Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Friday, September 23, 2016

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu di sekitar sering menjadi bualan ramai. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956 lagi, Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamlebuhraya Karak akan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning dikatakan semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam .

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara. Menurut cerita umum, Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan yang berlaku di sekitar lebuhraya tersebut disebabkan gangguan Volkswagen kuning. 

Ekoran dari kisah misteri volkswagen kuning yang sering

menjadi tanda tanya dan sering di perkatakan umum , Raja Azmi iaitu  Ibu mertua kepada Shadan Hashim mengambil inisiatif untuk membuat filem mengenai kisah ini . Idea asal dari Raja Azmi ini telah di olah dengan kemas oleh pengarah muda Shadan Hashim yang cukup berbakat besar dan filem ini di terbitkan oleh Mejar David Teo.  Filem ini merupakan filem MIG yang ke 115 .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Sinopsis Volkswagen Kuning



Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari  kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.










TAYANGAN PRA TONTON  VOLKSWAGEN KUNING


Tayangan Pra tonton telah diadakan pasa tanggal 20 september 2016. Alhamdulillah cik iena berpeluang menyertai tayangan Pra Tonton filem tersebut . Majlis tayangan  ini di hadiri oleh para pelakon, media, blogger , rakan artis dan juga para peminat artis yang bertuah. 

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
wefie bersama rakan blogger


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
iena kalau jumpa amai mesti nak amik gambar, amai pulak artis yang sporting and dia ingat iena yeay



REVIEW VOLKSWAGEN KUNING



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Cik iena bukan lah penggemar cerita seram jadi cik iena tak boleh nak bagi komen lebih-lebih . Cerita ni pada cik iena ada mesej yang nak di sampaikan kepada penonton. Ianya diambil dari kisah benar Misteri Volkswagen Kuning .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Ada bagus nya cerita ini di filemkan kerana ada yang masih tidak mengetahui kisah sebenar mengenai Misteri Volkswagen Kuning ini termasuklah cik iena. Selepas cik iena tonton filem ini baru cik iena tau dan bila cik iena google pun kisahnya sama .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Pada awalnya cik iena sangkakan ada hantu atau akan muncul kelibat hantu atau yang seangkatan tetapi jauh sekali tersasar . So anda semua jangan risau sebab tiada hantu dalam cerita ini . Ianya cuma sebuah cerita seram dari kisah benar . Semasa tonton cerita ni tipulah kalau cik iena cakap cik iena tak seram atau tak takot . Siap tutup tutup muka lagi lepas tu lost tak tau apa jadi hahaha.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Cik iena rasa cerita ini macam cepat je ke penghujung. Mungkin sebab terlalu khusyuk menghayati sampai tak sedar masa dah berlalu. Tiba-tiba je dah habis. Rasa macam tiada penghujung. Cerita ni macam tergantung sikit endingnya . Mungkin akan ada Volkswagen Kuning Dua siapa tau kan . Sebab cik iena teringat sumpah "Halim" yang mengatakan akan mengganggu keturunan curang tu .
Adakah Sarah akan berjaya melansungkan perkahwinannya dengan Fuad ? Kalau tengok dari cerita ini, mengikut kefahaman iena, kakak kepada Sarah yang sudah agak berusia masih tidak lagi kawin mungkin adalah kerana Sumpah "Halim" pemilik Volkswagen Kuning.



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Ehh kalau cerita lebih lebih tak best la pulak kan . Jadi Anda-anda semua perlu tonton filem ini ok terutama buat mereka mereka yang sering melalui lebuhraya karak :)
Supaya anda lebih berhati-hati apabila anda melalui kawasan disana.

Jom sama-sama kita sokong Industri Perfileman Negara. Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri yang sokong siapa lagi nak sokong kan .

Untuk FIlem ini cik iena bagi 4 dari 5 Bintang. Jalan cerita semua cik iena suka kecuali Ending Tergantung.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING



BAru-baru ini +Bro Framestone  dan Mejar David Teo telah menganjurkan contest penulisan cerita seram sempena mempromosikan Filem ini . Cik iena merupakan salah seorang peserta dan Alhamdulillah cerita yang cik iena tulis yang mana ianya adalah cerita benar yang berlaku katas diri cik iena telah memenangi contest tersebut.

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama pelakon

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama Mejar David Teo


Terima kasih diucapkan kepada +Bro Framestone  , Mejar David Teo, Oppo Malaysia dan juga rakan-rakan blogger yang lain .


PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama blogger terkenal +Bro Framestone 
   

Hasil penulisan ini, setakat entry ini ditaip , cerita ini menerima 22,027 view  dan 379 facebook share  . Cerita ini mencapai 10,000 tidak sampai dua hari ianya di tulis .

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Alhamdulillah walaupun tidak banyak komen di terima di ruangan komen namun ramai yang share cerita ini di laman facebook. Rasa macam pembaca suka cerita seram pula . Boleh la menulis cerita seram lepas ni kan . Tapi cik iena tak la pandai bercerita , Kalau cerita benar yang terjadi pada diri sendiri tu ja boleh di cerita kan :) Cik iena memang banyak lalui pengalaman seram cuma tak terfikir untuk kongsi di blog (^_~)



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kredit gambar to kak izwa



PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Gembira tak terkata, thanks sebab pilih cerita iena.. ehh masa ni Mejar David hulur tangan nak salam tapi iena just tunduk hormat sebab tak boleh salam orang bukan mahram :)




Okay setakat ini sahaja cik iena tulis ya. Sekejap lagi cik iena nak ke airport . Nak fly ke Bandung . Nak bercuti yeayyy.. Maaf lambat update sebab sibuk di pejabat .
Doakan cik iena selamat pergi dan pulang Malaysia
(^_~)

JANGAN LUPA TONTON FILEM NI TAU
BERMULA 22 SEPTEMBER 2016

Nota  Blog : Ehh lupa nak bagi tau, untuk hadiah smartphone Oppo F1s yang iena dapat tu nanti iena review handphone tu okay . Boleh lah cik iena berselfie denggan Oppo di Bandung nanti . Lepasni gambar cik iena harshtag oppo pulak .



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment