Grab The Promo

Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore



To The Fore merupakan sebuah filem  sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan, keberanian, cabaran , drama dan keperitan yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional.


Filem ini memaparkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang sungguh mendebarkan  dan terdapat pelbagai konflik di dalam sukan berbasikal yang kita sendiri tidak tahu . Filem ini pasti akan diminati oleh para penonton , tidak kiralah sama ada anda peminat sukan berbasikal atau pun tidak mahupun buat para peminat filem.

To The Fore adalah sebuah filem yang memaparkan tugasan keberanian, kelajuan dan cabaran getir, yang pasti akan memperkenalkan anda kepada dunia sukan perlumbaan basikal dengan lebih dekat!




Sinopsis Filem To The Fore

Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting di dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”.

Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan.

Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya. Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka.

Namun begitu percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.

Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan.

Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk.

Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan tarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing.

Walaubagaimana pun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik.





To The Fore diterbitkan bersama oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning &Huace Media. Filem ini diarahkan oleh Dante Lam dan menampilkan pelakon hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.

To The Fore diedarkan oleh RAM Entertainment akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 6 Ogos 2015.




GAMBAR CIK IENA SEMASA BERADA DI MALAM GALA FILEM TO THE FORE DI GSC PAVILION PADA 4 OGOS 2015



Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore

Filem Hong Kong – To The Fore



LIVE UPDATE ON INSTAGRAM




A photo posted by Malaysian Blogger (@ienaeliena) on

A photo posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on


Setelah cik iena menonton cerita ini cik iena bagi lima bintang. Cik iena sangat sukakan filem ni. Pelbagai emosi ada semasa cik iena menonton . Gembira, sedih , takut, macam-macam perasaan . Apa yang menakutkan tu bila cik iena melihat cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh pelumba-pelumba basikal. Ada masa cik iena pun menjerit sebab terlampau menghayati seolah-olah cik iena yang mengayuh basikal . haha itu lawak. Cik iena pun mengalirkan air mata juga bila part sedih . Huwaaa hati ni mudah tersentuh. tengok kiri tengok kanan fokus je dorang tengok. Cik iena terlampau menjiwai sampai menangis kot ahaha.. Kalau bawak tenok cerita sedih mohon sediakal tisu atau baldi :D
Keseluruhan nya cik iena nak cakap korang mesti tengok sebab cerita ni best dan tidak membosankan okay . Cik iena suka kan nya yeayy


Sinopsis Kredit to www.hyebro.com


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve