Grab The Promo

Sotong Goreng Tepung



Sotong Goreng Tepung



menarik & sedapje bunyi nye kn..
selalu mkn kt kdai je..xpenah masak sndri..
hahhh kali ni cik iena nk msk sndri laaa..
sotong ade tu dlm peti..nty blk nk wt la..okies nie ade dua resepi sotong goreng tepung yg cik iena jmp..

satu yg rangup di luar lembut d dalam..hah yg nie kelainan nye dia guna telur then salut tepung kt luar..
yg satu lg dia bancuh tepung..celup sotong kt bancuhan tepung..

dua2 cik iena nk try nty..

okies jom tgk resepi pertama yg rangup di luar lembut di dalam(^_~)

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan

  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


nyummmyyyyy
rangupnyeeeeeee

okies jom tgk yg resepi kedua pulak yer

Sotong Goreng Tepung




Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
  • 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

  2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

  3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

  4. kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )






2 comments:

  1. tu dia..sedapnya sis..

    ingt lg tak sy??lama xsggh sni..

    ReplyDelete
  2. hye dear..ingt lg..
    yg suke tag award2 from blogers kn(^_~)
    akak pn lame dh x blogwalking:)

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve