Grab The Promo
Grab The Promo

KEBAIKAN MANDI

KAJIAN  berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaikikesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. 

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celsius.


Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Pengalaman pertama bersama sukarelawan2 dalam membantu golongan gelandangan


Semalam cik iena ade buat entry mengenai gelandangan.Kwn cik iena ajak join hari jumaat tp cik iena tergerak hati nak pergi jugak hari khamis.Pengalaman pertama bersama sukarelawan ni memang best sgt.Hati rase tersentuh tgk golongan gelandangan ni secara life.Seblum ni tgk dkt TV je.Kali nie depan mata sendiri.Pelbagai jantina ade.Bukan sahaja lelaki,perempuan,pondan pun ade.

Fist time cik iena pergi rumah gelandangan nie memang mengalir terus air mata tgk keadaan dorang.
Walaupun aktiviti ni habis dalam pkl 1.30 pagi dan agak penat tapi cik iena akan join jugak untuk malam nie..

okiess jom cik iena cerita lagi disepanjang waktu cik iena berada d sana 
(^_~)



Bersiap sedia yeayy


Peaceee


ehhh jangan lupe pakai seat belt okeyhh



otw g masjid jamek KL


Masjid ni terletak btl2 blakang stesyen LRT masjid jamek


Setelah sampai d masjid jamek,sukarelawan baru diberi penerangan ringkas mengenai aktiviti2 yg akan dijalankan..

cik iena dan tunang adalah salah seorang drpd sukarelawan baru tersebut..
Dalam membantu golongan2 gelandangan nie
ade pekara yg boleh dan tidak boleh kita laku kan

DO's and DON'T's


Golongan gelandangan merupakan golongan yang sensitif.
Kita perlu ingat mereka juga tidak diminta untuk dilahirkan menjadi golongan gelandangan.
Setiap manusia telah ditentukan takdir hidup mereka oleh Allah Swt.

Kita tidak seharusnya menghina golongan gelandangan.Mereka juga punya hati dan perasaan.
Ketika berada bersama2 golongan gelandangan perkara yang tidak boleh kita lakukan adalah
DILARANG MENGAMBIL GAMBAR
bukan tak blh amek gmbr..boleh tp jgn guna flash dan jika budak baru diharap sangat supaya tidak mengambil gmbr sebab golongan gelandangan sgt sensitif.Dia tgk muka baru dia tak kenal nanti dia marah kita ambil gambar.

ANDA PERLU TAHU
ada diantara golongan gelandangan ini masih punya keluarga dikampung.
mereka bimbang kalau kita ambil gambar mereka dan terlepas pada keluarga dan sanak saudara dikampung akan mendatangkan masalah pada mereka.
Ada diantara mereka yng berhijrah ke KL untuk bekerja.

Walaubagaimanapun gaji yg mereka dapat tidak cukup untuk menampung kos sewa rumah.Disebabkan itulah mereka terpaksa menjadi gelandangan kerana mereka tidak mampu menyewa rumah mahupun bilik,tambahan lagi setiap bulan mereka perlu menghantar wang pada keluarga dikampung.

SEDIH SANGAT DENGAR TAU.WALAUPUN MEREKA GELANDANGAN TAPI MASIH INGAT KELUARGA DIKAMPUNG.
keluarga mereka tak tau pun mereka nie tidak mempunyai tempat tinggal di KL.
Pakaian mereka smart je ..pakai kemeje + slack dan bergalas kan beg..
SEDIH TERHARU..
anda2 diluar sana yg bekerja dan berkemampuan memberi duit pada keluarga anda iaitu ibu bapa anda.Berilah mereka Wang da kasih sayang selagi mereka masih ada..
terharu sgt tau
korang jangan lah pandang rendah golongan gelandangan nie

Selain itu ade lagi yang korang tak boleh buat.Jangan sesekali bertanya "KENAPA JADI GELANDANGAN" .
soalan ini sgt sensitif..
berbual lah dgn mereka secara baik tanpa mengguris perasaan mereka .Bila mereka dh lama kenal dan percaya dgn kita,dgn sendirinya mereka akan bercerita..

Opss okeyhhh lepas briefing..

cik iena pu memulakan tugas membungkus2 makanan dan menyediakan makanan d meja dpn..
Sementara para sukarelawan memasak dan menyediakan makanan,para gelandangan yang hadir tidak dibiar begitu sahaja.

Ada aktiviti telah diaturkan untuk mereka..
Untuk hari khamis,aktiviti utk mereka adalah "WAYANG PACAK"
pihak sukarelawan akan menyiarkan movie2 yang terbaru dan bersesuaian untuk mereka.

Bukan korang je nak tgk movie tau..mereka ni pun minat jugak nk tgk tapi dgn keadaan mereka mereka tak boleh la nk g pawagam kan.
So dikesempatan ini pihak NGO membuat segmen nie supaya para gelandangan dapat berhibur dgn menonton movie.

Setelah makanan siap .tibe la masa untuk mengagihkan kepada gelandangan.
Cik iena dpt rasa pengalama memberi makanan kepada gelandangan.
Dsini lah mcm2 jenis gelandangan ade..

Lelaki,perempuan ,maknyah...pelbagai agama.
Cik iena terkejut sgt..ramai jugak Pakwe handsome yg jadi gelandangan
opsss cuci mate kejap..
serius ade dua tiga org nie smart giler la..
handsome sgt..mcm model..

Tu la mcm2  golongan gelandangan nie..
ye la tak semua nasib kita nie indah2 je..
Kita tak tau ape bakal terjadi kelak.

Opss menyempat cik iena snap gmbr
yg nie dh nk setel dah agih makanan kat masjid




snap dr jauh..hp je..
time nie ramai gelandangan da balik






Setelah selesai mengagih makanan..
kami buat persiapan untuk pergi mengagih makanan kepada gelandangan2 yg berada di bawah jambatan dan disekitar KL.





Opss Sebelum beredar..
sukarelawan sempat berkumpul dan amek gambar..
jom layanzzz


huhu apesal cik iena tegak cmtu..hahahha




yeayy mereka adalah sukarelawan



opss im not ready yet




Cik iena bersama "UMMIE" , encik 2nang dan sukarelawan lain



Yeayyy we r happy doing this 
(^_~)
anda bile lagi nak join..
:)


yeayy bergambar bersama Pak Hamid
Org kuat kiter

hahahah besaunye pisau..
tudung hitam nie bday girl



sory cik iena tak ingt semua nama lg


Happy Birthday !!!


hahah excited nye cik iena tepuk tgn
tgh nyanyi lagu besday
(^_~)


Our lovely Ummie..
org kuat kite..wife pak hamid


bday girl kene buli

Bersama fm dan kak anne org kuat kite gak nie

fm nie chinese tau..
bagus btl dia join aktiviti nie
tabik spring kat fm..



heHeh encik 2nang pon nk bergambar jugak


Setelah posing2 
masa utk bergerak utk mengagihkan makanan kepada gelandangan2 di luar..

Masa nie lagi sedey tau..
tadi gelandangan dtg kt kite..kt masjid..
ibarat dia dtg rumah kita..

kali nie kita yang datang rumah gelandangan.
Sedih sgt cik iena tgk sampai mengalir air mata..
tgk dgn mata sendiri
dorang tidur bawah jambatan..
berlapikkan kotak..

ade yang ade anak..
ade yg tidur tepi jalan,kaki lima..
ade yang tidur duduk pun ade..
Ya Allah cik iena bersyukur sgt dgn kehidupan cik iena sekarang..
Semoga allah memberikan perlindungan buat mereka semua..

Nie group cik iena..
nie tgh kumpul2kan makanan yg tinggal..
makanan nie perlu dihabiskan..
kami kene pusing2 KL cari golongan gelandangan
(^_~)





Masa dkt rumah gelandangan cik iena tak boleh nk amek gmbr ..
kite kene hormat dorang..
begitulah pak hamid ckap.
Nanti dah lame kt sini dan dh biasa dgn gelandangan nie..
bru boleh amek gambar
(^_~)



Okies sekian story smlm
mlm nie cik iena pun akan dtg jugak
mlm nie aktiviti d masjid lain siket.
kalau tak hujan maybe ade game ..

Okies
Selamat Berhujung minggu semua !!!

Pada  yang berminat untuk menyertai aktiviti sukarelawan nie boleh email cik iena yer
nty cik iena akn bg contact number person incharge..
tak boleh nk publish kt sini..

Nak join jadi sukarelawan boleh.
Nak Beri Sumbangan pun Boleh.

email me ya

iena@ienaeliena.com





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

BASUH TANGAN DENGAN BETUL

Basuh tangan anda, Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki? 

Membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak seluruh dunia? Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit bawaan makanan yang lain. 
 



Basuh Tangan dengan BETUL: 


· Basahkan tangan dengan air yang mengalir.
· Gunakan sabun. Gosok sehingga berbuih.
· Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan - tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga.
· Bilas dengan air mengalir.
. Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. 
(Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.)
. Tutup pili dengan tuala 
(bukan dengan tangan anda yang sudah bersih). 

Tidak perlu sabun anti-bakteria! Penggunaan anti-bakteria yang berpanjangan akan menjadikan bakteria immun dan sukar dibunuh. Cukup sekadar menggosok dan membasuh untuk menyahkan bakteria dari tangan anda. Jimatkan wang. Guna saja sabun biasa.
Jika tidak ada air dan sabun, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol - paling kurang, 60% alkohol. Alkohol dapat membunuh bakteria dan virus dengan berkesan. Cuci tangan dengan kerap kerana semakin kerap dicuci, makin kuranglah kuman yang anda sebarkan melalui sentuhan.




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN


MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius. Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan.

Awasi apa yang dimakan
Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat. Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut.

Pemakanan yang tidak sihat menjejaskan kesihatan sistem penghadaman, hingga boleh menyebabkan usus kecil kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada makanan. Sistem yang tidak sihat juga menyebabkan kemerosotan aktiviti rembesan (disebabkan kerosakan kelenjar tambahan dan mukosa usus), mengurangkan toleransi lemak dan mengakibatkan kekurangan zat makanan. Semua ini boleh menjejaskan kesihatan.
Tabiat sihat untuk ususUntuk memastikan kesihatan sistem penghadaman anda berada pada tahap optimum, anda boleh mencuba petua yang disyorkan oleh Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:

- Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!

- Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

- Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

- Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

- Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

- Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

- Aktiviti dan gaya hidup sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu anda memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum:
Kurangkan tekanan
tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Justeru, dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, anda dapat membantu sistem penghadaman anda dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat
Risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen dan mengurangkan rasa malas badan dengan merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus untuk melalui sistem anda.

Berhenti merokok
Merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadaman. Ia mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.

Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula
Semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS RAWATAN KUKU

Tips merawat kuku setiap hari dalam mengerjakan pekerjaan rumah adalah dengan melakukan kerja berganti-ganti antara pekerjaan basah dan kering. Contohnya habis mencuci pinggan, seterika baju, jangan membersihkan kamar mandi atau mencuci baju. Dengan cara begini kuku tiadak terlalu lama berada dalam keadaan lembab.

Setiap hari minumlah segelas susu atau jus buah yang ditambah dengan lemak haiwan. Ia bertujuan untuk membuat kuku halus dan tidak mudah retak.

Untuk melembutkan tangan, rendam kedua tangan di dalam jus jeruk yang telah dicampur madu, selama 10 minit. Keringkan tangan dengan cara saling menepukkan kedua tangan dan kemudian sapukankan cream untuk tangan.

Jus lemon merupakan bahan yang sangat bagus untuk memutihkan kuku dan menghilangkan noda baik di kuku mahupun di kulit tangan. Oleskan ke seluruh tangan dan kuku, biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air hangat dan keringkan dengan menepukkan kedua tangan.
Oleh kerana lemon boleh membuatkan kulit kering, oleskan pelembab berbentuk cream.

Minum tablet kalsium laktat tiga kali sehari dan segelas susu setiap hari akan menguatkan bukan sahaja tulang dan gigi, tatapi juga kuku. Jika kuku dan tangan kusam dan kasar akibat sabun yang tajam, usapkan campuran air mawar dan gliserin sekerap mungkin.

Seperti bahagian tubuh yang lain, tangan juga memerlukan olahraga agar peredaran darah berjalan lancar. Tekup dan kepalkan jari-jari tangan dengan jempol berada dalam kepalan, lalu buka, kepalkan - buka - kepalkan, lakukan sebanyak 15-20 kali per hari. Seterusnya tarik dengan lembut tiap-tiap jari (tidak perlu sampai bunyi).




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TEKNIK SOLEKAN RINGKAS

Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu 

MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya.

Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek,disini diberikan panduan solekan ringkas agar ia memberi manfaat kepada semua.

Wajah
Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.

Pastikan sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.



Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.

Bibir 
Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

MataJangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

Pastikan piilihan warna adalah yang sesuai dengan usia, juga warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik dilihat orang lain.

Alis mata
Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

GELANDANGAN



Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan, gelandangan sebagai orang yang tiada pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, manakala Mr. Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Community pula mentakrifkan gelandangan sebagai "...an inadequate experience of connectedness of family and or community".

Menurut Hall, 2009, istilah Gelandangan atau Homeless pada asalnya disebut sebagai Vagrants yang kemudiannya digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu Homeless.

Melalui takrifan di atas dapat difahami bahawa gelandangan adalah individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi juga telah hilang kefungsiannya dalam keluarga ataupun masyarakat. Golongan ini juga sangat berkait rapat dengan fenomena orang papa seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2, Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu:

(i) seseorang yang mengemis di tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau mengganggu orang ramai yang biasa mengunjungi tempat tersebut; atau

(ii)seseorang peleser yang dijumpai di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Gelandangan atau homeless bukanlah satu fenomena yang baru. Namun, sejak akhir-akhir ini ia menjadi satu fenomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkan kegusaran masyarakat sekeliling dan semakin banyak dibangkitkan di dalam media cetak dan media elektronik, terutamanya masalah gelandangan yang berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Masalah gelandangan kebiasaannya terjadi akibat sukar untuk mendapat pekerjaan, tidak mampu menanggung kos sara hidup dan sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Golongan penagih dadah dan pesakit mental yang telah terbiasa dengan kehidupan bergelandangan yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa juga menyumbang kepada isu gelandangan ini.

Pada masa ini, golongan gelandangan menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar kawasan ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil tetapi perlu dilihat sebagai masalah sosial yang wajar ditangani dan dicari jalan penyelesaian dengan segera. Justeru, mekanisme yang terbaik bagi menangani isu ini, sekaligus dapat membantu mereka diintegrasikan semula ke dalam masyarakat serta tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.



TAHUKAH ANDA HAMPIR 80 % GELANDANGAN ADALAH TERDIRI DARI KALANGAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM.
OLEH KERANA RAMAI DIANTARA GELANDANGAN ADALAH BERAGAMA ISLAM,ADA SEGELINTIR PIHAK GEREJA YANG MENAWARKAN SEJUMLAH WANG YANG AGAK LUMAYAN KEPADA INDIVIDU ISLAM YANG BERTUKAR AGAMA KEPADA KRISTIAN DAN JUGA INDIVIDU YANG BERJAYA MENG KRISTIAN KAN GELANDANGAN ISLAM INI JUGA DIBERI UPAH RM YANG LUMAYAN.


SUMBER INI DIPEROLEHI OLEH SAHABAT CIK IENA YANG SEDANG BERGIAT AKTIF DALAM USAHA MEMBANTU GELANDANGAN2 ISLAM SUPAYA TIDAK TERJEBAK DENGAN AGAMA KRISTIAN.



Cik iena dh lama dgr mengenail gelandangan nie.Tapi cik iena tak dengar lg isu org kristian memberi ganjaran RM kpd gelandangan islam yg bertukar agama ke kristian.

Esok malam, 20 April 2012 cik iena dijemput untuk sama2 membuat kerja2 amal menyediakan makanan bagi membantu gelandangan2 di kuala lumpur.

Insyaallah cik iena akan hadir
(^_~)











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

FAEDAH MEMBERUS GIGI

Mengapa perlu memberus gigi ? 

Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. 

Bagaimana memberus gigi dapat membantu? 

Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu : 
bersihkan sisa makanan dan plak gigi. 
cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis). 

Perlukah berus gigi ditukar? 

Ya, berus gigi perlu ditukar: 
apabila bulu berusnya mula kembang atau haus. 
selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk. 
selepas 3 bulan penggunaannya. 

Berapa kerap gigi perlu diberus? 
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit. 

Bagaimana memilih berus gigi yang baik? 

Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
saiz yang sesuai dengan mulut. 
pemegang yang selesa dan teguh. 
bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat. 

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi? 

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan : 
Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi. 

Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam. 
Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus. 

Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam. 
Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang. 

Adakah petua-petua yang lain? 

Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi. 
Jangan berkongsi berus gigi. 
Gunakan ubat gigi berfluorida. 
Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve