Grab The Promo

Warung Bunian Destinasi MakanTerbaik

Kepada anda yang inginkan suasana kampung yang indah ketika menikmati sarapan pagi anda seharusnya datang ke Warung Bunian yang terletak di Kampung Sungai Merab Kajang. Disini anda dapat rasakan suasana nyaman dikampung. Lokasi kedai yang terletak di kawasan berbukit. Anda akan dapat nikmati permandangan indah bukit bukau disini.

Warung Bunian
Warung Bunian

 


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

 

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung bunian merupakan nama yang diberi oleh pelanggan untuk  warung tapak sulaiman kerana lokasinya yang tersorok. Bagi Cik iena memang kena dengan nama kerana lokasi kedai yang agak tersorok . Pertama kali Cik iena ke Warung bunian Cik iena sendiri terlepas kedai ni kerana lokasinya yang tersorok dan jalannya yang agak kecil. 


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

 




Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
 

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
 

Review Warung Bunian


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
OOTD masa nak queue untuk order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Baru baru ini Cik iena berkesempatan bersarapan pagi di Warung bunian. Walaupun terpaksa beratur sehingga 40 minit untuk order makanan cik iena rasakan penantian ini sangat berbaloi dengan rasa masakan yang cik iena makan. Untuk pengetahuan ini merupakan kali kedua Cik iena kesini akan tetapi ini merupakan kali pertama Cik iena makan disini.

 

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
OOTD selepas selesai makan di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

 

Kali pertama cik iena hadir lebih kurang setahun lepas namun ketika itu kedai tidak buka .Kali pertama hadir, dua kali pusing untuk cari kedai. Jadi kali kedua hadir kami tidak sesat kerana pernah datang kedai ni sebelum ni. Walaupun rasa macam salah jalan , rasa macam sesat. Betul ke jalan ni sebab jalan kecil. Tapi disebabkan pernah sesat disini masa cari kedai ni jadi kami yakin dan teruskan ke destinasi.


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Norma dan peah di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Cik iena sarapan pagi di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

 

Alhamdulillah rezeki kami dapat parking senang. Sejujurnya susah untuk cari parking dengan lokasi kedai di tepi bukit dengan keadaan jalan yang kecil yang hanya boleh lalu kereta utntuk satu haluan sahaja. kalau terserempak memang kene ketepi. 

 

Layanan Pekerja yang bagus dari Warung Bunian

Secara keseluruhan pekerja mereka memang terbaik dan bagus. Dari proses pesanan sehingga dapat makanan memang mudah. Masa nak pesan pun pekerja yang jaga cashier memang pandai layan pelanggan, iena tanya menu apa dia sebut semua menu dan dia cadangkan menu yang selalu orang pesan.


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

 

Jadi menu lain Cik iena tak ingatlah sebab kedai ni takde buku menu yang cik iena perasan. So cik iena tak boleh nak ambil gambar menu dan bagi tau menu apa yang ada. Sebab tu Cik iena bertanya pada cashier.

 

Bayar QR Pay Lebih Mudah

Walaupun kedainya terletak diceruk kampung dengan dekorasi kedai yang masih mengekalkan gaya warung yang klasik namun kaedah pembayaran sudah moden ya. Anda tak perlu risau jika tak cukup cash. Boleh bayar menggunakan QR pay.

 

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
 

 

40 Minit beratur Pesan Makanan di Warung Bunian

Masa yang diambil untuk beratur sehingga tiba giliran memesan makanan adalah 40 minit semasa kedatangan Cik iena. Walaupun beratur panjang tapi suasana keindahan kampung ditepi bukit ini semamngnya akan buat anda leka dengan keindahan alam, dengan view bukit bukau yang cantik .


Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Menu yang kami order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman


20 Minit makanan siap

Selepas 20 minit, makanan pun siap . Jadi lebih kurang 1 jam dari beratur untuk pesan makanan sehingga makanan siap dihidang. Alhamdulillah walaupun 1 jam menunggu , bila dapat makanan memang tidak mengecewakan. Rasa masakan sedap dan memang Cik iena sangat recomend dekat kawan kawan cik iena.

Nasi Lemak telur Bungkus

 

Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
Nasi Lemak telur Bungkus merupakan menu yang famous di Warung Bunian. Rasa nasi lemak dia memang sedap cukup lemak, masin. Cukup rasa lemak nasi lemak nya. Telur bungkus nya rasa sedikit manis manis pedas melengkapkan lagi rasa nasi lemak tersebut. Walaupun dimakan tanpa sambal ianya cukup lazat dang sangat menyelerakan.
 
Sambal dia bagi Cik iena biasa biasa tapi portion sambal yang dia bagi memang banyak jika dibandingkan dengan kedai lain, sambal nasi lemak mereka bagi sedikit sahaja. Berbeza dengan warung bunian , sambal nya agak banyak. Sambal pula tak pedas sangat. Just nice untuk Cik iena yang tak makan pedas.
 
Terdapat 3 pilihan nasi lemak telur bungkus iaitu 
  • Nasi lemak telur bungkus biasa 
  • Nasi lemak telur bungkus Ayam Goreng
  • Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong


Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
 
Untuk Nasi lemak telur bungkus ayam goreng. Ayam goreng dia memang cukup rasa.Walupun makan bahagian isi. Tetap berasa perapan ayam. Ayam tak kering lah orang kata. Juicy.
 
Untuk  Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong pula mereka gunakan sotong plastik. Cik iena panggil sotong plastik. Untuk sambal ni rasa biasa biasa je. Tapi bila makan dengan telur bungkus yang menyaluti nasi lemak yang berlemak cukup rasa tu memang sedap sangat sangat.

Rating Nasi Lemak Telur Bungkus 

10/10

 

Roti Jiwa Kacau

Antara menu yang anda wajib cuba selain nasi lemak telur bungkus. Roti Jiwa kacau memang buat jiwa iena kacau sebab teringatkan keenakan Roti Jiwa kacau ni. Untuk pengetahuan Roti Jiwa Kacau merupakan roti canai yang dicarik dan digaul bersama telur kemudian di masak kembali seperti roti canai.


 

Roti Jiwa Kacau Warung Bunian
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian


Sejujurnya gigitan pertama cukup membuat anda jatuh cinta dengan menu roti jiwa kacau. Gigitan pertama rasa manis manis pedas yang enak. Kalau makan tanpa kuah kari pun sudah memadai dan sudah cukup enak untuk dinikmati. Kuah karinya pula agak manis buat cik iena. jadi cik iena lebih gemar makan roti jiwa kacau sahaja tanpa kari. Cik iena ni tak minat sangat kari. 

 

Roti Jiwa Kacau Warung Bunian
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian

Rating Roti Jiwa Kacau

10/10

 

Rating Keseluruhan

Cik iena bagi rating berdasarkan menu yang Cik iena cuba sahaja. Cik iena cuba menu Nasi Lemak Telur bungkus ayam goreng , nasi lemak telur bungkus sambal sotong, roti jiwa kacau, teh tarik, kopi panas dan neslo . Kesemua manu yang dicuba sangat menepati citarasa Cik iena. Jadi cik iena bagi 10/10

 

VLOG SARAPAN PAGI DI WARUNG BUNIAN



 

Waktu Operasi Warung Bunian

7.30 am hingga 11.00 am 

Hubungi/Tempahan: 017-3812246

Alamat : No.80 A,  Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

FAcebook : https://www.facebook.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutraKajangPutrajaya/




28 comments:

  1. Hey Iena! Your post just makes me realized that I miss dining at Warung Bunian so much. Masa kejer kat JPM dulu I slalu dine here with my mates. Skrang dah lame x pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da lama warung ni kan. tp iena baru je jejak kan kaki hehe. Next time nk dtg lg :)

      Delete
  2. Warung bunian ni tak pernah pergi untuk breakfast sebab katanya memang ramai orang. Huiii 40 min ka?. Lamanya...mau lenguh kaki berdiri tu. Pernah makan tengahari kat sini. Lauk pauk best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan tengah hari iena tak pernah cuba lagi. Nanti nak try jugak la :)

      Delete
  3. Menarik betul nama kedai ni.. Nak bookmark siap2 la ada masa over the weekend boleh plan a trip ke sini untuk cuba makan2 here! menu pun sgt unik bah!

    ReplyDelete
  4. nama kedai pun dah menarik, warung bunian. nampak makanannya sedap, berbaloi lah kot 40 minit beratur. bolehlah nnti saya nak cuba juga makan kt sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la cuba nanti memang sedap. kalau datang pagi, beratur 40 minit pn tak rasa lama sebab view kat sini cantik. Boleh cuci mata tengok bukit bukit hijau2 rasa tenang je dengan udara yg segar pagi :)

      Delete
  5. Takut plak dengar nama bunian ..hehe.kalau rating 10 tu maknahya sedapla tu..boleh la try makan sini kalau ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups rating 10 untuk makanan yang iena cuba.Memang sedap

      Delete
  6. Hihihi kita yang duduk dekat pun tak pernah pergi lagi sebab asal pergi je beratur panjang. Malas nak beratur hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la sentiasa beratur panjang kan..perlu kesabaran hehe

      Delete
  7. Nampak menarik menu-menu di sini.. Nasi Lemak telur bungkus tue nampak menarik.. Nak ajak member2 singgah ke sini juga la masa cuti nanti

    ReplyDelete
  8. Yaaa walau ramai sesak dan beratur panjang, tapi tak mengecewakan, makanan dia sedap.. sekali je pernah makan sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahh betul beratur panjang tp makanan tak mengecewakan :)

      Delete
  9. tak tahu pulak ada warung macam ni di kajang. nampak simple je warung ni tapi ramai pengungjun. memang nak cuba.

    ReplyDelete
  10. selalu dengar pasal warung ni.. nanti nak datang dan terjah la.. nampak menu hidangan pun semua menarik

    ReplyDelete
  11. Meriah kan? Rawlins memang akan makan kat sini every month dengan kengkawan sebab semua memang suka makan makanan sini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh rawlin selalu makan sini ke. iena baru first time. nanti nk dtg try menu lain pulak

      Delete
  12. Dengar nama gerai dia rasa seram pulak... tapi bila tengok menu dia.. maka aii sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mula2 pun seram dengar nama kedai dia. Macam tak percaya. Tapi betul hehe..sebeb tersembunyi kot org panggil warung bunian. Sekali lalu tak perasan

      Delete
  13. Memang best makan kat warung macam ni, makanan authentic dan harga pun tak sakitkan dompet

    ReplyDelete
  14. kalau dekat nak juga terjah ni..Nampak menu-menu dia pun sedap kan

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve