Grab The Promo
Grab The Promo

Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park




Tahukan anda terdapat tempat menarik yang masih tidak di ketahui umum di Bentong Pahang . Ianya terletak diantara Bentong dan Raub. Keunikan tempat tersebut datang dari alam semulajadi. Terdapat penginapan yang menarik dan juga terdapat Ladang Lebah atau Bee farm serta muzium lebah atau Bee Museum  yang sangat menarik untuk anda kunjungi.


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Baru-baru ini cik iena telah ke Bilut Extreme Park di Bentong Pahang kemudian cik iena berkesempatan meneroka tempat menarik yang tersorok di sini. Kedudukan nya agak jauh di dalam hutan namun ianya menjanjikan suasana yang tenan lagi mendamaikan . Di sini kami menikmati hidangan makan tengah hari dan berkesempatan mengunjungi tempat penginapan disini, ladang lebah serta muzium lebah .


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Okay jom cik iena ceritakan tentang tempat ini.

Valley Agro Park 

Valley Agro Park  adalah permata yang tersembunyi di antara Bentong dan Raub di negeri Pahang, Malaysia. Pengasasnya, Encik Sing, mewarisi 18 ekar tanah daripada mendiang bapanya. Sebagai seorang yang berwawasan, beliau telah mengubah keadaan asal tempat itu kepada sebuah ladang kelapa sawit  yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.



Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Ia diikelilingi oleh gunung ganang, pengunjung yang hadir akan disambut dengan landskap hijau yang luas dan udara segar. Diilhamkan oleh salah sebuah novel klasik terbesar Cina, Outlaws daripada (水滸傳) Marsh, Mr Sing ingin membawa cerita kepada kehidupan. Oleh itu, Agro Park Valley telah ditubuhkan.

Dalam membangunkan Agro Park Valley, Mr Sing berusaha untuk mengekalkan konsep gaya hidup yang semulajadi melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Irrigation telah dicipta dan tanah yang telah dibersihkan untuk meningkatkan kitaran ekologi dan kualiti udara. Lokasi yang tenang berfungsi sebagai tempat percutian yang sesuai untuk warga kota yang sibuk, jauh dari kebimbangan dan tekanan. Di sini, anda boleh menenagkan diri dan minda anda dengan keadaan persekitaran yang sangat tenang dan semulajadi.

Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park


Valley Agro Park  menawarkan ikan segar sungai, makanan hasil tuaian serta buatan sendiri, dan buah-buahan yang menyelerakan, yang anda boleh makan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.  Disini juga di sediakan tempat penginapan buat anda. 

Jadi, Selepas hari yang panjang, anda boleh kembali ke bilik anda dimana ianya dibina dengan reka bentuk mudah dan berkonsep. Kedamaian dan ketenangan  boleh didapati di kesunyian malam, yang merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan  di bandar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapu muka anda membawa bau yang menyenangkan dari pokok-pokok manakala cengkerik-cengkerik mendengkan lagu dari kejauhan yang pasti menimbulkan rasa ketenangan dengan muzik dari alam semulajadi.


Makanan


Jika terdapat tempat penginapan pasti terdapat restoran atau kafe . Disini anda tidak perlu risau jika anda tidak mahu keluar ke pekan untuk makan anda juga boleh makan di sini. Menikmati makanan  jauh dari bandar untuk menikmati persekitaran yang santai dan semula jadi dengan hidangan kampung halaman. alam semula jadi melalui pengalaman melihat, menyentuh, merasa, berbau dan pendengaran. 

Untuk pengetahuan semua makanan di Valley Agro Park adalah halal kerana mereka tidak menghidangkan pork dan mendapatkan sumber daging dari pasar yang mempunyai sijil halal akan tetapi ianya tidak di sahkan halal kerana mereka menghidangkan minuman keras buat segelintir tetamu yang memerlukan minuman tersebut.

Antara menu yang terdapat di Valley Agro Park  adalah Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, Green Pepper Steamed Catfish, Yoke Lan Chicken, Claypot Braised Eggplant Fish, Pumpkin Bean Curd dan Claypot Sweet Potato Leaves



Pumpkin Bean Curd
Pumpkin Bean Curd

Yoke Lan Chicken
Yoke Lan Chicken

Yoke Lan Chicken memang yang ternyata sedap. Cik iena nampak macam tak sedap. Tapi bila makan dengan sambal apa tah cik iena tak pasti tapi ada banyak halia lah. memang sedap.



sambal untuk Yoke Lan Chicken
haa ni lah sambal untuk Yoke Lan Chicken yang sedap tu



Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets
Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets
iena suka makan Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, serius sedap sangat. Sebenarnya iena tak makan ikan talapia sebab bau hanyir. Berbeza dengan ikan talapia di sini. Ikan talapia di sini mereka pelihara sendiri di dalam kolam yang airnya mengalir serta airnya juga merupakan air yang datang dari gunung jadi ikan talapia di sini tidak hanyir :)



 Claypot Sweet Potato Leaves
Claypot Sweet Potato Leaves


Green Pepper Steamed Catfish
Green Pepper Steamed Catfish

Sama seperti ikan talapia tadi, ikan ni tidak hanyir  kerana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan sumber airnya dari gunung. Sedap juga tau iena makan ikan ni sungguhpun iena memang tak makan ikan ni. Bila cuba di sini tak rasa hanyir. Kene pula dengan gaya masakan yang betul. Memang berasa masak steam nya.



 Claypot Braised Eggplant Fish
Claypot Braised Eggplant Fish

Claypot Braised Eggplant Fish buat penggemar sayur pasti anda akan suka. Cik iena tak makan eggplant fish tapi cik iena suka terung tu. Auhh memang sayur kegemaran cik iena.



Ikan Sungai


Valley Agro Park  membekalkan ikan sungai yang hidup dengan persekitaran geografi yang sihat di mana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan bersumberkan air dari gunung.Ikan sungai disini memang sedap , berkhasiat dan yang pastinya tidak hanyir 



Sayur Dan Buah Organik


Valley Agro Park  juga membekalkan makanan organik dan buah-buahan seperti buah Markisa, pisang dan betik. Disini Valley Agro Park sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengekalkan lembah semulajadi ini. Menjaga kebersihan udara, mengekalkan kesuburan tanah dan memastikan air bersih tulen adalah kunci kepada penanaman sayur-sayuran organik yang terbaik dan buah-buahan. 

E-Honey


E-Honey merupakan salah satu produk dari Valley Agro Park, ia merupakan sejenis madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah meliponine lebah liar hutan hujan tropika, yang mengumpul madu dari pelbagai besar tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan madu masam yang kaya dengan unsur-unsur surih dan asid organik. 


Penginapan


Valley Agro Park  menawarkan penginapan pondok atap kayu. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk tinggal di sini dan menikmati landskap hijau dengan bunyi alam semula jadi itu. 

Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park



Penginapan di Valley Agro Park
di bawah lantai kayu terdapat  air seperti anda tidur di ataspermukaan sungai :)

Penginapan di Valley Agro Park
Penginapan di Valley Agro Park

Penginapan di Valley Agro Park
Penginapan di Valley Agro Park

Penginapan di sini sangat unik, bilik yang terdapat air pada permukaan bawah . Rasa seperti tidur di dalam sungai .

Bee Farm Valley Agro Park 





 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

Disini anda berpeluang melihat sendiri madu yang di hasilkan oleh lebah lebah di sini. Kebiasaannya cik iena ke Bee farm atau Bee museum cik iena hanya dapat lihat karung madu yang sudah kering. Berbeza dengan disini cik iena dapat melihat karung madu yang masih berisi madu dan kelihatan lebah-lebah sedang membuat kerja masing-masing mengumpul madu di dalam karung tersebut.

 Bee Farm Valley Agro Park
Lebah yang sedang mengumpulkan madu
Lebah-lebah di sini mendapatkan sumber makanan sendiri dari hutan. Bermakna ianya adalah lebah organik . Tiada makanan tambahan di beri disini. Makanan yang didapatkan adalah sumber semulajadi dari hutan. Jadi madu yang terhasil tentulah berkualiti tinggi dan organik


 Bee Farm Valley Agro Park
Rumah lebah yang di hasilkan oleh Bee Farm Valley Agro Park  untuk lebah-lebah di sini



Di sini pihak  Valley Agro Park  hanya menyediakan tempat penginapan buat lebah-lebah tersebut untuk menghasilkan madu madunya.


 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park



 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park


 Bee Farm Valley Agro Park
kami di beri rasa madu asli dari karung madu..memang sedap masam-masam manis

 Bee Farm Valley Agro Park
madu


House of Bee -Bee Museum Valley Agro Park 


Di sini kesemua madu yang di jual dan di pamerkan adalah madu asli yang di hasilkan di sini .


Bee Museum Valley Agro Park

Bee Museum Valley Agro Park

Bee Museum Valley Agro Park
Bee Museum Valley Agro Park


Leisure in natural environment



1) Cheow Tick Village
Dibina untuk memperingati Allahyarham bapa pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.

2) Gek Ngo Park
Dibina untuk memperingati arwah ibu pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.
3) Valley Agro Hill
Raikan permulaan hari yang baru dengan menonton matahari terbit di sarapan berkelah.

4) Streamlet
Kanak-kanak dan orang dewasa boleh berenang ke dalam sungai untuk merasa kesejukan air sungai yang datang dari gunung.

5) Vegetable Garden
Anda boleh melihat banyak peringkat yang pertumbuhan sayur-sayuran dari bercambah untuk berkembang sepenuhnya. Satu pengalaman yang hebat untuk keluarga yang ingin mengajar anak-anak mereka tentang asal sayur-sayuran. Dengan melihat proses dan usaha yang diperlukan untuk sayur-sayuran ini berkembang .

6) Miniature Animal Park
Melihat dengan lebih dekat pada haiwan di taman haiwan disini.

7) Tree House
anda akan BerPengalaman merasai bagaimana orang dari zaman dahulu membina rumah-rumah mereka dari awal dan hidup harmoni dengan alam semula jadi.


Tree House
Tree House

8) House of Bees – Bee Museum
Memasuki dunia mistik lebah dalam persekitaran semula jadi mereka di ladang lebah. madu tulen dari lebah liar yang dihasilkan di sini. Lebah mengumpul intipati daripada beribu-ribu bunga untuk menghasilkan E-Honey. Ia penuh dengan manfaat kesihatan yang kaya dengan nutrien.

9) Fishing
Pelawat boleh melihat dan menangkap ikan di sini secara percuma. Tangkap dan lepas dibenarkan tetapi ikan akan dikenakan berdasarkan berat badan mereka jika pengunjung ingin mengambil hasil tangkapan mereka. Pelawatmesti menyediakan peralatan memancin sendiri dan boleh memaklumkan kakitangan jika mereka ingin memasak ikan mereka. masa memancing adalah antara 1 tengah hari hingga 8 malam.

10) BBQ
Pada hanya RM 25 per pax, sekurang-kurangnya 6 orang boleh menggunakan kawasan barbeku. Walau bagaimanapun, tempahan 3 hari awal diperlukan.

11) Nature Experience
12) Camping
13) Karaoke
14) Group Tours
15) Banquets
16) Annual Dinner
17) Conference or Seminar


Okay untuk maklumat lanjut sila layari atau hubungi :

Website : http://www.valleyagropark.com
Facebook : https://www.facebook.com/valleyagropark
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCpoOeWFj95_U XPNcVqiVkhA
Map: https://goo.gl/maps/uqxRbiXvkZR2
Address : PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.
Contact : +6019-228 9152 ( 11:30am - 09:30pm )






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


ATV Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di Bilut Extreme Park Bentong




ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

ATV Ride adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle dimana ia merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Ada juga diantara ATV yang didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah.



ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain.Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom.


ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong


Untuk makluman , sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.


ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong


Cik iena merupakan salah seorang peminat aktiviti lasak terutama di dalam hutan . Baru-baru ini cik iena telah merasakan sendiri pengalaman bermain ATV di Bilut Extreme Park yang terletak di Bentong Pahang. Ini merupakan pengalaman berharga buat cik iena di mana ia merupakan pengalaman pertama kali cik iena memandu ATV.



ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

Jika sebelum ini cik iena hanya melihat rakan-rakan bermain ATV, kali ini cik iena sendiri bermain ATV. Sungguhpun agak sukar untuk mengawal kenderaan tersebut kerana susuk tubuh cik iena yang agak kecil, yang kurang bertenaga untuk mengawal kenderaan tersebut namun cik berbekalkan semangat yang ada cik iena berjaya memandu ATV dengan jayanya .



ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

Wahh bangga tau, cik iena pandu okay je takde tersangkut itu ini, mati enjin ke, Haa pemandu ATV yang beretika gituh.. hjahahah bawa ATV pun skema tau, ikut jarak selamat. Orang belakang langgar-langgar cik iena. Cik iena punyalah baik pandu ATV jaga jarak dengan kawan di hadapan supaya tidak berlaku perlanggaran.


ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong


Apa yang menyeronokkan di Bilut Extreme Park ni kami di bawa masuk ke hutan menaiki bukit, melalui lereng bukit, kemudian menurunu lereng bukit dan seterusnya memandu di anak sungai. Ia merupakan pengalaman berharga buat cik iena .


ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

Selain dari ATV ride terdapat juga aktiviti lain yang cik iena cuba di sini iaitu Archery atam memanah. Ini merupakan kali kedua cik iena memanah. Jika sebelum ini cik iena pernah main Archery di HotelSwiss Garden Kuantan Pahang, kali ini juga di Pahang tetapi berbeza daerah iaitu di Bentung.  Kedua-duanya pasti menawarkan pengalaman yang berbeza.

ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong
amacam, ada gaya tak tuan empunya blog haha

Cik iena lebih gemar di sini sebabnya mereka mengajar dengan cara yang betul. Sehinggalah cik iena dapat memanah dengan baik gituw. Okay untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ini jom cik iena ceritakan.

Bilut Extreme Park 



Bilut Extreme Park terletak di Felda Lurah Bilut, Ia merupakan Felda yang pertama di Malaysia. Terletak sejauh 18 km dari bandar Bentong  dan 16 km dari bandar Raub . Bilut Extreme Park terletak di kawasan ladang yang dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit. Semua permainan di sini merupakan permainan khas yang direka untuk kesesuaian persekitaran semula jadi di sini.

ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong


Bilut Extreme Park ditubuhkan pada Mei 2013 oleh sepasukan kumpulan yang sukakan aktiviti  mencabar dan suka pada alam semula jadi . Sebagai pencinta alam semula jadi, Bilut Extreme Park  menyediakan peluang untuk semua orang menikmati keindahan alam semula jadi dan pengalaman permainan yang ditawarkan.


ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong


Bilut Extreme Park menawarkan ATV yang berbeza dan unik  (All-Terrain Vehicle) dengan menyediakan cara baru untuk meneroka pengembaraan alam Bentong sambil menikmati keindahan alam serta laluan-laluan ATV yang mencabar lagi menyeronokkan dengan perjalanan  yang selamat melalui hutan hujan liar sebenar. Bilut Extreme Park juga menyediakan permainan memanah  di mana anda boleh menguji kemahiran memanah anda di persekitaran luaran.


ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Seronok sangat tau
Untuk perancangan akan datang, terdapat 2 lagi permainan baru akan ditambah pada tahun ini. Diantaranya adalah Viper Runner dan Archery Tag. Viper Runner di mainkan di dalam landskap yang curam. pelari perlu melalui lebih daripada 14 halangan di landasan yang disediakan. Merangkak melalui lumpur, mendaki ketinggian, dan mengatasi ketakutan akan memberikan pelari pengalaman luar tidak dapat dilupakan. 



ATV  Ride Yang Menyeronokkan dan Mencabar di  Bilut Extreme Park Bentong

Bilut Extreme Park sehingga kini juga sesuai untuk menjadi tempat latihan bagi mereka pencabar viper yang berhasrat untuk menyertai Cabaran viper. Sementara itu, Archery Tag juga akan dibangunkan  menjelang akhir tahun ini 2016. Archery Tag dimainkan sama seperti dodgeball dengan haluan dan anak panah buih disebut-sebut dipatenkan. , Permainan penuh aksi ini sangat  menarik, ianya  menawarkan pengalaman mesra keluarga .

Gambar di Bilut Extreme Park Bentong




Bilut Extreme Park Bentong
Bersama rakan blogger

Bilut Extreme Park Bentong
begitulah blogger kalau dah selfie :)

Bilut Extreme Park Bentong
gambar sebelum memandu ATV :)

BBilut Extreme Park Bentongilut Extreme Park Bentong
Yeayy iena duduk depan..iena lead kawan-kawan yang lain (^_~)


Pic Credit To : theisabellee.com

ATV Ridedi  Bilut Extreme Park Bentong
bersama rakan blogger




ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Tuan tanah nak selfie

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
selfie lagi :)

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Wefie bersama rakan blogger

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
wefie bersama rakan blogger

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
wefie bersama rakan blogger

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
masa tengah ride tak boleh ambil gambar, so bila berhenti sekejap ambil peluang selfie hehe

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
berhenti equal to selfie :)

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
selfie lagi :)

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
yeayyy kiter lead kawan2

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
sementara tunggu kawan-kawan semua sampai, kita selfie dulu


ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
yeayy ada orang tolong ambilkan gambar

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Pantang berhenti mesti nak selfie :)

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Possing kejap

ATV Ride di  Bilut Extreme Park Bentong
Auhh dua ketul blogger ni memang tak berhenti2 selfie





Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
selfie sebelum memanah

Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
fefelling model




Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
bersama rakan blogger

Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
salah satu alat keselamatan yang di gunakan

Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
haa macam ni pakai dia, supaya tali tidak terkena tangan

Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
Sarung tangan ajaib hehe, salah satu alat keselamatan juga






Archery di  Bilut Extreme Park Bentong
seketul iena yang tak reti duduk diam
Untuk Lihat Lebih banyak gambar sila lihat di fanpage ienaeliena.com

 Menarikkan . Selain itu di Bilut juga terdapat tempat menarik yang tersembunyi yang orang ramai tidak ketahui iaitu Valley Agro Park . Disana terdapat Bee farm dan Bee Museum dan juga tempat penginapan serta tempat makan. Okay jemput baca di Valley Agro Park 

Harga dan Pakej untuk ATV dan Archery 

ATV Route A RM 70 

Approximately 30 minutes ride
5 min learning & test ride
15 min palm trees track
10 min off road ride
Stream crossing + uneven off road
*easy & suitable for beginner 
 

ATV Route B RM 120 

Approximately 60 minutes
5 min learning & test ride
15 min palm oil track
40 min off road ride
Stream crossing + challenging Hills + Hilltop viewing point
*moderate = suitable for good skills’ rider

ATV Route C RM180 

Approximately 90 minutes
5 min learning and test ride
15 min palm oil track
70 min off road ride
Stream crossing + riding on the stream + Challenging Hills + 2 hilltops + rubber estate ride
*hard = suitable for experienced rider
 

ATV Route D RM 200 


Approximately 90 minutes
5 min learning + test ride
15 min palm oil tree ride
50 min off road ride
20 min riding on the stream
Challenging uphill road + Hilltop viewing point + Rubber estate road
*very hard = suitable for experienced rider with good skills
 


ATV Route E RM 200 


Approximately 90 minutes 
5 min learning + test ride 
15 min palm oil tree ride 
70 min off road ride
Riding on the stream + rubber estate + Advance level uphill road + Highest View Point in Bilut Valley
*Extreme = Suitable for advance rider
 



Family Route RM120 


Approximately 60 minutes
5 min learning + test ride
15 min palm oil track
40 min off road ride
Stream crossing + small uphill
*easy = suitable for 1st timer, family with children or family with elderly



Sport Archery 


Take a shoot at our 3000’sf outdoor field equip with 10 target boards under the oldest palm oil trees. Distance to target starts from 10 feet to 100 feet. 
 




12 Arrows
24 Arrows
36 Arrows
60 Arrows
120 Arrows
Per person
Max 2 person
Max 3 person
Max 4 person
Max 5 person
RM 10.00
RM 18.00
RM 27.00
RM 40.00
RM 72

Save RM 2.00
Save RM 3.00
Save RM 10.00
Save RM 28.00


Free 8 arrows
Free 18 Arrows
Free 28 Arrows


Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi mereka di 

Alamat : Lot 6776 Jalan Bilut – Raub, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang
Talifon untuk tempahan :  +60146088803
                                        : +60179770884
Waktu operasi : Isnin Hingga Ahad (Rabu tutup)
                             : 9.30am to 6pm





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve