Grab The Promo
Grab The Promo

KEK BROWNIE BUTTER


Kek Brownie Butter  kek yang meyelerakan lagi sedap , tekstur yang  lembut basah lagi menaikkan selera.



KEK BROWNIE BUTTER

 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Brownie –
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A – dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
.
Bahan Kek Butter –
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
.
Cara Membuat:
.
1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
.
2. Cara buat brownie. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
.
3. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
.
4. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
.
5. Cara buat kek butter. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.
.
6. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.
.
7. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.
.
 
 
 
Sumber : www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)
 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI CHEESE MUFFIN


Cheese muffin adalah muffin yang lazat dan enak di makan. Sesuai di buat santapan minum pagi atau petang bersama keluarga mahupun di buat juadah untuk majlis-majlis lain.

 
RESEPI CHEESE MUFFIN
 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Kering –
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
.
Bahan Basah –
1 biji telur gred A
1 cwn susu segar/susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
.
Cara Membuat:
.
1. Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
.
2. Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
.
4. Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
.
5. Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
.
Nota: Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.



Sumber :www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lazada Returns, Refunds and Replacements


Sekiranya anda membuat pembelian dan barangan yang di hantar adalah salah atau rosak anda berhak untuk meminta ianya di gantikan atau meminta pulangan wang.


Lazada Returns, Refunds and Replacements
Baru-baru ini cik iena ada beli sesuatu di Lazada dan, vendor menghantar salah barang di mana vendor telah membuat kesilapan memasukkan barang kepunyaan pelanggan lain di dalam sampul cik iena. Mungkin terlalu banyak barangan di jual pada sales baru-baru ini membuatkan mereka kelam kabut dalam membungkus barangan.
Lazada Returns, Refunds and Replacements
invoice and barang orang lain yang cik iena dapat
Okay kalau anda alami situasi ini mula-mula anda perlu call lazada customer service






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve