Grab The Promo
Grab The Promo

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

Istimewa buat penggemar Kopi, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 yang berwajah baharu! Ianya Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan lagi punca pendapatan komuniti peladang tempatan. Program istimewa ini telah bermula sejak tahun 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA). Ianya juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil. Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem
penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, peladang-peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia. Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

En. Juan Aranols, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

 “Sejak tahun 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan. Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan
pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”


“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ
Disemai Dengan Kasih
dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini
dengan para pengguna,”  tambah Aranols.



NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

 

 

En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia)
Berhad pula berkata, 

“Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.

Untuk Pembelian secara online : NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023 

 

 

Anara, Calia, Elara The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. Ianya meliputi kawasan bandar seluas 6,272 ekar tanah pegangan bebas kelas pertama Bandar Sri Sendayan. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat mengagumkan. Terdapat lebih 13 projek yang habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk 

  • The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA)
  • The Edge Billion Ringgit Club 2022
  • The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market
    Capitalisation of RM 1 Billion and above) 
  • Dan banyak lagi.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan merupakan kawasan kediaman yang berhampiran dengan segala-gala kemudahan yang memenuhi gaya hidup pemastautin dan terdapat pelbagai kemudahan runcit,hab pendidikan, rekreasi luar, taman gaya hidup, Bazar Makanan, Stesen Minyak dan banyak lagi

Kesemua kemudahan  yang terdapat di Tiara Sendayan  adalah Tiara Biz, 12-acre Central Park, Petrol Station, Medan Tiara, Matrix Global Schools, d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan, Sendayan Merchant Square telah selesai pembinaan dan sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Matrix Concepts mempunyai rekod prestasi kukuh dalam Tiara Sendayan dan fasa sebelumnya telah dijual sepenuhnya sejak 2018, ini membuktikan bahawa produknya diterima dengan baik dalam masyarakat.

Kini Matrix Concepts memperkenalkan Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan.
Residential parcel ini dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dan menghijau. Kisah kejayaan fasa sebelumnya adalah bukti dalam menunjukkan Matrix Concepts sentiasa cakna dalam memastikan yang terbaik disediakan mengikut keperluan pasaran di Tiara Sendayan sehingga  menjadikan projek Matric Concept berjaya dan sangat diterima baik oleh orang ramai.

Berpandukan pengalaman fasa sebelum ini, Matric Concepts telah melakukan yang terbaik untuk 
pelancaran baharu fasa yang baru.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

Peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.


Kepada anda diluar sana yang masih lagi tercari cari rumah kediaman untuk dibeli. Ini merupakan peluang terakhir untuk anda menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.

Presint 14C3-A&B merupakan landed residential parcel yang terakhir di Tiara Sendayan . Selepas ini Matric Concepts tidak akan membangunkan landed residential kerana ini adalah yang terakhir. Tiada lagi kediaman 1 atau 2 tingkat pada masa hadapan. Ini adalah peluang terakhir untuk anda memiliki memiliki siri rumah tiara. Presint yang terakhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas di dalam presint & juga di dalam kawasan kediaman. Kawasan ini sememangnya Cukup untuk menjalani  kehidupan seharian dengan keperluan harian yang sempurna .
 
The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan
 

Final Parcel akan terdiri daripada 336 unit di atas tanah pegangan bebas. Kediaman ini datang dengan saiz yang pelbagai iaitu 20’ x 65’ hingga 20’ x 75’ dan binaan untuk satu tingkat bermula dari 1,056 kaki persegi. Fully extended design dan double storey bermula dari 1,576 kaki persegi. Projek perumahan terbaru ini  menyasarkan pembeli rumah pertama & empty nester.

The final landed residential parcel di Tiara Sendayan akan dilancarkan tidak lama lagi. Kepada anda diluar sana yang berminat utuk membeli perumahan baru ini sila daftar sekarang.
 

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan
 

Pelancaran Akan Datang

  • Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan
  • Lot size 20’ x 65’ (Single Storey), 20’ x 70 – 75’ (Double Storey)
  • Built-up from 1,056 sq.ft. (Single Storey), 1,576 (Double Storey)
  • 336 units, 20.54-acre
  • 3 Beds + 2 Baths (Single Storey), 4 Beds + 3 Baths (Double Storey)
  • Price from 225k (Single Storey), 360k (Double Storey)


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

 

Kemudahan di Tiara Sendayan

12-acre Central Park dengan pelbagai kemudahn, Gelanggang Futsal , Gelanggang Bola Keranjang,Gym ,Stesen Parcourse, Teres Tempat Duduk, Tempat Perlindungan, Kawasan permainan kanak-kanak dan banyak lagi kemudahan di sekitar Tiara Sendayan. Kemudahan kemudahan sebegini sememangnya amat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan lagi hari kita.

d’Tempat Country Club

Kemudahan rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik,bowling alley, snooker, movie room, gelanggang tenis, gelanggang badminton,squash, bilik mesyuarat, spa, gim,bar, cafe, kedai makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan Tiara Sendayan akan mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini dari 2 penggal hingga 5 terma.

Matrix Global Schools

Matric Global Schools dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British ini dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Kemudahan pendidikan juga amat penting dalam memilih untuk membeli rumah untuk tujuan kita tinggal bersama keluarga, dengan adanya Matrix Global School menjadikan Tiara Sendayan lokasi yang sangat bagus untuk anda yang ingin membeli rumah untuk bermastautin bersama keluarga tercinta.
 

X-Park

Terdapat X-Park Sendayan yang merupakan Pusat sukan untuk akitiviti luar terbesar di Negeri Sembilan dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur seperti go-kart, paint ball,archery gelanggang badminton, gelanggang futsal dan pelbagai lagi yang menjadi faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.

Merchant Square

Terdapat 163 unit pejabat kedai bagi melengkapkan Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti - Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa akan datang.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan


Jom Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web http://www.tiarasendayan.com/. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai Perumahan di Tiara Sendayan.

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts




ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan Sambutan Hari Raya

KUALA LUMPUR, 19 APRIL 2023 - Sempena Bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelma, ShopeeFood bersama Pizza Hut menganjurkan beberapa majlis berbuka puasa
di seluruh Lembah Klang dan Selangor untuk mengumpulkan rakan kongsi penghantaran makanannya.
Kempen #ShopeeDeliversLove sudah memasuki tahun kedua dan ianya bertujuan untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada Rakan kongsi penghantaran ShopeeFood.

 

ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan  Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan  Sambutan Hari Raya
ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan  Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan  Sambutan Hari Raya

Ratusan rakan kongsi penghantaran telah menghadiri sesi tersebut di beberapa lokasi seperti Wangsa
Maju, Kota Damansara, Kepong dan Kajang. Selain menjamu selera dengan pelbagai pizza yang lazat dan
minuman yang disediakan oleh Pizza Hut, rakan kongsi penghantaran juga menerima banyak barangan lain seperti Kuih raya dan baucar petrol. 


Menurut Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia mereka sangat teruja untuk menganjurkan acara ini setiap tahun untuk rakan kongsi penghantaran . ShopeeFood mengiktiraf
peranan penting rakan kongsi pemandu dalam perniagaan mereka. Oleh itu, ShopeeFood akan terus mendekatkan diri dengan rakan kongsi penghantaran untuk lebih memahami keperluan mereka.
Tambah beliau lagi mengambil maklum balas rakan kongsi pemandu dengan serius,
melaksanakan inisiatif dan dasar sokongan yang memenuhi keperluan dan terus memperbaikinya
kebajikan adalah amat penting bagi ShopeeFood.


ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan  Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan  Sambutan Hari Raya

Dalam pada itu tegasnya lagi, ShopeeFood komited untuk menyampaikan kualiti perkhidmatan tertinggi untuk pelanggan dengan menyediakan pelanggan dengan nilai, kepelbagaian dan kemudahan melalui ekosistem bersepadu. ShopeeFood   berharap dengan menyediakan makanan yang baik kepada rakan kongsi penghantaran, ShopeeFood akan mempunyai lebih fleksibiliti untuk memerhati
tugas mereka semasa menghantar pesanan pelanggan dalam tempoh sibuk ini.

 

Selain menerima makanan, rakan kongsi penghantaran juga turut diberi peluang memenangi hadiah bertuah yang menarik itu termasuk telefon pintar, topi keledar dan pakaian menunggang lain seperti baju hujan.

 

ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan  Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan  Sambutan Hari Raya

Rakan kongsi penghantaran yang ditemu bual semasa acara itu juga menyatakan penghargaan mereka atas inisiatif daripada ShopeeFood. En. Faizal bin Hashom yang telah bekerjasama dengan ShopeeFood
selama lebih satu setengah tahun berkata: “Ia adalah acara yang hebat, dan saya berharap ShopeeFood dapat menganjurkan lebih besar pada masa hadapan supaya lebih ramai pemandu boleh menghadirinya bersama-sama. Masa untuk mengadakan acara itu pada bulan Ramadan dan Hari Raya juga baik.”

 

Seorang lagi rakan hantaran iaitu En. Abdul Qayum Bin Baharum berkata: “Acara ini sangat bagus untuk
pemandu untuk berkumpul bukan sahaja bertemu rakan baru yang bekerja di kawasan yang sama tetapi juga peluang yang baik untuk bertemu dengan pasukan pengurusan ShopeeFood. Hadiahnya sangat menarik dan sayabersyukur kerana dapat menyertai majlis ini. Terima kasih ShopeeFood.”


Untuk tempoh Hari Raya, ShopeeFood juga menawarkan diskaun istimewa dari 20 - 21 April.
Tawaran itu termasuk Penghantaran Percuma dan menampilkan pelbagai peniaga seperti myBurgerLab, HWC Coffee, and Nasi Ayam Penyet.


ShopeeFood dan Pizza Hut Raikan  Rakan Penghantar Makanan untuk Ramadhan dan  Sambutan Hari Raya

ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat manfaat daripada kemudahan dan pengalaman penghantaran makanan tanpa kerumitan dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada kedai popular hingga tempatan gerai makanan jalanan, pada nilai terbaik. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Shopee sedia ada yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, bersama-sama dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun, rakyat Malaysia mempunyai pengalaman pembayaran dan penghantaran yang selamat dan bermanfaat dengan ShopeeFood.





Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Sebut saja mengenai minuman Starbucks pastinya semua orang tahu, tidak kira tua ataupun muda. Kini Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat boleh menikmati produk Starbucks Sedia Diminum, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum 

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Mr Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura [kanan]  dan Ms April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink Malaysia [kiri] memulakan pelancaran Rangkaian Sedia untuk Minum Starbucks di Malaysia.



Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Dalam usaha membawa detik-detik istimewa kopi Starbucks ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, rangkaian Starbucks Sedia Diminum (RTD) telah dilancarkan di seluruh negara pada 21 Mac 2023. 

Pelancaran Produk Starbucks RTD di Malaysia melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik:
 

Starbucks® Frappuccino®

Kopi yang dibancuh sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa

Starbucks® Frappuccino®

Starbucks® Frappuccino®
 

Starbucks® Doubleshot™

Pilihan minuman yang dikenali dan digemari ramai, boleh dinikmati bersama bagi mengharungi rutin harian yang sibuk. 
 
Starbucks® Doubleshot™

Starbucks® Doubleshot™
Untuk pengetahuan, Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™ (220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Mr Juan Aranols [tengah kanan] dan Ms April Wong [tengah kiri] diapit oleh pengaruh tempatan dalam reka bentuk yang diilhamkan oleh Starbucks oleh pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design, UCSI University, mempamerkan bagaimana Rangkaian Starbucks Ready-To-Drink boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, bila-bila masa, di mana sahaja.


Rangkaian Starbucks RTD yang baharu ini adalah hasil kerjasama antara Nestlé dan Starbucks yang diumumkan pada 2021 di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut. Ini menandakan satu lagi titik penting dalam Perikatan Kopi Global antara Starbucks dan Nestlé yang telah dicipta pada 2018 untuk membuka peluang, meningkatkan pengalaman kopi dan membuka lembaran baharu bagi kedua-dua syarikat ikonik itu.

Untuk meraikan detik istimewa ini, Nestlé Malaysia telah menganjurkan pertunjukan fesyen dengan karya busana berilhamkan Starbucks oleh para pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design,  UCSI University, yang digayakan oleh para pempengaruh popular tempatan. Busana yang ditampilkan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia – termasuk pakaian gaya jalanan  mahupun pakaian ke pejabat, semasa bersantai di rumah atau untuk urusan harian – fesyen bergaya ini mempamerkan kepelbagaian Starbucks RTD yang boleh disesuaikan dalam setiap detik kehidupan. 

Untuk pengetahuan, Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® telah mendapat pensijilan Halal. Ini adalah bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati minuman ikonik tersebut tanpa rasa ragu-ragu, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa

Dalam usaha mengembangkan kategori Produk Sedia Diminum Malaysia, tawaran inovatif dan khusus ini bertujuan menarik minat para belia di Malaysia yang dinamik yang inginkan kemudahan pengalaman kopi yang hebat di mana sahaja mereka berada. Nestle akan terus memperkasakan inovasi untuk mencipta detik-detik kopi yang penuh kenikmatan dan keseronokan.

Rangkaian kopi Starbucks RTD ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih. 

Sejak Perikatan Kopi Global pada 2018, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium yang luas ke pasaran baharu dengan pantas – termasuk kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi, serta kapsul Starbucks untuk digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto. Pada hari ini, Nestlé mengedarkan produk kopi Starbucks berbungkus yang boleh didapati di lebih daripada 80 negara di luar cawangan Starbucks di bawah Perikatan Kopi Global.                 

Cik iena sendiri salah seorang pembeli produk kopi premium Starbuck. Cik iena memang penggemar Coffee jadi memang Cik iena beli untuk buat sendiri di rumah. Sekarang dengan adanya Starbuck RTD ni lagi mudah lah. Nak balik kampung atau pergi ke tempat yang tiada Starbucks nak mengopi boleh beli Starbucks RTD.

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
 

Jadi, sekarang boleh dapat minuman RTD Starbucks dimana-mana. Cik iena tak perlu risau kedai bawah rumah ada je air ni. Kalau malas keluar turun bawah je beli.

 



                                           

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kecantikan bukan saja pada paras wajah. Ianya juga termasuk penampilan seseorang itu juga.Wanita masa kini memang cukup berani, memilih gaya hidup yang aktif dan bergaya.Rutin harian yang cukup sibuk membuatkan mereka perlukan teman yang dapat mendorong dan membantunya dalam menjalani kehidupannya dengan penuh sistematik dan bergaya. Antara yang tergolong dalam kategori ini sudah pastinya Cik iena.

Kieslect Lady Calling Watch Lora




Dalam kesibukan kerja dan dalam masa yang sama ingin tampil cantik bergaya dengan kehadiran teman yang dapat mendorong dan membantunya Cik iena dalam menjalani kehidupannya dengan penuh sistematik Cik Iena memilih untuk menggunakan  Kieslect Lady Calling Watch Lora. Ianya merupakan jam tangan pintar yang memiliki banyak ciri-ciri hebat yang membantu Cik iena dalam menjalani kehidupan seharian dengan penuh semangat dan bergaya.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Kieslect Lady Calling Watch Lora hadir dengan 3 warna menarik iaitu merah jambu, gold dan ungu. Tampil lain dari kebiasaan iaitu Cik iena gemar warna merah jampu. kali ini Cik iena tampil berani dengan memilih warna ungu.Kieslect Lady Calling Watch Lora ini bukan hanya untuk aksesori ianya juga merupakan pelengkap gaya dalam semua acara samada kasual, formal mahupun bersukan.


Kieslect Lady Calling Watch Lora



Jam ini dihubungkan bersama apps Glory Fit (boleh dimuat turun dari Google Play ataupun Apple Store). Ianya didatangkan dengan Fadeless Aluminum Case, dengan rekabentuk aloi aluminium bukan sahaja tahan lasak bahkan dengan cirinya tak akan pudar menjadikannya ianya aksesori yang cantik dan estetik.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga sangat Mudah dan sangat praktikal! Dengan Quick Release Magnetic Strap, sangat senang ketika anda memakainya dan anda juga boleh tukar-tukar tali jam mengikut kesukaan dan kesesuaian pakaian. Tampil lebih esklusif apabila jam ini dipadankan dengan pakaian yang digayakan.  Sekiranya ingin tampil lebih elegant boleh tukar kepada tali jam yang berwarna keemasan. Tali ini bewarna keemasan ini didatangkan sekali bersama Kieslect Lady Calling Watch Lora.  Cik iena lebih menggemari Magnetic Strap kerana ianya Sangat mudah untuh dipasang dan ditanggalkan.


Kieslect Lady Calling Watch Lora


Kieslect Lady Calling Watch Lora


Kieslect Lady Calling Watch Lora



Selain dari sifatnya anti-calar. Kieslect Lady Calling Watch Lora juga menawarkan paparan 3D yang cukup luas berwarna-warni (3D Full View Colorful Display). Sekaligus memberikan pandangan yang cukup jelas pada segala maklumat yang dipaparkan di antaramuka jam ini. Jadi anda tidak perlu membelek lama untuk membaca kerana paparannya cukup jelas untuk anda baca sekali imbas.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Apa yang Cik iena suka mengenai jam ini adalah sekiranya kita berada dalam situasi sibuk seperti sedang memandu dan tiba-tiba ada panggilan atau pesanan ringkas masuk (sms), Cik iena boleh mengangkat panggilan tersebut dalam apa jua keadaan. Ini kerana Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama sambungan Bluetooth 5.2 yang cukup stabil.  Bukan itu sahaja, Cik iena juga dapat mendengar deringan panggilan dan pada masa yang sama hanya tekan di skrin 'pick up calls.' kemudian Cik Iena boleh terus boleh berkomunikasi dengan si pemanggil.

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil ini membolehkan Cik iena untuk mendengar dan melayan muzik dari playlist dari telefon bimbit juga. Ini kerana dengan ciri-ciri  Hif Hefnition Music Playlist on Wrist membolehkan Cik iena mendengar muzik dari pergelangan tangan samada ketika sedang berjogging, membaca buku, memandu dan melakukan apa sahaja aktiviti.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga sangat menyokong gaya hidup aktif. Sesuai sangat dengan Cik iena. Ini terbukti dengan adanya 70 mod sukan yang boleh dipilih .Dengan menggunakan jam ini Cik iena dapat tau bacaan kalori dan kiraan langkah dengan setiap aktiviti yang dilakukan.


Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian,kita juga perlu monitor tahap kesihatan diri. Dengan adanya  Kieslect Lady Calling Watch Lora ini ianya sangat membantu, kita boleh mengetahui SpO2,  degupan jantung serta pemantauan tidur samada mencukupi ataupun tidak. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Untuk info SpO2 merupakan ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah anda dengan menunjukkan berapa peratusan maksimum. Bagi individu yang sihat, SpO2 biasa adalah diantara 96% hingga 99%.



Istimewanya lagi  Kieslect Lady Calling Watch Lora ini adalah Jam pintar ini didatangkan dengan Female Menstrual Reminder yang boleh mengingatkan anda tentang hari-hari istimewa setiap bulan bagi membolehkan anda lebih bersedia menghadapi hari menstrual.

Antaramuka jam ini juga memunyai pelbagai jenis antaramuka yang cantik dengan pelbagai tema. Anda juga boleh menukarkan wallpaper skrin jam anda dengan foto yang anda gemari. Fungsi ini lebih memberi nilai-nilai sentimental kepada pemilik jam . 


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik, antaranya seperti bulit in games, kalkulator, camera control, weather forecast, alarms, drinking reminder dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik .

Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama 2-in-1 Core calling chip yang merupakan cip terhebat yang berada tempat ketiga  di dunia selepas jenama Apple dan Samsung. Dengan cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah berbanding cip dwi,yang sangat menjimatkan terutama jangka masa hayat bateri. Pengecasan nya juga amat mudah kerana ianya magnetic contact.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Kieslect Lady Calling Watch Lora menjanjikan pengalaman panggilan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga. Apa yang Cik iena suka adalah Voice Assistant yang sangat membantu ketika Cik iena memandu. Jika ingin membuat panggilan talifon Cik iena hanya bercakap dengan jam tangan pintar ini dan secara automatik jam ini akan bekerjasama dengan mysiri(iPhone) untuk terus membuat panggilan.

Review Kieslect Lady Calling Watch Lora




Kieslect Lady Calling Watch Lora

Secara keseluruhan Cik iena sangat menggemari Jam tangan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini. Padanan jam tangan pintar dan apps sangat membantu Cik iena untuk menjadi lebih sistematik dan pada masa yang sama Cik Iena boleh bergaya dengan aksesori jam pintar yang cukup astetik ini . Jam ini sememangnya banyak membantu dalam kehidupan seharian Cik iena yang sangat sibuk.



Kieslect Lady Calling Watch Lora



Kieslect Lady Calling Watch Lora



Kieslect Lady Calling Watch Lora

Terpaling Cik iena gemari adalah jam ini sangat mudah dipakai kerana ianya mempunyai magnetic strap yang memudahkan pemakaian. Pelbagai features pada jam tangan ini juga turut membantu Cik iena kekal aktif cergas dan dalam masa yang sama tampil bergaya.


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Dengan adanya jam ini juga memudahkan CIk iena membaca message pada jam tangan ketika memandu. Cik iena juga boleh membuat panggilan talifon menggunakan voice assistant. Tanpa perlu ambil phone hanya perlu bercakap dengan Cik Kieslect Lady Calling Watch Lora. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora

Cik iena juga boleh pantau waktu tidur, heart rate. Bila bosan menunggu orang boleh main game. Bila pakai jam ni tangan berpeluh tak perlu risau takde rasa gatal gatal. Sebelum ni Cik iena jarang pakai jam sebab kulit tangan alergik, kalau pakai jam bila berpeluh, tangan akan gatal gatal dan naik ruam ruam. Kali ni dah semiggu pakai takde tanda tanda ruam dan takde gatal kalau berpeluh.




Tentang Kieslect


Kieslect merupakan jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama Kieslect telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wireless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya  dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada  kualiti, utiliti serta reka bentuk  dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Jom Dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora 


Untuk pembelian dalam talian sila layari;

Kieslect Official Platform Jualan:

Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
 
Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus discount rm5 voucher: 
Code : KIESLORA
Kieslect Calling Watch KS Bonus Discount Rm10 voucher: 
Code : KIESKS

Diskaun ini hanya untuk pengguna Shopee dan ianya adalah terhad. Siapa cepat dia dapat tau.

Kieslect Official Platform Media Sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia


Untuk jaminan dan kepuasan pelanggan , KIESLECT menawarkan  jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun, ianya bergantung sekirang  produk tersebut rosak kerana kesilapan pengguna maka KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya


#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve