Grab The Promo
Grab The Promo

CASIO A178WA-1ADF Men's Watch Silver - Lazada


Alhamdulillah, hari ni cik iena dapat barang kedua yang cik iena beli sewaktu flash sale dari lazada 11 November 2014 yang lalu. CASIO A178WA-1ADF Men's Watch dengan harga RM39 tanpa bayaran postage dimana harga asal yang dijual adalah RM 122. Flash sale untuk jam ini dibuat pada pukul 7 malam, sanggup cik iena tunggu dekat office, tepat pukul 7 malam cik iena terus beli then baru solat magrib, haishh ape nak jadi cik iena ni. Nasib lah kejap je nak beli kelik kelik da beli, yang penting duit harus ada dalam akaun okey (^_~)





Ini jam tangan lelaki, untuk apa cik iena beli. Ayah cik iena tak pakai jam tangan. Adik-adik lelaki pun cik iena tengok tak pakai jam tangan. Jadi buat apa cik iena membazir nak beli ye.
jeng jeng jeng sebenarnya jam ni cik iena beli sebab harga dia murah, mungkin cik iena akan simpan dulu dan akan beri pada seseorang pada ulangtahun kelahiran dia yang akan datang.
Nak tau siapa tak boleh bagi tau.haha Biarlah rahsia. Yang penting orang tu sangat penting dalam kehidupan cik iena . Pada yang dapat jam tangan ni nanti, scik iena nak awak tau, awak sangat penting okay. Walaupun cik iena tak pernah  bagi tau depan2. Cik iena sekadar meluah di blog sahaja.
Sebenarnya hadiah ni tak termasuk dalam list. Tapi lazada buat sale. Memang rezeki awak la . Hadiah birthday yang sebenar lagi mahal dari harga sebenar jam ni (^_~)
Hope awak suka jam tangan ni , cik iena tengok awak pakai jam tangan digital macam ni jugak tapi warna lain la, brand ape cik iena tak pasti. takkan nak mintak tangan belek belek tengok jam kan. terus kene penampar percuma haha
Tapi kan kan awak dalam gambar jam ni nampak macam besar, nampak size dia macam jam tangan yang awak pakai . Sebenarnya bila dapat. tak besar macam jam tangan awak T___T
takpelah. Hope awak suka jugak (^_~)




Okay setakat ini dulu yer, ini barang kedua yang cik iena beli daripada flash sale lazada 11 November 2014. Barang ketiga pun dah dapat dah tapi  biarlah rahsia kerana terlalu privacy hahah
okay daaaaaaaaaaaaaaa






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve