Grab The Promo
Grab The Promo

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

Aidilfitri telah pun melabuhkan tirai. Buat penggemar makanan yang ingin menikmati hidangan makanan  selain dari masakan raya. Kini anda sudah boleh beralih selera dengan mencuba Shanghai Dim Sum dan Big Bowl Noodles di The Emperor, Dorsett Grand Subang.

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang

 



Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum


Shanghai Dim Sum
Shanghai Dim Sum


Walaupun dim sum Kantonis popular, Dim Sum Shanghai juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan mendapat tempat dengan beberapa variasi yang benar-benar mengagumkan juga. Dapatkan Hidangan Shanghai Dim Sum Dari 15 Mei hingga 31 Ogos di The Emperor Chinese Restaurant yang merupakan sebuah restoran terkenal dengan dim sum buatan tangan mesra Muslim . The Emperor akan melancarkan pilihan dim sum Shanghai yang menarik untuk anda nikmati.


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

Five Flavours Shanghai Dumpling

Five Flavours Shanghai Dumpling
Five Flavours Shanghai Dumpling

Dumpling istimewa Shanghai asli mengandungi isi daging dan sup di dalamnya. Dumpling ini menjadi lebih enak dengan hidangan sampingan kicap, cuka dan halia yang dicincang. Istimewanya dumpling ini terdapat dalam 5 inti daging berbeza dan balutan kulit diperbuat daripada ekstrak organik beras merah, lobak merah dan bayam tanpa pewarna atau pengawet tambahan. Setiap bahagian hidangan 5 keping berharga RM25 bersih.

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat

Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat
Shanghai Traditional Glutinous Rice With Chicken Meat



Tidak ketinggalan juga Pulut Tradisional Shanghai dan Bebola Daging Ayam yang menurut Dim Sum Chef Chan ianya  merupakan makanan istimewa yang popular sekitar 20-30 tahun dahulu. Hidangan 3 keping ini berharga RM15 bersih.

Homemade Scallion Pancake

Homemade Scallion Pancake
Homemade Scallion Pancake

Dim sum Shanghai lain yang sama lazat termasuk Pancake Daun Bawang Buatan Sendiri pada harga RM13 bersih setiap hidangan. Cik iena suka sangat Homemade Scallion Pancake. Rasa seakan cekodok bawang namun ianya lebih garing dengan rasa bawang goreng yang menyengat.

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp

Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp
Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp



Antara kegemaran Cik iena juga adalah  Rice Roll with Yam Bean and Dried Shrimp pada harga RM13 bersih setiap pinggan. Ini adalah satu hidangan yang membuatkan anda mengidam lebih banyak lagi dan sangat sesuai dengan selera rakyat Malaysia tempatan. 


Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower
Panfried Shanghainese Chicken Bun & hanghainese lotus bun with egg yolk and plum flower 

 

Panfried Shanghainese Chicken Bun pada harga RM16 bersih setiap hidangan 3 keping.

Bagi mereka yang suka variasi manis, cubalah roti teratai Shanghai dengan kuning telur dan bunga plum pada harga RM15 bersih untuk 3 keping.

Prawn Dumpling in Chili Oil

Prawn Dumpling in Chili Oil
Prawn Dumpling in Chili Oil

Untuk sedikit kepedasan, terdapat dumpling Udang dengan Minyak Cili pada harga RM18 bersih. Prawn Dumpling in Chili Oil  ini memang antara dumpling yang Cik iena suka. Memang tak cukup 3 sebab sedap sangat.


Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling
Panfried Shanghainese Dumpling

Panfried Shanghainese Dumpling pula anda boleh dapatkan pada harga RM16 bersih untuk 3 keping. 


Untuk info Dim Sum Shanghai tersedia untuk makan tengah hari setiap hari dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang kecuali pada hari Isnin dan Ahad.

 

Big Bowl Noodles

Big Bowl Noodles
Big Bowl Noodles 

Istimewa buat Penggemar Mi , jangan lepaskan peluang untuk menikmati The Big Bowl Noodles. Ianya tersedia setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2024. Pengunjung boleh memilih daripada tiga tawaran berbeza iaitu:

  • Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
  • Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
  • Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup
Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup

 

Slipper Lobster  dan rumpai laut di padankakn dengan Mi Shanghai dalam sup unggul yang disajikan dengan sayur Hong Kong nai pak yang banyak, dihiris lobak merah, cendawan jerami, halia yang dihiris dan wolfberries. Harga RM148 bersih setiap tempahan.

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup

Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup
Deep-Fried Giant Grouper With Special Vercimilli in Salted Vegetable Soup



Pada harga RM128 bersih setiap pesanan, ikan kerapu gergasi Deepfried dengan bihun istimewa dalam sup sayur masin adalah satu kemestian yang pasti. Mi ini didatangkan dengan kailan Hong Kong yang manis dan rangup, lobak merah yang dihiris, cendawan shimeji, halia yang dihiris, tomato dan kacang merah; dengan sup memberikan nuansa yang tepat rasa manis masam yang merangsang selera makan. Mi ini lebih pedas berbanding dua Mi yang lain. Pasti ianya akan menepati citarasa rakyat malaysia yang suka akan masakan pedas.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce
Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce



Akhir sekali, yang paling popular ialah mi Flying dengan udang air goreng dan daging ketam dalam sos putih telur. Dengan harga RM188 bersih setiap pesanan, mi didatangkan dengan daging ketam, kailan, lobak merah dan halia yang dihiris dan cendawan enoki dengan mi yang digoreng dengan sempurna dan dipegang dengan sepasang penyepit, dan seterusnya dipanggil mee terbang.


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



Diantara ketigaptiga jenis Mi ini kesemunya mempunyai rasa yang berbeza dan mempunyi keunikan hidangan yang tersendiri. Cik iena lebih gemar Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup dan juga Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce.|


Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles di Dorsett Grand Subang
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Untuk info Semua hidangan sesuai untuk 2-3 orang, bergantung pada seberapa besar selera makan anda.

Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup menjadi kegemaran kerana kombinasi Seaweed yang sedap. Cik iena sememangnya penggemar Seaweed. Kesemua Mi yang dugunakan adalah berbeza . Cik iena lebih gemar Mi Shanghai yang digunakan untuk Slipper Lobster And Seaweed With Shanghai Noodles in Superior Soup.

Flying Noodles With Deep-Fried Water Prawns And Crab Meat in Egg White Sauce juga anda patut cuba. Rasa seakan Mi Kungfu di Malaysia tetapi lebih enak berasa. Kuahnya agak pekat dan ianya sangat mengenyangkan.

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

 

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Jadi, bersedialah untuk menikmati masa yang baik di The Emperor dengan  Shanghai Noodles Dan The Big Bowl Noodles.

Untuk tempahan, hubungi +60 3 5031 6060 samb 1912 atau e-mel: bookfnb.subang@dorsetthotels.com



Gambar di Dorsett Grand Subang


The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel
The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel



The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel


Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve