Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Telefon Pintar Murah Berspesifikasi Tinggi Dengan Harga RM799 | Honor 5C



Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, amatlah penting bagi kita untuk memilih telefon pintar yang sesuai berdasakan budget dan tawaran yang terbaik.


Di sini cik iena ingin berkongsi tentang telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan iaitu Honor 5C. Pada tahun ini, Honor 5C meneruskan legasi Honor 5X dengan penawaran rekaan yang lebih kompak bersama spesifikasi yang telah diperbaharui. Ianya hadir dengan 3 pilihan warna iaitu grey, silver dan gold.



Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799
Honor 5C akan  dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey dan Silver) dan RM849 (Gold).



 



Ia menawarkan spesifikasi paparan HD penuh, kamera 13MP, sokongan microSD, dan pengimbas cap jari yang kini sudah menjadi keutamaan untuk memenangi hati pembeli . Harga yang ditawarkan juga telah dikurangkan bagi membolehkan orang ramai memiliki peranti jenama Honor daripada Huawei ini tanpa perlu membayar lebih.




Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799








SPESIFIKASI HONOR 5C

Chipset HiSilicon Kirin 650
CPU 2.0 GHz Cortex-A53 empat-teras
1.7 GHz Cortex-A53 empat-teras
GPU Mali-T830 MP2
Memori 2GB RAM
Storan 16GB, microSD sehingga 256GB
Kamera Utama 13MP auto-focus, f/2.0, rakaman 1080p
Kamera Hadapan 8MP, f/2.0, rakaman 720p
Skrin 5.2-inci IPS, 1920×1080 piksel, 424 ppi
Sambungan 4G LTE, WiFi, A-GPS, Bluetooth 4.1
Sistem Android 6.0 Marshmallow + EMUI 4.1
Bateri 3000 mAh, tidak boleh dikeluarkan
Berat dan Ketebalan 156g, 8.3mm



Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Rekabentuk


Telefon Pintar Murah  Berspesifikasi Tinggi Dengan Harga RM799 | Honor 5C


Menawarkan rekabentuk bahagian skrin sisi yang tidak tebal . Pada bahagian belakang peranti pula masih meengekalkan rekabentuk Honor 5X dengan penambahan sedikit perubahan rekaan yang kini sedikit membulat.  Material binaannya juga masih sama yang mana hadir dengan binaan brushed aluminum di bahagian belakang .



Selain itu ianya meenawarkan skrin 5.2-inci , berresolusi HD penuh 1080p dan paparan IPS LCD . Mempunyai ciri paparan warna yang cukup terang (424 ppi) tanpa memperlihatkan sebarang piksel pada mata kasar. Ianya juga cukup terang pandangannya dari pelbagai sudut darjah.

Telefon Pintar Murah  Berspesifikasi Tinggi Dengan Harga RM799 | Honor 5C
pandangan belakang

Telefon Pintar Murah  Berspesifikasi Tinggi Dengan Harga RM799 | Honor 5C
Pandangan sisi

Menggunakan Cip pemprosesan kirin 650 yang beroperasi dengan sangat pantas. Peranti ini hadir dengan 16GB ROM bersama memori 2GB RAM dan boleh menyokong penambahan microSD sehingga 256GB.


Pengimbas Cap Jari


Honor 5C menggunakan sistem pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti dimana Lokasinya pengimbas jari adalah di bawah kamera dengan kedudukan yang mudah untuk dicapai. Ia juga tidak memerlukan anda menghidupkan paparan terlebih dahulu untuk menggunakan pengimbas cap jari ini. Dengan hanya menyentuh jari yang telah ditetapkan, telefon akan dinyahkunci dengan serta merta.


 finger print Honor 5C



Pada peranti ini  boleh menetapkan gesture untuk mengambil panggilan, menutup jam penggera, dan mengambil selfie dengan hanya melakukan hold pada pengimbas cap jari ini. Ia juga membolehkan pengguna menurunkan skrin notifikasi dan mengawal gerakan gambar ke kiri dan ke kanan ketika melayari gambar pada Gallery. Beberapa fungsi lain turut diintegrasikan seperti File Safe dan App Lock untuk menambah keselamatan fail dan aplikasi peribadi  dengan kawalan pengimbas cap jari.


Sistem


Honor 5C dijana dengan antaramuka EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marshmallow .Peranti ini menampilkan animasi pembukaan aplikasi dan paparan multitasking yang begitu lancar. Antaramuka keseluruhannya juga kini diperbaharui dengan design language yang lebih kemas dan minimal selari dengan citarasa rekabentuk moden.


Terdapat fungsi-fungsi menarik lain seperti Phone Manager yang memudahkan anda menguruskan telefon anda seperti kawalan storan, privasi, dan bateri. Peranti ini juga menampilkan fungsi Health yang mampu mengesan langkah anda berjalan seumpama aplikasi Google Fit.


Terdapat juga beberpa aplikasi lain seperti WPS Office, Facebook, Clean Master, Shazam, Booking.com, dan Dropbox di dalam satu folder yang dinamakan Top Apps.


Terdapat juga beberpa aplikasi lain seperti WPS Office, Facebook, Clean Master, Shazam, Booking.com, dan Dropbox di dalam satu folder yang dinamakan Top Apps



Fungsi Health

Fungsi Health
Fungsi Health



Fungsi Health
Fungsi Health



Selain daripada itu terdapat juga fungsi scrollshot . Ia adalah lanjutan dari fungsi screenshot . Di mana ianya sangat berguna jika apa yang ingin anda screenshot melebihi size peranti tersebut . Contoh yang sempat cik iena scrollshot seperti dibawah.

scrollshot honor 5c

Ouh maaf panjang sangat, jika dalam handphone dan laptop kesemua tulisan dapat di baca tapi bila cik iena upload jadi kecil molek macam ni (^_~)
Fungsi ni sangat sesuai lah untuk anda yang suka stalk-stalk dan screenshot message-message ;)





Prestasi


Honor 5C mempunyai prestasi yang  lancar. Membuka aplikasi dan paparan multitasking tidak akan melambatkan proses, malahan ianya pantas tanpa sebarang lengah masa. Melayari laman web di Chrome dan membuka beberapa aplikasi lain dalam satu masa tidak lagi menjadi masalah.

Kamera



Pebagai fungsi kamera honor 5c
Pebagai fungsi kamera Belakang honor 5c

Honor 5C menggunakan sensor 13MP f/2.0 pada kamera di bahagian belakang. Dari segi prestasi, penanti ini lebih berprestasi cemerlang apabila melibatkan kawalan cahaya dan warna. Hasil gambar kini kelihatan lebih cerah dan cantik  .


Kamera hadapan Honor 5C hadir dengan sensor 8MP f/2.0. Kamera hadapan peranti ini jelas setanding menggunakan peranti yang memfokuskan selfie . Terdapat juga fungsi Beauty Mode bagi  mencantikkan lagi  wajah . Honor 5C juga hadir dengan lensa lebar 88-darjah dalam membantu untuk  mengambil gambar selfie secara beramai-ramai.





Ia juga hadir dengan fungsi Good Food yang mampu mencerahkan lagi warna dan cahaya pada gambar makanan yang diambil .Terdapat juga fungsi Light Painting yang mana membolehkan anda mengambil kreativiti anda bersama cahaya tanpa perlu menetapkan sebarang fungsi manual terlebih dahulu. Selain daripada itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti HDR, panorama, dan pengimbas dokumen .










Fungsi DSLR pada Honor 5C
Fungsi DSLR pada Honor 5C



Terdapat juga fungsi PRO PHOTO dengan kehadiran manual mode yang begitu lengkap seperti kamera DSLR yang mana boleh dikatakan harga yang ditawarkan di bawah RM800 adalah murah untuk fungsi seperti ini. Ia hadir dengan kawalan ISO, metering, dan kawalan manual focus dalam memudahkan anda mengawal jumlah pemfokusan pada sesuatu objek.


Begitu juga dengan fungsi yang terdapat pada video, Honor 5C turut menampilkan kawalan manual melalui Pro Mode yang turut membolehkan anda mengawal fokus ketika mengambil video. Fungsi  beautify juga terdapat pada peranti ini.

Pertama kali cik iena mencuba Honor 5C adalah  aplikasi kamera. Untuk pengetahuan, cik iena sangat gemar bergambar . Jadi perkara pertama yang cik iena cuba adalah mengambil gambar. Buat penggemar selfie seperti cik iena, Honor 5C sangat sesuai kerana gambar yang di hasilkan dari kamera selfie yang diambil cantik walaupun tidak menggunakan Beauty Mode.







Fungsi DSLR pada Honor 5C
Fungsi DSLR pada Honor 5C

Fungsi DSLR pada Honor 5C
Fungsi DSLR pada Honor 5C


Pebagai fungsi kamera Hadapan Honor 5c
Pebagai fungsi kamera Hadapan Honor 5c


gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode
gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode

Cik iena suka hasil gambar selfie ni walaupun keadaan tempat adalah gelap tapi gambar ni nampak cantik :)

VIDEO SELFIE NORMAL MODE



Video ini di rakamkan dengan menggunakan Kamera Depan (Selfie) HONOR 5C dengan mengunakan normal mode .


Terdapat juga fungsi scan document  yang mana pada cik iena ianya sangat bagus . Jadi selepas ini jika anda perlu scan sebarang dokumen di pejabat mahupun di rumah anda boleh lakukannya dengan mudah. Tidak perlu lagi membeli scanner untuk scan dokumen . 

 Berikut merupakan contoh gambar yang menggunakan fungsi ini . Dibawah merupakan gambar poster yang cik iena rakamkan di 7eleven .


Honor 5C Fungsi Scan Document
Honor 5C Fungsi Scan Document
Untuk lebih jelas cara penggunaan cik iena tunjukkan di bawah sebagai contoh. Cik iena sedang mengambil gambar slide presentation . Selepas mengambil gambar menggunaan fungsi tersebut gambar akan di simpan persis seperti slide yang di tunjuk.


Honor 5C Fungsi Scan Document
Honor 5C Fungsi Scan Document

 Hasil gambar yang akan di simpan secara automatik adalah seperti di bawah


Honor 5C Fungsi Scan Document
Honor 5C Fungsi Scan Document


Disebabkan jarak pengambilan yang jauh gambar agak sedikit kabur .Untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik anda perlu lebih dekat pada objek untuk scan document tersebut


Setelah anda scan document gambar akan di simpan pada folder Readjusted documents

Honor 5C Fungsi Scan Document
Honor 5C Fungsi Scan Document



Jemput tonton video di bawah di mana cik iena menunjukkan tentang cara penggunaan documen scan dan hasil nya .




Hasil

Hasil document scan, tangan cik iena parkinson sikit..menggeletar  dan ambil sebelah tangan jadi macam renyuk. Tapi boleh ambil sama macam scanner biasa cuma perlu letakkan dokumen pada kedudukan yang betul dan tidak renyuk atau berlipat lipat


Bateri


Mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun hadir dengan kapasiti bateri 3000 mAh. Dari segi penggunaan, peranti ini mampu menawarkan pengalaman penggunaan sepanjang hari .

Dengan sokongan pengecas (tablet) 5V/2A pada peranti ini mampu mengurangkan kadar waktu mengecas peranti seumpama peranti yang menyokong pengecasan pantas.


Kesimpulan yang dapat cik iena buat setelah mencuba Honor 5C adalah ianya merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi yang sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya golongan remaja yang mempunyai budget yang rendah.

Cik iena sangat menyukai Kamera Belakang Honor 5C berbanding kamera telefon pintar Honor 7 yang sedang cik iena gunakan . Dimana harga bagi kedua telefon pintar ini berbeza hampir separuh harga .

Jika sekiranya Honor 5C keluar dulu pasti cik iena akan mendapatkannya terlebih dahulu kerana harga yang di tawarkan sangat murah dengan ciri ciri spesifikasi tinggi yang di tawarkan . Walau apapun kedua talefon pintar cik iena ini pasti ada perbezaan . Salah satu yanag cik iena suka pada Honor 7 yang tiada di Honor 5C adalah Honor 7 pada kamera hadapan mempunyai flash .

Okay jemput lihat gambar lain yang sempat cik iena ambil dengan menggunakam kamera Honor 5C.




GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL MENGGUNAKAN HONOR 5C




Honor 5C | KAmera Belakang |Normal Mode
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without Flash


Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door



Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | out door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door



Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | without flash



Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash |


Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash 




Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door

Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door

Gambar pembinaan diatas diambil oleh adik cik iena yang mana bekerja sebagai Site Engineer . Selepas ini tak perlu lah bawa kamera DSLR atau kamera compact untuk mengambil gambar site untuk kegunaan kerja . Dengan menggunakan Honor 5C gambar yang di hasilkan cantik .

Untuk melihat gambar lain yang diambil menggunakan Honor 5C ini sila lihat di laman instagram cik iena dengan #honor5ciena

Untuk pengetahuan, peranti Honor  juga boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.



Tempahan awal boleh dibuat melalui www.lazada.com.my
di Lazada | Honor 5C .

Pre Order/ tempahan awal : 20 Jun 2016 Hingga 24 June 2016
Akan di Jual Di Lazada Pada : 28 June 2016







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lazada 4th Birthday Whishlist


Bersempena ulang tahun ke 4 Lazada ni cik iena nak senaraikan 10 Top WhishList Cik iena dan kenapa Cik iena perlukannya . Memandangkan birthday cik iena jatuh pada 1 April ni mana tau ada orang nak bagi hadiah ke kan. Boleh lah bagi Hint iena nak hadiah apa hahahah

Eh tapi sebenarnya lebih dari 10 whishlist sebenarnya. Almaklumlah cik iena ni memang kaki online shopping . Tapi memandangkan sempena birthday iena  dan puan ibunda, iena nak bawa keluarga pergi bercuti Maka cik iena perlu had kan pembelian buat masa ni.
Tapi kan sepanjang Hari ini cik iena dah beli empat item dari whishlist cik iena. 
alahai  cik Zalora Binti Lazada, memang tak boleh lari dengan Online shopping.
 
 
Okay Jom Cik iena senarai kan
 
Lazada 4th Birthday Whishlist
yeayy kalau lah ada duit semua cik iena beli (^_~).. err tapi xboleh sebab Awal April nak bawa keluarga bercuti.
 

Wah banyak kan, ada diantaranya yang cik iena sudah pun beli. Cik iena tak boleh nak beli semua dalam masa terdekat ni sebab nak bawa keluarga bercuti Awal bulan April ni ,jadi banyak la duit nak guna kan,  melainkan  jika client-client bayar payment iena haha laju je klik checkout.

Okay jom cik iena share pulak kesemua link untuk senarai-senarai barangan pilihan cik iena di Lazada
(^_~)

1. (Official Casio Malaysia Warranty) Casio Exilim TR-70 Digital Camera 11.1MP (Vivid Pink) 



(Official Casio Malaysia Warranty) Casio Exilim TR-70 Digital Camera 11.1MP (Vivid Pink)

Cik iena suka sangat kamera ni sebab sangat sesuai untuk cik iena yang sangat kuat bergambar. Dengan adanya kamera ni tak perlu lah suruh=suruh orang ambilkan gambar. Kamera ni boleh stand sendiri. takperlu beli tripod. Kualiti gambar pun sangat cantik tau.Yeayy best kan. Nah tengok video ni

Kalau korang pun berminat nah beli dekat http://bit.ly/casiocameraLazada

2. Yunteng 1288 Selfie Monopod +YT-228 Mini Tripod Stand 

Buat masa ni tak mampu lagi beli kamera atas tu kan, jadi cik iena perlukan monopod dan tripod ni untuk mengambil gambar. Sekarang ade je monopod atau selfie stick tapi yang RM10 punya je, macam tak stabil stick kecik kurus, kamera hp berat..bergoyang-goyang lah kalau tarik panjang2. Yunteng monopod ni tebal dan sangat berkualiti.


Yunteng 1288 Selfie Monopod +YT-228 Mini Tripod Stand
Sebelum ni cik iena pernah beli tapi yang lama punya takde bluetooth dekat stick tu . Yang ni ada, haa special lagi boleh keluarkan bluetooth tu kalau kita nak pegang and tak nak klik dari stick tu . Menarik tau . Lepas tu ada pulak tripod, lagi lah best, nak ambil gambar ramai ramai tak perlu suruh orang ambilkan atau tak perlu ada seorang yang takde dalam gambar tu. Atau kalau korang bersendirian tak perlu suruh orang ambil gambar. Haaa tripod kan ada. Menarik sangat-sangat okay. Blogger sangat sesuai tau.Nah beli dekat http://bit.ly/yuntengselfiemonopod

3. Magnetic Therapy Waist Exercise Twister

Produk ini sangat sesuai untuk wanita mahupun lelaki yang berkerjaya  yang mementingkan kecantikan tubuh badan namun tiada masa untuk meluangkan masa untuk beriadah bersukan dan sebagainya. Dengan ada nya Magnetic Therapy Waist Exercise Twister ni sangat mudah untuk anda melakukan senaman hanya di rumah .

Magnetic Therapy Waist Exercise Twister
Mungkin sebelum tidur anda boleh luangkan sedikit masa untuk twist twist badan anda. Sangat sesuai untuk wanita yang mengimpikan tubuh badan yang ada shape gituh. Pinggang ramping solid molid. Aummm hahahah . Nak slim macam cik iena tak ?
lalalallalaa jom beli http://bit.ly/twistLazada. cik iena dah beli tau

 4. Accu-Chek Active Blood Glucose Monitor Set (Life time warranty)  

Cik iena perlukan Accu-Chek Active Blood Glucose Monitor Set untuk ayah cik iena. Almaklumlah dah tua ni macam-macam penyakit datang. Jadi dengan adanya Accu-Chek Active Blood Glucose Monitor Set ni cik iena boleh lah memantau kadar kandungan gula dalam darah ayah cik iena tanpa perlu ke Hospital atau klinik.

Accu-Chek Active Blood Glucose Monitor Set (Life time warranty)
Tapi di sini bukan lah cik iena bermaksud tidak perlu ke hospital atau klinik. Ini cuma langkah pengawasan di rumah sahaja. Walaubagaimanapun setiap bulan masih perlu pergi hospital okayh. Kalau anda-anda semua sayang mak ayah atuk nenek dan diri sendiri jom beli  http://bit.ly/accuLazada .cik iena dah beli tau

5. KitchenAid KSM150CB Stand Mixer (Cranberry)- MADE IN USA 

Wahhhh menarik sangat ni. Wanita-wanita, makcik-makcik, kakak-kakak mesti suka. Hari-hari buat kuih untuk keluarga haha. Alangkah indahnya dapat hadiah hari jadi.


KitchenAid KSM150CB Stand Mixer (Cranberry)- MADE IN USA
Ehh bukan hari jadi iena, hari jadi mak. Tapi tunggu budget akan datang kot. Harga tak mampu milik la tapi suka jugak produk ni. Ouh siapa nak jadi bakal menantu mohon tolong beli untuk bakam mak mertua hahaha nahhh beli dekat http://bit.ly/mixerLazada


6. Hesstar HWD-12 7L Water Dispenser Silver

Memandangkan cik iena duduk bujang je di Kuala Lumpur nak beli water dispenser yang mahal mahal pun rugi je kan. Nanti nak pindah-pindah payah pula . Jadi cik iena rasa ni macam menarik je.

Hesstar HWD-12 7L Water Dispenser Silver
Cuma tiada air sejuk lah. Air sejuk tak baik untuk kesihatan okay. lagipun cik iena jarang minum air sejuk di rumah. kalau anda pun berminat boleh beli di  http://bit.ly/WaterDispenserLazada

7. Doraemon Mini Water Dispenser 2.5 Liters

Water dispenser ni sangat comel okay. cik iena nak letak dalam bilik. Cik iena kuat minum air. So tak perlu bangun ke dapur malam-malam kan

Doraemon Mini Water Dispenser 2.5 Liters

Comel je kan. Lagi-lagu buat yang ada anak kecil tu , ini salah satu tarikan untuk anak anda minum air yang banyak dalam satu hari. Dia tengok doremon comel je dia nak minum :) kalau berminat nah beli di http://bit.ly/DoremonDispenser

8. 2.4 Liters Mini Water Dispenser 8 Glasses Water Dispenser Cartoon Style   

Hello Kitty ni pun comel tau. Letak di pejabat pun menarik. Hahah malas sangat cik iena nak bangun refill air tu :)
Liters Mini Water Dispenser 8 Glasses Water Dispenser Cartoon Style

Pada yang berminat boleh beli di http://bit.ly/helloKittyDispenser

9. 1.2L Multi-function Stainless Steel Electric Cooker Light Blue

Menarik ni, kecil, comel je. Boleh di bawa kemana-mana. Andaikata pergi bercuti tu ke, kalau nak jimat masak sendiri boleh je bawak benda ni

1.2L Multi-function Stainless Steel Electric Cooker Light Blue
Takpun pada yang nak berjimat di pejabat tu boleh letak satu ni. Tengah hari boleh masak-masak dengan kawan kawan :) pada yang berminat boleh beli di http://bit.ly/ElectricCooker

 10 . Electric Multi-Function Cooker 

Sangat menarik untuk yang duduk bujang ni. Tambahan lagi dapat housemate super duper kedekut . Taknak share segala barang. Dekat rumah bujang dapur dah ada dapur gas tapi housemate punya dan dia ni kedekut. Jadi cik iena beli induction cooker untuk memasak. Kalau beli dapur gas semak la pulak dapur.

Electric Multi-Function Cooker
Bila nampak Electric Multi-Function Cooker  ni pula rasa nak beli lagi . Macam menarik je yang ni . Kepada yang berminat boleh beli di  http://bit.ly/MultiCookerLazada
Untuk pengetahuan cik iena pun dah beli tau. Sangat mudah untuk memasak.

11. Women Stylish Lace Long Sleeve Peplum Crew Neck Tops 

Kenapa iena nak peplum ni sebab iena ni jenis suka mix match baju . Selain pakai dengan seluar . Cik iena sagat suka pakai dengan kain . Haaa kalau warna putih plain macam ni memang pelbagai warna kain yangboleh di suai padan kan tau :)
 Women Stylish Lace Long Sleeve Peplum Crew Neck Tops

Memandangkan di bahagian lengan dan bahu tu janrang jangan lupa pakai inner tau kak ton :) . Selain pakai dengan kain boleh juga pakai dengan skirt kembang ala-ala barbie dolls gituh. Peplum ni tight in kat dalam.. Auchhhhhhh prety sangat tau. Tapi Tapi Tapi pastikan yang beli peplum ini solid molid baru comel (^_~)  http://bit.ly/whitepeplumLazada

 12 . Elegant Women Lace Blouse Long Sleeve Peplum Slim Basic Shirt Tops Black   

Nampaknya peplum juga menjadi pilihan cik iena. Sebab munasabab sama seperti diatas. Untuk di suai padan kan dengan kain, seluar mahupun skirt kembang . 

Kalau berminat juga beli di http://bit.ly/blackpeplumLazada

13. REMAX SpeedFlash Class 10 Micro SDHC 80MB/s 16GB 

Cik iena perlukan SD card ni untuk SJCAM cik iena. Ouh cik iena takda gopro. Pakai SJCAM je tapi ok juga video nya tau . Cik iena dah beli dua untuk lazada 4th birthday ni (^_~)

Kalau berminat juga boleh beli di http://bit.ly/REMAXsdcard


14. 2 in 1 Push-Rod Type Vacuum Cleaner 


Vacuum ni sangat sesuai untuk yang duduk bujang macam cik iena ni . Barang besar-besar payah juga kalau dah semua housemate beli barang kan . Bilik sharing pula. Sangat sempit kalau nak beli vacuum besar-besar. So cik iena rasa vacuum ni comel dan sesuai untuk cik iena. hahahah mesti korang cakap pemalas nak sapu . Bukan bukan, cik iena ni rambut panjang tau paras lutut. So banyak rambut gugur. Ada vacuum senang sikit lalalalallaa.

2 in 1 Push-Rod Type Vacuum Cleaner
2 in 1 Push-Rod Type Vacuum Cleaner
 Pada yang berminat meh beli http://bit.ly/1vacuum


15.  Stylish 15 Colour Concealer Make Up Palette + 10 pcs Pro Cosmetic Brush Set Kit 


Beauty Blogger harus ada benda ni tau . Sebenarnya kedua-dua nya cik iena dah ada. Berus make up dan juga concealer. Memandangkan harga nya murah maka cik iena terpedaya dan terpedaya dan terbeli sudah .
 Stylish 15 Colour Concealer Make Up Palette + 10 pcs Pro Cosmetic Brush Set Kit
Stylish 15 Colour Concealer Make Up Palette + 10 pcs Pro Cosmetic Brush Set Kit

Untuk Concelar cik iena masih belum cuba tapi make up brush cik iena dah cuba memang tip top. Best berus mekap dia. Layang layang kat muka je dah cantik make up. Ouchhh kurlas sangat . Tak rugi beli okay. Beauty blogger atau aweks-aweks kat luar sana jom beli http://bit.ly/makeupbrush2

16. Elba Stand Fan ESF-A1633GR White  


Cik iena nak beli untuk rumah di kampung bukan di KL, biasa lah balik kampung ramai-ramai rasa tak kuat kipas atas tu hahah . Nahhh beli di http://bit.ly/elbafan2

Elba Stand Fan ESF-A1633GR White
Elba Stand Fan ESF-A1633GR White 

17.   PINENG PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank (Black) 

Cik iena dah pun beli dua. Sangat sangat berguna untuk cik blogger. Asalnya cik iena pernah beli satu. Kemudian beli lagi dua untuk adik adik :)

PINENG PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank (Black)
PINENG PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank (Black) 
Pada yang nak beli boleh beli di http://bit.ly/pineng20kMAH

 18. Wireless Bluetooth Over-the-Ear Headphone (White)  

Menarik, sesuai cik iena guna di pejabat. Kalu pakai yang biasa tu time pergi toilet selalu tersangkut. Lupa nak buka headphone. hahahaha kadang-kadang sampai nak jatuh tersungkur. Suka pergi toilet saat genting. Berlari, cuba bayangkan hahah

Wireless Bluetooth Over-the-Ear Headphone (White)
Wireless Bluetooth Over-the-Ear Headphone (White) 
haa kalau ada headphone macam ni mudah sikit, bolehterus berlari pergi toilet tak perlu risau wayar tersangkut2 :) Kalau korang nak beli boleh beli di  http://bit.ly/wirelessheadphone1


19. Lenovo F309 Lenovo USB 3.0 1TB external portable HDD  

External hard disk sangat sangat di perlukan untuk cik programmer mahupun cik blogger. Boleh simpan gambar event yang banyak banyak tu .
Lenovo F309 Lenovo USB 3.0 1TB external portable HDD
Lenovo F309 Lenovo USB 3.0 1TB external portable HDD 
Cik iena dah pun beli satu semasa lazada birthday sale dan cik iena juga berjaya menghasut rakan pejabat untuk beli sekali. Pada yang nak beli boleh beli di http://bit.ly/LenovoUSB1TB
Memang bagus tau, sebelum ni iena dah beli satu. Ni beli lagi

Wah banyak kan whishlist cik iena , Mana tau anda anda di luar sana juga berminat untuk beli tambahan lagi semasa lazada birthday sale ni kan . Memang harga akan lebih murah daripada hari biasa lah kan :)


Di sepanjang Jualan ulang tahun Lazada ni cik iena dah pun beli 10  barangan (7 order) , Tak Termasuk barang yang cik iena nak beli flash sale 18/3/2016 pada pukul 8 malam ni .

Huwaaa asal Lazada buat sales je banyak duit habis . Kalau ikutkan hati semua whishlist nak beli tapi memandangkan 1 April ni nak bawa family bercuti jadi cik iena perlu had kan pembelian .
Kalau cik iena dah kawen ni mau agaknya cik suami gaduh dengan Lazada sebab isterinya kuat shopping Lazada, semua benda nak beli kat Lazada. Peti ais pun beli kat lazada tau, periuk , induction cooker. hahah banyak bebenor.

Auh Alangkah indah kalau Lazada tunaikan whishlist-whishlist cik iena ni. Bagi lah hadiah birthday kan . Hadiah birthday tiap tahun dari lazada voucher RM30 tu memang asal dapat je. Guna terus. Nak hadiah lain pulak Lazada Plzzzzzzzzzzzzzzzz

For Apps user boleh guna link ni tau http://hyperurl.co/6duyhg

InvolveAsia x Lazada MY blogger contest
This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve