Grab The Promo
Grab The Promo

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ - 30 July 2015


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Alhamdulillah selepas sebulan cik iena tidak menghadirkan diri, cik iena hadir kembali. Pada bulan ramadhan aktiviti ini diadakan pada pukul 11 malam. Memandangkan cik iena cuma naik pengangkutan Awam, cik iena tidak dapat hadir . Rugi betul tak dapat buat kerja amal pada bulan ramadhan kan. Tapi nak buat macam mana transport takde. Insya Allah ada transport nanti cik iena akan datang terutamanya pada bulan ramadhan :)



Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Kali ini cik iena bawa adik cik iena dan juga awek kepada adek lelaki cik iena hehe.
Biar dorang kenal dunia homeless macam mana supaya dia lebih rajin belajar bersungguh-sungguh.


Anda juga boleh hadir membawa anak2 atau adik2 bagi membuka mata mereka melihat kehidupan orang yang daif serba kesusahan.


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Rakan sukarelawan sibuk menyediakan makanan


Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015

Share a meal with the poor and needy by ‪‎1Charity‬ -  30 July 2015



Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.


Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.


HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Hadis Riwayat at Tirmizi)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve