan wajah!
AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence
 
Untuk pengetahuan AKARI Galactomyces Treatment Essence mempunyai fungsi toner dan juga pelembab dalam satu botal essense. Anda boleh Kembalikan seri wajah dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence. Ianya merupakan skincare pH 5.5 yang amat sesuai digunakan setiap hari untuk semua jenis kulit.
 
Ianya merupakan produk penjagaan wajah bebas paraben yang mana ianya sangat bagus untuk kulit. ianya juga bebas alkohol dan tiada pewangi digunakan. 

AKARI Galactomyces Treatment Essence




Ia mengandungi 96% Tapisan Kultur Mikrob Galactomyces yang berfungsi untuk melembap, menghidrat dan mencerahkan kulit, mengawal pengeluaran sebum, mengecilkan liang pori, memudarkan pigmentasi, dan sebagai ejen anti-penuaan kulit. Untuk makluman anda kandungan 96% Galactomyces Treatment Essence diyakini 100% selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
 

AKARI menggunakan Galactomyces dari industri kosmetik yang Halal, suci lagi baik untuk digunakan oleh pengguna di Malaysia dari pelbagai latar belakang. Galactomyces diproses secara komersial di fasiliti kosmetik yang tiada kaitan dengan pembuatan minuman sake, alkohol, atau makanan.   

Kebaikan Galactomyces


  • Mencerahkan Kulit
  • Mengurangkan sintesis melanin
  • Menguatkan Skin's barrier
  • Mengurangkan penampakan liang pori dan bintik hitam
  • Mengurangkan Penghasilan sebum
  • Menyembuhkan Jerawat
  • Menjadikan Kulit Glowing
  • Mengurangkan pembentukan garis kedutan


Centella Asiatica  daun pegaga


Essense ini juga mengandugi Daun Pegaga.Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica  berfungsi sebagai antioksidan yang menghasilkan sel kulit baru dan melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari. Selain itu kelebihan daun pegaga untuk kulit adalah ianya mampu Meredakan keradangan kulit, mempercepat penyembuhan luka, menjaga kelembapan kulit, mengekalkan keanjalan kulit muka,Menyembuhkan jerawat, Menghasilkan kolagen secara natural dan mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat.


Niacinamide


Disamping itu kandungan Niacinamide (Vitamin B3)  yang terdapat dalam essense ini membantu merawat jerawat, meredakan keradangan dan kemerahan kulit, mengawal penghasilan minyak, mengecilkan liang pori dan melambatkan tanda penuaan pada kulit.

 



Ceramides

 


Kandungan Ceramides yang terdapat dalam Essense ini akan mengekalkan kelembapan kulit wajah, mengurangkan kemerahan dan juga mengurangkan kerengsaan kulit. Ceramides sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat dan kulit sensitif.



4 jenis Hyaluronic Asid


4 jenis Hyaluronic Asid yang terdapat dalam essense ini akan membantu  meningkatkan kelembapan pada tiga lapisan kulit serta  menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat serta memudarkan noda bekas jerawat, menganjalkan kulit, mengurangkan pembentukan kedutan halus diwajah,melembutkan kulit wajah dan mencerahkan kulit wajah.

  1. Sodium Hyaluronate Crosspolymer
  2. Sodium Hyaluronate
  3. Sodium Acetylated Hyaluronate
  4. Hydrolyzed Sodium Hyaluronate


Untuk makluman kesemua kandungan  96% Galactomyces, Niacinamide, Centella Asiatica, Ceramides & 4HA adalah Imported raw mats from Korea & Spain.

 

Kebaikan 2 in 1 AKARI Treatment Essence


 
Kebaikan AKARI Galactomyces Treatment Essence

 

  • Anti penuaan
  • Mencerahkan Kulit
  • Melembabkan dan menghidrat kulit
  • Mengecilkan liang Pori
  • Merawat jerawat
  • Memudarkan Hiperpgmentasi
  • Membaiki kulit sensitif dan kering
  • Mengawal pengeluaran sebum
  • Mengandungi efek yang menenangkan
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.


Kandungan AKARI Galactomyces Treatment Essence : 


Galactomyces Ferment Filtrate, Niacinamide, Ekstrak Centella Asiatica, Sodium PCA, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Pentylene Glycol, Butylene Glycol 1, 2-hexanediol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizate.




AKARI Galactomyces Treatment Essence

AKARI Galactomyces Treatment Essence tidak mempunyai bahan seperti:

  1. Paraben
  2. Phenoxyethanol
  3. Alkohol (Drying alcohol)
  4. Formaldehyde
  5. Sodium lauryl sulphate (SLS)
  6. Essential Oil
  7. Petrolatum
  8. Pewangi
  9. Phthalates

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light
 


Sesetengah bahan di atas mungkin berfungsi menjaga produk daripada kontaminasi atau membantu bahan lain untuk memberi kesan dengan lebih baik, namun ia juga boleh membahayakan kulit dan kesihatan pengguna itu sendiri. Amatlah penting untuk membaca label dengan teliti dan menggunakan produk yang selamat seperti AKARI TREATMENT ESSENCE.

 

Cara Penggunaan  AKARI Galactomyces Treatment Essence

Cuci muka dan lap. Semburkan AKARI TREATMENT ESSENCE pada kulit dan tunggu sehingga ia meresap sepenuhnya atau boleh menggunakan jari menepuk kulit secara lembut untuk penyerapan yang sempurna.


Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Cik iena suka guna Jade facial roller untuk massage kulit dan supaya skincare kita diserap dengan bagus. Tapi kalau essence memang cepat menyerap dalam kulit. Kira roll muka tu untuk membantu melancarkan perjalanan darah juga la. Gambar diambil diwaktu malam dang menggunakan ring light

 

Tips untuk penyerapan yang sempurna yang Cik iena gunakan adalah Cik iena gunakan Jade Facial Roller. Memang sangat berbeza kalau anda gunakan Jade Facial Roller dalam mengaplikasikan skincare pada wajah. 

Cik iena juga spray AKARI Galactomyces Treatment Essence selepas bersolek. Solekan memang akan lebih cantik dan glowing :)

 

Harga AKARI TREATMENT ESSENCE

RM89 100 ml Percuma 20ml AKARI TREATMENT ESSENCE Travel Size

 

Review AKARI Galactomyces Treatment Essence

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light

 

Review penggunaan Cik iena lebih kurang seminggu secara keseluruhannya essense ini sesuai dengan Cik iena. Essense ini jugak simple and minimize.Tak perlu pakai banyak banyak krim. Cukup cuma cuci wajah dan pakai essense ni. Selepas tu pakai SPF.

Review Untuk kelembapan kulit ianya memang memberi kelembapan pada kulit. Dari segi mencerahkan secara jujur Cik iena masih belum nampak kesannya.Mungkin untuk kulit degil Cik iena perlu guna lama sedikit baru nampak kesan pencerahan. Cuma kulit tidak kusam bila guna essense ini.

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
wajah cik iena tanpa solekan, selepas cuci wajah dan spray Akari Treatment essence. Parut jerawat diantara kening tak gelap sangat macam biasa kene jerawat sebelum ni. pakai foundation da tertutup

 

Apa yang dapat cik iena highlight kebaikan pada kulit Cik iena ialah untuk atasi jerawat datang bulan Cik iena. Cik iena dapati parut jerawat datang bulan Cik iena tidak seperti parut jerawat sebelum ini yang jelas kelihatan warna parut kehitaman yang Jelas. Muka Cik iena memang jarang naik jerawat kecuali pada musin datang bulan sahaja. Dimana akan ada satu atau dua jerawat pada wajah. Kebiasaannya parut tu jelas kelihatan. 



Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light

Bebeza selepas pengambilan Akari Treatment Essense parut jerawat Cik iena tidak begitu ketara. Ini adalah kerana essense ini mengandungi daun pegaga atau panggilan saintifiknya Centella Asiatica yang berfungsi untuk mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat disamping kandungan  Ceramides yang sangat sesuai untuk kulit berjerawat. 

Walaupun jerawat tidak teruk tapi masih ada mengalami masalah jerawat sebulan sekali. Jadi essense ini memang sangat sesuai. Jerawat datang bulan Cik iena pun cepat hilang. Kebetulan kali datang bulan dapat jerawat batu. 

Kebiasaannya jika jerawat batu, memang makan masa yang lama untuk jerawat masak ranum dan pecah. Bila guna essense ni jerawat batu Cik iena cepat kecut tak sampai seminggu.  Biasanya jerawat datang bulan kecil. Jarang jarang naik jerawat batu.Pada awalnya memang agak risau dengan kemunculan jerawat batu ni. Nak bergambar pun rasa kurang bersemangat sebab nampak seketul besar dekat dahi. Alhamdulillah dah hilang yeay.



Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diambil diwaktu malam dang menggunakan ring light


Pada yang suka bersolek macam Cik iena selepas pakai SPF dan selesai bersolek, semburkan AKARI Galactomyces Treatment Essence pada wajah dan anda akan nampak kesan glowing pada solekan anda. Solekan anda akan jadi lebih cantik dan glowing.


untuk makluman selain produk AKARI Galactomyces Treatment Essence cik iena pakai pencuci wajah lain dan SPF jenama lain. Produk dari jenama AKARI ni cuma ada AKARI Galactomyces Treatment Essence sahaja. Jadi kita boleh pakai skincare biasa kita yang lain cuma tukarkan toner dan pelembab dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence.


 

AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence

Rating AKARI Galactomyces Treatment Essence

9/10  


Nota : Kenapa kurang satu sebab tiada haruman. Cik iena suka sesuatu yang harum. Walaubagaimanapun ni ikut orang tau. Ianya subjektif. Tapi sebenarnya jika tiada kandungan pewangi tambahan lagi elok. Cuma cik iena memang dah terbiasa sukakan haruman. Bilik Cik iena pun penuh dengan pelbagai perfume  :)


VIDEO REVIEW AKARI




Untuk Maklumat Lanjut:
Pembelian Online : https://akari.onpay.my


29 comments:

  1. Teringin nak ada roller macam tu untuk muka. Kebanyakkan roller cam mahal je harganya. Akari ni namanya sahaja ingatkan produk Jepun. Bahan daun pegaga tu best la. Pegaga ni untuk awet muda.

    ReplyDelete
  2. Ok. Boleh try gak la sebab di usia seperti Rawlins, memang banyak yang perlu digunakan untuk mengekalkan keremajaan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya betul mengekalkan keremajaan..kite perlu sentiasa nampak muda ramaja :D

      Delete
  3. Perghhh banyak manfaat dan isi kandungan semua tu diperlukan oleh kulit kita. Nanti nak cari lah. Jom cantik sesama.

    ReplyDelete
  4. Woww.. Baca profuk ni bukan biasa2.. Banyak kelebihan dia. Siap ade daun pegaga yr.. Harga pun not bad dengan saiz botol mcm tu. Bagus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups memang bagus..iena paling suka kalau mekap spray kan mekap glowing

      Delete
  5. first time dengar brand ni. banyak betul kebaikan produk ni. boleh try nanti. macam best je

    ReplyDelete
  6. Wah! Menarik la produk Akari ni... pelbagai manfaat dan melihatkan kepada isi kandungannya, memang bagus untuk digunakan dan memang diperlukan oleh kulit kita... saya minat apabila ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit... dah tak risaulah lagi sebab kulit saya ni super sensitif...

    ReplyDelete
  7. Walaupun simple jer packaging skin care products ni, tapi benefit dia memang WOW kan... first time dengar brand ni but worth to check it out!

    ReplyDelete
  8. Wah senang ni 2 in 1. Nak travel pun tak perlu bawak banyak2. Mar ni jenis simple. Macam ni memang suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul nk travel pun senang..iena pun kadang2 malas nk pakai bnyk2 skincare routine ni..bila ada akari ni setel..kalau busy sangat lepas cuci muka spray ni je :)

      Delete
  9. first time dengar brand ni... agak menarik..suka dengan packaging warna putih, nampak kemas dan cantek

    ReplyDelete
  10. Baru ku tahu daun pengaga boleh buat kosmetik skincare.. banyak khasiatnya juga ya.. boleh cuba ni kalau jumpa.. terkesima nengok kulit muka Iena tu haaa..

    ReplyDelete
  11. Kulit Iena dah cantik heheheh pakai apa pun tetap nampak cantik wakakakak.. Tengok botol ni menarik dan juga menggunakan bahan yang selamat itu paling penting sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yups bahan2 yg digunakan bahan semulajadi yg selamat utk kulit :)

      Delete
  12. Thanks for sharing this new brand to me, memang tengah cari facial essence yang boleh add glowing to my face after makeup.

    ReplyDelete
  13. best kan bila kulit bersih dari ceala, nak make up pon rasa best je. hasil pon jadi lawa. mmg idaman setiap org. nampak sangat glowing muka iena !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups betul..bila kulit bersih kalau mekap lagi lawa :)
      btw thanks :D

      Delete
  14. wah.. makin cantik berseri cik iena kita dengan produk ini..

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve