beberapa hari yang lepas cik iena berkesempatan untuk hadir "Sulwhasoo Perfecting Cushion Brightening workshop" yang diadakan di JW MArriot Hotel Kuala Lumpur. Menampilkan make up artist daripada Korea, iaitu Jamie Yoon. Cik iena sangat enjoy sebab tak sedar masa berlalu cepat. Tau-tau dah habis .
Walaupun Jamie Yoon bercakap dalam bahasa Korea , ada penterjemah ke bahasa inggeris di sediakan . Pakai penterjemah ni lambat la sikit kan action dan penerangan tu . Tapi sangat seronok sampai tak sedar masa dah tamat
(T__T)
Cik iena tak ambil gambar sewaktu bengkel ni dijalankan tapi Video.
Selepas hadir bengkel ni baru lah cik iena tau rupanya cara orang korea dan malaysia make up lain . Patut lah muka dorang nampak glowing je.. Natural tak tebal make up nya.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk kecantikan sulwhasoo boleh lihat
Beberapa hari sebelum puasa, cik iena dan keluarga sempat meluangkan masa bersama-sama berkelah di dusun kepunyaan keluarga ayah cik iena. Dusun tu kebiasaannya di huni sanak saudara dan teman-teman apabila musim buah. Tapi kami tak kira musim atau tidak memang suka mandi sungai di dusun. Rase tenang je. air pun bersih. Cuma kali ni air tak sejernih selalu sebab pada sebelah pagi hari hujan. Maka air agak keruh sedikit tapi tak la keruh sangat masih boleh mandi.
Kebetulan masa kami datang buah durian dah pun berbuah, dah besar tapi belum masak lagi. Memandangkan dusun tiada orang yang datang maka monyet bermaharajalela menjatuhkan durian durian muda tersebut
Hah ni semua durian muda yang enchik monyet jatuh kan
Selepas bersiar-siar melihat durian, cik iena memetik pucuk paku pula.
Rindu pulak zaman kecik-kecik masa sekolah cik iena memang suka cari pucuk paku dan jual.
Almaklumlah cik iena datang dari keluarga yang kurang mewah . Cik iena dari kecil memang dah pandai berdikari cari duit. Selain cari pucuk paku, pucuk ubi dan jual . Cik iena juga ade menjual hasil-hasil hutan yang lain di pasar mahupun ke rumah rumah. Haaa bangganya dapat tolong meringankan beban keluarga tau . Sekurang-kurangnya nak beli jajan ke itu ini pakai duit sendiri. Sebab tu cik iena dah biasa hidup susah ni . Dapur tu boleh je berasap kalau duk kampung lah . Kalau duk bandar ni payah sikit nak cari hasil2 hutan yang boleh dimakan ni
Bila ratu selfie dah pegang kamera hp pasti banyak koleksi gambar yang diambil. Haaa ni awek adik lelaki cik iena ni memang lagi kuat selfie dari cik iena . Memang kalah lah cik iena dengan dia.Tang selfie2 bagi dia je :) Masa ni kenduri arwah dan sambut puasa family abah di taman genting permai batang kali.
Hi, I’m Iena — a Malaysian lifestyle blogger with more than a decade of blogging experience.
Through Iena Eliena’s Blog, I share my personal experiences, favourite food spots, beauty and fashion finds, travel adventures, events and everyday moments. I also enjoy capturing beautiful memories and sharing them with my readers and social media community.
For event invitations, product reviews, media features or brand collaborations, please contact me at: iena(@)ienaeliena(.)com