Grab The Promo

Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

Lou Shu Fun  merupakan masakan Cina yang berasal dari Taiwan. ‘Loh si fan’ atau Mi Tikus pastinya akan menimbulkan tanda tanya buat sesiapa yang pertama kali mendengarnya.


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek


“’Loh Si’ dalam Bahasa Cina bermaksud tikus manakala ‘fan’ pula bermaksud mi. Dalam makna sebenarnya ialah ‘laksa pendek’, namun orang lebih mengenalinya sebagai mi tikus.

Lou Shu Fun boleh dimasak sama ada dengan kuah kicap, kuah kari ataupun sup. Kali ini Cik iena ingin kongsikan resepi Lou Shu Fun Soup dari Deqnor iaitu adik Cik iena. Dalam keluarga iena, Deqnor dan mak menggemari gaya masakan Cina jadi dirumah kami selain gaya masakan melayu mak juga memasak masakan mengikut gaya masyarakat cina.

Jika soup dari masyarakat melayu kaya dengan rempah berbeza dengan soup dari masyarakat cina. Ianya agak plain namun tetap sedap dengan hadirnya bahan-bahan sampingan lain yang menaikkan rasa soup mereka. 

Berikut Cik iena kongsikan Resepi Lou Shu Fun Soup atau dalam Bahasa melayu nya Sup Laksa Pendek.

Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek Oleh Deqnor


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

 

Untuk resepi, disini Cik iena kongsikan mengenai bahan bahan untuk memasak Lou Shu Fun soup sahaja. Untuk cara-cara memasak anda boleh tonton video dari Cik iena di penghujung artikel. Cik iena kongsikan resepi ini kerana setiap kali hari raya saudara mara pasti akan tanya resepi Lou Shu Fun soup ini. Untuk pengetahuan Lou Shu Fun Soup adalah antara menu hari raya kami. Berbeza dengan rumah rumah lain yang kebanyakannya menyajikan hidangan berat. 

Kami memilih untuk menyajikan menu yang lain daripada lain. Jadi menu hari raya kami mengikut gaya masakan cina Lou Shu Fun Soup. Kuah soup seakan air masak namun cukup berasa. Jika tonton video Cik iena memang nampak kuah sup jernih berbeza dengan sup gaya masakan melayu.


Memandangkan semasa raya memang tak sempat untuk buat video masakan jadi hari ini Cik iena decide untuk rakam video masakan resepi Lou Shu Fun Soup dari deqnor supaya nanti bila saudara mara datang beraya dan bertanya boleh tunjuk video ini. Tapi masihkan ada raya buat kita? huhu sedih mengenangkan wabak covid-19 yang semakin berleluasa sekarang ni.


Bahan-bahan Lou shu fun soup

 

Bahan untuk Sup 


  •  2 paket laksa pendek
  • 150 gm Lobak putih di potong dadu
  • 1 biji bawah besar dipotong dadu besar 
  • 2 1/5 bahagian dada ayam (tak perlu potong) - iena beli ayam ikut bahagian (^_~)
  • garam secukup rasa
  • 15 cawan cawan air

Bahan - bahan yang perlu di celur


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Bahan-bahan celur
 
  • 1 paket fish ball
  • 1 paket fish cat
  • 1 genggam taugeh
  • 1 paket enoki mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 1 paket white crab mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 5 batang sawi (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 2 paket Laksa Pendek
    Laksa Pendek
    Laksa Pendek atau Mee Tikus atau Lou Shu Fun
     

Bahan-bahan Goreng


sayur ikan pucuk
sayur ikan pucukyang telah digunting dan goreng
  • lobak masin hancur
  • 1 paket sayur ikan pucuk

Bahan-bahan lain

  • Cili banjir merah
  • kicap cair 
  • cili jeruk (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
lobak asin goreng, cili kicap, cili jeruk homemade

 

 

Untuk sukatan cawan air. Cik iena gunakan cawan teh atau kopi. Standard size. Kalau nak letak lebih air pun boleh tapi kalau nak lagi sedap letak ayam lebih. Lagi banyak ayam yang digunakan lagi sedap kuah sup kita. Kemudian apa yang perlu ada ingat semasa memasak ayam, lobak putih dan bawang jangan sesekali kacau ramuan tersebut. Biarkan sahaja ianya mendidih kerana jika kita kacau ayam dan lobak putih mungkin akan hancur dan akan menyebabkan perubahan warna pada kuah.

 

Sup Berkhasiat untuk kesihatan

 


Sup Berkhasiat untuk kesihatan
Sup Berkhasiat untuk kesihatan

Untuk resepi Lou Shu Fun soup ini, kami memerlukan sup yang jernih namun berasa. Untuk  makluman anda lagi ini juga merupakan menu sihat yang mana ianya menggunakan lobak putih yang sangat banyak khasiat dan dikatakan  mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.

Video Cara memasak Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek




 

Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

Istimewa buat peminat Gong Cha’s di luar sana , untuk pengetahuan sekarang Gong Cha’s sedang mengadakan kempen Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks. Pada anda peminat air coklat dan peminat Gong Cha’s khususnya jangan lepaskan peluang untuk mencuba air istimewa ini.
 

Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks
 
 

Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

 
Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

 
 
Cik iena sebagai peminat Gong Cha’s sudah pastinya tidak melepaskan peluang. Cik iena dah pun cuba Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks. Cikiena cuba ketiga-tiganya sekali iaitu Chocolate Marble, Earl Grey Chocolate Smoothie dan Chocolate Latte With Coffee Jelly.
 

Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks
 
 
Untuk penegatahuan ketiga tiga minuman ini di jual dengan diskaun sebanyak 50% untuk tarikh tarikh tertentu iaitu . 
  • 7 November 2020
  • 8 November 2020
  • 11 November 2020
  • 15 November 2020
  • 22 November 2020 

Untuk anda yang membuat pembayaran melalui Shopee Pay anda akan Nikmati 30% Coins caashback tanpa perbelanjaan minimum dan dapatkan sehingga 500 Shopee Coins apabila anda menyelesaikan pembelian dengan Shopeepay.


Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

 

Bukan itu sahaja istimewanya sempena Shopee’s 11.11 Big Sale ini sekiranya anda membeli air di Gong Cha dan membayar menuugnakan Shopee pay anda berpeluang mendapat pulangan tunai /cashback RM4 dengan minima permbelian RM10. Untuk pengetahuan promosi ini sah sehingga 31 Disember 2020.

 

 


Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks


 

Earl Grey Chocolate Smoothie


Earl Gray Chocolate Smoothie dibuat dari teh Earl Grey, diadun bersama coklat manis untuk minuman wangi yang unik. Di lengkapi dengan busa susu Gong Cha yang terkenal, para penggemar coklat pasti akan menikmati keenakan Earl Grey Chocolate Smoothie yang sejuk dan berkrim ini.

Earl Grey Chocolate Smoothie RM6 worth RM12
Earl Grey Chocolate Smoothie RM6 worth RM12

 

Harga asal Earl Grey Chocolate Smoothie ini adalah RM12, bersempena Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks ianya dijual pada separuh harga iaitu RM6 untuk tarikh tarikh tertentu di bulan November seperti yang Cik iena nyatakan diatas. 



Earl Grey Chocolate Smoothie RM6 worth RM12
Earl Grey Chocolate Smoothie RM6 worth RM12

 

 

Chocolate Latte with Coffee Jelly


Penggemar coklat dan kopi bergembirapasti akan suka akan  Chocolate Latte with Coffee Jelly. Ya sememangnya benar Cik iena memang suka Chocolate Latte with Coffee Jelly. Buat penggemar Coklat dan kopi Inilah peluang untuk mendapatkan yang terbaik dari kedua dunia elemen dalam satu cawan. Campuran coklat manis dan jeli berperisa kopi di lautan susu. Apabila anda mengunyah jeli pasti anda akan rasa ketagihan sambil menghirup susu coklat yang kaya dan berkrim untuk mendapatkan keenakan Mocha yang luar biasa.

Chocolate Latte With Coffee Jelly RM5 worth RM10
Chocolate Latte With Coffee Jelly RM5 worth RM10


Harga asal Chocolate Latte with Coffee Jelly ini adalah RM10, bersempena Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks ianya dijual pada separuh harga iaitu RM5 untuk tarikh tarikh tertentu di bulan November seperti yang Cik iena nyatakan diatas. 


Chocolate Latte With Coffee Jelly RM5 worth RM10
Chocolate Latte With Coffee Jelly RM5 worth RM10


Chocolate Marble

Bagi mereka yang suka kesederhanaan, nikmati rasa coklat manis yang unik dalam busa susu berkrim. Ini menjadikan cara yang baik dan menyegarkan lelangit setelah makan enak, terutama bagi mereka yang tidak menginginkan pencuci mulut yang berat.


Chocolate Marble RM5 sahaja Worth RM10
Chocolate Marble RM5 sahaja Worth RM10

 

Harga asal Chocolate Marble ini adalah RM10, bersempena Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks ianya dijual pada separuh harga iaitu RM5 untuk tarikh tarikh tertentu di bulan November seperti yang Cik iena nyatakan diatas. 


Chocolate Marble RM5 sahaja Worth RM10
Chocolate Marble RM5 sahaja Worth RM10

 Murah bukan harga yang ditawarkan sehingga 50% diskaun

 

 Kepada anda yang berminat untuk mencuba Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks ini sila klik https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series 

 

Selepas membeli voucher anda cuma perlu membuka shopee apps dan menunjukkan voucher tersebut di cashier.


Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

Selepas cashier mengambil pesanan dan mengesahkan pesanan, anda boleh mendapatkan minuman anda secara percuma kerana anda telah pun membayarnya di shopee. Berikut Cik iena kongsikan resit. Boleh nampak jumlah perlu dibayar RM0

 

Choc out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

 Okay Sekian perkongsian Cik iena untuk hari ni. Kepada penggemar Coklat dan Gong Cha Khususnya jangan lepaskan peluang menarik ini okay.



 

 


Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%

Oldtown White Coffee merupakan antara restoran yang iena suka makan. Selain makan kadang-kadang kalau nak jumpa kawan pun di oldtown. Kebiasaannya jika ke oldtown menu wajib iena pesan adalah Asam laksa, iena memang suka asam laksa dia .Berbeza kali ini Cik iena cuba menu lain pula.

 


Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%

 

Ini merupakan kali kedua Cik iena makan di Oldtown White Coffee dengan membeli voucher di Shopee.  Untuk pengetahuan terdapat pelbagai menu yang ditawarkan oleh Oldtown White Coffee dengan diskaun sehingga melebihi 50%.

Berikut Cik iena kongsikan menu yang Cik iena pesan dan juga antara menu menu lain yang ada. Sebenarnya bukan menu menu ni sahaja tapi ada banyak lagi dan promosi promosi yang ditawarkan akan berubah.

 

Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold) dan Curry Mee +Lime juice
Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold) dan Curry Mee +Lime juice

 

Cik iena kongsi dulu menu yang Cik iena pilih iaitu Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold) dan Curry Mee +Lime juice. Ouh ya yang Cik iena screenshot ni  air nya coca cola , masa Cik iena beli lime juice tapi harga sama. Macam Cik iena cakap promosi sentiasa berubah.

 

OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold) yang bernilai RM18.48 dijual pada harga RM9.11 Sahaja


OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold)
OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold)
 

OLDTOWN Curry Mee + Coca-Cola yang bernilai RM19.80 dijual pada harga RM9.90


OLDTOWN Curry Mee + Coca-Cola
OLDTOWN Curry Mee + Coca-Cola

BAiklah selebihnya Cik iena kongsikan antara promosi yang mungkin menarik perhatian anda. Mana tau anda pun berminat.



Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
 
 
 

Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
 
 
 

Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%



 
 
 
 

Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%




Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
 
 
 

Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
 
 
 
 

Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%




Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%



Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%
Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%



Oldtown White Coffee Diskaun Lebih 50%


Review Oldtown White Coffee The Peak Cheras

Secara keseluruhannya Cik iena sangat suka masakan di Oldtown White Coffee The Peak Cheras. Food presentation memang seperti dalam gambar. Yang paling penting rasa masakan dia memang superb sedap. Mee kari Yang Cik iena makan memang sangat sedap dan sangat menepati citarasa. 

 

Review Oldtown White Coffee The Peak Cheras

Selain dari itu Hor Fun Gravy juga sangat sedap. Ini pertama kali Cik iena order Hor Fun Gravy. Rasa sekali rasa nak repeat order lagi. Bukan setakat itu Hot Chocolate Oldtown White Coffeepun pekat dan sedap. Biasanya pergi mana-mana restoran air Hot Chocolate memang banyak tapi tak semuanya pekat. di Oldtown White Coffee ni memang pekat coklat dia.


OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold)
OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold)

Untuk beli OLDTOWN Hor Fun Gravy + Enriched Chocolate (Hot/Cold) yang bernilai  RM18.48 dijual pada harga RM9.11 boleh klik oldtown hor fun gravy


Enriched Chocolate
Enriched Chocolate super sedap dan pekat



OLDTOWN Curry Mee + Lime juice
OLDTOWN Curry Mee + Lime juice

Kalau OLDTOWN Curry Mee + Lime juice ni dah takde buat masa iena taip artikel ni tapi boleh juga beli set dengan coca cola sebab harganya sama. Untuk beli set ini  yang bernilai RM19.80 dijual pada harga RM9.90 boleh klik Mee kari

 Untuk Promosi promosi lain boleh klik pada logo oldtown dan nanti akan keluar semua promosi yang ada.


Selain masakan yang sedap , staff disini juga baik dan peramah ditambah dengan suasana dekorasi restoran yang sangat cantik. Cik iena pula duduk di tepi yang nampak swiming pool memang susana tu rasa macam makan dekat hotel pula. Oldtown White Coffee di The Peak ni pun agak besar berbanding Oldtown White Coffee lain yang pernah Cik iena pergi.




Lepas ni boleh la bawa puan ibunda makan dekat Oldtown White Coffee The Peak pula. Sebelum ni macam tak pernah bawa. Selalu bawa ke Pappa Rich je. Coffee dekat oldtown pun sedap. 


Cara Bersugi, menyimpan dan membuang | Miswak Cutter Case

Bersiwak atau lebih dikenali dengan bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat. Tahukah anda cara bersugi dengan betul serta dimana untuk mendapatkan kayu sugi? 
Sebelum itu Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai bersugi.
 

Apa itu Kayu Sugi? 


Miswak Cutter Case


Kayu Sugi juga dikenali sebagai Miswak atau Siwak . Ia merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. kayu sugi ini didapati dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Kayu sugi ini di percayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan juga menghilangkan bau mulut. 

 

Penggunaan kayu sugi ini juga merupakan sunah Nabi Muhammad saw dan ianya merupakan satu amalan yang sangat disyorkan. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggunakan miswak dan menyarankan penggunaannya setiap kali sebelum waktu solat.

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.

Menurut Dr Chen , membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara untuk mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 "Bersiwak itu membersihkan mulut dan diredhai Allah SWT"

HR BUKHARI, AHMAD & AN-NASAI

Begitulah hebatnya Rasulullah sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesihatan diambil berat terhadap umatnya. 

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Seandainya tidak memberatkan umatku, sungguh aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat"

HR BUKHARI & MUSLIM

 

Cara Guna Kayu Sugi / Cara bersugi

Langkah 1 : Buka kulit kayu sepanjang 1cm di hujung kayu

Langkah pertama untuk bersugi adalah penyediaan kayu sugi itu sendiri. Daripada sebatang kayu menjadi kayu yang berfungsi sebagai berus gigi. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah kupas kayu sugi terlebih dahulu.  Anda pernah kupas kulit ubi kayu? sekiranya pernah, Ianya situasi yang sama. Terpulang, anda boleh kupas dengan jari atau dengan menggunakan pisau. Yang penting, tinggalkan kayu bahagian dalam.


Miswak Cutter Case
Buka kulit kayu sugi menggunakan Miswak Cutter Case lebih mudah

 

Tips: kayu muda perlu menggunakan pisau kerana kulitnya masih melekat kuat pada isinya. Jadi anda perlukan pisau atau peralatan yang sesuai.

Langkah 2 : Menjadikan Hujung Kayu Berbulu

Istimewanya kayu sugi berbanding kayu lain adalah tekstur kayunya yang apabila digigit, ianya akan  menghasilkan urat-urat seperti berus. Jadi selepas membuang kulit kayu anda perlu gigit beberapa kali untuk melembutkan bahagian hujung. Apabila hujung kayu sudah menjadi lembut dan berurat, ia boleh digunakan untuk bersugi.

Tetapi semasa anda menggigit kayu tersebut apstikan jangan gigit terlalu lama dan kuat sehingga terasa minyaknya kerana kita ingin menggunakan minyak tersebut ketika aktiviti bersugi. cukup sekadar menguraikan urat kayu itu.
 

Langkah 3 : Mulakan Bersugi


Cara Bersugi

 

Gosokkan kayu sugi ke gigi. Jika ingin mengaplikasikan cara bersugi dengan betul, kita perlu cuba melakukannya seperti yang dilakukan oleh Kekasih Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Cara Rasulullah SAW Bersugi

Gosok hujung kayu sugi secara menegak ke gigi. Permukaan gigi, celah gigi, atas dan juga belakang gigi. Mulakan di sebelah kanan atas, kemudian ke kanan bawah. Kemudian kiri atas, dan kiri bawah. jika boleh dilukis, ia seperti melukiskan nombor 8 ‘terbaring’ di gigi kita dan jangan lupa gosok juga  bahagian belakang gigi dan atas gigi.

Langkah 4 : Bersih dan Simpan

Miswak Cutter Case
Simpan kayu sugi di dalam Miswak Cutter Case terlebih dahulu dan kemudian letak dimana-mana bahagian dalam bilik air anda mahupun boleh diletak didalam handbag serta poket baju bagi anda yang sentiasa mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W iaitu bersugi setiap kali sebelum berwuduk untuk solat

 

Sekiranya ingin membeli kayu sugi, seeloknya anda beli sekali dengan bekasnya untuk memudahkan penyimpanan. Di musim moden sekarang, kita boleh dapatkan bekas beserta pemotong kayu sugi. Selepas bersugi, basuh, keringkan dan simpan.

 

Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case


 

Langkah 5 : Potong dan Ulang Langkah 1

Selepas beberapa kali menggunakan kayu sugi. Anda perlu potong dan ulang langkah pertama . Jika anda ingin tahu, bilakah waktu terbaik untuk kita potong kayu sugi tersebut, waktu yang paling sesuai adalah selepas 2 kali penggunaan, kerana di waktu itu, minyak kayu sugi sudah kurang.
Sebenarnya ianya juga bergantung pada penggunaan anda, terpulang juga kepada and  asalkan jangan lebih dari 7 kali.

Kelebihan Bersugi


  • Menghilangkan bau mulut
  • Mengurangkan Plak
  • Mengurangkan Ketagihan Nikotin
  • Memutihkan Gigi
  • Melawan penyakit Gusi

 

Cara penjagaan Kayu Sugi dan  alat momotong kayu Sugi

Seperti yang kita sedia maklum bersugi merupakan Amalan Rasulullah S.A.W , amalan sunnah buat umat islam namun penjagaannya agak sukar dalam memastikan kebersihan yang optima serta penyediaan tempat penyimpanan dan pemotong kayu sugi. Dalam menghadapi masalah ini Cik iena ada satu solusi untuk penyimpanan dan pemotongan bagi anda yang menggunakan kayu sugi mahupun buat anda yang merancang untuk menggunakan kayu sugi. Solusi yang Cik iena maksudkan adalah Miswak Cutter Case.

Miswak Cutter Case


Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case

 

Miswak Cutter case merupakan bekas menyimpan dan memotong kayu sugi yang moden, unik dan canggih serta ianya mengutamakan kualiti, estetika dan fungsi dalam satu produk, ia adalah penyelesaian yang ideal untuk memotong, mengupas dan menyimpan miswak anda di mana sahaja.


Miswak Cutter Case

 

Ianya merupakan bekas penyimpanan yang mudah dibawa kemana-mana dan sangat praktikal. Dengan Miswak Cutter Case ini  kayu sugi tidak lagi terdedah kepada kekotoran. Ini adalah selari dengan tuntutan islam untuk menjaga kebersihan.


Miswak Cutter case ini terdiri daripada 1 tiub penyimpanan, 1 bekas pemotong (besi tahan karat), 2 batang kayu sugi dan  manual pengguna. Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Biru Pasifik dan Kelabu Fosil. Ianya dijual pada harga RM99 sahaja.


Miswak Cutter Case

 

Ciri-Ciri Miswak Cutter Case

  • Bilah tahan karat untuk memotong dan mengupas miswak.
  • Bekas penyimpanan yang selamat dicuci untuk memastikan miswak sentiasa bersih.
  • Lubang pengudaraan untuk mengekalkan kelembapan dan menegelakkan serangan kulat.
  • Mekanisme pengunci bilah automatik untuk memastikan keselamatan semasa penyimpanan.
  • Penutup dwibahasa (Inggeris & Arab) untuk meraikan kepelbagaian budaya.


 


Review Miswak Cutter Case

Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena menggunakan kayu Sugi. Jika sebelum ini Cik iena hanya mendengar mengenai kayu sugi namun tidak pernah mencuba . Kali ini Cik iena telah mencuba sendiri bersugi menggunakan kayu sugi dari thisisatoothbrush. 

Dalam memastikan penyimpanan yang sempurna Cik iena gunakan Miswak Cutter Case. Ianya sangat membantu dalam memastikan kayu sugi kita sentiasa berada didalam keadaan yang bersih. Selain dari memastikan kayu sugi dalam keadaan bersih ianya juga mempunyai cutter yang bertujuan untuk memotong kayu sugi.


Miswak Cutter Case

 

Jadi bagi Cik iena, Miswak Cutter Case ini sangat membantu Cik iena . Selain daripada itu ianya juga sangat praktikal, mudah dibawa kemana-mana. Boleh diletakkan di poket mahupun di dalam beg tangan.


Miswak Cutter Case
Miswak Cutter Case

Mari kita sama-sama Menghidupkan Sunnah rasulullah SAW dengan menjadikan amalan bersugi ini sebagai salah satu amalan sunnah dalam kehidupan seharian kita. Pada yang baru bermula untuk bersugi anda boleh dapatkan di www.thisisatoothbrush.my


Untuk Maklumat Lanjut

Instagram :  @this_toothbrush_my
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve