Grab The Promo
Grab The Promo

Susu Kambing Baraka



Susu Kambing Baraka

Assalamua'laikum  salam jumaat penghulu segala hari . Hari ini cik iena nak berkongsi sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu sunnah yang semakin dilupakan.
Sabda Rasullah s.a.w" Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah"Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "

Nak tau Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah S.W.T untuk disebut didalam Al-quran
KLIK SINI  [kalau story kat sini panjang la pulak hehe]

KHASIAT SUSU KAMBING


Jika kita lihat, susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.
Bagi penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk bersembahyang malam. 

Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.

Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.
Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu.  Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.
Bagi orang dewasa, manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan segera.

Susu Kambing Baraka


Minggu lepas cik iena berkesempatan menghadirkan diri di majlis pengenalan produk susu kambing baraka dari Mozac Medicare Sdn Bhd yang bertempat di Warung Don's, Plaza Damas . Teradapat 4 perisa susu kambing yang dikeluarkan oleh jenama Baraka iaitu  susu kambing asli, susu kambing strawberi, susu kambing kolagen dan juga susu kambing coklat.


Susu kambing BARAKA Asli


Susu Kambing Baraka



Selain daripada prebiotik inulin dan kalsium nya paling tinggi di antara semua variasi. Dengan rasa vanilla didalamnya anda tidak akan  perasan ianya adalah susu kambing. Rasa nya seperti "Fresh Milk" dalam kotak yang selalu kita beli dai pasaraya . Lagi sedap di minum sejuk-sejuk :)

Susu Kambing Baraka

 Cik iena suka rasa perisa asli ni sebab cik iena memang suka minum fresh milk. Minum ni memang sedap . Yang pasti tidak ada rasa hamis. Korang jangan risau , memang takde rasa atau bau hamis .



Susu kambing BARAKA Kolagen

 

Susu Kambing Baraka


 Selain dari prebiotik inulin dan kalsium yang tinggi ianya diperkaya dengan marin kolagen dimana kolagen sangat baik untuk kulit kita.


Susu Kambing Baraka


Amat sesuai bagi anda-anda yang ingin menjaga kecantikan kulit anda. Licin, flawless, berseri-seri gituw. Disamping dapat khasiat lain dari susu kambing nie


Susu kambing BARAKA Coklat

 

Susu Kambing Baraka

Amat sesuai bagi anda-anda yang baru mencuba meminum susu kambing. Pasti anda tidak menjangka ia adalah susu kambing .



Susu Kambing Baraka

 Sebelum ni cik iena memang tak minum susu kambing . Atas nasihat doktor cik iena perlu minum susu . Diatara susu yang terbaik menurut doktor cik eina adalah susu kambing . Jadi cik iena bermula dengan susu kambing perisa coklat. Haa tapi ini cerita sebelum ni la. Sekarang cik iena dah terel da minum susu kambing .

 




Susu kambing BARAKA Strawberi

 

 

Susu Kambing Baraka



Maaf cik iena boleh lupa ambil gambar dengan perasa strawberi. Haa belanja gambar semua susu baraka. Perasa strawberi yang sebalah kanan tu. Ni nak cerita, Selain dari inulin dan kalsium yang tinggi, susu kambing baraka strawberi ini diperkaya dengan DHA bagi meransang sel -sel minda. So teramat lah sesuai dengan anak-anak anda atau pun untuk anda yang banyak berfikir pun sesuai sangat .

Pada yang mempunya anak berusia dua tahun keatas cik iena cadangkan bertukarlah dari susu formula lembu kepada susu kambing kerana susu kambing itu adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Cik iena cadangkan amil susu ni untuk anak-anak anda. Kalau nak perasa lain pun boleh tidak menjadi masalah asalkan anak anda berusia dua tahun keatas :)

Susu Kambing Baraka

Selain daripada itu Baraka juga mengeluarkan minuman kecantikan khusus buat kaum hawa . Lagi-lagi bagi wanita bekerjaya yang sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga dan tiada masa untuk membelai diri dengan produk kecantikan. Dengan hanya meminum beauty drink ini anda akan dapat mengekalkan kecantikan kulit anda.


Susu Kambing Baraka


Selain darpada itu Mozac Medicare Sdn Bhd juga mengeluarkan beberapa lagi produk seperti :
Aiskrim dan ice blended dari Susu Kambing BARAKA Kolagen yang mempunyai inulin, kolagen serta khasiat susu kambing yang hanya beroperasi di BARAKA Shoppe atau kiosk ice cream BARAKA di Melaka International Bowling Centre (MITC), Ayer Keroh dan tak lama lagi di outlet-outlet BARAKA terpilih di seluruh negara.





Susu Kambing Baraka

 

 

 

DI MANA UNTUK DAPATKAN PRODUK BARAKA

 

 


Produk susu kambing BARAKA (650gm) boleh didapati di seluruh rangkaian GIANT, Cold Storage dan Merchato di Semenanjung Malaysia .

Pek pengenalan susu kambing BARAKA (200gm) dan BARAKA Beauty Drink (pek pengenalan dan 375gm) boleh didapati secara online di https://barakanetworks.wordpress.com/beli-produk-baraka/


Nyummmyy sedapnya susu kambing baraka



Susu Kambing Baraka


 Gambar bersama Pengarah Urusan Mozac Medicar Sdn Bhd, En. Faisal

Susu Kambing Baraka


Terima Kasih Atas Jemputan 
(^_~)

Susu Kambing Baraka

Susu Kambing Baraka
bersama kak leny


Susu Kambing Baraka
bersama rakan-rakan blogger yang turut hadir

Ehhh model sesat baraka lalalalallala

Susu Kambing Baraka

Susu Kambing Baraka







Untuk Maklumat Lanjut Sila HUbungi :
Facebook : BARAKA Shoppe
Instagram : @barakashoppe
Whatsapp : +60183267978
Tel : 03-51037657

SERTAI CONTEST SELFIE BERSAMA SUSU KAMBING BARAKA





0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve