Grab The Promo
Grab The Promo

Lagu Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA

Selamat Hari Malaysia semua , masih ingat tak sebelum ini cik iena ada post tentang kempen #bersatuTenaga . Bersempena dengan Hari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen di media sosial yang dipanggil #bersatuTENAGA. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dalam mengemukakan video yang mudah mengikut lagu / lirik yang telah disediakan oleh TNB.

Sertai Kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan

Alhamdulillah kempen ini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia, pihak TNB menerima banyak penyertaan dari rakyat malaysia  bagi menjayakan lagu ini, Tahniah Rakyat Malaysia , kita berjaya bersatu hati dalam membantu tiga rakan artis iaitu  Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan dalam menyiapkan lagu ini.

Untuk itu cik iena kongsikan muzik video yang telah di rakamkkan hasil dari kerjasama semua pihak termasuk anda yang turut sama membantu menjayakan kempen ini.

Menarik kan video ni, meriah je. Banyak diantara penyertaan yang di terima telah di selitkan di dalam video ini . Tahniah :)

Best pulak cik iena dengar lagu ni ulang ulang tau

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Kempen ini sila layari KEMPEN #BERSATUTENAGA
Facebook : TNBCareline
Instagram :  @tenaga_nasional

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Baru-baru ini telah berlansung Majlis Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau  di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Majlis ini berlansung cukup meriah dengan kehadiran peminat-peminat Benang Hijau.

Untuk pengetahuan semua, Benang Hijau merupakan jenama eksklusif hijab dan pakaian wanita yang tidak asing lagi di Malaysia. Jenama ini mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri, jenama hijab dan pakaian wanita eksklusif ini sentiasa mengeluarkan produk baharu yang berlainan di pasaran dengan kualiti dan aspirasi tersendiri.

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Inspirasi Wanita Anggun,  merupakan tagline indah seindah produk keluarannya. Itulah tagline yang diilhamkan pengasas serta pemilik empayar Benang Hijau, Fadzillah Mamat @ Muhammad. Walaupun menawarkan harga yang murah, namun jahitannya, kemasan jahitan tepi produknya, serta keselesaan fabrik keluarannya memang tak perlu dipertikaikan lagi. Kualitinya di jaga rapi bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Dengan tagline ‘Inspirasi Wanita Anggun’, Benang Hijau merasakan Wakaf Che Yeh merupakan lokasi strategik untuk warga Kelantan datang membeli produk keluaran mereka. Kini anda peminat Benang Hijau yang berada di Kelantan boleh mendapatkan koleksi dari Benang Hijau di  Wakaf Che Yeh  dan anda boleh rasa sendiri material yang berkualiti dari produk keluaran jenama ini dan rekaan tudung , dress muslimah yang cantik cantik semuanya.

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Untuk pengetahuan anda, semasa  Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan , ramai  peminat Benang Hijau berpusu-pusu mengunjungi butik tersebut tau. Bersempena Majlis Pembukaan tersebut juga terdapat pelbagai promosi jualan murah yang di jalankan istimewa buat anda. Harga yang di tawarkan juga sangat sangat berpatutan. Diantaranya Melissa Dress harga normal RM199 di jual dengan harga RM150 sahaja. Selain itu,  Lily Plain Shawl  di jual pada harga RM50 untuk dua helai, Suri Shawl 3 helai RM100, Sakura Blossom Dress di jual pada harga RM115 sehelai berbanding harga normalnya RM249.

Dengan tawaran harga yang cukup rendah itu cik iena yakin ianya membuatkan peminat Benang Hijau tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan koleksi koleksi dari Benang Hijau khususnya buat Hari Raya Aidil Adha.

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan 

Kepada anda yang ingin mengunjungi butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, Landmark nya ialah Sebaris dengan Old Town White Coffee dan butik Ariani. Untuk lokasi lain butik Benang Hijau berhampiran tempat anda boleh rujuk laman web di bawah

Website Benang Hijau:
www.benanghijau.com

Facebook:
Benang Hijau

Instagram:
@benanghijau

Nota Blog : Untuk pengetahuan semua sekarang Benang Hijau sedang mengadakan CLEARANCE STOCK SALES tau . Cepat grab sebelum habis . https://www.facebook.com/BenangHijau/photos/?tab=album&album_id=1294643347279028

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Siaran Langsung Super Spontan Superstar Jumaat ini!

 Siaran Langsung Super Spontan Superstar
 
Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna  sekali lagi membawakan  program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.

Minggu lalu, kumpulan Monyet Mafia  telah berjaya mengungguli permainan dan Harimau Hipster terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Jamal dan Syuk  menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Monyet Mafia telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada anak seni yang terpilih.

Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan turut memeriahkan siaran langsung kali ini. Sama ada sebagai peserta ataupun artis undangan, semuanya dapat kita saksikan Jumaat ini!

Penyanyi Amy Mastura pula bertindak sebagai pengulas jemputan.

iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve