Grab The Promo

OST ASAM PEDAS UNTUK DIA


Kau curi hatiku, dengan senyum manjamu
membuai hatiku yang lara, tak perlu mencuba
hanya biasa saja
bagiku kau sungguh mempersona ..

Tak usah ditanya dari mana datang cinta, 
hadirnya tidak pernah terpaksa ,
dirimu itulah mana cinta ku berada ,
akan jadi milikmu selamanya ,


sayang engkau dengarlah rinduku ,
yang selalu benar untukmu ,
cintaku tercipta pada dirimu saja ,
tak akan berubah percayalah ,

Tak usah ditanya dari mana datang cinta, 
hadirnya tidak pernah terpaksa ,
dirimu itulah mana cinta ku berada ,
akan jadi milikmu selamanya ,


sayang engkau dengarlah rinduku ,
yang selalu benar untukmu ,
cintaku tercipta pada dirimu saja ,
tak akan berubah percayalah ,

mereka kan tahu kisah ini akhirnya ,
tentang  cinta kita berdua ,
bersama menempuh semua dugaannya ,
ku akan disisimu selamanya ,

LIRIK OST ASAM PEDAS UNTUK DIA


Muzik Tema:
Lagu: Dengarlah Rindu
Penyanyi: Nurfahan Azizan (FARHAN AF4)
Lagu/Lirik: Nurzaidi Abd Rahman
Hakcipta: Gemersik Music & Music Sound Works Sdn. Bhd.

Ehh tiba cik iena jatuh cinta dengan cerita ni , cik iena ni jarang tengok tv sebab sibuk dengan kerja . Semalam adik datang rumah , dia download cerita ni bila tengok macam best pulak . Cik iena suka tengok Shukri Yahaya berlakon. Melting okay lalallalalalaa.
Lepas tengok yang adik download cik iena cari OST dia . Best pulak . Full song tak jumpa lagi
yang jumpa yang ni sahaja . Lirik pun tak jumpa. Terpaksa dengar and tulis sendiri hehe. Entah betul ke tidak pendengaran cik iena tu . Janji ade bunyik sama (^_~)
Suka sangat dengan lagu ni . Nak nyanyi untuk enchik bakal suami la haha  berangan jew

 New update Dah jumpa Full song OST ni

OST ASAM PEDAS UNTUK DIA FULL SONG


[OST] Asam Pedas Untuk Dia - "Dengarlah Rindu"


Okies nie yang cik iena google mengenai cerita ini .


Drama yang di adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia  disiarkan bermula 10 Januari 2015,  setiap Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.

TAJUK : ASAM PEDAS UNTUK DIA
EPISOD : 24 episod
TARIKH MULA SIARAN  : 10 Januari 2015 (Sabtu & Ahad - 7 pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PENULIS NOVEL : Nureen Mirza
TERBITAN : Frontrow Pictures

 

WATAK DAN PELAKON
  
Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya
Shukri Yahaya sebagai Ziyad
Adella Aryana sebagai Farhana
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz


SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA


Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan Ainin Sofiya hamil anak Ziyad.

GAMBAR PELAKON ASAM PEDAS UNTUK DIA








ASAM PEDAS UNTUK DIA DOWNLOAD LINK
SUMBER DOWNLOAD LINK : www.moviesinfobsyokv2.net
Last Update Download Link : 30 March 2015 9:55 AM 








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve