Grab The Promo

Berita Harian : Impak Travelling Beruang


Berita Harian : Impak Travelling Beruang
wefie bersama fafau dan my bff riana dan tak lupa cik travelling beruang cik iena :)
 
Minggu lepas terselit lah muka cik iena di berita harian keluaran 8 November 2015 di mana hari berlakunya kejadian pick pocket keatas cik iena. Gambar wefie cik iena bersama fafau dan juga elizad tu diambil dengan hp yang di curi tempoh hari. Banyak jasa HTC ONE M9+ cik iena ni tau.  Baru-baru ini dapat berita gembira menang contest gambar hasil daripada kamera hp yang hilang tu. Hadiahnya tajaan setahun ahaaa. Nanti dah dapat surat rasmi baru bagi tau ye (^_~)
Memandangkan cik iena kelam kabut dengan kes pick pocket cik iena tak sempat beli surat khabar. Dua gambar daripada yaya cendana dan satu gambar diatas ni dari makcik cik iena iaitu cik shima. Cik Shima whatsapp gambar. Hehe beruntung ada makcik yang sentiasa alert kalau anak buah keluar paper. Tempoh hari keluar majalah NUR pun makcik ambil gambar and bagi ke cik iena :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang
Cik iena tak dapat baca cerita kat paper tu apa yang cik iena tau ianya mengenai kempen travelling beruang yang cik iena sertai bersama air asia blogger community. 
Baru-baru ini cik iena bercuti di chiang mai dan chiang rai thailand bersama cik travelling beruang .
Untuk pengetahuan, percutian tersebut dan travelling beruang yang cik iena bawa adalah hasil titik peluh cik iena. 
Bukan  free tau. Bercuti tu untuk reward diri sendiri setelah penat bekerja. Bukan Air Asia sponsor. Mohon jangan salah sangka. Saya suka bercerita, berkongsi cerita .  (^_~) Agak ramai juga yang salah sangka yang menyangka percutian cik iena bersama travelling beruang adalah di taja air asia. Cik iena cuma menyokong air asia dan makna untuk kempen tersebut.
 Maksudnya cik iena bukan sekadar share kempen tersebut malahan cik iena turut sama membeli travelling beruang tersebut bagi menyokong kempen tersebut.  Alhamdulillah selepas pulang dari Malaysia Air Asia ada beri cik iena hadiah travelling beruang dan jemputan ke tayangan amal travelling beruang. Haa tu gambar yang keluar paper berita harian tu lah :)
Berita Harian : Impak Travelling Beruang



Gambar-gambar ini  diambil semasa TAYANGAN AMAL TELEFILEM TRAVELLING BERUANG




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve