Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU WHITE Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato


Memiliki kulit yang putih, halus dan mulus serta pinkish semestinya menjadi dambaan kaum wanita khususnya. Dewasa kini terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan yang bertujuan untuk mencerahkan wajah dan tubuh badan.

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato


Antara produk makanan tambahan yang bertujuan untuk mencerahkan menggunakan kolagen sebagai bahan utama . Tetapi tahukah anda Kolagen boleh menjadi pembunuh secara senyap atau perlahan.

Kolagen Pembunuh Dalam Senyap


Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit. Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?


Kolagen Pembunuh Dalam Senyap


Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg. Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Untuk pengambilan kolagen, pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu  kandungan kolagen dan dapatkan nasihat daripada pakar.

Selain daripada pengambilan Kolagen sebagai makanan tambahan untuk mencerahkan wajah dan tubuh, terdapat lagi produk pencerah lain yang boleh anda cuba di mana ianya berasaskan susu dan juga terkandung makanan sunnah di dalamnya iaitu Kurma dan Madu yang mana kita sendiri tahu betapa banyaknya khasiat makanan sunnah tersebut..

Susu pencerah yang cik iena maksudkan adalah MIRUKU Susu Campuran Kurma, madu dan Tomato.

MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato 


Ia merupakan minuman susu untuk kesihatan kulit yang kaya dengan ekstrak tomato dimana ianya membantu mencerahkan kulit serta melembabkan kulit agar kelihatan cantik.


MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato



Susu ini sedap diminum  kerana ianya Berperisa strawberry. Ia juga sesuai diminum oleh Lelaki Dan Wanita. Produk ini telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diklasifikasikan dalam kategori FDI (Food-Drug Interphase).


Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato






Ianya boleh diamalkan oleh semua golongan tidak kira muda mahulun tua serta wanita mahupun lelaki. MIRUKU WHITE menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Tomato, Kurma, Madu (Bahan Utama).

Miruku White merupakan susu tanpa kolagen yang bertujuan untuk memutihkan kulit secara sihat  dan sekata.. Selain untuk kecantikan ianya juga mengekalkan tenaga sepanjang hari

Bagaimana Susu Pemutih Miruku White Dapat Cerahkan Kulit Anda Secara Semulajadi ?


Dengan pengambilan  dua kali sehari setiap pagi dan malam sebelum tidur ia mampu mencerahkan kulit  secara semulajadi.  Ramuan yang terdapat di dalam Miruku White mengandungi khasiat yang tinggi terhadap tubuh badan.


Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato



Tomato

Tomato mengandungi banyak khasiat . Ianya mampu mencerahkan serta melembabkan kulit wajah serta mengurangkan kadar minyak yang berlebihan dan juga bertindak sebagai pelindung sinaran UV dan menghilangkan jerawat. .

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato

Madu


Madu mempunyai khasiat yang sangat banyak . Selain untuk kesihatan , madu juga bermanfaat kerana ia memiliki kandungan yang mampu mengikat zat air sehingga dapat menjadikan kulit gebu dan awet muda. Madu sangat efektif untuk mengecilkan pori-pori wajah.

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato


Kurma


Kurma mengandungi Vitamin A yang mampu menyingkirkan sel kulit mati serta Vitamin B5 yang mampu memperbaiki kulit rosak disebabkan oleh radikal bebas serta masalah dapat mengatasi masalah kulit.

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato
Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato

Buah Delima

Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

Cara Pengambilan Miruku White


Miruku White diambil dua kali iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Campurkan 2 skop Miruku White ke dalam 200ml air dan minum segera selepas di kacau sebati.
Pengambilan Miruku White yang konsisten mampu mencerahkan kulit seawal dua minggu .


Kesan Sampingan ?


Miruku White tidak menggunakan kolagen dan bahan berbahaya seperti merkuri , jadi ianya tidak mempunyai kesan sampingan . Penguunaan yang konsisten mampu mencerahkan kulit anda.





Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato




Review Miruku White


Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato

Secara keseluruhannya cik iena sangat menggemari rasa susu strawberi yang seakan-akan susu strawbery Dutch Lady . Kebiasaannya ada sesetengah susu yang rasa hamis . Berbeza dengan susu miruku white ini. Ianya tidak Hamis. Maafkan cik iena dalam video cik iena sebut tidak hanyir. Salah pula penggunaan perkataan tu :)

Kesan Miruku White ?


Selama tempoh pengambilan selama lebih kurang seminggu setengah cik iena merasakan perubahan warna kulit tubuh badan yang cerah . Untuk Cik iena kesan pada wajah agak lambat nampak berbeza dengan tubuh badan yang ketara perubahan warna .

Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato
untuk cik iena warna kulit tubuh lebih cepat cerah berbanding wajah. Maaf jerawat nan seketul itu jerawat setiap bulan (period)


Cik iena mengambil 2 skop sekali minum dan dua hari sekali tetapi adakalanya cik iena terskip . Untuk cara pengambilan cik iena ini Sebotol Miruku White bertahan untuk seminggu setengah :)

Mungkin sebab cik iena suka rasa susu ala-ala dutch lady adakalanya terlebih dua skop sebab sedap tapi cik iena tak perlu risau kerana ianya tidak mengandungi kolagen seperti mana yang kita pengambilan kandungan kolagen berlebihan boleh merosakkan buah pinggang kita.

Selain daripada itu apa yang cik iena perasan masalah resdung cik iena berkurangan . Hidung cik iena tidak gatal seperti sebelum pengambilan Miruku White . Cik iena mengalami alahan yang sangat teruk. Alah pada makanan laut, makanan yang gatal serta Alah pada habuk dan bulu kucing .

Setelah pengambilan Miruku White Hidung cik iena kurang gatal apabila memakan makanan yanng terlarang :D . Cuma alahan pada bulu kucing masih ada . Mungkin pengambilan konsisten selama 3 ke 6 bulan boleh hilangkan siapa tau kan :)


Video Review Miruku White




Adakah Cik iena akan beli lagi ?


Jawapannya Ya kerana cik iena suka akan Hasilnya dan juga cara pengambilan yang mudah. Hanya bancuh dua skop susu.  Tetapi untuk pengetahuan semua kesan pengambilan supplement atau makanan tambahan adalah bergantung kepada individu serta lifestyle seseorang itu .


Cerah Tanpa Kolagen Dengan MIRUKU Susu Campuran Kurma Madu Dan Tomato


Kepada anda yang masih tercari-cari produk makanan tambahan untuk mencerahkan kulit tanpa perlu risau kandungan kolagen berlebihan yang merbahaya anda sewajarnya mencuba Miruku White.


BELI MIRUKU di JOM BELI MIRUKU WHITE


Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : https://putihsampaipinkish.com/
Facebook : Miruku White Cikgu
Instagram : https://www.instagram.com/mirukuwhite_hq/



Frangipani Shampoo dari Lemongrass House syampu kelemumur terbaik


Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Cik iena yakin pasti ada dikalangan wanita diluarsana khususnya yamng memakai tudung mengalami masalah kelemumur yang teruk. Begitu juga dengan cik iena. Sejujurnya sejak tahun lepas selepas cik iena membuat rawatan rambut di sebuah saloon. Rambut cik iena didatangi masalah kelemumur yang sangat teruk. Mungkin kerana produk yang di gunakan oleh saloon tersebut tidak sesuai dengan cik iena.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House




Selepas daripada itu cik iena telah mencuba pelbagai jenis syampu . Ada diantaranya yang tidak memberi kesan lansung dan juga ada yang memberi kesan tetapi memakan masa dua ke tiga bulan untuk menampakkan hasil. Kemudian sekiranya berhenti ia akan datang lagi.

Frangipani Shampoo | Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House  


Baru-baru ini cik iena telah mencuba syampu natural dan organik dari Lemongrass House iaitu Frangipani Shampoo.

Review Frangipani Shampoo Lemongrass House


Syampu ini sememangnya sangat cik iena gemari kerana ia berhasil menghilangkan masalah kelemumur cik iena yang sangat teruk dalam masa dua ke tiga hari sahaja.

Dalam tempoh dua ketiga hari penggunaan kelemumur lansung tiada di rambut cik iena. Rakan cik iena sendiri tegur perubahan cik iena. Jika sebelum ini cik iena ke surau di pejabat untuk solat apabila cik iena menguruskan rambut, akan kelihatan kelemumur yang banyak jatuh pada baju , lagi-lagi jika cik iena memakai baju bewarna hitam atau gelap.


Frangipani Shampoo Lemongrass House
Frangipani Shampoo Lemongrass House

Sejujurnya sangat tidak selesa. Sudah pasti rasa gatal yang teramat. Alhamdulillah selepas menggunakan frangipani shampoo ini kelemumur hilang hampir 100% dan kegatalan pada kulit kepala serta masalah rambut gugur berkurangan. Mungkin sekiranya cik iena teruskan penggunaan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur juga boleh pulih :)


Jadi kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari syampu untuk masalah kelemumur anda boleh cuba frangipani shampoo dari lemongrass house ini. Tidak salah mencuba bukan? selagi kita tidak cuba kita tidak tahu akan hasillnya tambahan pula setiap orang akan mempunyai kesan yang berbeza. jadi berikhtiar lah. Cuba sampai jumpa syampu yang sesuai.

Harga  Frangipani Shampoo 120ml RM40 

 Lemongrass House


Selain daripada syampu terdapat banyak lagi produk keluaran Lemongrass House . Selain syampu, ntara yang cik iena cuba adalah  Thai Bergamot Soap Bar, Royal Lotus Conditioner dan Mandarin Orange Shower Gel . Untuk pengetahuan kesemua produk Lemongrass House adalah natural dan organik.


Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Untuk lebih banyak gambar lihat di Lemongrass House Malaysia

Pelbagai Pilihan Shampoo dan Conditioner

Di lemongrass house bukan sahaja syampu, conditioner juga ada di jual sekali. Terdapat pelbagai jenis pilihan shampoo dan juga conditioner .Sejujurnya cik iena juga agak rambang mata membuat pilihan.. Cik iena telah dibantu oleh jurujual kecantikan disitu untuk memilih shampoo dan conditioner yang sesuai.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
terlalu banyak pilihan syampu dan perapi, cik iena pun rambang mata


Review Royal Lotus Conditioner Lemongrass House

Royal Lotus Conditioner Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner Lemongrass House


Tidak lengkap syampu tanpa conditioner bukan? Maka dengan itu cik iena telah dicadangkan oleh jurujual kecantikan untuk menggunakan Royal Lotus Conditioner . Cik iena juga suka akan conditoner ini kerana haruman yang bertahan lama. Kenapa cik iena katakan haruman tahan lama kerana beberapa hari yang lepas cik iena sangat sibuk dan cik iena tidak sempat syampu rambut selama tiga hari. Tetapi rambut cik iena masih berbau harum seperti baru di cuci :)

Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House

Harga Royal Lotus Conditioner 120ml RM40


Review Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Sabun ini sesuai digunakan untuk mandian mahupun untuk membersihkan wajah. Cik iena juga menggunakannya untuk membersihkan wajah. Selepas mencuci wajah dengan sabun ini kulit akan rasa  bersih . Segala kekotoran akan hilang.




Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House

Cik iena suka sabun ini kerana minyak-minyak pada muka hilang serta solekan mudah dibersihkan tanpa menggunakan make up remover. Kebiasaannya cik iena akan menggunakan make up remover terlebih dahulu sebelum mencuci muka. Dengan sabun ini solekan anda mudah untuk di bersihkan. Selain itu ianya juga mempunyai buih yang banyak serta haruman yang menenangkan.

Tekstur Thai Bergamot Soap Bar
Tekstur Thai Bergamot Soap Bar

Apa yang cik iena perhatikan juga sabun ini  tidak mudah cair seperti sabun yang lain sekiranya di terkena air di dalam bilik air.  Sabun ini juga tahan lama . Untuk penjimatan potong sabun seperti yang cik iena lakukan.

Harga Thai Bergamot Soap Bar 200g RM40

Review Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House


Haruman Mandarine orange ini unisex sesuai untuk perempuan dan juga lelaki. Haruman mandarine orange ini sememangnya akan memberikan ketenangan ketika anda membuat sapuan pada tubuh anda. Kulit anta juga akan lembut dengan menggunakan mandian ini.

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

Harga Mandarin Orange Shower Gel 120ml RM40 

Selepas mencuba empat produk dari Lemongrass house sememangnya cik iena akui produk ini sangat bagus. Cik iena difahamkan oleh boss cik iena juga Lemongrass House merupakan jenama yang terkenal di Thailand. Pusat urutan yang bagus juga adalah lemongrass house.

Alkisah yang membuat boss bercerita adalah , hari ini cik iena dan rakan-rakan pejabat akan bercuti ke Bangkok, Thailand. Sewaktu sesi perbincangan , rakan pejabat ingin mencari pusat urutan yang memberikan perkidmatan yang terbaik dan boss cik iena bersuara mengatakan Lemongrass House. Cik iena tersenyum sendiri dan di dalam hati berkata  "patutlah produk ni berkesan dan ok rupanya produk ni agak polular dan menjadi pilihan boss cik iena yang cerewet di Thailand"




Lemongrass House


Wokay istimewa buat pembaca Blog cik iena  anda boleh dapatkan Butterfly Pea Hair Conditioner 60ml secara PERCUMA dengan pembelian RM100 dan ke atas untuk pembelian di kedai.Disamping itu anda juga layak menerima diskaun 5% tanpa pembelian minimum.  
  
  
Gunakan Kod promosi:  eliena-lgh.  
Kod promosi sah sehingga 30hb. Sept.



VIDEO REVIEW LEMONGRASS HOUSE

Jemput tonton cik iena membebel mengnai produk lemongrass house yang awesome ni (^_~)


 


Disini juga  cik iena ingin kongsikan serba sedikit mengenai Lemongrass House :)


Pengasas Lemongrass House - Dari Filem ke Aromaterapi


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Diasaskan oleh Bobby dan  Palita Duchowny, Lemongrass House merupakan pembekal dan penyedia produk spa buatan tangan terkemuka untuk hotel dan pusat spa bertaraf dunia.   Lemongrass House  terkenal sejak bertahun-tahun dari segi integriti, kreativiti dan kualiti.

Bobby dilahirkan di Malibu, Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, dia datang ke Thailand untuk tugasan filem, dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thailand,. Beliau telah memutuskan untuk menetap terus di Thailand. Beliau juga telah membangunkan kepakaran dalam pengekstrakan minyak tumbuhan tulen, dan telah lanjutan itu, beliau telah diberi ilham untuk mencipta satu jenama yang berasaskan dan berakar umbikan sumber alam di mana produk-produknya menggunakan bahan-bahan tulen yang diperoleh daripada sumber alam yang kekal.

Dengan menggunakan “”Neem Oil” sebagai racun serangga semula jadi, Bobby dan Palita menghasilkannya di dapur apartmen mereka di Bangkok dan menjualnya di Chatuchak Weekend Market di Bangkok.

Dari Chatuchak Market ke Pengiktirafan Antarabangsa



Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Tuah datang bergolek kepada mereka apabila UNICEF Thailand telah membuat tempahan produk yang besar untuk racun semburan nyamuk semulajadi mereka. Selepas itu, sebagaimana yang mereka katakan, adalah sejarah sehinggalah kejayaan mereka hari ini. Lemongrass House semenjak itu telah dipaparkan dan di war warkan sebagai "Yang Terbaik di Asia" dalam majalah TIME, Conde Nast Traveler dan The New York Times.

 

 

Pembekal kepada Hotel dan Spa Bertaraf 5 dan 6 Bintang

Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
antara haruman diffuser yang menjadi kegemaran cik iena

Dengan latar belakang dalam aromaterapi yang diperolehi di Amerika Syarikat, rangkaian produk Lemongrass House telah berkembang dengan pesat sekali. Dari gerai yang ringkas di Chatuchak Weekend Market, Lemongrass House kini mempunyai 40 cawangan runcit di 11 buah negara. Produk kami diedarkan di 55 negara di seluruh dunia, di lebih 480 hotel dan spa bertaraf 5 dan 6 bintang. 

100% Produk Semulajadi dan Mesra Alam



Lemongrass House
Lemongrass House pada masa ini menghasilkan lebih 1,200 produk spa dan penjagaan badan, kesemuanya buatan tangan, pada kuantiti satu kilogram pada satu-satu masa. Produk-produk dihasilkan di outlet utama kami di Phuket, Thailand. Kesemua produk dibuat menggunakan minyak pati dan bebas daripada parabens, sulfat, pewarna, minyak wangi, dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Lemongrass House mempunyai komitmen yang tinggi kepada alam sekitar, di mana ia boleh dilihat dalam setiap aspek syarikat kami. Hanya bahan-bahan segar dan yang paling asli (bebas bahan kimia) digunakan dalam produk kami. Premis kedai kami direkabentuk dengan latar belakang kayu asli dan rak. Bahan-bahan pembungkusan produk-produk kami diperbuat daripada bahan kitar semula 100%.

 

Pemenang Anugerah Produk Spa Buatan Tangan Telah Tiba Malaysia


Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dan penyelidikan saintifik dalam aromaterapi, jenama Thailand terkenal di peringkat antarabangsa ini telah tiba di Malaysia, diedarkan secara eksklusif oleh Little Empire Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Lemongrass House


Menempatkan pelbagai minyak pati, mandi & badan, penjagaan muka, penjagaan rambut, kanak-kanak & penjagaan bayi, penjagaan haiwan peliharaan, aromaterapi rumah, teh herba dan racun penghalau serangga semulajadi, Lemongrass House disebut-sebut sebagai produk buatan tangan spa yang ulung dan terbaik untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam aromaterapi.

Lemongrass House Malaysia terletak di F102B, Tingkat 1, Pusat Beli Belah 1 Utama Old Wing, dibuka pada November 2016.


Antara Produk Lain di Lemongrass House


Lemongrass House
pelbagai pilihan shower gel


Lemongrass House
pelbagai pilihan diffuser

Lemongrass House
pelbagai pilihan hand soap

Lemongrass House
Baby massage oil

Lemongrass House
Body mAssage


Lemongrass House
Towel cologne

Lemongrass House
soap bar


Lemongrass House
Tea

Lemongrass House
herbal compress



Lemongrass House
body butter

Lemongrass House
Toning face mask




 Menarik bukan? terdapat banyak lagi produk keluaran lemongrass house, cik iena tak sempat ambil semua . Untuk lebih banyak gambar lihat di  Lemongrass House Malaysia



Kepada anda di luar sana yang ingin  mencari rakan kongsi spa atau menjual produl lemongrass house di seluruh Malaysia.  anda boleh hubungi mereka di talian  013-333 6807 untuk maklumat lanjut.

Untuk Maklumat Lanjut :




Nota Blog : Cik iena harap cik iena jumpa Produk Lemongrass House di Pratunam atau Platinum Bangkok . Tahun sebelum ni cik iena ke Chatuchak tapi tahun ni takde dalam itinerary. Agak sedikit sedih la sebab cik eina suka shopping di chatucak . Sekiranya jumpa cik iena akan beli lagi sebab produk ni memang bagus :)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?


Betul ke Whipping Cream Boleh cerahkan Kulit wajah? Mendengarkan namanya yang cukup unik buat cik iena tertanya-tanya produk apakah ini. Adakah ia sejenis produk masakan yang serbaguna sehingga boleh di gunakan sebagai penjagaan kulit wajah dalam seharian.
 WHITE IN WHIPPING CREAM

Sebenarnya ianya sejenis produk penjagaan wajah bukan lah produk masakan. namun namayang di berikan cukup membuat cik iena tertarik dan tertanya-tanya mengenai produk ini dan apakah keistimewaannya.
Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit mengenai whipping cream ini.  




WHITE IN WHIPPING CREAM 


WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya merupakan produk keluaran G9 SKIN . Digunakan untuk mendapatkan kesan tona kulit lebih cerah dengan lebih pantas namun ianya akan hilang selepas di cuci . Walaubagaimanapun penggunaan yang konsisten akan mencerahkan lagi tona kulit wajah anda.



CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

  • Professional Whitening
  • Soft Whipping Cream Texture
  • Skin-Blurring Effect
  • 9 Whitening Ingredients
  • 9 Moisturizing Ingredients
  • Anti-Wrinkle Adenosine

CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



KEBAIKAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

 CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM TEXTURE

WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya bertekstur lembut seperti whipping cream namun perlukan sapuan yang sekata untuk memastikan kesan yang cantik pada wajah. Sekiranya tidak sekata ianya akan kelihatan bertompok-tompok. Dinasihatkan keringkan wajah terlebih dahulu sebelum memakai whipping cream ini.

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PACKAGING


WHITE IN WHIPPING CREAM
Pembungkusan yang cukup mencuit hati cik iena. Cik iena sememangnya penggemar pink. Konsep warna pink putih yang di gunakan sememangnya sangat comel dapat menarik perhatian umum terutama kaum hawa yang majoritinya menggemari warna pink. Tambahan lagi pembungkusan kotaknya juga sama seperti whipping cream .


G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PRICE


Whipping Cream ini di jual pada harga RM78 .
Untuk pembelian secara online anda boleh terus klik disini

WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?


CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Ianya boleh digunakan pada waktu siang sebagai asas solekan ataupun pada yang tidak gemar bersolek ianya boleh menggantikan BB Cream anda kerana iena mempunyai fungsi kecantikan yang sama iaitu menaikkan tona kulit wajah supaya cerah berseri.

REVIEW G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Cik iena telah menggunakan whipping cream ini selama 6 Hari . Secara keseluruhannya ianya berkesan untuk mencerahkan secara sementara tetapi penggunaan berterusan dan konsistem mampu merawat dan mencerahkan kulit wajah.





Dari segi tekstur cik iena suka kerana lembut tetapi perlu teliti ketika mengaplikasikannya kerana dari pengalaman cik iena menggunakannya ianya lambat meresap ke dalam kulit wajah.
Cik iena merupakan seorang yang terus mengenakan cream muka selepas mandi jadi di sebabkan teksturnya sukar meresap (memakan masa berbanding cream lain)  cik iena perlu memastikan kulit wajah betul-betul kerinng terlebih dahulu ataupun cik iena perlu usap krim lama-lama pada wajah bagi memastikan tona nya sekata. Namun setelah meresap hasilnya memuaskan sama seperti BB Cream yang lain.


Okay di bawah cik iena tunjukkan gambar sebelah kanan wajah tanpa whipping cream dan sebelah kiri wajah menggunakan whipping cream bagi membezakan tona kulit wajah selepas mengaplikasikan whipping cream ini.



Berikut pula kedua-dua bahagian telah diaplikasikan whipping cream

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM








G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM SESUAI UNTUK ANDA YANG..

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



Kepada yang berminat untuk mencuba ianya boleh di beli secara online di


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari 


Website : www.vline.com.m
Facebook: @G9skinMY
Instagram: @g9skin_malaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve