Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Less Is More | Althea The Bare Essentials Skincare

Setiap Insan pasti menginginkan kulit wajah yang cantik namun adakalanya kita kesuntukan masa untuk memanjakan wajah terutamanya buat kaum wanita yang sudah bekeluarga mahupun yang sibuk bekerja.


Althea The Bare Essentials Skincare

Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di pasaran dan adakalanya bagi sesuatu jenama sehingga memerlukan 5 produk berlainan untuk di pakai setiap hari. Adalah lebih mudah sekiranya ianya adalah kurang daripada itu.


Kini anda tidak perlu risau kerana dengan kehadiran Produk baru Althea iaitu The Bare Essential , anda boleh mengekalkan kecantikan kulit wajah malahan menambah baik pulih kulit wajah anda dengan produk kecantikan ini .

Althea The Bare Essentials Skincare


Hanya dengan 3 produk sahaja anda boleh kekal kelihatan cantik. Anda boleh menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Malahan terdapat fungsi untuk membentuk wajah atau mengecilkan wajah dengan menggunakan Contour Cleanser di dalam set skincare ini.



Althea The Bare Essential


Rangkaian The Bare Essentials skincare terdiri daripada tiga produk hypoallergenic yang sesuai untuk semua jenis kulit .  Rangkaian skincare ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang telah dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang paling menghidratkan untuk kulit anda.

Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Kelihatan Cantik  -  Less is More



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

  1. Contour Cleanser  -  Detox For V-Shape
  2. Primer Water - Prep For Silky Skin
  3. Fixer Cream - Fix Moisture




Contour Cleanser 


Mengandungi soothing Ice Plant yang menenangkan dan ekstrak Lemon Myrtle untuk detox.
Pembersih ini padat dipenuhi dengan kapsul mikro yang pecah apabila bersentuhan dengan air untuk membersihkan, mengelupas, dan menyegarkan kulit dengan lembut.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Pembersih Contour Cleanser ini membantu untuk menggalakkan peredaran darah, dan seterusnya berfungsi mengurangkan size pada wajah dengan menjadikan bentuk wajah lebih lansing atau kecil.


Kandungan 


Water,Propanediol,Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone,Alcohol,1,2-Hexanediol,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer,Tromethamine,Betaine,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Xanthan Gum,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Butylene Glycol,Dipropylene Glycol,Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Saussurea Involucrata Extract,Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract,Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Origanum Vulgare Extract,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract,Thymus Vulgaris (Thyme) Flower/Leaf/Stem Extract, Sclerotium Gum,Agar,Polysorbate 20,PEG-60 Hydrogenated Castor Oil,Fragrance


Kelebihan Contour Cleanser 


  • Ice plant - Menghidrat dan mengurangkan kemerahan pada wajah 
  • Lemon myrtle - Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit Pembersih yang kaya dengan busa yang membersih wajah dengan mendalam. 
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut 
  • Mengurangkan bengkak untuk bentuk wajah yang jelas

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Cara Penggunaan Contour Cleanser


Picitkan pada jari kemudian Urut dalam gerakan membulat di wajah sehingga berbusa  dan kemudian bilas sehingga bersih dengan air bersih. 


Review Contour Cleanser 


Contour Cleanser ini mempunyai tekstur yang halus dengan gelembung mikro . Ianya mampu membersih kekotoran pada kulit wajah secara mendalam . Hanya sekali cucian ianya mampu membuang sisa-siksa solekan Cik iena walaupun Cik iena tidak menggunakam make up remover sebelum mencuci wajah.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser


Selain itu ianya mempunyai bau yang harum . Haruman lemon yang sememangnya menyegarkan minda dan akan membuat jiwa berasa tenang dan nyaman. Selepas mencuci wajah kulit berasa sangat lembab , lembut dan anjal.


Rating Contour Cleanser 

9/10


Harga Contour Cleanser  : 150 g RM  23




Primer Water


Mempunyai dua fungsi toner didalam satu item iaitu toner penghidratan dan toner primer.
Primer Water ini mengandungi newdrop teknologi yang dipatenkan (Macro Fluidic Dispersion technology) yang perlahan-lahan mengisi jurang antara liang-liang dan membolehkan proses penghidratan menembusi jauh di dalam lapisan kulit.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water


Dibuat dengan ekstrak snow Lotus, water primer ini mempunyai tekstur yang sangat licin dan mempunyai tekstur sutera yang meningkatkan cahaya semulajadi kulit, menjadikan kulit anda lebih cantik , lembab, licin dan anjal.

Kandungan 


Glycerin,Water,Myristic Acid,Stearic Acid,Potassium Hydroxide,Palmitic Acid,Lauric Acid,PEG-32,Glyceryl Stearate,PEG-100 Stearate, Cocamidopropyl Betaine,Glyceryl Stearate SE,Microcrystalline Cellulose,Zea Mays (Corn) Starch,Lactose,Potassium Cocoyl Glycinate, Polyquaternium-67,Sodium Chloride,Disodium EDTA,Menthol,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyquaternium-7,Fructooligosaccharides,Saccharide Hydrolysate,Pullulan,1,2-Hexanediol,Tocopheryl Acetate, Mesembryanthemum Crystallinum Extract,Sodium Benzoate,Sodium Acetate,Butylene Glycol, Lippia Citriodora Leaf Extract,Ethylhexylglycerin,Fragrance

Kelebihan Primer Water

  • Snow lotus -  Melicinkan dan mencerahkan kulit . 
  • Patented "dewdrop" formulation - Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera serta berkesan.
  • Menghidrat dan prep lapisan kulit
  • "Dewdrop" melembutkan dan meningkatkan kelembutan kulit wajah
  • Primer yang melembutkan dan melicinkan keadaan kulit yang tidak sekata

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Cara Penggunaan Primer Water:


Tuangkan sedikit dan sapukan secara merata ke muka, urut secara  perlahan-lahan untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya digunakan selepas anda menggunakan Contour Cleanser.

Review Primer Water


Cik iena suka Primer Water ini kerana ianya sangat melembabkan kulit Cik iena yang kering . Teksturnya  mudah meresap serta berbau harum yang sangat menenangkan minda. Kulit terasa sangat lembab serta segar selepas mengaplikasikan Primer Water ini.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Rating Primer Water

9/10

Harga Primer Water : 200 ml RM  43





Fixer Cream


Formula yang tidak berminyak dan pantas menyerap dengan kuasa Trehalose. Ianya mengandungi Ramuan yang terdapat di kaktus yang bertindak menghalang kehilangan kelembapan bermaksud ianya  seperti kaktus mampu mengekalkan kelembapan seterusnya memberi kulit dengan penghidratan 24 jam.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Krim hebat yang berkhasiat ini juga kaya dengan antioksidan yang diperoleh daripada minyak benih Camellia Sinensis (teh hijau), dimana ianya juga membantu untuk menggalakkan pertumbuhan semula kolagen menggunakan ekstrak Baobab Tree. Selepas diaplikasi kan pada kulit , anda akan dapat merasai perbezaannya dengan kulit yang lembab, lembut serta anjal.

Kandungan 


Water,Glycerin,Methylpropanediol,Dimethicone,Olea Europaea (Olive) Fruit Oil,Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin),Cyclopentasiloxane,Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol,Cetearyl Alcohol,Polysorbate 60,PEG-100 Stearate,Cyclohexasiloxane,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Carbomer,Tromethamine,Polyacrylate-13,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Polyisobutene,Propanediol,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Disodium EDTA,Polysorbate 20,Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate,Trehalose,Sodium Hyaluronate,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower/Leaf/Stem Extract,Camellia Sinensis Leaf Extract, Imperata Cylindrica Root Extract,Opuntia Ficus-Indica Stem Extract,Adansonia Digitata Seed Extract,Fragrance

Kelebihan Fixer Cream

  • Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dan pek dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract - Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen.
  • Menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memnyerap nutrisinya
  • Penghidratan 24 jam
  • Tidak melekit dan mudah diserap
Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream

Cara Penggunaan Fixer Cream:

Sapukan secara merata ke  wajah dan urut perlahan hingga meresap. Ianya di gunakan selepas anda menggunakan Water Primer.

Review Fixer Cream


Fixer Cream ini merupakan krim pelembab yang sangat melembabkan sehingga 24 jam. Kelembapan yang berpanjangan membuatkan kulit sentiasa glowing . Ianya tidak melekit dan mudah meresap . BAunya juga sangat harum dan menenangkan minda.

Kelembapan yang diberikan dari krim ini membuatkan solakan cik iena lebih mudah di mana Cik iena tidak perlu lagi membasahkan span make up supaya foundation cik iena melekat pada wajah dengan mudah . Utuk pengetahuan kulit cik iena kering. Cik iena perlu basahkan span supa mudah untuk mengaplikasikan foundation pada wajah untuk bersolek.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Dengan adanya Fixer cream ini mudah bagi cik iena untuk mengaplikasi foundation pada wajah cik iena. Kelembapan sehingga 24 jam ini juga membuatkan solekan lebih glowing dan flawless.


Rating Fixer Cream

 10/10

Harga Fixer Cream: 50 g RM  50



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Secara keseluruhannya 3 produk The Bare essential ini sangat Cik iena suka kerana ianya sangat sesuai untuk kulit Cik iena yang berjenis kulit kering . Jika sebelum ini Cik iena perlu memakai face mask atau mask yang mengandungi Hyluranic asid untuk mengatasi masalah kulit kering Cik iena, kini dengan mengamalkan The Bare Essential skincare ini Cik iena boleh skip rutin harian tersebut.



Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/












Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Pelbagai gelombang elektromagnet terkandung dalam cahaya matahari, yang mana kebanyakannya adalah ultraviolet (UVR) dan radiasi inframerah. UVR dibahagikan kepada 3, iaitu UVA, UVB dan UVC. Radiasi UVA (95%) dan UVB (5%) mencapai permukaan bumi, manakala UVC diserap dengan sempurna oleh lapisan ozon.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Bahaya UVR telah lama diketahui oleh pakar. Pelbagai gangguan kulit boleh dicetuskan oleh pendedahankepada UVR. Gangguan kulit boleh berlaku dengan pantas, seperti sinaran matahari yang mengelapkan dan merosakkan kulit. Gangguan secara perlahan juga boleh berlaku, kebiasaannya gangguan perlahan ini menyebabkan masalah kronik seperti kanser kulit dan photoaging.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Tahukan anda, Cahaya matahari bertanggungjawab untuk 80% proses penuaan di wajah . Photoaging adalah proses penuaan yang berlaku akibat cahaya matahari, berbeza dengan penuaan kronologi (berdasarkan umur / intrinsik).


Salah satu atu cara untuk mengelakkan kesan buruk cahaya matahari adalah menggunakan pelindung matahari. Sunscreen atau pelindung matahari adalah bahan yang menapis cahaya matahari, mengurangkan jumlah UVR yang mencapai permukaan kulit, yang dijangka dapat mengurangkan kesan buruk UVR.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Disini Cik iena ingin berkongsi Sunscreen untuk wajah yang sedang cik iena guna dari The Body Shop iaitu  Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 dari The Body Shop


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


The Body Shop memperkenalkan Essence Perlindungan Kulit Baru Perlindungan SPF 50 PA ++++, perlindungan multi-kuat  untuk membantu melindungi kulit anda dari hari demi hari .  Berikut merupakan antara kebaikan Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


  • Perlindungan UVA: PA ++++: Membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA, termasuk sinaran UVA panjang, yang mencapai kedalaman kulit dan mempercepat proses penuaan kulit
     
  • Perlindungan UVB: SPF 50 membantu melindungi kulit daripada sinaran UVB yang mencetuskan kemerahan dan merosakkan permukaan kulit
     
  • Antioksidan: Membantu melindungi kulit daripada penceroboh luar seperti pencemaran alam sekitar yang melemahkan keupayaan kulit untuk kekal sihat
     
  • Anti-kekusaman: Dengan ekstrak alga merah dan vitamin C mencerahkan kulit untuk kulit yang lebih bercahaya
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 didatangkan dengan dua saiz iaitu 40ml dan 60ml dimana ianya di jual pada harga RM 125.50 (40ml) dan RM155.00 (60ml).

Kandungan


Aqua/Water/Eau, Alcohol Denat., Ethylhexyl Methoxycinnamate, Neopentyl Glycol Diheptanoate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Dimethicone, Glycerin, Polymethyl Methacrylate, Cetearyl Alcohol, Phenoxyethanol, Octocrylene, Chlorphenesin, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Cetearyl Glucoside, Sclerocarya Birrea Seed Oil, Parfum/Fragrance, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Sodium Hydroxide, Palmaria Palmata Extract, Carbomer, Linalool, Tocopherol, Limonene, Citronellol.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Cara Penggunaan


Sapukan pada muka dan leher,  perlahan-lahan urut ke kulit setiap pagi selepasmemakai krim pelembap harian anda, sebelum menggunakan solekan. Elakkan dari terkena kawasan mata. Sunscreen di gunakan sebelum anda keluar ke tempat yang terdedah kepada sinaran matahari.

Review Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Secara keseluruhan nya Cik iena suka Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 dari The Body Shop ini. Teksturnya ringan dan diserap dengan baik ke dalam kulit wajah. Selain itu ianya juga tidak membuat kulit cik iena kering. Ia juga tidak meninggalkan apa-apa kesan yang melekit pada kulit.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Tekstur Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Harumannya juga sangat Cik iena gemari . Berbau harum dan wangi dan sangat menenagkan. Apa yang paling penting Cik iena boleh berada di luar tanpa kebimbangan bahawa Kulit akan menjadi lebih gelap.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Untuk anda yang tidak gemar bersolek , Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 ini boleh digunakan selepas anda mencuci wajah, memakai toner, serum dan pelembab . Ianya membantu mengurangkan masalah kulit yang kemerah-merahan jika terkena sinaran matahari.


Pada anda yang gemar bersolek seperti Cik iena sudah pasti ianya di pakai sebelum mengenakan solekan. Apa yang cik iena dapat rasakan. Krim ini mudah untuk diaplikasi dan solekan pun mudah melekat.


Perlu di ingat bahawa kebiasaannya foundation tidak mempunyai fungsi pelindung matahari, jadi walaupun anda bersolek kelihatan putih dek kerana foundation, sekiranya anda tidak memakai krim pelindung matahari kulit anda akan rosak terkena sinaran matahari. Jangan lah sampai cantik di luar rosak didalam :)


Video Review Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Rating

10/10

Untuk Maklumat Lanjut dan promosi terkini sila layari dan ikuti mereka di :-


Website :  www.thebodyshop.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/TheBodyShopMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/thebodyshopmalaysia/
Youtube  : https://www.youtube.com/channel/UCmj1X4FsDGt2ZRHIplIjoRw









Everyone Deserves To Be Beautiful


Everyone Deserves To Be Beautiful, Ya semua orang sememangnya berhak untuk kelihatan cantik.  Maka dengan itu untuk menjadikan diri kita cantik. Kita seharusnya berusaha kearah itu . Kepada mereka yang sememangnya lahir dengan raut wajah yang cukup cantik anda beruntung .

Everyone Deserves To Be Beautiful
Everyone Deserves To Be Beautiful


Bukan bermaksud cik iena anda tidak cantik, setiap insan mempunyai kelebihan dan kecantikan yang tersendiri tapi untuk menyerlahkan lagi kecantikan itu sendiri kita perlulah menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dan seterusnya mengenakan solekan ringkas.

Everyone Deserves To Be Beautiful
Le Felix Skincare and cosmetic


Di sini Cik iena ingin kongsikan produk dari negara jiran Thailand yang sedang cik iena amalkan iaitu rangkaian produk kecantikan dari Le Felix. Ianya bukan sahaja menawarkan rangkaian produk penjagaan wajah malah ianya juga turut menawarkan kosmetik bagi anda menyerlahkan lagi kecantikan yang ada pada diri anda.


Cik iena mulakan terlebih dahulu dengan produk penjagaan wajah yang mana cik iena telah mencuba  :

Perfect Beauty Facial Foam
Everyone Deserves To Be Beautiful
  1. Perfect Beauty Facial Foam
  2. Miracle Plankton Essence
  3. Advanced Facial Whitening Cream
  4. Magic Aura Cream




Perfect Beauty Facial Foam


Perfect Beauty Facial Foam
Perfect Beauty Facial Foam



Beauty Facial Foam Perfect (50 ml.) Pembersih wajah yang berbuih halus dengan Malus Domestica (Apple Stem Cell) dari Switzerland. Pembersihan lembutdan mendalam. Ianya mengekalkan  pH-Balance pada wajah serta melembabkan dan menyegarkan  wajah sehingga menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah.

Perfect Beauty Facial Foam
Perfect Beauty Facial Foam


Kaya dengan Vitamin A, Anti Penuaan B  dan  C . Ianya juga Kaya dengan Antioksidan seterusnya Meningkatkan Tekstur Kulit serta Menyihatkan Kawalan Kulit dan Mencegah  jerawat


Mempunyai Sijil/Logo Halal dari LPPOM MUI - Lembaga Pengkajian Pangan Obat obatan Dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia.

Mempunyai Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP)

Review Perfect Beauty Facial Foam


Cik iena suka akan haruman apple hijau yang menenangkan minda . Tekstur krim lembut bewarna hijau cair . Mempunyai Buih halus yang lembut untuk cucian lembut yang tidak merosakkan muka. Setelah mencuci wajah kulit akan terasa tegang tetapi lembab dan bebas minyak .

Penggunaan

Diamalkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Rating

7/10


La Felix Miracle Plankton Essence



La Felix Miracle Plankton Essence
La Felix Miracle Plankton Essence



Ingredient/ Kandungan La Felix Miracle Plankton Essence


  • Plankton
  • Comfrey
  • Cucumber
  • Wild Yam
  • Ginseng
  • Fomes Officinalis

La Felix Miracle Plankton Essence
La Felix Miracle Plankton Essence



Le Felix Miracle Plankton Essence (30ml)


Le Felix Miracle Plankton Essence menggukanakan teknologi  Life plankton 'pada konsentrasi tertinggi 5% . Ianya menggunakan tenaga GP4G untuk menunjukkan protein). Mempunyai kandungan kolagen sekitar 54% dan ianya mampu melindungi kulit dari UVB


Life Plankton Essence diguna sebagai sebagai serum , menyerap secara maksimum dan memberikan keberkesanan yang mendalam pada wajah..Penggunaan selama minima 14 hari  untuk anda dapat melihat dan merasa kulit yang baru dilahirkan .


Review La Felix Miracle Plankton Essence


La Felix Miracle Plankton Essence
La Felix Miracle Plankton Essence
Tekstur cecair likat bewarna putih kanji . Ianga mudah meresap ke wajah  . Dari segi haruman cik iena tak dapat describe haruman apa tapi haruman yang lembut .  Anda tidak perlu khuatir walaupun kandungannya ginseng namun harumannya Tidak berbau Ginseng dan berbau harum lembut.

Untuk cik iena kesan awal penggunaan keluar dua butir jerawat . Namun ini adalah perkara biasa jika kita menukar produk penjagaan wajah. Selepas itu kulit sepeti sediakala tiada jerawat dan tidak kusam.

Penggunaan

Diamalkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam selepas mencuci wajah.

 Rating 

8/10


Advanced Facial Whitening Cream



Advanced Facial Whitening Cream




Ingredient/ Kandungan Advanced Facial Whitening Cream


  • Vitamin C
  • Beta - Carotene
  • Soy Protein
  • Green Tea
  • Arbutin
  • Jojoba





Advanced Facial Whitening Cream
Advanced Facial Whitening Cream



Menggunakan Teknologi nano terkini yang mampu  menembusi jauh ke permukaan  kulit.  Sebagai fungsi anti-oksidan perlindungan untuk keputusan anti-penuaan yang unggul mengurangkan bintik gelap, melisma dan jerawat. Selain itu ianya menghidratkan dan mengembalikan cahaya semula jadi, kelembutan dan keanjalan wajah.


Review Advanced Facial Whitening Cream


Advanced Facial Whitening Cream
Advanced Facial Whitening Cream
Tekstur krim pekat likat. Agak melekit bagi cik iena tetapi ianya mudah meresap pada wajah. Krim bewarna peach cair . Berbau harum lembut dan tidak berbau green tea. Kulit terasa sangat lembab selepas mengaplikasikan krim ini.

Penggunaan

Diamalkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam selepas menggunakan Miracle Plankton Essense


Rating


6/10


 Le Felix Magic Aura Cream 


 Krim untuk mencerahkan dan memperbaharui sel-sel kulit yang rosak.


Le Felix Magic Aura Cream
Le Felix Magic Aura Cream


Ingredient/ Kandungan  Le Felix Magic Aura Cream 


Water, tartaric acid, C13-14 Isoparaffin, Laureth-7, Propylene glycol, Caprylic / Capric Triglyceride, Lactic Acid, Glycerin, Glyceryl stearate SE, Arbutin, Niacinamide, Etxoxydigiycol, Ascorbic acid, Dimethicone, Dianzolidinyl Urea, Methylparaben, Propylparaben, Perfume, C1 42053, Polyacrylamide.



Review  Le Felix Magic Aura Cream 


Tekstur krim pekat bewarna hijau tua yang mudah meresap ke wajah  dan haruman agak kuat dari haruman yang lain. 


Penggunaan

Diamalkan sekali sehari pada waktu malam.

 Rating

7/10




Baiklah selain daripada produk penjagaan wajah terdapat juga produk kosmetik yang cik iena cuba iaitu Le Felix Matte , 3D Eyelashe dan Le Felix CC Cushion And Whitening.


Le Felix Skincare and cosmetic
Le Felix  cosmetic


Le Felix Matte


Le Felix Matte
Le Felix Matte


Ultra Smooth Matte Lipsick

Le Felix Matte
Le Felix Matte
  • Lightweight
  • Moisturizing
  • Waterproof
  • High Definition Velvety Matte color


Review Ultra Smooth Matte Lipsick



Le Felix Matte
Le Felix Matte


Cik iena suka akan dua warna yang cik iena cuba . Warna sangat menonjol. Hanya sekali lapisan warna jelas kelihatan . Untuk Bibir cik iena yang kering cik iena perlu memakai pelembab bibir terlebih dahulu kerana cik iena kurang selesa memakai matte lipstick kerana teksturnya agak kering.


Le Felix Matte
Le Felix Matte(maaf takde colour code) - warna merah yang sememangnya kegemaran cik iena tona terang
Walaubagaimanapun mengikut ciri-cirinya mengatakan ianya melembab tapi tidak untuk bibir cik iena kerana cik iena sememangnya mengalami masalah bibir kering yang teruk . Jadi agak kurang sesuai memakai matte lipstick tanpa memekai pelembab terlebih dahulu

Le Felix Matte
Le Felix Matte (maaf xde colour code) Tapi cik iena suka warna ni nampak lembut sopan dan ayu
Walauapapun terpulang kepada anda. Pakai pelembab dan tidak kedua-dua warna yang dihasilkan cantik cuma cik iena lebih mementingkan keselesaan bibir cik iena :)
 

Le Felix Matte
Le Felix Matte

Rating

8/10


3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)



3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)
3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)


  • More Volume
  • Soft Feathery
  • NAtural Looking Shine
  • Reusable up to 20 times
  • Easy to apply

3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)

Review 3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)


3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)
Kedua2 mata menggunakan 3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)
Cik iena sememangnya penggemar bulu mata palsu dan sering memakai bulu mata palsu . Untuk bulu mata cik iena yang panjang. Hanya menggunakan mascara sebenarnya sudah memadai tetapi biasalah lumrah manusia. Cik iena gemar memakai bulu mata palsu jika ke majlis-majlis tertentu.

3D Eyelashes (Synthetic Mink Hair)
mata sebelah kanan cik iena menggunakan 3D Eyelashes dan mata kiri cik iena hanya menggunakan mascara. Menggunakan 3D Eyelashes kelihatan lebih lebat.

Dengan memakai 3D Eyelashes ini ,bulu mata kelihatan tebal dan anda tidak kelihatan seperti memakai bulu mata palsu. Itu yang cik iena suka dan paling cik iena suka ianya boleh di guna pakai sehingga 20 kali. Kebiasaannya bulu mata palsu cik iena yang lain hany dua ke tiga kali penggunaan sahaja berbeza dengan 3D Eyelashes ini.



Rating

8/10 (Natural look)


Le Felix CC Cushion And Whitening

Berfungsi untuk kecantikan di samping menjaga dan merawat kulit wajah.

Le Felix CC Cushion And Whitening
Le Felix CC Cushion And Whitening

Ingredient/ Kandungan Le Felix CC Cushion And Whitening


 Cetyl PEG/PPG-10/1 Domethicone, Beeswax, Neopently Glycol Diheptanoate, Cyclomethicone, Dimethicone, Ocytl methoxycinnamate, silica, talcum, titanium, beige, water, butylene blycol, Geogard LSA, fragrance.


Review Le Felix CC Cushion And Whitening

 Cik iena sangat suka CC Cushion ni kerana hasil yang sangat cantik. Solekan nampak nipis tapi cantik berseri serta flawless dan glowing. Ianya juga tahan lama. Cik iena gunakan untuk pergi pejabat dan juga guna untuk Majlis-majlis tertentu sepertu majlis perkahwinan dan sebagainya.

Le Felix CC Cushion And Whitening
Le Felix CC Cushion And Whitening
Sesuai digunakan setiap hari kerana selain untuk kecantikan luaran ianya juga untuk kecantikan dalaman dimana ianya membantu merawat kulit wajah dan juga melindungi dari sinaran UV.



 Rating

9/10


 Gambar cik iena di bawah dan diatas adalah menggunakan produk Le Felix . Cik iena sangat suka CC Cushion Le Felix ni tau . Kulit nampak Cantik semulajadi . Tak nampak solekan tebal .


Everyone Deserves To Be Beautiful
Everyone Deserves To Be Beautiful

Everyone Deserves To Be Beautiful
Everyone Deserves To Be Beautiful




Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : www.le-felix.com
Facebook : https://web.facebook.com/lefelix.official
Instagram : http://www.instagram.com/Le_felix_official













 


















Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve