Grab The Promo
Grab The Promo

MEMILIH UBAT GIGI YANG SESUAI



Bagaimana memilih ubat gigi?
Terdapat banyak jenis ubat gigi di pasaran sekarang. Yang mana satukah sesuai untuk anda? Adakah anda membeli ubat gigi jika ubat gigi harganya murah? Atau jika mendapat barangan percuma? Pernahkah anda melihat kandungan ubat gigi yang anda beli? Pernahkah anda tertanya-tanya adakah ubat gigi ini berkesan? Adakah anda percaya segalanya yang anda lihat di dalam iklan di tv?


Ubat gigi yang mempunyai fluoride 
Sebenarnya, apa-apa jua ubat gigi yang mempunyai fluoride boleh digunakan oleh anda. Fluoride ini dapat mencegah gigi anda daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.

Untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif
Mereka digalakkan menggunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif seperti Sensodyne, Colgate Sentitive dan lain-lain. Ubat gigi-ubat gigi ini mempunyai bahan aktif di dalamnya seperti Strontium chloride, potassium nitrate dan sebagainya yang bertujuan untuk menghalang gigi dari sensitif dengan:

-membuat satu lapisan yang boleh menutup lubang-lubang halus pada gigi
- mengendalakan isyarat sakit dalam gigi anda

Dengan menggunakan ubat gigi tersebut, dan juga menjaga dari memberus gigi dengan kuat dan menggunakan berus gigi lembut maka gigi sensitif dapat dikurangkan atau di hilangkan.
Bagaimana pula dengan ubat gigi pemutih? (Whitening toothpaste)
Ubat gigi pemutih tidak akan membuat gigi anda bertambah putih. Ia bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan kekotoran berwarna (stain) pada gigi yang berpunca dari rokok, atau minuman berwarna seperti kopi, teh atau milo. Gigi anda memang berwarna sedikit kekuningan disebabkan warna lapisan dalam gigi (dentin) adalah kuning. Jadi jika anda beranggapan bahawa dengan menggunakan ubat gigi pemutih akan menjadikan lapisan dalam gigi turut putih maka anggapan anda salah. Sekiranya anda tidak memberus dengan betul dan juga mengambil rokok atau minuman berwarna dalam kuantiti yang banyak dan kerap, kekotoran itu tidak akan hilang dengan menggunakan ubat gigi pemutih. Kekotoran ini hanya boleh dihilangkan dengan membuat pencucian gigi di klinik gigi dan juga dengan rawatan pemutih gigi (bleaching/tooth whitening) di klinik gigi. Anda perlu berhati-hati dengan penggunaan ubat gigi pemutih kerana kebanyakkannya mempunyai bahan lelas (abrasive) yang tinggi dan ia boleh menyebabkan lapisan enamel gigi anda terhakis dan menyebabkan gigi anda bertambah kekuningan( disebabkan lapisan dentin terdedah) dan juga sensitif.

Ubat gigi yang mempunyai antibakteriaAda juga ubat gigi yang mempunyai antibakteria di dalam kandungan aktifnya seperti ubat gigi Colgate Total 12. Ubat gigi ini mempunyai triclosan dan juga copolymer (bahan yang membuat triclosan itu melekat pada permukaan gigi untuk beberapa jam). Triclosan ini menyebabkan menghalang pembentukan plak dari permukaan gigi jadi ia boleh menolong mencegah karies dari terjadi.

Apa-apa pun ubat gigi yang anda pilih, anda perlu pastikan yang cara pemberusan gigi anda betul. Anda juga perlu memilih ubat gigi berdasarkan masalah gigi yang anda hadapi. Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MENCUCI RAMBUT DENGAN BETUL

Rambut rosak, rambut bercabang.. rambut luruh.. memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan. Tahukah anda jika sering bertukar syampu juga mengundang pada kerosakan rambut.



Jadi pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.



Berikut adalah cara mencuci rambut dengan betul :


1 ) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.


2 ) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok mengunakan kedu-dua belah tangan, kemudian barulah di gosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menaggalkan sel sel kulit mati jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelumumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.


3 ) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.


4 ) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut didalam keadaan basah.


5 ) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rambut inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner keseluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.


6) Bilas rambut sebersih-bersihnya langkah ini amat penting agar tidak belaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.


7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.


Tips Tips rambut yang perlu di ketahui
- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on mosturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa pada kerosakan.
- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.
- Jangan sesekali meninggalkan perapi ( conditioner) setiap kali bersyampu.
- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.
- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang di urus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mengundang pada kerosakan.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve