Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, April 10, 2012

Rugi RM90,000-Festival Pengantin Malaysia(6-8 April)


Hasrat lebih 100 pemilik butik pengantin dan katering mencari pendapatan tambahan melalui penyertaan dalam Festival Pengantin Malaysia Ke-11 bukan saja hancur, malah mereka turut kerugian lebih RM90,000.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak penganjur festival membuat bayaran penuh kepada pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan pihak pengurusan PWTC enggan membuka pintu Dewan Tun Razak 2, di tingkat empat bangunan berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa mereka, pengusaha butik pengantin, Edyham Hazril Zainudin, 40-an, berkata dia menerima pelawaan daripada syarikat penganjuran itu tiga bulan sebelum karnival bermula.
“Saya membuat bayaran penuh berjumlah RM4,000 bagi sebuah ruang pameran kecil sejak dua bulan lalu, namun kami hanya mengetahui mengenai muslihat sebenar syarikat itu pada hari pertama festival bermula, semalam (kelmarin).

“Pada pagi Jumaat, karnival yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa dilewatkan ke jam 1 tengah hari apabila tiada staf mahupun pengurus syarikat itu tampil membuka pintu dewan dan hanya seorang staf mereka muncul jam 12 tengah hari untuk memaklumkan pihaknya ada masalah kewangan dengan pengurusan PWTC, namun berjanji akan menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui , semalam.

Beliau berkata, keadaan sama berulang semalam apabila pengurusan PWTC tidak membenarkan mana-mana peserta untuk memasuki dewan berkenaan kerana penganjur karnival gagal membayar sewa berjumlah RM90,000.

“Rata-rata peserta festival ini membuat bayaran penuh kepada penganjur, namun kami tidak tahu punca mereka tidak membayarnya sehingga menyebabkan kami mengalami kerugian akibat kecuaian mereka.

“Tidak cukup dengan itu, seorang peserta festival ini bermurah hati membuat bayaran berjumlah RM40,000 hari ini (semalam) bagi membolehkan kami meneruskan perniagaan, namun pengurus syarikat dan stafnya bersikap lepas tangan dalam hal ini,” katanya.
Seorang lagi peserta festival, Datuk Jamal Md Yunos berkata, meskipun pada mulanya mereka semua menghadapi masalah memasuki dewan berkenaan untuk meneruskan perniagaan, namun hasil kata sepakat, jalan penyelesaian dapat dicari.

“Kami sepakat mengumpul duit sendiri dulu dan membayar kepada pengurusan PWTC bagi menjayakan festival ini dan akan berurusan dengan penganjur festival bagi menuntut balik wang terbabit.

“Ada peserta berbelanja lebih RM50,000 untuk menyewa ruang pameran di festival ini dan jika ia ditamatkan begitu saja, kami akan rugi lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, festival berkenaan akan diteruskan seperti biasa sehingga jam 10 malam ini dan berharap orang ramai dapat memberi sokongan padu kepada peserta karnival.

Jamal berkata, antara perkhidmatan disediakan adalah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, kad kahwin, cenderamata, perhiasan, aksesori, dewan majlis perkahwinan, ejen perancang industri perkahwinan, pusat penjagaan kecantikan dan perkhidmatan katering.

Bagaimanapun, jam 3.30 petang semalam, beberapa peserta karnival itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan rasa tidak puas hati terhadap pihak penganjur yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Sementara itu, usaha Metro Ahad untuk menghubungi syarikat penganjur festival itu gagal apabila talian telefon mereka ditutup.


 &



Cik iena bru lpas pergi Festival pengantin ahad bru nie
tp bukan dkt PWTC
cik iena g kt PICC
kalau tak silap PICC dianjurkan oleh www.urbanvibe.com.my
opss 
mase cik iena g pameran pengantin PICC ade teman FB sempat snap pic cik iena
cik iena xperasan pon..rase nye dia photographer(^_~)
dia ade post pic kt wall fb cik iena
hehehe mekasih ya
cik iena nmpk gemuksss


sblm g PICC cik iena suke syok sndri amek gmbr
hahaha style cik iena amek gmbr dr atas
supaye tak nmpk gemuks..



ehh berbalik pd kisah Festival pengantin malaysia PWTC tu
kalau tak silap cik iena,refer poster
organizer dia
Dirich Vision Sdn Bhd




Kesian kn kt mereka2 yg terlibat
walaubagaimanapun maybe dorang ade alasan tersendiri
hopes tak terjadi la lg cmnie
(^_~)






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

3 comments:

  1. hi..
    jemput join segmen pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-feberet-color.html

    tq :)

    ReplyDelete
  2. tu la kesian
    salah sorang drpd mangsa member cik iena...
    dh byr 4K utk event tu..sampai sane PWTC x bukak pintu sb organizer xbyr lg..peniaga2 lain terpaksa keluarkan duit utk byr supaya pintu d buka T__T
    bnyk jgak la dia rugi

    ReplyDelete

Facebook Comment