Grab The Promo
Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Filem Volkswagen kuning. Show all posts
Showing posts with label Filem Volkswagen kuning. Show all posts

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu di sekitar sering menjadi bualan ramai. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956 lagi, Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamlebuhraya Karak akan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning dikatakan semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam .

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara. Menurut cerita umum, Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan yang berlaku di sekitar lebuhraya tersebut disebabkan gangguan Volkswagen kuning. 

Ekoran dari kisah misteri volkswagen kuning yang sering

menjadi tanda tanya dan sering di perkatakan umum , Raja Azmi iaitu  Ibu mertua kepada Shadan Hashim mengambil inisiatif untuk membuat filem mengenai kisah ini . Idea asal dari Raja Azmi ini telah di olah dengan kemas oleh pengarah muda Shadan Hashim yang cukup berbakat besar dan filem ini di terbitkan oleh Mejar David Teo.  Filem ini merupakan filem MIG yang ke 115 .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Sinopsis Volkswagen Kuning



Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari  kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.










TAYANGAN PRA TONTON  VOLKSWAGEN KUNING


Tayangan Pra tonton telah diadakan pasa tanggal 20 september 2016. Alhamdulillah cik iena berpeluang menyertai tayangan Pra Tonton filem tersebut . Majlis tayangan  ini di hadiri oleh para pelakon, media, blogger , rakan artis dan juga para peminat artis yang bertuah. 

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
wefie bersama rakan blogger


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
iena kalau jumpa amai mesti nak amik gambar, amai pulak artis yang sporting and dia ingat iena yeay



REVIEW VOLKSWAGEN KUNING



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Cik iena bukan lah penggemar cerita seram jadi cik iena tak boleh nak bagi komen lebih-lebih . Cerita ni pada cik iena ada mesej yang nak di sampaikan kepada penonton. Ianya diambil dari kisah benar Misteri Volkswagen Kuning .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Ada bagus nya cerita ini di filemkan kerana ada yang masih tidak mengetahui kisah sebenar mengenai Misteri Volkswagen Kuning ini termasuklah cik iena. Selepas cik iena tonton filem ini baru cik iena tau dan bila cik iena google pun kisahnya sama .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Pada awalnya cik iena sangkakan ada hantu atau akan muncul kelibat hantu atau yang seangkatan tetapi jauh sekali tersasar . So anda semua jangan risau sebab tiada hantu dalam cerita ini . Ianya cuma sebuah cerita seram dari kisah benar . Semasa tonton cerita ni tipulah kalau cik iena cakap cik iena tak seram atau tak takot . Siap tutup tutup muka lagi lepas tu lost tak tau apa jadi hahaha.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Cik iena rasa cerita ini macam cepat je ke penghujung. Mungkin sebab terlalu khusyuk menghayati sampai tak sedar masa dah berlalu. Tiba-tiba je dah habis. Rasa macam tiada penghujung. Cerita ni macam tergantung sikit endingnya . Mungkin akan ada Volkswagen Kuning Dua siapa tau kan . Sebab cik iena teringat sumpah "Halim" yang mengatakan akan mengganggu keturunan curang tu .
Adakah Sarah akan berjaya melansungkan perkahwinannya dengan Fuad ? Kalau tengok dari cerita ini, mengikut kefahaman iena, kakak kepada Sarah yang sudah agak berusia masih tidak lagi kawin mungkin adalah kerana Sumpah "Halim" pemilik Volkswagen Kuning.



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Ehh kalau cerita lebih lebih tak best la pulak kan . Jadi Anda-anda semua perlu tonton filem ini ok terutama buat mereka mereka yang sering melalui lebuhraya karak :)
Supaya anda lebih berhati-hati apabila anda melalui kawasan disana.

Jom sama-sama kita sokong Industri Perfileman Negara. Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri yang sokong siapa lagi nak sokong kan .

Untuk FIlem ini cik iena bagi 4 dari 5 Bintang. Jalan cerita semua cik iena suka kecuali Ending Tergantung.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING



BAru-baru ini +Bro Framestone  dan Mejar David Teo telah menganjurkan contest penulisan cerita seram sempena mempromosikan Filem ini . Cik iena merupakan salah seorang peserta dan Alhamdulillah cerita yang cik iena tulis yang mana ianya adalah cerita benar yang berlaku katas diri cik iena telah memenangi contest tersebut.

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama pelakon

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama Mejar David Teo


Terima kasih diucapkan kepada +Bro Framestone  , Mejar David Teo, Oppo Malaysia dan juga rakan-rakan blogger yang lain .


PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama blogger terkenal +Bro Framestone 
   

Hasil penulisan ini, setakat entry ini ditaip , cerita ini menerima 22,027 view  dan 379 facebook share  . Cerita ini mencapai 10,000 tidak sampai dua hari ianya di tulis .

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Alhamdulillah walaupun tidak banyak komen di terima di ruangan komen namun ramai yang share cerita ini di laman facebook. Rasa macam pembaca suka cerita seram pula . Boleh la menulis cerita seram lepas ni kan . Tapi cik iena tak la pandai bercerita , Kalau cerita benar yang terjadi pada diri sendiri tu ja boleh di cerita kan :) Cik iena memang banyak lalui pengalaman seram cuma tak terfikir untuk kongsi di blog (^_~)



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kredit gambar to kak izwa



PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Gembira tak terkata, thanks sebab pilih cerita iena.. ehh masa ni Mejar David hulur tangan nak salam tapi iena just tunduk hormat sebab tak boleh salam orang bukan mahram :)




Okay setakat ini sahaja cik iena tulis ya. Sekejap lagi cik iena nak ke airport . Nak fly ke Bandung . Nak bercuti yeayyy.. Maaf lambat update sebab sibuk di pejabat .
Doakan cik iena selamat pergi dan pulang Malaysia
(^_~)

JANGAN LUPA TONTON FILEM NI TAU
BERMULA 22 SEPTEMBER 2016

Nota  Blog : Ehh lupa nak bagi tau, untuk hadiah smartphone Oppo F1s yang iena dapat tu nanti iena review handphone tu okay . Boleh lah cik iena berselfie denggan Oppo di Bandung nanti . Lepasni gambar cik iena harshtag oppo pulak .



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Misteri Teksi Buruk Di Jalan Sungai Tua


Lebih kurang 6 tahun yang lepas cik iena pernah di hantui kemalangan misteri yang cukup memberi impak dalam kehidupan cik iena . Tanggal 29 oktober 2010 lebih kurang jam 11 malam, cik iena berseorangan memandu di jalan sungai tua , Selayang . 


Kebiasaannya cik iena akan pulang ke kampung bersama adik tapi berbeza pada hari tersebut cik iena pulang bersendirian kerana pada ketika itu adik tidak dapat turut pulang sama kerana ada peperiksaan di UKM

Sebelum melangkahnya cik iena untuk memandu pulang ke kampung memang sudah terdetik rasa yang mencurigakan , rasa yang kurang selesa tapi atas desakan keluarga cik iena pulang juga malam tersebut kerana keesokan hari nya adalah majlis persandingan sepupu cik iena di batang Kali.

kawasan perkelahan sungai tua p3
Kejadian misteri ini terjadi berhampiran tempat berkelah P3 di sungai tua di mana ia merupakan tempat laluan memotong dan mendaki bukit dari arah kuala lumpur ke batang kali. Setibanya di kawasan memotong tersebut cik iena telah memintas/memotong satu Teksi yang agak usang dan perlahan . Jika di ikutkan peraturan memang tiada salah memotong di kawasan memotong .

Kebiasaannya cik iena jarang memotong di jalan sungai tua, akan tetapi teksi yang di pandu tersebut tersangat perlahan dan cik iena telah lama mengikut kereta tersebut dari belakang jadi setibanya di lorong memotong cik iena bertekad untuk memotong.

Selepas sahaja cik iena memotong teksi tersebut, kereta dari arah bertentangan cik iena memberikan lampu tinggi . Cik iena pun berasa pelik mengapakah kereta tersebut memberikan lamu tinggi . Dalam hati cik iena mungkin dia ingin memberitahu ada kemalangan di hadapan atau ada polis.

Cik iena pun terus memandu dengan tenang tetapi malangnya sejurus selepas kereta tadi lalu di sebelah cik iena keadaaan di hadapan cik iena bertukar menjadi kabus tebal seperti seolah olah cik iena berada diatas awan dan pada ketika itu cik iena merasakan seolah olah cik iena sedang bermimpi. Tiba tiba cik iena tersentak apabila cik iena menyedari bahawa cik iena berada di lorong bertentangan.


Kawasan perkelahan sungai tua P3
Kawasan perkelahan sungai tua P3


Cik iena mula menekan brek namun kereta makin laju seolah-olah brek tidak berfungsi dan yang peliknya jalan tersebut adalah menaki bukit yang boleh dikatakan tinggi. Cik iena pun memusingkan stearing kereta ke kiri bagi mengelakkan cik iena terjunam ke tepi bukit lorong sebelah dan mengelak dari terlanggar kereta lorong bertentangan dan selepas itu kereta pun berpusing pusing.

Apa yang cik iena dapat rasakan dalam kereta pada ketika itu adalah dalam keadaan slow motion kereta berpusing pusing sehinggalah ke pusingan ke tiga iaitu terakhir kereta cik iena berdentum terbalik di bahu jalan. Semasa adengan kereta berpusing ni cik iena terbayang MOVIE TOkyo Drift haha merapu betul.

Bila dah terbalik dan berdentum di tepi jalan cik iena tersedar dari lamunan. Ouhh iena accident ke.
Alhamdulillah walaupun keaddan kereta boleh di katakan teruk  tapi cik iena selamat tanpa sebarang luka . Cuma cik iena mengalami lebam-lebam seluruh badan dan sakit kepala akibat hentakan .

Yang mebih membuatkan cik iena rasa bersyukur adalah keadaan cermin kereta yang pecah depan dan belakang tetapi cik iena terselamat tanpa luka . Kuasa Allah betul, ramai yang berhenti di tempat kejadian terkejut kerana pemandu masih selamat dan hidup.


Okay sambung cerita setalah cik iena accident . Cik iena gagah kan diri untuk keluar dari kereta kerana di situ laluan sunyi. Cik iena berusaha memanjat pintu depan kereta bahagian sebelah pemandu untuk keluar tapi tidak berjaya kerana cik iena kekurangan tenaga . Keadaan kereta cik iena pada ketika itu adalah dua tayar dia tas dan dua tayar di bawah di mana bahagian pemandu dan penumpang sebelah kanan terbalik di bawah dan bahagian penumpang sebelah kiri diatas.


Boleh di katakan kereta cik iena mengalami kerosakan yang sangat teruk . Cermin depan belakang dan bahagian pemandu serta belakang pemandu pecah dan bumbung kereta terbelah dua . CIk iena pun tak pasti apa yang cik iena langgar sehingga terbelah dua (belum terbelah habis lah tapi memang kene ganti body..krik krik duit kuar. Nasib ade insurance)

Maaf kejadian lama berlaku cik iena tidak menyimpan gambar tambahan pula pada waktu kejadian cik iena berseorangan . Agak lama juga cik iena tunggu bantuan sehingga lah datang seorang uncle india  membantu cik iena keluar .

 Dalam masa menanti bantuan cik iena berusaha untuk keluar walaupun tangan , kaki, badan sakit kerana cik iena terlalu berdrama cik iena risau kereta meletop . Mana taknya kereta cik iena terbalik kot . Mau tak cuak .

Tapi jika di ikutkan cik iena boleh je merangkak keluar ikut cermin belakang sebab cermin belakang pecah. Tapi masa tu cik iena memang tak berani pandang belakang lah. Suasana sunyi tiada kenderaan yang lalu. Sangat seram , cik iena bertarung dengan perasaan, bertarung tenaga cuba menyelamatkan diri.

Sehinggal lah bantuan tiba. Setelah cik iena di keluarkan oleh uncle india tu  datang sepasang suami isteri yang menyatakan bahawa mereka yang memberikan lampu tinggi pada cik iena . Mereka tekad membuat keputusan untuk berpatah balik kerana mereka dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada cik iena .

Cik iena pun bersuara, akak nampak tak teksi yang saya memotong tadi? mana dia ? saya takot kalau kalau saya terlanggar dia . Rasa bersalah pula kalau saya membahayakan nyawa orang . Tiba tiba kakak tu cakap , "masa akak bagi lampu tinggi tu akak nampak adik je , takde kereta lain . Dan akan bagi lampu tingi sebab... emmm akak tak boleh cerita sekarang, akak pun dah terkena tapi akak sempat brek. Akak rasa adik faham "



HUwaaaaaa seram bila akak tu cakap macam tu tau. Seram sangat bila dia cakap dia tak nampak kereta lain . Maknanya teksi yang iena nampak yang iena potong tu bukan teksi lah . Ada yang berpendapat dia sengaja mengacau. MEmunculkan diri dalam bentuk kereta tapi bukan sebenarnya dan dalam pada masa yang sama cik iena kemalangan terdapat tiga lagi kemalagan yang di laporkan di kawasan berhampiran yang mana sebabnya juga adalah sama seperti cik iena .

Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang kakak tersebut nampak . Cik iena terlupa mengambil no telefon kakak tersebut kerana keadaan cik iena yang dalam separuh sedar . Cik iena cuma teringat kata katanya bahawa dia tidak boleh menceritakan pada ketika itu kerana keadaan yang tidak sesuai.

Sehingga sekarang cik iena masih fobia melalui kawasan tersebut . Jika berseoarangan cik iena tidak akan mengikut laluan tersebut. Cik iena rela ikut jalan Rawang untuk balik Batang Kali walaupun jalan sungai tua adalah yang paling dekat . Cik iena cuma akan menggunakan jalan tersebut jika berdua dan sebelum waktu magrib . 

Lagi pun sebelum ini cik iena memang kerap di ganggu dengan kejadian kejadian aneh di jalan sungai tua namun cik iena beranikan diri kerana itu merupakan jalan pintas untuk balik kampung cik iena. Kebiasaannya apabila diganggu cik iena tidak akan melayan, cik iena berdiam diri dan memasang surah surah di dalam kereta dalam ketika itu adik atau sesiapa yang naik kereta bersama cik iena memang akan faham kenapa cik iena tiba tiba diam dan memasang surah .

Cik iena pun pelik kenapa cik iena suka di ganggu benda benda halus. Cik iena pergi ke Chiang Mai dan  Chiang Rai thailand pun sama ada yang berkenan nak menyakat . HUhh biasanya cik iena akan bagi tau roomate cik iena tentang sifat mudah di dekati benda halus pada mereka sebab cik iena risau kalau mereka juga tak kuat. Sehingga pernah terjadi cik iena dan roomate bermalam sekejap di bilik kawan lelaki kerana kami diganggu oleh sesuatu . Yang lagi menyeramkan boleh pulak budak budak tu google kisah seram kat situ dan jumpalah hantu tuk tuk.

Filem Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning


Awakkkkkk kejam betul lagi iena takut masuk bilik. memang malam tu kami berdua jadi bibik dorang la buatkan megi buatkan air sambil layan movie. Masa tu company trip  ke chiang mai dan chiang rai. Nasib lah hotel kat situ 5 star besar selesa. Haha boleh menumpang. Kalau iena cerita kisah ni jadi makin panjang pulak entry ni kan.. hahaha nanti iena cerita okay .

Menyeramkan betul hantu TUK TUK tu tak pasal pasal jadik bibik encik officemate sebab takut nak tidur bilik sendiri.
Hmmmmm dalam keadaan terdesak tak salah kan iena dan kawan iena menumpang bilik  kawan lelaki . Iena rasa pun kalau korang kat tempat iena korang buat benda yang sama . Iena pun bagi tau keluarga iena apa yang berlaku.

Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning

Ish panjang pulak cik iena cerita kan . Ni sebenarnya iena nak bagi tau ni ada Filem Seram baru yang bakal di tayangkan pada 22 September 2016  iaitu filem yang bertajuk Volkswagen Kuning


Sinopsis Volkswagen Kuning



Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari  kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.










JOm tengok sikit the making filem ni


Haa ni pulak official trailler dia .



Tiba-tiba cik iena rasa nak tengok filem ni walaupun pada azali nye cik iena takut cerita hantu  tapi bila baca sinopsis tu cik iena nak tau apa yang Sarah bawa tu . Sebab sebenarnya cik iena sendiri kadang kadang merasakan sesuatu yang pelik pada diri sendiri. Hurmmm Penat pergi berubat dah Tapi kadang kadang malas nak layan tapi kadang kadang perlu di fikirkan
T______________T

Okay dah lewat malam ni, esok raya awakkkkkk
Selamat HAri Raya Aidiladha 
Ehh cerita diatas bukan cerita dongeng tau.
Kisah cik iena tu kisah benar


Blogger Contest Volkswagen Kuning


EHH Lupa pula sebenarnya blog post ini adalah untuk Blogger Contest Volkswagen Kuning . KEpada Blogger yang menyertai Contest ini anda akan berpeluang untuk ke Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning pada 20 September 2016 dan berpeluang memenangi Hadiah Utama (setakat ini masih tak pasti hadiah utamanya tapi dengar dengar cerita handphone (^_~) )

Pada yang berminat untuk sertai anda boleh ceritakan mengenai kisah seram anda atau pun kisah yang anda pernah dengar di Blog anda . Kemudian di Penghujung Entry tuliskan serba sedikit mengenai Filem Volkswagen Kuning .Beserta Video Behind The Scene dan Trailler.

Selepas itu, anda di kehendaki meninggalkan komen di ruangan komen pada http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/

Ehh ada lagi satu . Anda juga di kehendaki memuat naik poster Filem ini da laman sosial anda iaitu faceebook dan Instagram.

Untuk gambar tersebut anda boleh PM facebook  tuan empunya contest (https://www.facebook.com/framestone) atau boleh je guna gambar yang sama seperti cik iena upload.


A photo posted by Malaysian BloggerπŸ’„πŸ‘ πŸ‘—πŸ‘œπŸ΄πŸΉ (@ienaeliena) on

Dan anda juga perlu menghantar link pengesahan ( Blog post + fb post + instagram post ) di Fanpage Hye Bro Sebelum 14 September 2016 jam 11.59 pm.



Pstttttttttttt Nak bagi tau tempoh contest dah di lanjutkan sehingga 18 September 2016  jam 12 tengah hari .  Cepat cepat siapa nak Oppo F1s , jom join contest ni .


Oppo F1s
Oppo F1s
 


Jom join contest ni :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve