Polis Evo Filem Malaysia Penuh Aksi Hebat


POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

 Polis Evo

Diatas merupakan sedikit sinopsis mengenai Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015. Pada 2 Septemper 2015 yang lepas cik iena bagi pihak www.hyebro.com  telah menghadiri Malam Pra Tonton Filem Polis Evo yang bertempat di GSC Pavillion Kuala Lumpur.

Apa yang dapat cik iena gambarkan setelah menonton filem ini adalah Filem ini merupakan filem aksi Malaysia yang menarik dan mempunyai kelainan dari sudut pergerakan Kamera yang aktif serta aspek teknikal baru seperti penggunaan Kamera berdefinisi Tinggi.

Selama ini, memang tidak dinafikan dalam pemikiran cik iena  dan juga mungkin anda-anda diluar sana, filem aksi dari luar negara lebih menarik malah ianya sentiasa diagung-agungkan dan mendapat hebahan meluas daripada penonton-penonton.  Setelah menonton Polis Evo ini cik iena mendapati   Filem aksi Malaysia Polis Evo ini tidak kurang hebatnya juga . Tambah menarik bila ianya diselitkan dengan sedikit unsur komedi supaya anda tidak berasa bosan dan serius. Filem ini juga mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah. Diharap pada tahun ini Filem  Polis Evo hasil sentuhan hebat oleh pengarah Ghaz Abu Bakar ini  bakal 'meletup!' .

Filem Polis Evo  turut mengangkat lagu berjudul 'Evo' yang berentak 'Up Beat' nyanyian duet Hip Hop Popular tanah Air, Joe Flizzow dan SonaOne sebagai lagu Tema Filem Polis Evo.


Okay kepada anda-anda di luar sana, jangan lupa saksikan Filem Polis Evo yang bakal ditayangkan  mulai 17 September 2015 .


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari

POLIS EVO





Tajuk            :    Polis Evo
Genre Filem        :    Aksi
Penerbit        :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :    Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Pengarah        :     Ghaz Abu Bakar
Bahasa        :    Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan        :     17 September 2015
Format        :    High Definition
Durasi        :    120 minit
Tema Filem        :    Aksi 

 

 

 

 

BARISAN PELAKON


Shaheizy Sam            sebagai    Inspektor Khai
Zizan Razak            sebagai    Inspektor Sani
Nora Danish            sebagai    Anis
Mimi Ernida            sebagai    Maya Adli
Arwah Harun Salim Bachik    sebagai    Mokhtar
Wan Hanafi Su            sebagai    Adli Hashim
Ayie Hushairi            sebagai    Izrail
Pablo Amirul            sebagai    Jimbo
Yuzz Murai            sebagai    Jemang
Amerul Affendi            sebagai    Mat Yam
Eyka Farhana            sebagai    Yati

TUNGGAK UTAMA


Dipersembahkan oleh    :    Astro Shaw Sdn. Bhd.
Produksi        :     Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif        :     Najwa Abu Bakar
Penerbit         :    Joel Soh
Penerbit Bersama        :    Gayatri Su-Lin Pillai
Pengarah        :    Ghaz Abu Bakar
Penolong Pengarah        :    Reen Emrans
Cerita Asal        :     Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf
Skrip        :    Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini
Pengurus Produksi        :     Arie Zaharie
Pengarah Fotografi        :    Haris Hue Abdullah
Penyunting Filem        :    Nazim Shah
Penata Seni        :    Nazrul Asraff
Pereka Grafik        :     Parez Oldskool
Penata Busana        :    Nasirah Ramlan
Penata Tatarias        :    Mimi Farhami
Penata Muzik        :    Lucas Kuncevic

 

SINOPSIS PENDEK POLIS EVO

 

POLIS EVO  adalah sebuah filem aksi yang memaparkan dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?



SINOPSIS PANJANG POLIS EVO

 

Semuanya bermula apabila Adli Aizuddin, seorang guru Kimia ditemui meningal dunia di Terengganu. Tubuh kakunya terselit dengan bungkusan Syabu Naga yang sedang dijejaki oleh Inspektor Khai di Kuala Lumpur. Khai yang merupakan seorang Inspektor polis cemerlang dari Unit Narkotik Kuala Lumpur terus dihantar ke Kuala Terengganu untuk menyiasat kes tersebut. Setibanya di sana, Khai ditugaskan untuk bekerja dengan Inspektor Sani kerana kearifannya tentang selok-belok negeri Terengganu.

Khai dan Sani mempunyai personaliti yang berbeza dan itu menyukarkan mereka untuk bekerjasama. Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas manakala Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan mementingkan diplomasi . Namun, mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan kes dadah tersebut.

Sementara itu, penyiasatan mereka mula mendapat petunjuk baru di mana ketua operasi, pembekal dan pengekspot utama Syabu Naga adalah Izrail. Bagi membanteras kegiatan jenayah itu, Khai dan Sani telah menyerang hendap kubu Izrail bersama konco-konconya. Namun misi mereka menjadi semakin rumit kerana Izrail telah mengheret ahli keluarga Sani ke dalam kes ini. Kini, Khai dan Sani  sedar bahawa mereka perlu  bekerjsama untuk menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Trailer Filem Polis Evo

 

 

 


Gambar Filem Polis Evo


Polis Evo
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani sambil2 menjeling Anis(Nora Danish) adik kepada Inspektor Sani

Polis Evo
Senyuman Manis Dari Anis untuk INspektor Khai hihihi

Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani
Inspektor Khai, makan malam bersama keluarga Inspektor Sani

Polis Evo
Inspektor Khai menyelamatkan Inspektor Sani yang telah di tawan oleh Jimbo dan kawan-kawan

Polis Evo
Inspektor Khai Dalam misi menangkap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Inspektor Khai dan Inspektor Sani Dalam misi menganggap geng penyeludupan dadah

Polis Evo
Anis Dijadikan tebusan

Polis Evo
Misi menyelamatkan Maya daripada Jimbo

 

Malam Pra Tonton Filem Polis Evo

 


Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo
Cik iena bersama  Ghaz Abu Bakar , pengarah Filem Polis Evo

Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yanbg memegang watak Inspektor Khai
Cik iena bersama rakan blogger, Helena dan juga Pelakon utama Shaheizy Sam   yang memegang watak Inspektor Khai

cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani
cik iena bersama pelakon utama Zizan Razak yang membawa watak Inspektor Sani

cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis
cik iena bersama Hefny Sahad, selaku pengacara Majlis

 

Live Update Malam Pra Tonton Filem Polis Evo @ienaeliena  

 

 














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve