Grab The Promo
Grab The Promo

Voucher Photobook Apps www.qoo10.my Tak Valid


Disepanjang cik iena beli-beli voucher. Pertama kali dapat Voucher yang tidak Valid iaitu daripada www.qoo10.my . memandangkan cik iena memang suka beli voucher photobook jadi cik iena perlu tulis di blog supaya cik iena blacklist dari membeli voucher photobook dari www.qoo10.my.
Cik iena beli pada 1 september 2015. Kebiasaannya cik iena akan buat photobook di hujung-hujung tarikh tamat. Hari ni 31 disember 2015 tarikh akhir tuk print photobook maka cik iena pun buat. Selesai buat album,masuk voucher code dapat message code tak valid.
Huh sakitnya tuh di sini, nasib baik dua je voucher photobook dari www.qoo10.my
Voucher Photobook  Apps www.qoo10.my Tak Valid
Okay memandangkan www.qoo10.my telah melukai hati BETA, BETA mahu blacklist dari shopping di http://www.qoo10.my/ 
sekian untuk makluman

Haaa lepas ni beli voucher photobook kat lazada je
meh klik




Nasib baik lah voucher yg tak valid ni cik iena takde share kat fb








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kek Marble Kukus


Kek marble kukus merupakan  kek yang mudah  untuk disediakan.  Kek ini digemari golongan veteren.  Enak dihidang bersama minuman bersusu.



kek marble kukus
 

Bahan bahan

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya (kalau tak ada boleh tambah 1/4 susu pekat lagi)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, hijau, coklat dan kuning
Cara Cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur
satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat serikaya dan esen vanilla. Kacau rata
dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna
pada setiap adunan.
4. Sendukkan selang seli kedalam loyang yang telah dilengser
dengan margarin.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Sumber : www.facebook.com

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RESEPI KEK KEJU LEMON


Kek keju atau Cheese Cake semakin menjadi pilihan untuk santapan harian mahupun sebagai kek sambutan hari jadi atau hari-hari istimewa lain. Kek keju Lemon adalah kek keju yang patut anda cuba.
 
 
RESEPI KEK KEJU LEMON
 


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon – ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan
.
Cara Membuat:
.
1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.
.
2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
.
3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.
.
4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.
.
5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.
.
6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.
.
7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.
.










Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve