Untuk pengetahuan Kellie's Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.
Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Sejarah Kisah Pembinaan Dan Misteri Kellie’s Castle
Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Pada
kurun ke 19 , Batu Gajah terkenal sebagai kawasan pengeluaran bijih
timah serta getah yang utama di negeri Perak dan Tanah Melayu.
Disebabkan itu, ramai usahawan dari eropah yang datang ke kawasan ini
untuk melabur dan membuka ladang-ladang serta lombong bijih timah
disini. Diantara orang eropah yang datang untuk mencuba nasib menjadi
taikun perladangan getah di Batu Gajah ini ialah William Kellie Smith.
Untuk memasuki banggunan ini anda permu membayar RM5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak bagi
warganegara Malaysia manakala bagi foreigner adalah RM10 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak.
Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Jika anda
parking didalam kawasan pengurusan Kelly's castle anda perlu membayar
parking RM2 pada penjaga parking yanga akan datang kutip duit setibanya
anda di tempat parking . Terdapat satu lagi parking yang agak jauh. Cik
iena rasa parking ini mungkin percuma.
Gambar disekitar Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Bukit Berekeh atau dikenali juga dengan nama Bukit Botak merupakan antara destinasi yang menjadi perhatian para pendaki. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,940 kaki atau 454 meter. Ia amat popular dengan pendaki kerana di Bukit Berekeh terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik pada setiap puncak.
Bagaikan langit di sore hari Berwarna biru sebiru hatiku
Untuk pengetahuan Bukit Berekeh ini terletak di Kampung Bawong, Lasah di Sungai Siput, Perak. Walaupun lokasi ini tidak diketahui umum, namun ianya tetap menjadi tumpuan para pendaki untuk datang ke Bukit Berekeh kerana pemandangan yang indah dan menarik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak. Suasana ini sememangnya akan menawarkan satu panorama yang cukup indah untuk diamati.
Sekiranya bernasib baik juga anda akan dapat melihat pemandangan awan karpet ketika berada di puncak bukit berekeh. Baru-baru ini Cik iena dan rakan-rakan serta adik, berkesempatan mendaki Bukit Berekeh.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Rancangan asal adalah dicadangkan oleh rakan pejabat iaitu Daniel dan rakan . Beliau merupakan foreigner yang bekerja di Syarikat tempat CIk iena bekerja. Kami sering melakukan aktiviti pendakian bersama. Malangnya beliau batalkan atas sebab-sebab peribadi. Walaubagaimanapun kami masih meneruskan misi ini kerana tarikh telah dirancang dan terdapat plan lain lagi. Memandangkan Cik iena sentiasa sibuk , untuk cari tarikh lain agak sukar. Jadi kami teruskan rancangan walaupun hanya 5 orang.
Kali ini Cik iena ke Bukit berekeh bersama rakan pejabat iaitu Zai, Adik Cik iena iaitu Deqnor dan dua rakan deqnor iaitu Dalilah dan Shazni.
Kebiasaannya Cik eina akan mendaki beramai-ramai bersama rakan, memandangkan lokasi agak jauh dan ramai yang tiada kenderaan jadi Cik iena cuma boleh ajak kawan yang lain jika cukup kenderaan. Maaf buat teman yang lain sebab tak dapat bawa semua. Insya Allah Cik iena upgrade kereta MPV then bagi dekno kereta Cik iena. Nanti lepas ni kita boleh pergi ramai-ramai.
Ni antara rakan hiking yang tak pernah cancel plan ;) . haha nak perli mat dan ke tu iena oit
Kenapa Zai ? agak pelik Cik iena dengan soalan ini bila Cik iena ajak kawan yang ada kenderaan yang lain pergi . Mungkin mereka masih baru dan tak tau kami sememangnya dari awal Zai masuk kerja dah outing mendaki bersama rakan-rakan pejabat yang lain. Sebelum ini Cik iena memang selalu outing mendaki bersama rakan-rakan pejabat. Namun ada diantara rakan pejabat lain yang sudah berkahwin dan yang sudah berteman wanita sudah tidak sertai kami mendaki.
Jadi jika nak mendaki ke mana-mana sememangya antara geng terawal akan diajak dahulu terutama yang tidak pernah batalkan rancangan dan setiasa meneruskan rancangan walaupun adakalanya trip yang dirancangkan seramai 11 orang dan bearkhir dengan 4 orang. Namun rancangan tetap diteruskan dengan adanya orang-orang yang berpegang teguh pada janji. Cewaahhh gitu. Jadi harap yang lain faham. Siapa yang kenal Cik iena akan tau Cik iena jenis berpegang pada janji dan maka dengan itu juga Cik iena suka berkawan dengan orang yang berpegang pada janji.
Persiapan Sebelum Mendaki Bukit Berekeh.
Sudah pastinya perlu ada persiapan sebelum mendaki mana-mana bukit. Membaca blog mahupun gambar yang di post oleh pendaki di laman sosial media. Untuk pendakian ke Bukit berekeh ini Cik iena ada komen pada gambar-gambar pendaki Bukit berekeh di laman instagram tentang pendakian ke Bukit Berekeh.
Puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Pertama sekali sudah tentu soalan yang ditanya adakah perlu permit?
Menurut pendaki yang Cik iena tanya dan juga Guider atau pemandu arah , untuk mendaki ke Bukit Berekeh tidak memerlukan permit cuma perlukan Guider untuk membawa pendaki mengikuti trek yang betul untuk sampai ke Bukit Berekeh.
Ini adalah bagi mengelakkan pendaki dari sesat. Terdapat banyak laluan untuk ke puncak bukit berekeh jadi amat perlu untuk anda mendapatkan khidmat Guider. Di penghujung artikel Cik iena akan kongsikan nombor talifon dan social media khidmat guider yang Cik iena guna.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Nombor talifon guider tersebut cik iena perolehi daripada salah seorang pendaki yang pernah mendaki Bukit berekeh di ruangan komen gambar Bukit Berekeh yang beliau muatnaik iaitu saudara @iizwanwann .
Selepas mendapatkan maklumat mengenai pendakian. Cik iena dan rakan-rakan mennyusun aturcara kami sepanjang berada di negeri Perak. Kami kesini bukan sahaja mendaki tapi juga bersiar-siar di sekitar tempat menarik di Perak untuk memenuhkan aktiviti kami supaya percutian ini menjadi lebih menarik dan sentiasa menjadi ingatan.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Sebelum aktiviti mendaki, kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Perak pada hari sabtu 13 julai 2019 selepas subuh. Selepas menjemput kesemua rakan kami menerukan perjalanan ke tempat-tempat menarik yang talah kami rancang dan kemudian check in ke homestay di Sungai Siput lebih kurang jam 6.23 petang. Kami berehat sebelum memulakan pendakian pada awal pagi ahad.
Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
Untuk misi pendakian ini kami memilih Azila Homestay yang terletak di Taman Orkid, sungai siput Perak. Jarak dari homestay ke Kampung Bawong lebih kurang 30 minit. Sebelum membuat tempahan Cik iena meminta kebenaran untuk check in lewat dan check out lewat kerana kami perlukan rumah ini untuk berehat sebelum dan selepas mendaki.
Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
Kami Check out juga pada lewat petang . lebih kurang jam 6.30 juga pada hari ahad. Setelah selesai mendaki dan makan tengah hari, kami pulang ke homestay untuk membersihkan diri dan juga berehat sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Untuk tempahan Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
019-642 6707 atau 019-570 6954 .
atau boleh booking di http://bit.ly/azilahomestay . Semasa Cik iena booking menerusi airbnb harga satu malam adalah RM 162.58 termasuk servis fee lain.
Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
Rumah ini mempunyai 4 bilik jadi ianya besar dan sesuai untuk anda yang bergerak dalam kumpulan yang besar. Ruang tamu dan dapur juga besar. Sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk berehat sebelum dan selepas mendaki Bukit Berekeh bagi pendaki yang datang dari jauh.
Misi Mendaki Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak Ahad 14 Julai 2019
Kami mula berkumpul di tempat berkumpul iaitu di Masjid Bawong pada jam 2 Pagi tanggal 14 Julai 2019. Guider akan tunggu disini dan taklimat ringkas akan diberikan disini. Sebelum memulakan pendakian, sesiapa yang ingin menunaikan hajat bolehlah melepaskan hajat di sini. Kalau dalam hutan nanti susah nak melepaskan hajat.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Lebih kurang jam 2.30 pagi kami memulakan perjalanan untuk ke jalan masuk Bukit Berekeh. Pada yang tidak tahu jalan memang agak sukar kerana anda tidak tahu dimana jalan masuk dan dimana perlu parking kereta lagi-lagi jika anda diantara orang terawal yang naik. Jadi khidmat guider amat diperlukan.
Asal penat je berhenti recharge energy, ambil gambar boleh bagi tenaga tau.:)
Kami parking di tepi jalan sahaja sebelum memulakan pendakian. Jam 2.48 pagi kami mula mendaki dari tepi jalan tempat kami parking kereta.. Pendakian awal di laluan ladang kelapa sawit yang baru ditanam. Laluan naik bukit berterusan dan sedikit berpusing yang pastinya membuat anda penat. Awal lagi dah penat. Tapi memandangkan kami naik awal jadi tidak perlu rushing untuk sampai ke puncak. Jalan santai-santai sahaja. Jika penat kami berhenti.
Geng Hiking Bukit Berekeh Sungai Siput Perak
Puncak Pertama Bukit Berekeh
Lebih kurang jam 4.00 pagi kami sampai di puncak yang pertama . Kami mengambil masa 1 jam 18 minit untuk ke Puncak satu termasuk berhenti berehat dan bergambar disepanjang perjalanan. Ambil gambar disepanjang perjalanan tu adalah terapi kami supaya lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan..
Puncak pertama Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Memandangkan kami mula mendaki pada waktu awal pagi jadi tidak panas, cuma penat sahaja. Penat nya juga mangkin tidak sepenat mendaki ketika waktu siang. Pada waktu siang keadaan di bukit ini sangat panas kerana de setiap lima puncak tiada pokok-pokok untuk berlindung dari terik matahari.
Puncak kedua Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Perjalanan di teruskan dari puncak pertama sehingga puncak terakhir iaitu lima. Perjalanan dari puncak pertama ke puncak kedua dan puncak kedua ke puncak ketiga serta ke empat adalah katagori biasa dan tidak terlalu tinggi. Manakala perjalanan dari puncak ke empat menuju puncak ke lima iaya lebih curam berbanding puncak-puncak sebelumnya.
Puncak ketiga Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Disetiap puncak juga, batu-batu yang terdapat disitu mudah terjatuh. Bak kata guider kami "loose rock". Jadi anda perlu berhati-hati ketika mendaki kerana khuatir akan tergelincir bersama batu yang mudah terjatuh tersebut.
Adalah dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai iaitu kasut Hiking supaya kasut anda dapat grip atau mencengkam permukaan tanah dan batu dengan baik. Walaubagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan "loose rock".
Puncak keempat Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Diantara pendakian dari puncak pertama sehingga yang terakhir kami akan berhenti untuk berehat seketika sambil bergambar memandangkan masih awal lagi untuk melihat sunrise.
Puncak ke Lima Bukit Berekeh.
Kami tiba di Puncak ke lima Bukit Berekeh lebih kurang jam 5.00 pagi. Suasana masih gelap lagi. Sementara menunggu matahari terbit kami berehat seketika dan makan makanan yang kami bawa. Suasana diatas puncak ini ketika jam 5 pagi teramat sejuk. Dinasihatkan untuk anda membawa baju sejuk mahupun seluar lebih untuk anda pakai ketika di puncak ini sekiranga anda mendaki seawal jam 2.30 pagi.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Cik iena sendiri walaupun telah membawa baju sejuk , tetap berasa sejuk yang teramat sangat . Sampaikan terpaksa pinjam tuala adek untuk tutup kali. Cik iena gunakan dua tuala untuk selimut disamping baju sejuk yang Cik iena bawa.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
berehat sebelum menikmati permandangan indah matahari terbit
Jam 6.30 pagi cik iena dan rakan-rakan sudah mula bersiap sedia untuk mengambil gambar matahari terbit dan gambar-gambar permandangan serta suasana di puncak bukit berekeh ini.
Suasana yang sukar digambarkan. Rasa tenang dan saat ini rasa rindu sangat suasana diatas bukit ini.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Matahari terbit sekitar jam 7.20 pagi 14 Julai 2019. Pada masa ini semua pendaki sibuk merakamkan gambar matahari terbit yang cantik. Pelbagai ragam pelbagai gaya termasuk Cik iena dan kawan-kawan.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Puncak 5 Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Setelah puas mengambil gambar kami mula turun kebawah jam 8.00 pagi
dan tiba di bawah lebih kurang jam 11 tengah hari. Perjalanan pulang
lebih lama kerana kami sibuk mengambil gambar pemandangan indah diwaktu
siang di sepanjang perjalanan turun. Berikut Cik iena kongsikan sebahagian gambar semasa turun. Banyak lagi gambar yang diambil akan dimuat naik di facebook.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Secara
kesuluruhannya kami mengambil masa dua jam setengah untuk naik dan tiga
jam untuk turun. Mungkin pada yang dah biasa tidak sampai dua jam pun
untuk mendaki dan 1 jam untuk turun. Disebabkan kami dikatagorikan geng
lembab dan geng gila gambar maka memang kami akan memakan masa yang
lama untuk mendaki dan menurun.
Perkhidmatan Guider Bukit Berekeh
Alhamdulillah kami dapat guider yang sangat baik dan sporting di
sepanjang perjalanan naik dan turun. Walaupun kami agak lambat dan
pelbagai ragam bergambar. Mereka tabah melayani karenah kami. Kepada
anda di luar sana yang ingin mendaki Bukit Berekeh Cik iena mencadangkan
untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Bergambar bersama guider yang sporting
Perkhidmatan guider ini kami gunakan perkhidmatan dari dua sahabat
baik iaitu Safwan n ikhwan.. Keduanya merupakan pendaki tegar yang boleh
dikatakan setiap minggu mendaki. Mempunyai banyak pengalaman.
Ikuti laman sosial mereka @safuan_ariffin dan @ikhwanmohammed atau hubungi ikhwan di taliain 017-545 3045
atau khalil ditalian 012-437 8157
Sepanjang
perjalanan juga kami di hiburkan dengan pelbagai lagu dari pelbagai
genre oleh safwan. Telatah safwan memang dapat menghilangkan sedikit
rasa penat. Antara lagu yang sentiasa dinyanyikana oleh safuan adalah lagu bagaikan langit dari potret.
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti kabar yang aku tunggu
Peluk dan cium hangatnya untukku
Oh, asmara
Yang terindah mewarnai bumi
Yang kucinta menjanjikan aku
Terbang ke atas ke langit ketujuh
Bersamamu
Seronok dengar safuan nyanyi kami pun jadi terikut sama. Lepasni jika dengar lagu ni pasti kami akan teringat kenangan semasa mendaki di Bukit Berekeh bersama guider yang cukup sporting iaitu ikhwan dan safuan. Safuan yang pada asalnya lebih pendiam dari ikhwan menjadi lebih peramah dan menghiburkan semasa kami sampai di puncak dan semasa perjalanan turun.
They are the best guider in town :)
Kalau panjang kata lebih panjang artikel cik iena. Pendek kata mereka memang guider terbaik. Cik iena amat cadangkan kepada anda yang ingin mendaki ke bukit berekeh menggunakan perkhidmatan mereka. Insya Allah dijamin puas hati. Harga yang ditawarkan untuk seorang pendaki juga boleh dikatakan murah bagi Cik iena iaitu RM10.
Memandangkan kami cuma berlima dan perkhidmatan mereka sangat kami suka dan kami sangat terharu kerana mereka bertabah melayani karenah kami yang lambat dan suka bergambar jadi kami berpakat untuk memberi lebih. kami kali dua. Tak rugi pun bagi lebih dari yang di caj sebab mereka guide jan jaga kita dengan baik.
Berikut merupakan itinerary yang kami perolehi dari guider semasa mula-mula ingin membuat pertanyaan mengenai bukit berekeh.
EKSPLORASI SUNRISE BUKIT BEREKEH, SUNGAI SIPUT PERAK
📆Day : Sunday
🎬Date : 14 July 2019
🏔 Hight : 454 Meter
🧗🏽♂ SunRise Day pax
🥪 Ration : Self
💵 Payment : RM 10.00
📌 12.00am :kita meetpoint di exit Kuala Kangsar.dari situ nk ke meetpoint kedua di Hospital Sg Siput berjarak 25km..
📌 di Spital Sg Siput..
Dari Hospital Sg Siput ke Masjid Bawong/Berekeh 40km..(mungkin xde line diperjlanan)
MASA / WAKTU
meet point tol Kuala Kangsar 12.00am..
⏰02.00 pagi mesti berada di paking masjid Bawong.Toilet-persiapan.Takkimat
⏰2.30 pagi mula pendakian.Take-5.Re-group ontrek.
⏰5.00 pagi dijangka sampai puncak
⏰06.00 pagi sarapan / bergambar / rehat / solat / menikmati alam semula jadi.
⏰8.30 pagi .Kemas kawasan.mula penurunan.Selpie on trek
⏰10.30 pagi .Sampai bawah .Kemas diri dan besurai.
⌚2 jam 30 minit pendakian, 2 jam 30 minit penurunan ( slow2 )..termasuk selpie..snap pic..
Balik tu..kita singgah di Karai,K.Kangsar..Jambatan Victoria
satu lg..berkemungkinan sejuk bila kita dah sampai puncak awal..sediakan yg patut...
Baju Persalinan
Headlamp n Batery
Raincoat..
Air mineral 1-1.5L..
Pakaian yg sesuai
Kasut Hiking
Dalam ititnerary ni memandangkan kami setengah jam lewat sampai dari rancangan awal. Lewat setengah jam jadi kami tak ke Jambatan Victoria. Perut dah lapar. Kami terus pegi makan dan balik berehat di homestay.
Antara gambar pendaki yang berada di puncak bukit berekeh pada awal pagi 14 julai 2019 termasuk Cik iena dan rakan-rakan
Tips Mendaki Bukit Berekeh
Hiking awal pagi kalau boleh sebelum waktu subuh untuk menikmati permandangan sunrise.
Pakai topi untuk elakkan cahaya matahari terkena terus ke kulit.
Pakai pakaian yang sesuai jangan pakai seluar jeans.
Bawa beg dan isikan air mineral. Cik iena cadangkan bawa 3 botol air mineral 600 ml sebab jika habis satu boleh kemek-kemekkan botol dan simpan. Jangan tinggalkan sampah diatas bukit ya. Tiada tukang kutip sampah disini.
Bawa Coklat atau sneakers untuk tenaga.
Bawa sarapan pagi untuk makan di puncak. disarankan bawa yang mudah disediakan dan dimakan. Dan pastikan bawa pulang kesemua sampah.
Bawa tuala kecil semasa mendaki, digunakan untuk mengelap peluh semasa mendaki. Bawa tuala besar, digunakan untuk mandi selepas mendaki jika perlu.(letak dalam kereta je)
Jangan mendaki seorang diri atau dengan orang yang tidak ada pengalaman.
Jangan dikejarkan puncak walaupun ianya dekat. Keselamatan dan nyawa adalah lebih penting.Biar lambat asal selamat.
Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu, jangan membakar apapun selain semangat
Bawa tikar atau lapik untuk berehat di atas bukit.
Anda juga boleh membawa dapur kecil untuk memasak dan pastikan anda kemas semula dan bawa samppah turun bersama anda :) .
Bawa baju sejuk dan seluar tambahan jika anda mendaki seawal jam 2.30 kerana cuaca d puncak sangat sejuk.
Bawa head lamp untukmemudahkan pendakian.
Secara keseluruhannya Cik iena sangat enjoy misi pendakian kali ini. Pengalaman yang sangat sukar untuk di lupakan.Anda diluar sana yang minat aktiviti seperti ini. Boleh jadikan Bukit Berekeh sebagai salah satu lokasi pendakian.
New Update : Bila Cik iena share semula artikel hiking ni di social media ada yang tanya mana Cik iena beli Skirt Hitam yang Cik iena pakai tu. Untuk Pengetahuan Cik iena beli Secara Online di Women's Trail Running Short - Black.
Bukan sahaja skirt, banyak lagi barang sukan yang anda boleh beli di Decathlon termasuk lah peralatan hiking. Jika tiada masa untuk kunjungi cawangan Decathlon anda boleh beli secara dalam talian di Decathlon
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com