Kempen #TravellingBeruang


Kempen Travelling Beruang yang dilancarkan sejak Jun lalu telah mendapat perhatian seluruh masyarakat Malaysia menerusi #TravellingBeruang yang diperkenalkan.Kempen ini bertujuan untuk  mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia menerusi Tabung Travelling Beruang MAKNA.


Kempen #TravellingBeruang


Kempen Travelling Beruang ini dijayakan oleh stesen televisyen rasmi, TV3 serta Air Asia selaku penaja utama dan Altel sebagai penaja bersama. Kempen ini menerima maklum balas yang memberangsangkan terutama dalam penggunaan hashtag #TravellingBeruang dimana salah satu inisiatif kempen ini adalah menyeru supaya orang ramai untuk bergambar bersama patung beruang setiap kali mengembara yang diinspirasikan oleh adik Nurhasmime Abdul Hamid (Mime) penghidap leukemia yang ingin melihat dunia. Sehingga kini lebih 11,521 keping foto berkaitan kempen itu telah dimuat naik menerusi instagram.

Turut sama menyokong usaha murni itu adalah para selebriti seperti Fara Fauzana, Elfira Loy, Shukri Yahaya, Azrel Ismail, Fiza Sabjahan, Izreen Azminda, Janna Nick, Nazim Othman dan ramai lagi yang mengambil peluang untuk bergambar bersama ikon patung Travelling Beruang.

Patung Travelling Beruang  dijual dengan harga RM65 mendapat permintaan yang menggalakkan di mana keseluruhan hasil pembelian akan diserahkan kepada Tabung Travelling Beruang MAKNA. Patung yang pada mulanya boleh didapati menerusi wowshopping.com.my kelolaan TV3 dan di Altel Concept Store, kini juga boleh didapati di dalam semua penerbangan domestik dan antarabangsa Air Asia Malaysia (penerbangan AK) sejak awal September sehingga akhir tahun ini.

Kempen travelling beruang ini telah dikembangkan Luas dengan Telefilem Travelling Beruang yang bakal di siarkan di tv3. Untuk mengetahui tentang Telefilem ini KLIK SINI.

Dalam Telefilem tersebut Ungku Ismail Aziz telah melawat enam destinasi. Enam destinasi tersebut adalah Lombok (Indonesia), Perth (Australia), Siem Reap (Kemboja), Bandaraya Ho Chi Minh (Vietnam), Tokyo (Jepun) dan Chongqing (China) yang juga merupakan destinasi dalam rangkaian Air Asia.

Inisiatif kempen dan simbolik harapan pesakit kanser kanak-kanak yang disandarkan kepada patung beruang itu juga tidak akan terhenti kerana patung asal yang sebelum ini dimiliki Ungku Ismail Aziz akan ditukarkan kepada pemilik baru iaitu Cik Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Air Asia Berhad. Cik Aireen Omar akan menyambung pengembaraan bersama patung tersebut sebelum tugas tersebut diserahkan kepada pengembara-pengembara yang seterusnya. Patung itu diramal bakal menjadi legasi kepada kempen ini.

Perjalanan penuh inspirasi Ungku Ismail Aziz di enam destinasi tajaan Air Asia dan maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi www.travellingberuang.com.my.



Nota Blog : Cik iena pun dah bawa cik #travellingberuang jalan-jalan ke Chiang Mai & Chiang Rai Thailand . Dan cik iena ada kongsikan gambar di instagram cik iena :) Selebihnya kisah travel cik iena bersama #travellingberuang cik iena akan update kemudian ye. Terlalu banyak gambar. Rambang mata cik iena nak share yang mana (^_~)













iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve