Grab The Promo

1CHARiTY @Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur


1CHARiTY Merupakan Program Agihan Makanan kepada homeless/gelandangan.

HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to this old man may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Riwayat at Tirmizi)



**"SEDIKIT BAHAGIAN DARI ANDA AMAT BESAR MAKNANYA PADA MEREKA"**

------------------------------------------------------------------------------------------------



~**Kepada Sesiapa yg berhajat utk memberikan sumbangan berupa wang ringgit bolehlah berbuat demikian melalui akaun RHB Bank No. Akaun: 2643 4800 0015 09 ***(atas nama Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur).



************************************************************


Agihan berlangsung 2 kali seminggu .

Khamis mlm Jumaat dan Jumaat mlm Sabtu.
Masa : 9.00pm - 12.30am

@ perkarangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.
Jln Tun Perak, KL. ( bersebelahan LRT Masjid Jamek KL)

Kerjasama :
Masjid Jamek Bandaraya KL
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI KL
BAITULMAL MAIWP
Bantuan : Sukarelawan2

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI KL dengan Masjid Jamek dan para sukarelawan memberi bantuan kepada golongan 'Homeless' ini.

Makanan&minuman adalah juga diterima dari para sukarelawan yg hadir pada malam program.

Pihak Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI KL juga membantu menyediakan makanan kepada golongan homeless ini setiap minggu tanpa henti Khamis malam Jumaat dan Jumaat mlm Sabtu bermula 10.00pm - 12.00 am bertempat di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.

Pihak Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI KL dan Masjid Jamek Bandaraya berperanan dalam mengendalikan program-program dakwah lapangan contohnya memberi kesedaran kepada golongan homeless ini dalam pentingnya untuk memperbaiki taraf hidup serta mentarbiyah dalam bab-bab berkaitan agama kepada golongan 'Homeless' ini.

Selain itu sukarelawan bolehlah membawa anak-anak sekiranya ingin mentarbiyah anak-anak mengenai kehidupan di atas muka bumi Allah SWT.

Oleh itu bagi pihak sukarelawan yang menyertai dikehendaki mengagihkan makanan sepanjang perjalanan kembara malam ini dan akan ada setiap sesi penerangan oleh pihak JAWI WP dan senior sukarelawan.

InsyaAllah berdasarkan kepada perancangan dan telah dipersetujui , sukarelawan hendaklah berkumpul di :

Tempat Berkumpul : Perkarangan Masjid Jamek Bandaraya KL
Masa : Sebelum jam 10.00mlm, Khamis malam Jumaat & Jumaat malam Sabtu
Pengangkutan : Sendiri

P/s : Kita akan berjumpa dengan bermacam2 golongan 'Homeless' sepanjang kembara malam ini. Jadi diingatkan sekiranya ada mempunyai barang kemas sila tinggal di rumah dan pastikan handphone dan kamera dijaga rapi .
Dibantu bersama2 :
Masjid Jamek Bandaraya KL
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI KL
BAITULMAL MAIWP
Sukarelawan2


NEW UPDATE 8 JUN 2015

Untuk makluman 1Charity telah berpindah tempat di bank muamalat jalan melaka, belakang station LRT Masjid jamek aliran kelana jaya.

Untuk mengetahui aktiviti 1charity yg terbaru bersama cik iena boleh klik
http://www.ienaeliena.com/search/label/1charity 

utuk aktiviti charity lain2 klik
http://www.ienaeliena.com/search/label/Volunteer    



♥♥ Info Menarik ♥♥











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve