Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live


Mikaseries merupakan jenama kecantikan yang diasaskan oleh ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman yang mana ianya dibina berbekalkan semangat keusahawanan, inovasi, dan keterangkuman menikmati kejayaan sepanjang enam tahun di platform Shopee. Diinspirasikan daripada pengalamannya sebagai artis yang mendapati terdapat permintaan terhadap alat solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri.


Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live



Mikaseries diperkenalkan telah pada tahun 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey mendapat sokongan penuh dari Shopee dalam beliau melayari perjalanan e-dagang.

"Shopee Live adalah alatan perniagaan bertransformatif,” kata Zoey. 

“Ianya bukan sahaja untuk mempamerkan produk; tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif. Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua. Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ianya adalah tentang penerimaan individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses semua.”


Tambahnya, 

“Semasa kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12, Shopee Live membantu jenama kami untuk meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton ke sesi strim langsung kami. Insiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee Coins eksklusif memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar aktiviti pembelian buat Mikaseries. Terima kasih kepada Shopee Live, kami mengalami peningkatan ketara dalam jumlah tontonan dan penjualan.”  




Dengan Menggunakan kuasa Shopee Live, Mikaseries telah berjaya mengintegrasikan strim langsung ke dalam strategi pemasarannya, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan, dan mencipta semangat berkomuniti. Jenama ini memaksimakan penggunaan Shopee Live dengan berstrim langsung tiga kali setiap hari, dua jam setiap sesi, di mana kadang kala Zoey menjadi pengacara. Pengendalian strim langsung ini mencipta hubungan kukuh dengan pelanggan lalu meningkatkan reputasi jenama dan memacu jualan.  

Mikaseries juga mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber seperti Shopee University dan Hab Pendidikan Penjual. Saluran ini membawakan mendidik penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang. Dengan menggunakan sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di platform Shopee. 


Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live



Mikaseries menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signaturenya adalah serum yang disuntik saffron, MIKA ULTRA SERUM - BOOSTER, yang telah terjual lebih 4,700 unit di Shopee. Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Tambahan lagi, alat solek Mikaseries, seperti foundation popular Mikadation, yang telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee, menawarkan penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan, sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang lebih berat atau ringan.

Selari dengan komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries telah melangkah masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita pada 5 Mac.

Semasa pertunjukan fesyen yang distrim langsung dan ditonton lebih 70,000 penonton dari seluruh Malaysia, Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang diinspirasikan oleh gabungan kemodenan elegan dan warisan tradisional. Terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan dalam memakai baju Melayu.  

“Platfrom mana lagi selain Shopee Live yang berkesan untuk saya memperkenalkan usaha baharu saya kepada dunia? Saya percaya akan sifat interaktif platform ini yang mempunyai pengkalan pengguna meluas dan pelbagai inisiatif kempen telah menjadikannya alatan penting untuk memacu perkembangan perniagaan, dan membina hubungan berkekalan dengan pengguna,” 

akhiri Zoey.

Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live




Mikaseries Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dianggotai sebelas individu komited, dan lebih 109,000 pengikut di Shopee. Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua.










Dokumentari Shopee Rai Lokal Dilancarkan di Shopee Super Awards 2023

Dokumentari “Shopee Rai Lokal”  telah dilancarkan pada 14 Disember 2023 di Shopee Super Awards 2023, yang dilangsungkan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Filem ini membawakan kisah tiga penjual tempatan yang telah menembusi halangan dalam talian dan mencipta kejayaan di e-dagang.

Penjual pilihan dalam dokumentari Shopee Rai Lokal bersama keluarga dan kakitangan mereka
Penjual pilihan dalam dokumentari Shopee Rai Lokal bersama keluarga dan kakitangan mereka




“Filem ini merupakan warkah cinta buat usahawan tempatan,” kata Ketua Pemasaran, Kenneth Soh. “Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian, terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual, dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka.”


"Shopee Rai Lokal'' mempertontonkan cabaran dan kejayaan yang membawa inspirasi dalam perjalanan penjual dalam mencari ceruk perniagaan dalam talian mereka. 

Filem ini mempertengahkan temubual bersama

  1. Edward Wong dari HomeDecoStore
  2. Felicia Tan dari Mamami Shoppe
  3. Mohd Zaid dari Lampu Cherita


Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan sehingga mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

Dokumentari ini julung-julung kalinya dilancarkan oleh Shopee di Malaysia, ianya diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar, pengarah filem indie yang terkenal dengan filem

  1. Ciplak (2006)
  2. Relationship Status (2012)
  3. Cuak (2014)
  4. Kickflip (2020)


Filem Khairil ini telah dipersembahkan di pelbagai festival filem, televisyen, dan rangkaian penstriman. 


“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” kata Soh. |


Shopee Super Awards 2023 merupakan anugerah industri e-dagang terunggul yang dilangsungkan secara tahunan di Kuala Lumpur, dimana acara ini mempamerkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang membolehkan pemacuan ini. 

Majlis ini yang turut dihadiri oleh Ainul Aishah, Ceddy Ang, Dato' Jovian, Dato' Siti Nurhaliza, Dolla, Neelofa, Nuex Rosli, Zoey Rahman, dan ramai lagi meraikan kejayaan 100 jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat dalam mencapai peningkatan jualan cemerlang dalam talian.


Pemenang anugerah cemerlang dalam e-dagang dengan mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran Shopee, menyertai kursus percuma di Shopee Universiti, berhubung kenal dengan penjual lain di Shopee Seller Summit, menggunakan Shopee Marketing Solutions, mengambil bahagian dalam kelas pendidikan pempengaruh percuma, bertukar idea di Shopee House, dan mengembangkan jenama mereka melalui Shopee Live. 

Edward Wong dari HomeDecoStore


Edward Wong dari HomeDecoStore
Edward Wong dari HomeDecoStore



Edward Wong
, pengasas HomeDecoStore, terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan apabila beliau terpaksa berhenti kerja sebagai instruktor penerbangan disebabkan pandemik COVID-19. Edward belajar sendiri setiap cara untuk mengendalikan perniagaannya. Edward meneroka pelbagai usaha niaga dalam talian sebelum menemui peluang unik apabila beliau bekerjasama dengan Pembantu E-dagang, Asmanissa Kamaruzaman: mini sejadah. 

Edward Wong (kanan) pengasas HomeDecoStore bersama Pembantu E-Dagangnya, Asmanissa Kamaruzaman semasa strim Langsung Shopee mereka
Edward Wong (kanan) pengasas HomeDecoStore bersama Pembantu E-Dagangnya, Asmanissa Kamaruzaman semasa strim Langsung Shopee mereka

 

Cara Edward berhubung dengan pelanggan dalam Shopee Live melangkaui halangan budaya, membolehkan beliau untuk mengintegrasikan citarasa pelanggan kepada rekaan sejadahnya sambil menghormati sensitiviti agama. HDS Sejadah Muka telah menjadi produk terlaris HomeDecoStore dengan pesanan pukal diterima sehingga 10,000 helai dalam dua ke tiga minggu sesuai untuk majlis istimewa seperti kenduri. Buat Edward, sejadah merupakan penghargaan simbolik buat kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia. 


“Saya mahu menunjukkan bahawa graduan baharu juga berusaha untuk mencapai kerjaya jangka panjang dengan bergantung kepada kuasa pemasaran dalam talian. Namun, kami masih dalam kategori penjual yang kurang dihargai berbanding syarikat terkemuka. Saya berharap kami mencetus perbincangan yang lebih meluas tentang bagaimana pengusaha tempatan

Felicia Tan dari Mamami Shoppe

Felicia Tan dari Mamami Shoppe
Felicia Tan dari Mamami Shoppe


Pada 2008, Mamami Shoppe ditubuhkan sebagai sebuah penghormatan kepada arwah ibu Felicia Tan yang juga dikenali mesra sebagai "Mama," yang menanam penghargaan mendalam terhadap gaya hidup sihat kepada keluarganya. Diinspirasikan oleh tunjuk ajar Mama, Felicia memulakan misinya untuk berkongsi gaya hidup sihat menyeluruh kepada komuniti yang lebih meluas. 

Percubaan Mamami Shoppe menyertai e-dagang pada 2017 merupakan peristiwa penting dalam perjalanan perniagaan Felicia. Dengan kewujudan di Shopee, syarikat ini mencipta akses kepada  khalayak yang lebih meluas, membolehkan Felicia berhubung dengan pengguna yang mementingkan kesihatan dari seluruh Malaysia. Trajektori pertumbuhan syarikat ini digalakkan oleh cadangan mulut ke mulut positif pelanggan setia mereka. Terkini, Mamami Shoppe mengambil 50% pekerja wanita dan telah membawa impak positif kepada sara hidup lebih kurang 30 penduduk tempatan, 20 pembekal tempatan, dan tanggungan mereka.


“Dalam kehidupan masyarakat sekarang, sukar untuk kita mendengar cerita tentang tiga penjual tempatan, bukan? Saya rasa bertuah kerana pasukan Shopee yang penuh empati mendekati kami dan memperceritakan kisah perjalanan kami dalam perubahan perniagaan dari tradisional ke digital. Kami tidak menyediakan apa-apa, cuma bercerita kepada mereka dan mereka menemui keistimewaan kami,”
kata Felicia Tan, pengasas dan pemilik Mamami Shoppee.


“Saya bersyukur kerana disokong oleh keluarga tercinta yang membolehkan saya berkembang dalam perniagaan yang hanya bermula dari rumah dalam saya menyeimbangkan kesibukan perniagaan dan hubungan keluarga. Terkini, kami telah berkembang sehingga memiliki enam gudang, dan kami berharap untuk terus berkembang kepada peluang baharu di Amerika Latin dan Timur Tengah pada masa hadapan,” tambah Felicia.




Mohd Zaid dari Lampu Cherita
Mohd Zaid dari Lampu Cherita (kanan)



Setelah sembilan tahun mencari tujuan kerjaya sebenarnya, Mohd Zaid dari Lampu Cherita sentiasa memberanikan diri dan tidak berputus asa setelah beberapa kali mencuba untuk berniaga dalam talian sebelum menemui ceruk perniagaannya dalam mencipta lilin. Didorong oleh pemerhatian beliau yang menyaksikan rakyat Malaysia berbelanja ratusan ringgit untuk lilin pewangi, dan tiada pilihan yang lebih mampu milik dalam pasaran, Mohd Zaid mengasaskan Lampu Cherita. Dengan sokongan keluarga dan dua perkerja sambilan, mereka mencipta khas tuang tangan secara teliti 50 ke 100 lilin setiap hari dari rumahnya di Kajang. 

Walaupun Mohd Zais hilang inventori berharga disebabkan banjir dan kekangan wang yang memaksanya untuk beroperasi dari rumah, beliau kekal bersemangat, berinteraksi dengan pelanggan di Shopee sambil mengumpul maklum balas, dan mengambil pesanan khusus di Shopee Live. Tambahan lagi, beliau juga aktif berinteraksi dan menyokong penjual lain sebagai ahli Shopee Bintang.

“Ianya merupakan kuasa penceritaan. Saya mengambil masa beberapa tahun berfikir tentang kenapa perniagaan yang saya mulakan gagal sambil saya bekerja di Astro sebelum menemui ceruk perniagaan dalam talian dengan lilin. Saya telah mengalami banjir yang merosakkan inventori saya dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bangun kembali. Saya faham erti menggunakan strim langsung dan penceritaan dalam talian untuk menempuhi masa sukar. Ianya merupakan impian saya di mana setiap rumah di Malaysia dipenuhi dengan bauan wangian lilin Lampu Cherita,”

kata Mohd Zaid, pengasas Lampu Cherita.

Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti.











Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve